Alhamdulillah....
Baru sekejap tadi aku dapat jawab soalan add maths yg dianggap susah bangat dlm trial hari itu. Tengok, betapa aku dapat ingat setiap inci soalan itu. Manakan taknya, itulah antara soalan yg aku bingung utk jawab dlm exam hari tu, soalan GP dan 'circlenya' dan gitu-gitulah. Hmm...tapi soalan yg 'cosec' tu...peh. Langsung aku tak jawab sebab tengok formula, aik...lain macam je, waduh..
Tapi, rupa-rupanya soalan GP tu takdelah susah sangat. Aku tanya kakakku yg dh success dlm spm dulu, hehe..dia kurang ingat. Tapi, dia suruh cuba dulu dan akhirnya aku yg berjaya menyelesaikannya dgn izin Allah Ta'ala.
Tapi, soalan prove 'cosec' tu belum lagi. Aku mengharapkan add maths kali ni lebih baik dan kalau boleh nak dapat sekurang-kurangnya A2 sebelum aku dapat A1 dlm spm 09 nanti. Hah, itulah keazamanku.
But Hamdi, don't forget other subjects!
Friday, September 18, 2009
Usrah muhibbah
Suasana pada hari ini sangat riang buat keluarga dan diriku. Ya la, adik-beradik semua ada di rumah. Maklumlah, nak raya. Apabila dah ramai-ramai macam ini, hmm..kenalah pula kemas rumah sama-sama. 'My umi and dad' as the director, hehe.
Aku dan abangku buat kerja yg berat-beratlah, lap dinding, angkat rak, mengecat, dan macam-macamlah. Boleh kata satu keluargalah buat kerja. Memang seronok, tapi penatlah. Apatah tidaknya, adik yg 4 tahun kecik ni pun nak menyapu juga.
Alhamdulillah....
truth love....yeh
Tuhan, betapa aku malu...
atas semua yang Kau beri...
padahal diriku....
terlalu sering membuatMu kecewa...
Entah mungkin kernaku terlena...
sementara Engkau beri aku kesempatan..
berulang kali...
agar aku kembali....
Dalam fitrahku....
sebagai manusia....
untuk menghambakanMu...
untuk menghambakanMu...
tapi..
betapa tak ada apa-apanya aku di hadapanMu...
aku ingin mencintaiMu...
setulusnya...
sebenar-benar aku cinta,
dalam doa...
dalam ucapan...
dalam setiap langkahku...
aku ingin mendekatiMu...
selamanya...
sehina apapun diriku...
ku berharap..
untuk bertemu..
denganMu Ya Rabbi...
Thursday, September 17, 2009

Allahu Akbar!
Susah betul fizik dan + math trial spm...
rasanya macam nak nangis je...
hmm...
banyak yg tak dapat jawab...
terutamanya fizik...
segala yg dah belajar, tak nak keluar...
rasa macam susah sangat...
mungkin dosaku yg terlalu banyak....
entah...
tapi, memang padan dgn mukaku ini...
ya la..
usaha utk subjek ini macam tak seberapa..
tapi..
berangan nak dapat A...
tapi...
tiada mustahil bagi Allah Ta'ala...
utk mengurniakanku A...
Sekarang aku mula sedar..
kajian itu ....
betapa usaha itu 82% kejayaan...
Keazaman..
utk masa yg tinggal ini...
akan aku pulun sebaiknya...
utk 'score' semuanya....
dlm SPM 2009
YEH!!!
Sunday, September 13, 2009
"apa dh jadi ni, Ya Allah....."
Tak perasan ke kita semua! Kenapa masih lagi ada orang Islam hari ini yg tidak mahu akur?...Kenapa masih lagi ada remaja seperti saya begini dan begitu? Kenapa tak mahu ikut cara yg ditunjukkan oleh Nabi s.a.w dan Islam utk menghambakan diri kpd Allah Ta'ala?
Dalam bulan puasa ini macam-macam. Di bazar, jualan-jualan...hmm. Masih ada pemuda seperti saya yg pakai seluar pendeklah, rambut entah macam mana? Pemudi pula ada yg tak pakai tudung, baju macam tak cukup kain, dan macam-macam.
