Tuesday, May 3, 2011

manfaat cuti nie...

Alhamdulillah, syukur kpd Allah, Tuhan Semesta Alam.

Hari last paper exam hari tu aku 'call' ckgu Abd Razzaq, saje tanye khabar. Aku dapat makluman drpd dia yg kat Melaka ada 1 jemaah dari Palestin sedang keluar 40 hari di sini. Dia minta aku 'nusrah' (bekerjasama dlm prgram) dgn jemaah tu, begitu jg ad 1 lg jemaah pelajar2 dari UITM Puncak Alam yg baru habis semestar sebelum cuti panjang, mereka pun keluar 40 hari di Melaka. Allah Yg hantar mereka.

Dgn izin Allah, aku dpt berkhidmat semampu yg boleh dgn jemaah arab nie. Alhamdulillah, Allah kurniakan kpdku kemampuan utk bertutur dlm bahasa arab sejak form 5 dulu, semampu yg boleh tapi xde fasih sangat.

Kat Melaka sini pun dah ramai yg mampu jd penterjemah bahasa Arab, mcm biasa, yg fasih, ustazku, Ustaz Hasbullah, dan ade lagi beberapa org hafiz dan alim, lepasan daripada madrasah. Aku boleh sikit2 je pun. Teringat dlu kat sekolah, ad 1 hari ckgu razzaq bawa beberape org drpd jemaah Palestin dan aku kene jd 'mutarjim'. Mula2 aku x nak, tapi sebab ustaz hasbullah xde mase tu, aku kene je la terima. Alhamdulillah, Allah mudahkan aku menterjemah, tapi mana yg mampu dan yg dpt ditangkap mudah.

Dalam jemaah Palestin ni ada 6 org, 5 orang dah agak berumur, sorang muda. Rupa2nya mereka ni Allah kurniakan keperluan yg bagus2 di mata dunia. Antara mereka nie, ade doktor gigi, 'engineer', kontraktor bangunan tinggi, bussinessman, arkitek (yg muda tu). MasyaAllah.

Khamis mlm Jumaat yg lps, selepas solat Isya', aku diputus dlm mesyuarat utk bawa seorang drpd ahli jemaah utk 'khususi' (ziarah) abgku memandangkan abgku pun boleh berbahase arab tp dia belum pernah khuruj 3 hari atau 40 hari pun. Abangku pun akan ke Mesir nanti utk sambung pengajian 'qiraat' kt sane, insyaAllah.

Nama saudara arab yg aku bawa nie name dia 'Wasil' sebab dia cerita, dia dilahirkan ketika mak dia sampai (wasola) di Namlus, Palestin.

Semasa pertuturannya bersama abg dan aku, dia bercerita tentang pentingnya usaha da'wah dlm diri setiap org Islam. Dia cerita, pd suatu hari, dia dan isterinya sdg keluar 40 hari di jalan Allah. Maka ketika itu tentera yahudi mengeledah rumah2 org Islam di tempat dia tinggal dan menghalau mereka. Kemudian tentera2 yahudi nie berlaku kejam mengebom rumah2 nie. Tapi, yg peliknya, rumah dia je yg x dpt diletupkan. Alhamdulillah, tiada yg ajaib, ini janji Allah, bila kita bantu agama Allah, Dia pasti akan tolong kita. Bila dia dan isterinya pulang dr keluar 40 hari tu, jiran2 semua pelik dan tanye, " ya wasil, cmne rumah ko je yg x meletup?".....dia jawab...."ketika tu, aku dan isteriku khuruj fisabilillah 40 hari, aku belajar tawajjuh kpd Allah dan sebelum keluar dr rumah, aku baca doa mcmnie......(panjang doa tu dn aku x berape nk dpt tngkp). MasyaAllah, untungnya bagi mereka yg tahu tentang usaha da'wah nie.

Allah Maha Kuasa...makhluk sikit pun x berkuasa..

No comments:

Post a Comment