Tuesday, June 28, 2011

Ujian selagi kita masih hidup...

Saya, kamu orang, dan semua orang mesti syukur kpd Allah. Tak kira ape pun yg Dia beri. Kita kene redho atas semua perkara, barulah Dia akan redho akan kita, insyaAllah.

Hari ada dua perkara berlaku.
Pertama, sedih sikit, tapi ianya bukanlah sedih yg hakiki.
Keduanya, gembira tapi kena usaha lagi.

Yg sedih sikit nie, hmm.... pasal result asasi baru keluar td, kurang memberangsangkan utk masuk degree medik, boleh je, cuma tahap nyawa2 ikan org kata, ape2 pun saya berserah kpd Allah. Dia Maha Kuasa, Dia telah tetapkan taqdir dan qadar kita sejak kita belum diciptakan, hebatnya Allah!~ Allahu Akbar!

Yg gembira nie pasal aku baru saja tasykil kak long utk ke jemaah masturat minggu depan di Taman Crystal Bay. Alhamdulillah, respon dia bagus dan tenang dgn ucapan "insyaAllah". Mulanya dia tanya, usrah ke???...hikhik....aku jawab, entahlah,...ada jemaah suami isteri...dtg je la...kalau atirah(adik) balik dari asrama nanti boleh ajak sekali.
pilihlah dia ya Allah....jadikanlah dia antara permata indah di pandanganMu....yg solehah..amin~

Sunday, June 26, 2011

usaha fikir risau iman dan amal

Aku tangguh hari Jumaat yg lepas....macam-macam dugaan.

On the way nak balik melake, handphone nie berbunyi. "aik, suare perempuan. Dia ckp lebih kurang cmnie..." name saudare cik hamdi ye....? aku jwb, "ye, sape n nape? dia jwb..."cik dpt offer tinggal kat hotel sekian n sekian kt selangor selame 2 hari 1 malam, tapi syaratnye mesti org yg dah berkahwin. Aku agak terkejut...ak ckp cmnie lebih kurang, " cmne plak sye bleh dpt offer cmnie?" dia kata melalui number maxis yg sye pakai nie...pelik, sebab aku tak pernah dpt panggilan cmtu. Jadi aku ckp yg aku nie belum kahwin lagi. Dia tanye lagi, "cik nie umur brape?"...aku ckp yg aku nie baru 19 thn...baru dia tahu...dia pun ckp xpe...terime kasih...tahu xpe..

Tapi sebelum tu takut jgk ak sey bile kt TBS (terminal bersatu selatan). Maklumlah, penampilan aku bkn cm orang lain. k...xpelah...akhir zaman nie kita kena jadi orang yg asing. Hmm....aku jd takut bile gadis2 pandang...seram jadinya.....aku terpandang, jadi aku mohon doa jauhi drpd fitnah wanita....ampun ya Allah..~

sampai kat Melaka Sentral, lepas qasar solat asar, aku terasa nak beli aneka roti yg best2 kat situ utk parent n family, umi dah janji nak amik kt melake sentral hari tu....tp aku agak pelik, casher tu seorang gadis Islam, pakai tudung mcm ustazah jgk....baguslah pasang lagu raihan sekurang2nya. Aku beratur nak bayar duit roti tu...yg peliknye, lepas aku bayar, dy bagi salam kat aku dgn salam yg betul sebutannya, agak menggeletar hati aku, aku rase cm aku jwb, tp perlahanla....aku lupe hukumnye, aku tertanye, bleh ke perempuan bukan mahram beri salam kat lelaki?...aduh, ampun ya Allah....hukumnya mmg haram bile aku sedar adik permpuan aku ni ulangkaji buku syariah bab beri salam. Yang peliknya dgn perempuan lain yg beratur mase tu dia x bagi salam pun, sedangkan mereka pun bertudung. Mase aku bayar aku tak pandang pun muka dia, tapi sebelum tu aku trpandang, mmg cantik, ampun ya Allah. Fitnah perempuan mmg kuat dan ajaib buat lelaki Islam hari nie.Tu la pentingnya perempuan berniqob dan tidak banyk mase di luar rumah.

