Sunday, September 5, 2010

Perlu ke aku cakap perkara ini?
xpe, aku cuba terangkan jua.

Aku sebenarnya x suka dgn beberapa penerangan org yg kurang tahu tapi cuba memberitahu dgn sungguh2.
Aku sungguh tak mengerti dgn mereka. Xpelah, Allah yg bagi faham. Mula-mula aku masuk USIM, ada seorang abg senior beitahu tentang Islam, kesempurnaan Islam dan sebagainya. Dalam ketika dia berbicara, dia ada menyatakan, lebih kurang...." Islam ini syumul, merangkumi semua aspek salam kehidupan x kira aqidah, akhlak, syariat, politik, dan sebagainya. Kita jgn jadi seperti ada golongan tertentu sbg contoh yg x libatkan diri dalam politik, yg apabila dgr pasal politik, lari."

haha....
daripada kata2 abg nie....aku dah perasan sesuatu. Dia nak tujukan hal ini kpd sesuatu golongan lah tu. Aku dah dpt mengagak. Aku hanya mengiyakan percakapan dia, dgr, dan senyap. Sebenarnya, hendak saja aku berhujah, tapi aku rasa itu bukan yg terbaik kerana ilmuku tidaklah setaraf dia mungkin dan sebagai org Islam, x perlulah berdebat sesama sendiri utk menegakkan kefahaman masing2. Kita kan satu ummat...x perlu bergaduh. Sejak dahulu pun, kekasih kita Muhammad saw setiap hari bimbang, risau, dan sedih tentang kita (ummat akhir zaman) kerana salah satunya sebab x bersatu padu. 

baiklah, aku jelaskan serba sedikit yg aku tahu. 
persoalannya....

adakah politik demokrasi itu wajib ke atas ummat Islam hari ini yg kononnya utk bangkitkan khilafah?
aku bertanya kpd ustazku dan dia menjelaskan bahawa mengikut ilmu dia, jumhur ulama' berpendapat bahawa ada 2 sahaja hukum politik demokrasi. Makruh dan harus. Sebahagian ulama' menyatakan bahawa ianya harus dan sebahagian lagi menolak dan menyatakan bahawa ianya makruh dlm keadaan dunia hari ini. 

Daripada sini, aku faham sikit2. Ustazku beritahu bahawa tiada jaminan Islam akan bangkit dgn demokrasi ini.     Dia beritahu bahawa pernah sahaja suatu ketika dulu kalau x silap di negara Libya. Parti Islam dalam pilihan raya di negara mereka pernah menang di sana, namun dinafikan kemenangan dan x dapat memerintah. Sebab apa? sebab demokrasi kan daripada yahudi dan org kafir. Jadi, mereka (org yahudi) seolah-olah berkuasa sepenuhnya dlm hal ini dan kemenangan pasti berpihak buat mereka. Mereka boleh buat apa sahaja yg mereka nak.

Begitu juga di Afghanistan, Taliban menolak dan menentang habis-habisan pilihan raya dan demokrasi di negara mereka sebab mereka faham hukum dan kebanyakan mereka masih berpegang teguh dgn Quran dan Sunnah. Kita lihat bagaimana Allah Ta'ala bantu Taliban ketika mereka menentang tentera Soviet dulu. Allah Maha Kuasa, makhluk tiada kuasa. 

Lihat, dah terbukti kan....!

Dan aku sekarang faham sikit2 sebab org yg buat usaha dakwah atau yg org yg kat luar panggil tabligh nie tak amik pot dalam politik hari ini. 

Sebenarnya mereka tahu ini bukan jalannya berdasarkan daripada penyataan ulama' yg banyak berkorban dalam usaha agama dan istiqomah dalam Sunnah baginda Muhammad saw. Bagi aku, merekalah ulama' hari ini yg benar dan patut diikuti dan dicontohi oleh umat Islam  kerana akhir zaman pada hari ini ada ulama' yg akan dikategorikan sebagai ulama' jahat, buktinya nanti semasa dunia hampir2 benar2 nak qiamat nanti. Yg ikut dajjal nanti, itulah mereka. Kita x tahu siapakah di antara mereka...jadi kita sepatutnya lebih berhati-hati. 

Sebenarnya ramai yg x tahu lagi dlm usaha dakwah ini. Lebih ramai yg mencemuh daripada memberikan sokongan. Moga Allah bagi hidayah.

