Friday, February 3, 2012

Siapaka dia???

assalamualaikum...

Tak tahu nak ceritakan atau x, aku tulis jugalah.

Di marhalah aku ni hidup beberapa amalan masjid, antara yang istiqomah, ta'lim, fikir harian, gash, dan keluar 3 hari setiap bulan. 2 jam setengah terlalu mujahad. 

Macam biasa, ta'lim, pengajaran ilmu, ataupun bacaan hadith-hadith dan firman-firmanNya tentang kelebihan amal dibacakan utk semua jemaah setiap kali lepas solat Subuh berjemaah di masjid. Sekarang ni, waktu Subuh agak lewat, kira-kira jam 6 am. 

Pagi semalam aku diputus utk baca ta'lim, macam biasalah, aku taat je. Biasanya utk org awam, kami bacakan lebih kurang 5-10 minit, kadang2 lebih, utk ke arah setengah jam. Biasanya ahli jemaah masjid semuanya duduk kecuali mereka yg kadang-kadang perlu segera ke tempat kerja. Pak Imam pun biasanya akan menunggu utk sesiapa sahaja dalam jemaah utk bacakan ta'lim selepas solat Subuh, dia akan stay kat tempat dy.

Selepas baca ta'lim di hadapan jemaah semua, kami akan sambung di satu sudut belakang bahagian dewan solat utk sesiapa yang ada kelapangan utk dengar lagi utk ke arah setengah jam, biasanya karkun la. Pak Imam tu pula akan buat amal infradi baca surah Yasin di bahagian hadapan, setiap pagi, istiqomahnya dia, rasanya x pernah miss, insyaAllah. 

Tapi pagi semalam, seorang karkun tempatan minta aku utk teruskan bacaan ta'lim di belakang seorang diri kerana dia ada urusan hantar anak-anak ke sekolah memandangkan sekarang ni Subuh agak lewat. Aku pun teruskan bacaan, tapi lebih baca kumat-kamit mulut sendiri dan dalam hati. 

Dah baca dua hadith sendiri-sendiri, aku terlelap sekejap sebab mengantuk sangat, biasalah, lepas Subuh. Aku terjaga sekejap dan baca hadith yang seterusnya. Biasalah, Pak Imam memang kat depan sekali saf pertama masih tgh baca Yasin. Kemudian, terlelap lagi, hmm....kelakar. 

Tapi selepas itu, memang aku terjaga segar terus sebab aku ternampak seorang yang berjubah putih dgn jubahnya atas buku lali berjalan laju keluar drpd bahagian sebelah aku di dewan solat, aku lihat Imam masih tengah baca Yasin. Tengok jam, pukul 7.02 am. Aku rasa nak tahu siapa orang tu, jadi aku letak kitab ta'lim cepat-cepat dan menuju keluar nak lihat orang tu ada lagi ke x. Yang peliknya, tak ada sesiapapun di luar yg sedang berjalan atau menyarung selipar atau yg sedang berjalan pulang ke rumah. Bunyi motor pun xda. Aku dah pelik. Xde sesiapa yang lalu lalang masa tu. Aku nak tahu siapakah dia? sebab aku x dpt lihat muka dia. Masa terjaga tu aku sempat lihat bahagian bawah jubah yang laju bergerak keluar. Aku nak tahu mungkin dia karkun atau siapa-siapa yang ingin dgr ta'lim masa tu, rasa bersalah juga sebab mungkin dia tengok aku terlelap sekejap, jadi dia pun pergi. 

Aku pasti, sebelum tu hanya aku dan Imam dalam dewan solat dgn lampu yang menerangi. Aku pasti tiada jemaah lain sebab lampu di bahagian luar semuanya ditutup gelap selepas selesai Solat Subuh sebab pak cik-pak cik yang biasa stay utk baca quran pun pulang awal. Mungkin mereka ada urusan keperluan yg perlu diselesaikan segera. 

Jadi, aku pun balik ke rumah yang hanya 50 meter dari masjid. Macam-macam yang terfikir siapakah dia? Entahlah, hanya Allah yang Maha Mengetahui. Mungkin mengantuk sangat rasanya....waAllahu a'lam.

1 comment: