Sunday, January 30, 2011

tangisan yg menyukakan Allah

                  

aku insan yg lemah...
terlalu  banyak dosa ku kira....
aku ingin mcm mukminah ini....
tapi aku x mahu diketahui tika aku menangis sebegini.......

aku tak tahu bagaimana kiranya tika aku mati......
tika aku di kubur....
maka tika itu tiada insan bernama ummi atau ayah utk menemaniku...
tiada saudara mahupun kakak dan abangku...
Allah...~gelap....gelap....gelap..gelapnya!
Hanya rahmatNya penerimaanNya aku bisa dimuliakan....
andai tidak, habis aku~
ampunkan aku Ya Robb...

Ketika aku terjumpa video ini di blog seseorang, maka aku seakan-akan ingin menangis juga kerana rindu kepada baginda Muhammad saw.

Pembaca sekalian....
pertama kali aku melihat orang yg menangis kerana rindukan Rasulullah saw tika pd zaman mutaakhirin ini adalah ketika aku mula belajar membuat pengorbanan khuruj di jalan Allah. Aku diajar utk menangis kerana mengingati perjuangan baginda saw, rindu utk bertemu dgnnya, rindu dan berharap utk mendengar drpd lidahnya sendiri akan pengakuannya bahawa aku ialah salah seorang ummatnya. Aku diajar utk menangis dalam zikir selawat kpdnya dan kemudian doa. Demi Allah, pada mulanya aku mmg susah nak nangis. Teruknya aku. Ustaz tu beritahu bahawa kalau kita susah nak menangis kerana cinta Allah dan Rasul dan fikir risau ummat, maka sebenarnya hati kita keras...keras~...Allahuakbar, aku terkenang dan terfikir mcmne aku nak nangis nie???Ya Allah, lembutkanlah hati aku...~

Ustaz beritahu, kalau x boleh nangis, buat-buatlah nangis, baginda saw pun menyuruh para sahabatnya berbuat demikian.

Aku mengambil masa agak lama. Ketika pertama kali aku khuruj 40 hari bersama-sama dgn jemaah ustazku masa sekolah menengah dulu, aku belajar perkara ini. Apa yg aku ceritakan di atas tadi adalah ketika aku khuruj itu. Ya Allah....~

Mcm biasa, setiap malam kami belajar supaya dipilihNya utk qiamullail.

Ada satu hari tu, aku terjaga awal sikit. Allahuakbar, aku lihat ustaz aku itu sedang duduk tahiyat berdoa' dan menangis sehingga aku dpt lihat titisan air matanya. Ketika itu aku masih berbaring dan hanya melihatnya dari jauh. Pada ketika itu yg lain pun belum sedar. Dia seorang. MasyaAllah, aku terasa sesuatu. Aku ingin dptkan tangisan itu mcm dia. Aku ingin sekali. Daripada hari itu aku belajar utk menangis kerana agamaNya.

Tapi hari ini aku dah lama x dipilihNya utk menangis seperti itu. Dah lama x dpt qiam.Kdg2 saja, tu pun ketika hampir2 waktu Suboh. Ampunkan aku ya Allah...~

Apabila aku lihat video ini, aku azam utk menangis lagi kerana Allah dan Rasulullah saw, kerana dosaku dan dosa ummat Islam hari ini.

Wahai kawan2...kita mesti menangis akibat dosa2 kita.....kerana takut kpd Allah....kerana rindu kpd baginda saw.....
kalau x boleh...buat2lah atau berpura2lah utk menangis.....
jgnlah menangis utk tujuan yang selain drpd ni....

satu mafhum hadith yg lebih kurang maksudnya yg aku faham.......

air mata yg tumpah kerana dosa dan takut kpd Allah bisa memadamkan api nerakanya

Saturday, January 1, 2011

Ampunkan daku ya Allah, sebarkanlah hidayah seluruh alam sehingga qiamat kpd ummat Muhammad saw. Kami hari nii lemah kerana iman dan amal kami lemah, kerana kami jauh drpd sunnah Baginda Muhammad saw, kerana kami jahil dan banyak berbalah, kerana kami x bersatu padu, kerana kami takut mati dan cinta dunia, kami menyebabkan baginda saw menitiskan terlalu banyak air mata pd setiap malam, maka tunjukkanlah kami jalan dan sabil yg ditunjukkan oleh NabiMu Muhammad saw dan para anbiya' as yg lain, bukan jln yg mengikut nafsu kami, bukan jalan yg dtg drpd akal kami sendiri, bkn jalan yg menyerupai cara yahudi, majusi, mahupun nasrani. Tunjukilah kami ulama' yg benar, yg Haq, yg cinta kpd seluruh cara kehidupan Rasulullah saw, zahir, batin, yg akan memimpin kami kpd redhoMu. Kembalikanlah kami kpd kehidupan ummat Islam yg sebenar, yg saling mencintai sunnah baginda saw, yg saling ingat-mengingatkan, yg beriman sohih serta beramal soleh. Hanya sesiapa yg mengikuti nabiMu Muhammad saw akan memperoleh rahmat di dunia dan akhirat kerana Engkau telah mengiktiraf baginda sebagai rahmat seluruh alam. Janganlah Engkau matikan kami melainkan Kau matikan kami ketika berada di jalanMu, ketika kami beriman sohih dan sedang beramal soleh, ketika engkau redho atas kami. 
Amin......Ya Robbal A'lamin~