Dalam pemerhatian aku, usaha yg org panggil 'tabligh' ini mengamalkan politik yg sebenarnya yg mengikut Sunnah Baginda Muhammad saw. Apa dia? Sistem Syura'. MasyaAllah, daripada atas hingga bawah. Dalam setiap perkara, dlm urusan dakwah dan sebagainya, semuanya dibawa dalam mesyuarah. Syura' atau amir (ketua) mesyuarat yg putuskan, bukan ikut majoriti. Dalam mesyuarah, ada adab2 mengikut sunnah. Apa yg aku belajar sikit2 contohnya akan dibuka dgn ummul kitab dan ada doa sunnah sebelum memulakan mesyuarat. Aku x dpt nak tuliskan di sini kerana belum ada 'font' arabic. Lagi:

  • syor akan diminta oleh amir drpd arah kanannya atau yg dipilih olehnya sendiri.
  • syor yg diberi tidak boleh dibantah oleh ahli lain walaupun kdg2 ianya macam mengikut nafsu.
  • amir yg membuat keputusan akan berselawat kpd Nabi Muhammad saw sebelum memutuskan keputusan mesyuarah.
  • syor ahli yg diterima oleh amir, mereka perlu beristighfar, takut2 memberi mudarat kpd yg lain dan syor ahli yg tidak diputuskan oleh amir, mereka perlu bertahmid kerana terlepas drpd kemungkinan memudaratkan yg lain.
Dan sebenarnya ada banyak lagi sunnah dalam mesyuarat. Dalam sistem syura' mereka, aku lihat merekalah yg mengamalkan ajaran baginda Muhammad saw yg sebenar. Keputusan syura' ditaati. Seluruh dunia jalankan kerja dakwah mengikut nasihat daripada syura' walaupun x lihat wajah syura'. 

Kalau tgk poltik kat Malaysia ni pun, bukan aku nak hina. Tapi dah terbukti seolah-olah sama aje kedua2 belah pihak. Yang ni hina yg tu, yang tu pula hina yg ini, padahal kedua2nya ummat Islam. Sampai bila nak macam ni? Patut la org kafir x takut pun dgn kita org Islam sebab kita sendiri pun bergaduh dan dok nk mengkafirkan yg ni,..yg tu la..Tak tahu sape yg betul.

Satu hari atuk aku cerita yg dia pergi ke ceramah yg parti Islam, baru lagi cerita ini. Dia beritahu, apabila ada je ceramah cmnie sekarang ni...yg parti 'opponent' dy pun wat sekali ceramah diorg dekat ngn tempat ceramah yg parti Islam ni. Pastu nak tahu...apa jadi? haha..mereka bertekak....yg bagi ceramah parti ni hina parti tu dan kemudian saling menghina...Bodoh kan namenye kalau macam tu! padahal semuanya org Islam. Sekarang aku dah x nampak sangat perbedaan antara mereka. Bagi aku , same je. 2X5...5X2. 

Kalau nak tahu, ada ustaz beritahu....Haq x boleh campur dgn Batil. Haq tetap Haq, batil tetap batil. Kan syura' itu haq dan demokrasi itu batil. Bila kita campurkan, itu yg tak berjaya. 

Kalau kita kata parti Islam kat sini pun ikut syura'...tapi apakah dikira sepenuhnya apabila disertai majoriti. Hmm........fikir-fikirkanlah...

Sebab itulah bagi aku, jemaah yg org panggil 'tabligh' ini, merekalah yg nampak menyatu padukan ummat Islam. Seluruh dunia, x kira warna kulit, bahasa. 

Pernah seorang insan beritahu aku pasal tabligh ini. Dia kata sebenarnya ia tertubuh apabila ulama' pengasasnya lari daripada politik British di India ketika itu. Dia kata dia dgr cerita. Aku sebenarnya macam nak marah. Kadang2 kita x tahu yg sebenar, tapi sudah mula nak berbicara. Sepatutnya kita dgr sendiri hal yg sebenar daripada keturunan ulama'. Kalau nak tahu, Maulana Ilyas rah. yg dikatakan pengasas jemaah ini sebenarnya beliau berketurunan Saiyidina Abu Bakar Assiddiq ra. Fikir risau beliau terhadap ummat Islam ketika itu, kite yg insan biase ni nak katakan sebagai lari dari politik. Kalau beliau lari, buat apa jumpa org Islam dan ajak utk islah diri?fikir-fikirkanlah....nak tahu lagi....baca di sini.....http://zulfikhar.blogspot.com/2010/08/biography-of-maulana-muhammad-ilyas.html

Oleh itu, jom ummat Islam semua kita semua bersatu padu. Berdoalah kpd Allah agar pemimpin yg ada hari ini diberi hidayah jika mereka langgar ketetapan Allah dan ditambah hidayah lagi dan lagi, bukannya mencari salah mereka dan mengherdik mereka. Mereka mendapat jawatan pun dgn izin Allah, jadi kita doalah juga hidayat utk mereka. Sedarlah, ummat Islam mesti bersatu.

No comments:

Post a Comment