Saturday, August 29, 2009

Jangan berdusta & berlawak!

Pada pagi Sabtu yg indah ini aku terlewat sedikit utk bersahur. Namun, alhamdulillah...aku dpt bersahur utk mendapatkan keberkatan sunnah. Hukum solat berjemaah bagi orang lelaki sememangnya banyak pendapat daripada ulama'. 


Selepas solat Subuh berjemaah di masjid pada hari ini, aku mendengar beberapa buah hadith drpd seorang insan yg biasa membacakannya di masjid.

Nabi Muhammad s.a.w bersabda: "Sesiapa yg berbohong utk membuatkan orang lain ketawa, maka malaikat akan menjauhkan diri daripadanya sejauh satu batu". (lebih kurang maksudnya)


Baginda juga ada bersabda: "Sesiapa yg berkata-kata sesuatu supaya org lain ketawa, maka dia akan masuk ke neraka antara langit dan bumi besarnya". (lebih kurang maksudnya)

Kalau salah..tolong betulkan..

Barulah aku faham betapa bergurau supaya org lain ketawa pun dilarang sama sekali. Sebenarnya, aku memang seorang yg ceria yang suka bergurau dgn kawan-kawanku. Banyak lagi sebenarnya hadith tegasan keras drpd Nabi kita tentang perkara ini. Namun, sekarang aku bertekad mengamalkan hadith tersebut dan menyampaikan kpd sesiapa...InsyaAllah..

No comments:

Post a Comment