Agak cuak jgk sebab aku pakai kurta warne putih...hah xpelah sebab lagipun aku dh biase sebelum nie keluar dari rumah pakai kurta berwarne and kopiah. Alhamdulillah, umi n ayah nmpak gembira yep...aku salam tangan mereka..nak cium x sempat....hehe. Tp aku ad jgk hadiah yg aku beli dari sri petaling, minyak wangi utk ayah, satu kurta utk adik lelaki. Nak beli utk yg lain x diizinkanNya, bajet keperluan. Ingat nak beli 'muntakhab ahadith' yg versi arab sahaja utk aku, dan yg terjemahan yg sedia ad tu ingat nak hadiah kat akak je...belum ade kesempatan.

begitu jgk adik perempuan aku yg sorang lagi nie...ingat nak hadiah kt dy buku ta'lim fadhail amal ni dan bentangkan kat dy pentingnya bace ta'lim buat diri dia kat hostel, maklumlah dy tu form 5 nak amik spm tahun nie. Sebagai abg, aku ad tanggungjawab trhadap dy dan kak long. Aku x mahu dy trleka dgn 'mamat korea' tu. Hmmm....kenape le anak2 gadis sekarang suka sngt ngn dyorang tu....kalau nak ikutkan, Nabi Yusuf as yg paling hensem, nabi Yusuf berjanggut, si mamat2 korea tu xde janggut pun...licin je...dan kebnyakannye pun buat pembedahan plastik utk cantikkan muka. Nape ye?...suara dyorang pun xdelah sedap sangat pun,...bukan ke suara Nabi Daud as yg paling merdu....kasihanilah daku dan ahli keluargaku ya Allah.~

Usaha masturat....

sebelum ni aku ingatkan hanye org yg dah bernikah saje boleh ushekan atas isteri, tp ptg smlm kt markaz, sorang pak cik berjubah putih dan berjanggut putih, serta berkopiah putih datang menyapa aku yg sedang memegang quran. Dia tanye yg aku nie pelajar ke ape....kemudian dia tasykil aku utk hadir jor pelajar madrasah utk hari keesokannya, aku ckp yg aku nie bukan pelajar madrasah, tp pelajar akademik. Dia kata semua pelajar boleh tak kira madrasah ke x.....dgr penerangannye je. Pastu dia cite pasal pentingnya usaha masturat (usaha dakwah dan tabligh utk kaum hawa). Oh rupanya aku baru tahu. Sebelum nie aku sangka usaha masturat nie utk org yg dah berkahwin je...tapi semua golongan boleh....tapi kena ikut adab sunnah dan tertibnya. Dia kata   boleh je kita dtg dgr bayan(penerangan usaha dakwah) walaupun kita bujang sebab yg bagi bayan tu lelaki, perempuan di sebalik tirai yg gelap lagi tebal, ditambah pula mereka tutup aurat sempurna dgn purdah wala mereka, maka adab terjaga. Dia kata ini penting sebab nanti kena bawa isteri utk usaha nie, jadi sbg persediaan sikit2. Dari situ aku tanye, mane bagus, nikah dgn wanita yg dah usaha atau yg belum kenal usaha nie. Dia jawab, dua2 bagus. Tapi, utk isteri yg belum kenal usaha nie, kita kena kuat fizikal dan rohaniatnya.

Azam...~

~nak bawa kak long saya g ta'lim masturat setiap hujung minggu sementare dia dan aku cuti panjang nie.~ Ta'lim masturat boleh bawa umi, kakak, ataupun adik perempuan bagi yg belum berkahwin. Balik dari markaz bersama org tmpatan marhalah sebelah td, dia tasykil saya utk bawa umi, kakak, atau adik perempuan atau mereka semua hadir di rumah dy minggu dpn sebab ada jemaah masturat(jemaah suami dan isteri) dari Madras keluar dakwah di marhalah dy. Yg isteri2 menetap di rumahnya bersama isterinya sama2 dan dy bersama si suami2 akan berada di masjid mahupun surau berdekatan utk buat usaha same2. Cuma, orang perempuan di dalam rumah dan lelaki di sekitar masjid di luarnya. Kalau 1st time boleh bawa waktu ptg jam 5.30-6.30. insyaAllah....moga Allah pilih kakak aku....tp aku x tahu nak ckp cmne ngn dy....

siape boleh bg syor??~

Saturday, June 25, 2011

بسم الله الحمن الرحيم

Aku baru saja tangguh 40 hari. Tapi kali ni hajat kami utk khuruj di India x kesampaian, Allah x pilih kami. Kami dihantar ke Beufort, Sabah usaha selama 40 hari. Kami dihantar kat kawasan pedalaman, di kawasan Tenom dan Keningau. Macam-macam pengalaman, Allah sahaja Yg Maha Mengetahui.

Sebelum keluar, aku ada jumpa sorang brother nie, senyum lebar pandang aku, aku agak pelik sebab dy tengok aku nie mcm kawan dy yg dah lame kenal. Jumpa dy kat Masjid Sri Petaling. Sampai sekali tu Allah pilih aku utk makan sedulang (setalam) dgn dy ngn kawan2 dy. Mase tu dy pun cerita pengalaman cmne dpt usaha nie. Dy dalam usaha nak khuruj 4 bulan masa tu ngn kawan dy.

Nak jadikan cerite, sorang kawan dy tu keluar ngn kami pasal dy ada hal keluarga sikit. Rupanya yg nak 4 bulan tu ialah empunya blog 'egghead', kawan dy cite kat aku. Rupanya yg senyum lebar kat aku tu ialah saudara 'egghead'. Aku x tahu pun, sehinggalah bile aku keluar ngn kawan dy tu. Si egghead tu ckp ngn kawan dy yg dy nie mcm penah tengok aku, aku trtanye-tanye pasal x penah kenal dy pun sebelum nie. Rupanya dy kenal aku melalui blog nie. Sebab aku ad letak gmbar, kelakar, sepatutnya x yah letak gambar pun xpe.

Ada karkuzari (laporan) sikit yg aku nak kongsi.

1. Seorang senior aku nie mmg antara penterjemah jemaah arab yg dtg ke Negeri Sembilan. Dy pernah nusrah (gotong-royong dlm usaha dakwah) salah satu jemaah dari Palestin yg dtg buat usaha di sini. Dalam jemaah tu ada seorang syeikh. Syeikh tu beri laporan lebih kurang bunyinya....

" Paderi-paderi di Israel memaklumkan bahawa mereka ada semua senarai jemaah2 dan gerakan2 Islam di seluruh dunia. Tak kira la Hizbullah ke, ikhwanul Muslimin ke, yg kat Malaysia nie pun ad, Pas, Arqam, Abim, dan semuanya di seluruh dunia. Tapi dia kata bahawa semua jemaah Islam mengharapkan mahkluk seperti pemerintahan, ekonomi, tentera dan sebagainya dgn kononnya utk bangunkan khilafah Islam  KECUALI ada satu jemaah nie. Mereka kata inilah jemaahnya, jemaah dakwah dan tabligh. Mereka pada mulanya x tahu ape sebenarnya tujuan sebenar gerakan ini. Mereka x nampak pun yg jemaah ini nakkan harta ke, kuasa pemerintahan ke....dan akhirnya setelah diselidiki oleh mereka, mereka buat kesimpulan bahawa orang2 Islam dalam usaha agama ini inginkan redha Allah, inginkan orang2 Islam kembali taat perintah2 Allah dan jauhi larangan2Nya mengikut cara dan sunnah Nabi kita Muhammad saw, menghidupkan amalan masjid, sanggup belajar2 berkorban tinggalkan keluarga kerana ingin tegakkan kalimah Allah di muka bumi, pujuk rayu org2 Islam supaya kembali kepada tugas asal kita sebagai (kahoirul ummah) yakni dakwah cara nabi kita, dan bersatu atas nama ummat Islam seluruh dunia, ummat Nabi Muhammad saw, tidak kira bangsa, bahasa, mahupun warna kulit. Sebab itulah mereka (orang2 yahudi, kafir) x ada rasa gentar sedikitpun terhadap gerakan2 Islam kecuali yg satu nie. Sebab mereka kata, jemaah ni buat dakwah mirip-mirip cara dan sunnah anbiya' dahulu dan cara dakwah nabi Muhammad saw. Mereka pun baca kitab asal 'bible' mereka (injil) tentang org2 seperti ini yg penampilannya  banyak mengikut sunnah dan gerakan mereka di seluruh dunia menggentarkan mereka dgn berdakwah dari rumah ke rumah, pintu ke pintu dgn menggerakkan kaki, jaga adab dan penuh dgn sunnah. Dgn janggutnya, serbannya, jubahnya, isbalnya, suginya di poket, semua ini menggentarkan hati2 mereka. Mereka (ketua2 paderi) telah berpesan kpd org2 mereka supaya jgn sekali membuat kacau mahupun menghina ahli2 jemaah nie sebab mereka kata bantuan Allah ada bersama mereka sepertimana bantuan Allah ke atas nabi2 dan sahabat. Sebab itulah pd hari ini ada 4 markaz dakwah dan Tabligh di Israel sendiri dan org2 mahupun tentera yahudi x berani dgn ahli2 jemaah ini walhal ahli2nya tiada satu senjata pun melainkan Iman, Amal, dan Sunnah.

begitulah sebelum ini di Sabah, laporan yg lebih kurang sama, bahawa dulu di Sabah ada antara menteri2nya yg merupakan paderi. Jadi mereka menghasut mufti Sabah yg dulu supaya tidak membenarkan jemaah2 ini pergi masjid2 mahupun surau dgn fitnah bahawa org2 tabligh nie pengotor, x kemas la, jijik, dan sebagainya. Tapi apa2pun alhamdulillah sebab usaha di sana sedang baru meningkat dan kebanyakan masjid dan surau sudah boleh dimasuki jemaah.

begitu juga ada seorang karkun di Sabah memberi laporan ketika mereka khuruj di Brazil, berkat usaha, ada paderi besar di sana yg peluk Islam dan Paderi tu kata dy pun ada semua senarai jemaah2 Islam di seluruh dunia tapi dy kata semuanya tertipu dan mereka (org2 yahudi dan kafir) boleh dan mampu buat apa sahaja kpd mereka kecuali jemaah dakwah dan tabligh nie. Paderi2 mereka memaklumkan bahawa jika mereka kacau jemaah yg satu nie, maka Allah akan mengazab mereka, sebab tu mereka x berani berbuat ape2.

Rupa2nya, org2 yahudi seluruh dunia ad senarai semua gerakan Islam, telitinya mereka. Sebab ad antara paderi nie yg tiru mcm jemaah ini dlm menyampaikan dakyah mereka di kampung2 seperti di Sabah dgn seperti keluar buat dakyah 3 hari 3 malam di satu2 kampung yg mereka pergi, kemudian sister2 mereka pergi berjalan rumah ke rumah, bacakan kitab bible mereka, nau'zubillah.

Moga Allah beri taufiq dan hidayah kpd saya dan tuan-tuan utk ambil iktibar dan doa minta ampun dgn Allah setiap hari, dan juga minta supaya Allah pilih kita dalam usaha yg mulia ini serta istqomah, dan doa supaya seluruh ummat Islam bangun dan bangkit dlm tugas asal kita yg ditinggalkan iaitu dakwah cara nabi, tidak kira pemerintah mahupun raja, yg pandai mahupun yg buta huruf, lelaki ke, perempuan ke, kecil ke, besar ke, semuanya sekali kena ambil tanggungjawab ini.