Tuesday, February 1, 2011

Allah Maha Kuasa, makhluk langsung tak boleh berbuat apa2.

Pagi ni aku tonton berita. Allahuakbar~, terlalu banyak musibah yg Dia timpakan hari nie. Di Malaysia, banjir di Tenang dan Segamat, Johor. Di Australia, banjir teruk sehingga mereka gelar 'tsunami in land'. Kalau tgk klip video kejadian, memang teruk. Di Mesir, rusuhan dan bantahan besar-besaran kpd kerajaan drpd antikerajaan.

Perasaan aku..........

Aku dpt rasakan dunia ini memang sudah sangat-sangat ke saat penghujungnya. Aku risau, saat dan ketika itu hampir tiba. Aku bimbang jika aku terpaksa hadapi hari itu kerana aku belum cukup perfect utk diterimaNya. Ampunkan daku Ya Allah ............

Sehingga hari ini tujuan hidup aku terlalu banyak kecelaruan. Tunjukilah aku Ya Allah yg benar. Buangkanlah jauh2 mahkluk dan dunya drpd hatiku........


Akan tiba saat di mana minyak akan habis terus dan pada ketika itu tiada satu kenderaan mahupun senjata canggih seperti nuklear mahupun jet yg dpt digunakan. Maka, andai kata aku masih hidup ketika itu, sepatutnya aku tahu menggunakan perkhidmatan kuda, berlawan pedang, dan berpegang kpd sunnah baginda saw sepenuhnya, demi dgn perantaraannya Allah wujudkan rasa gentar dlm hati2 yahudi kpd org2 Islam yg benar2 beriman ketika itu.

Pasti dan pasti kita akan kembali pada saat seperti zaman sahabat r.anhum. amin...~


Mahu atau tidak, kita mesti usaha atas Iman dan Amal kita.
Hari ini sesetengah org x faham. Mereka yakin ilmu mesti ditambah banyak2 padahal mereka tak tahu maksud ilmu yg sebenar. Ilmu yg sebenar adalah ilmu yg diamalkan, bukan hanya yg dituntut banyak2 tetapi x diamalkan. Ilmu yg hanya dituntut tetapi tidak diamalkan hanya menjadi satu informasi buat si penuntut. Contohnya seperti aku, kalau aku tahu doa tidur itu bagaimana caranya, namun tidak aku amalkan sebelum tidur, maka itu menjadi satu informasi atau maklumat sahaja buat diriku. Ilmu yg sebenar adalah apabila kita tahu mana satu perintah Allah yg kita mesti dahulukan dan mana satu yg boleh dikemudiankan dan mesti diamalkan, dan pada masa yg sama kita tahu larangan Allah yg kita mesti tinggalkan. Ilmu itu terbahagi kpd dua bahagian:
 1. Ilmu masail, yaitu pengetahuan hukum ahkam syariat Islam. Utk mendapatkannya, kita mesti tuntut drpd org2 alim dan tanya persoalan2 tentangnya kpd mereka.
2. Ilmu fadhail, yaitu pengetahuan tentang kelebihan2 amal. Ini penting supaya kita tahu kelebihan2 dlm setiap amal seperti solat, puasa, zikir, quran, sedekah,  dan sebagainya demi meningkatkan kesungguhan dan keghairahan kita utk beramal dan mengabdikan diri kpdNya dgn diri kita tahu apa janji Allah apabila kita melakukan sekian dan sekian amal. Bukanlah kita beramal kerana utk dptkan kelebihan, namun ianya utk menaikkan semangat kita dlm beramal. Ikhlas dtg apabila kita terus istiqomah walaupun kelebihan itu tak hadir di dunia, kerana org seperti ini hanya mngharapkan balasan di akhirat. Utk dptkannya, kita mesti baca dan perdengarkan ayat2 quran dan hadith2 tentang fadhail amal serta tanya ustaz2.

Semoga Allah beri taufiq dan hidayah kpdku dan seluruh umat Islam.

No comments:

Post a Comment