Ragu-ragu lagi tentang hukum Facebook?
>> 6.3.10
Ustaz Zaharuddin telah pun menjelaskan hukum berkenaan Facebook di web beliau, di surat khabar mahupun di majalah solusi. Saya berpendapat solusi yang dibuat oleh beliau sangat tepat sekali, malah saya juga ada membaca blog saiful islam berkenaan isu ini, pendapat mereka sama.
Dalam menentukan keputusan dan hukum penyertaan facebook, menurutnya ada beberapa isu yang perlu diperhatikan seperti:
Bolehkah menggunakan produk ciptaan yahudi?
Umat islam dibenarkan untuk membeli, menjual, mengguna pakai porduk ciptaan bukan islam termasuk yahudi selagi perkara itu dalam ruang lingkup yang halal.
Nabi Muhammad s.a.w sendiri seperti yang diriwayatkan dalam hadis yang sahih telah berurusan dan membuat transaksi jual beli dan cagaran(al-rahn) dengan seorang Yahudi, Aisyah r.a berkata:” sesungguhnya Nabi s.a.w membeli makanan daripada seorang yahudi dengan pembayaran secara bertangguh dan mencagarkan baju besi baginda s.a.w (riwayat al-bukhari no 2326,2/841)
Apa pula maksud mereka dengan ayat “menyumbang kepada bangsa yahudi atau keganasan yahudi?
Jual beli Muslim dengan seorang Yahudi hingga memberikan keuntungan kewangan kepada si penjual yahudi juga adalah sebahagian bentuk sumbangan kewangan kepada yahudi namun tidak bermasalah sama sekali di sisi islam, malah Rasulullah s.a.w dan para sahabat ramai yang berjual beli dengan Yahudi di Madinah. Tak semua jenis sumbangan kewangan kepada yahudi boleh dikategorikan sebagai dosa dan haram seperti jual beli di atas.
Kita masih tidak punya bukti yang jelas adakah sumbangan itu akan menyumbang kepada keganasan Yahudi Zionis. Dakwaan itu tidak boleh dipercayai semudah itu tanpa sebarang bukti yang jelas dan hanya bersandarkan kepada latar belakang peribadi si pengganas.
Dana untuk yahudi?
Sesuatu transaksi jual beli yang memberi keuntungan pada organisasi yahudi yang mana hasil pendapatannya digunakan untuk proses penjajahan haram, keganasan dan serangan ke atas umat islam, jadi barulah hukum harus berubah menjadi haram
Ustaz Zaharuddin telah membuat kajian dan mencari bukti-bukti itu sebelum memberi pandangan berkenaan status hukum berkenaan facebook dan beliau gagal mendapati sebarang bukti untuk menyokong andaian-andaian pihak yang membuat andaian. Selagi tidak mampu dihadirkan bukti bertulis selagi itulah hukumnya harus untuk berjual beli dengan penjual atau syarikat milik Yahudi. Jika jual beli dibenarkan apatah lagi sekadar membuka akau facebook.
Untuk maklumat yang lebih lanjut bukalah blog ustaz Zaharuddin di http://www.zaharuddin.net/ atau baca malajah solusi keluaran terbaru.
Tip-tip Pengguna Facebook
Walaupun harus, ustaz Zaharuddin ada juga menasihatkan agar menggunakan facebook mengambil langkah dengan sikap berhati-hati:
- Gunakan Facebook untuk manfaat Islam melebihi kepentingan peribadi.
- Tidak memasukkan perincian peribadi yang sensitive seperti akaun bank taraf kesihatan dan etc.
- Tidak berkongsi terlalu banyak gambar peribadi(khususnya bagi wanita) tanpa kawalan ia bakal membawa mudarat berbanding manfaat. Perlu ingat ia akan kekal di facebook orang yang dikongsi dan juga syarikat facebook.
- Jaga aurat dan pandangan mata. Jangan muat turun gambar yang tidak lengkap menutupi aurat.
- Elakkan ghibah(mengumpat) dalam facebook.
- Hadkan dan kurangkan perbincangan soal remeh-temeh peribadi yang membuang masa diri sendiri dan orang lain. Tak perlu setiap perincian aktiviti yang dibuat dalam harian atau perasaan di hebahkan di dalam facebook.
- Tidak terlibat dengan permainan-permainan dan aplikasi yang dijangka bercanggah dengan islam seperti kuiz ramalan nasib. Samada atas dasar suka-suka atau sebaliknya.
- Tidak mempercayai aplikasi tilik moden seperti rahsia tarikh lahir dan sepertinya samada atas dasar suka-suka atau sebaliknya.
- Menyedari maklumat kita di facebook boleh menjadi database pihak asing untuk memantau kehidupan dan informasi kita jika tidak terkawal.
Copy from other blog
No comments:
Post a Comment