Wednesday, April 18, 2012

Gempa?

assalamualaikum...

Alhamdulillah, dapatlah kiranya 'update' blog ni seadanya dgn izinNya.

Beberapa hari yg lepas, aku mengikuti kuliyah di masjid bersama ayah dan atuk. Ustaz tersebut menyambung kuliyahnya drpd bacaan sebuah hadith yg panjang yang dibaca sebelum ini. Alhamdulillah, diberi kesempatan sempena cuti 'midterm' dgn izinNya.

Potongan hadith yg kiranya lebih kurg aku faham adalah sebegini..~ Hadith tersebut diceritakan oleh Nabi tercinta kita, Baginda Muhammad saw melalui mimpinya, yakni wahyu drpd Allah Ta'ala.

Pada hari akhirat nanti, akan dipanggil seorang hamba Allah utk diterima buku catitan amalnya. Orang itu berasa gerun dan takut utk menghadap Allah Ta'ala, Tuhan sekalian makhluk. Malangnya, dia menerima buku tersebut melalui tangan kirinya, yakni menandakan amalannya di dunia adalah buruk dan dia akan diazab. Namun demikian, sejurus saja selepas itu, asbab rasa takutnya kpd Allah semasa hidup di dunia, maka Allah Ta'ala dgn sifat RahimNya mengizinkannya menerima buku tersebut melalui tgn kanannya, maka dia selamat.

Pengajaran yang dibawa oleh ustaz tersebut adalah kita sebagai manusia dan hamba Allah hendaklah sentiasa mengamalkan perasaan takut dan gerun dgn kehebatan dan kebesaran Allah Ta'ala di samping beramal taat kpd perintahNya. Ustaz tu berkata, hari ini kebanyakan org Islam membuat silap dlm perasaan takut kpd Allah Ta'ala. Kebanyakan kita takut kpd Allah ketika waktu azab ataupun ketika azab dtg. Contoh yg paling dgn situasi sekarang adalah tentang gempa bumi di Indonesia hari tu. Sebahagian besar kita hanya benar2 mengingati dan takut kpd Allah selepas kejadian itu. Sedangkan menurut ilmu ustaz yg alim itu, perasaan takut kpd Allah oleh hamba2Nya yg soleh sebenarnya tidak mengira waktu dan situasi, sama ada susah atau senang, perasaan takut mereka kpd Allah sentiasa ada. Itulah rasa takut kpd Robb yg sebenar.

Tambahan lagi menurut ustaz itu, kebanyakan org Islam telah jatuh syirik kpd Allah. Contoh yang paling hampir sekarang adalah gempa bumi di Acheh pd hari2 yg lalu dgn kadar 8.6 dan 8.9 skala ritcher dan menurut 'saintis' yg guna akal semata-mata, tsunami tidak berlaku. Maka berlaku beberapa kali lagi gempa bumi di tempat yg sama tapi dgn hanya 'magnitude' yg rendah. Maka, orang2 Islam yang lemah Iman dan Yakinnya kpd Allah Ta'ala bisa syirik kpd Allah kerana contohnya kata mereka, "kalau gempa dgn magnitude besar x ditimpa tsunami, inikan pula gempa yg berukuran magnitude kecil". Maka mungkin segelintirnya akan mengambil enteng dan kembali membuat maksiat. Maka sebenarnya mereka telah berbuat syirik kpd Allah Ta'ala. Kita wajib yakin bahawa gempa, tsunami, mahupun apa2 keadaan sekalipun adalah makhluk Allah seperti kita, manusia dan Allah Maha Kuasa atas tiap2 mahklukNya. Tidak kira sama ada gempa bermagnitude kecil mahupun besar, Allah Maha Kuasa utk bg tsunami ataupun tidak. Itu terpulang kpd kehendakNya dgn asbab amalan2 manusia di muka bumi.


Sama2 lah kita usahakan Iman dan Yakin kita kpd Allah Ta'ala dan sunnah NabiNya. Amin~