Ya Allah, berilah kepadaku dan mereka hidayah lagi dan lagi. Sesungguhnya jika mereka memperoleh hidayah, maka mereka akan lebih baik daripadaku.
Saturday, September 12, 2009
rijal
Antara golongan yg akan mendapat naungan Allah Ta'ala di Padang Mahsyar nanti ialah pemuda yg hatinya sentiasa terpaut dgn masjid. Tapi...macam mana pula kalau kita sahaja yg selalu ke masjid dan macam mana pula dgn org2 lain, jiran-jiran lelaki yg sebaya dgn kita yg akhir baligh. Kita sepatutnya dakwah dan ajak mereka bersama utk solat berjemaah di masjid. Jadi, ajaklah mereka secara berhikmah supaya tidak dituntut oleh mereka nanti...
Sunday, September 6, 2009
fasa maghfirah
Tidakku sangka hari-hari dalam Ramadhan kini berlalu macam terlalu cepat. Mungkin aku lebih tumpuan utk 'trial exam' atau memang aku banyak membuang masa dgn nonsense activities.
Fasa keampunan ini membuatkan aku berazam utk selalu beristighfar tidak seperti sebelumnya. Namun, keazaman ini sangat kurang menampakkan hasil buat diriku. Memang benar kata-kata dan nasihat daripada ustazku di sekolah bahawa ingin mengucapkan satu Subhanullah pun sebenarnya kita berhajat kepada hidayah dan pilihan dari Allah Ta'ala utk menyebutnya.
Fasa keampunan ini membuatkan aku berazam utk selalu beristighfar tidak seperti sebelumnya. Namun, keazaman ini sangat kurang menampakkan hasil buat diriku. Memang benar kata-kata dan nasihat daripada ustazku di sekolah bahawa ingin mengucapkan satu Subhanullah pun sebenarnya kita berhajat kepada hidayah dan pilihan dari Allah Ta'ala utk menyebutnya.
Ya Allah, ampunkanlah aku dan kurniakanlah kpdku lidah dan hati yg sentiasa menyebut namaMu
Saturday, September 5, 2009
Ampunkan daku......
Satu kesalahan tersangat besar sebenarnya kalau kita membesarkan atau mengutamakan urusan makhluk lebih daripada tanggungjawab dan panggilan daripada Allah Subhanuhulla Ta'ala. Contohnya mudah, iaitu apabila berkemundang sahaja seruan azan...adakah muslimin segera pergi ke masjid atau surau utk berjemaah dan adakah muslimat di rumah-rumah atau di tempat kerja atau ipt segera menunaikan solat di tempat mereka? Itulah persoalannya.
Saya pernah mendengar sebuah hadith dibacakan lebih kurang maksudnya sebegini: antara perkara yg tidak boleh dilambat-lambatkan ialah mengerjakan solat pd waktunya. Tanggungjawab ini ialah yg kedua selepas urusan menyegerakan pengurusan jenazah apabila ada kematian.Tapi, saya sebenarnya juga tergolong dlm kalangan orang yg bersalah besar ini. Saya sering melambat-lambatkan utk ke masjid berjemaah apabila azan berkumandang, dan kadang-kadang tidak pergi. Saya lebih utamakan komputerlah, TV, dan sebagainya. Saya perlu sedar dan insaf yang saya mesti berubah.
Teringat pula kisah seorang sahabat yg menjaga solat berjemaah di masjid. Pernah suatu hari beliau sedang membina rumah, lalu azan berkemundang dan ketika itu hanya tinggal satu batu bata sahaja untuk siapkan rumah tersebut. Sahabat tersebut berasa sangat gementar dan mencampakkan batu tersebut dan segera berlari ke masjid utk solat. Beliau takut kalau pekerjaan dengan satu batu tadi menyebabkan beliau telah membesarkan makhluk daripada Allah Ta'ala. Begitu sekali kan para sahabat!
Ampunkanlah aku Ya Allah, sesungguhnya Maghfirah itu milikMu Ya Allah......
Friday, September 4, 2009
Syukur...
Alhamdulillah...hari ini aku baru berjaya jawab 4 paper utk percubaan SPM. Minggu depan, kena sambung lagi, ..hmm. Good luck for me and all ummah!
Subscribe to:
Posts (Atom)

