Sunday, September 20, 2009

luahan hati..








Hati ini memang suka melihat kehebatan Islam dan umatnya. Keindahan dan keajaibannya bukanlah pada nama semata-mata tapi pada fi'il umatnya yg mendapat perhatian bagi mereka yg masih belum memperoleh Hidayah dari Allah Ta'ala.


Tengok umatnya dari aspek berpakaian yg menutup aurat cukup menonjolkan kesusilaannya. Hati ini terus terang menyatakan suka melihat nisa' yg bertudung labuh apatah lagi mereka yg mampu berniqab. Memanglah, hati ini diciptaNya sebagai seorang lelaki muslim, lebih kurang macam itulah.


Sejuk mata memandang mereka yg berniqab ini, tampak seolah-olah mereka sangat cantik. Entah.,..


Ustaz kepada tuan hati ini pernah memberitahu bahawa berniqab bagi miratun @ nisa' ini kalau mengikut mazhab Syafi'e, memang wajib. Takpelah...banyak sangat pendapat.

Rupa-rupanya mereka yg berniqab ini dikatakan akan memperoleh lebih kurang 7 ke 17 'special gift' dari Allah, hmm lupa. Maklumat ini diperoleh seseorang, waAllahua'lam.


Tapi,  mereka memang nampak cantik sekali.
Semoga Allah merahmati mereka dan semua wanita Islam....

No comments:

Post a Comment