Saturday, January 1, 2011

Ampunkan daku ya Allah, sebarkanlah hidayah seluruh alam sehingga qiamat kpd ummat Muhammad saw. Kami hari nii lemah kerana iman dan amal kami lemah, kerana kami jauh drpd sunnah Baginda Muhammad saw, kerana kami jahil dan banyak berbalah, kerana kami x bersatu padu, kerana kami takut mati dan cinta dunia, kami menyebabkan baginda saw menitiskan terlalu banyak air mata pd setiap malam, maka tunjukkanlah kami jalan dan sabil yg ditunjukkan oleh NabiMu Muhammad saw dan para anbiya' as yg lain, bukan jln yg mengikut nafsu kami, bukan jalan yg dtg drpd akal kami sendiri, bkn jalan yg menyerupai cara yahudi, majusi, mahupun nasrani. Tunjukilah kami ulama' yg benar, yg Haq, yg cinta kpd seluruh cara kehidupan Rasulullah saw, zahir, batin, yg akan memimpin kami kpd redhoMu. Kembalikanlah kami kpd kehidupan ummat Islam yg sebenar, yg saling mencintai sunnah baginda saw, yg saling ingat-mengingatkan, yg beriman sohih serta beramal soleh. Hanya sesiapa yg mengikuti nabiMu Muhammad saw akan memperoleh rahmat di dunia dan akhirat kerana Engkau telah mengiktiraf baginda sebagai rahmat seluruh alam. Janganlah Engkau matikan kami melainkan Kau matikan kami ketika berada di jalanMu, ketika kami beriman sohih dan sedang beramal soleh, ketika engkau redho atas kami. 
Amin......Ya Robbal A'lamin~



No comments:

Post a Comment