Saturday, June 25, 2011

بسم الله الحمن الرحيم

Aku baru saja tangguh 40 hari. Tapi kali ni hajat kami utk khuruj di India x kesampaian, Allah x pilih kami. Kami dihantar ke Beufort, Sabah usaha selama 40 hari. Kami dihantar kat kawasan pedalaman, di kawasan Tenom dan Keningau. Macam-macam pengalaman, Allah sahaja Yg Maha Mengetahui.

Sebelum keluar, aku ada jumpa sorang brother nie, senyum lebar pandang aku, aku agak pelik sebab dy tengok aku nie mcm kawan dy yg dah lame kenal. Jumpa dy kat Masjid Sri Petaling. Sampai sekali tu Allah pilih aku utk makan sedulang (setalam) dgn dy ngn kawan2 dy. Mase tu dy pun cerita pengalaman cmne dpt usaha nie. Dy dalam usaha nak khuruj 4 bulan masa tu ngn kawan dy.

Nak jadikan cerite, sorang kawan dy tu keluar ngn kami pasal dy ada hal keluarga sikit. Rupanya yg nak 4 bulan tu ialah empunya blog 'egghead', kawan dy cite kat aku. Rupanya yg senyum lebar kat aku tu ialah saudara 'egghead'. Aku x tahu pun, sehinggalah bile aku keluar ngn kawan dy tu. Si egghead tu ckp ngn kawan dy yg dy nie mcm penah tengok aku, aku trtanye-tanye pasal x penah kenal dy pun sebelum nie. Rupanya dy kenal aku melalui blog nie. Sebab aku ad letak gmbar, kelakar, sepatutnya x yah letak gambar pun xpe.

Ada karkuzari (laporan) sikit yg aku nak kongsi.

1. Seorang senior aku nie mmg antara penterjemah jemaah arab yg dtg ke Negeri Sembilan. Dy pernah nusrah (gotong-royong dlm usaha dakwah) salah satu jemaah dari Palestin yg dtg buat usaha di sini. Dalam jemaah tu ada seorang syeikh. Syeikh tu beri laporan lebih kurang bunyinya....

" Paderi-paderi di Israel memaklumkan bahawa mereka ada semua senarai jemaah2 dan gerakan2 Islam di seluruh dunia. Tak kira la Hizbullah ke, ikhwanul Muslimin ke, yg kat Malaysia nie pun ad, Pas, Arqam, Abim, dan semuanya di seluruh dunia. Tapi dia kata bahawa semua jemaah Islam mengharapkan mahkluk seperti pemerintahan, ekonomi, tentera dan sebagainya dgn kononnya utk bangunkan khilafah Islam  KECUALI ada satu jemaah nie. Mereka kata inilah jemaahnya, jemaah dakwah dan tabligh. Mereka pada mulanya x tahu ape sebenarnya tujuan sebenar gerakan ini. Mereka x nampak pun yg jemaah ini nakkan harta ke, kuasa pemerintahan ke....dan akhirnya setelah diselidiki oleh mereka, mereka buat kesimpulan bahawa orang2 Islam dalam usaha agama ini inginkan redha Allah, inginkan orang2 Islam kembali taat perintah2 Allah dan jauhi larangan2Nya mengikut cara dan sunnah Nabi kita Muhammad saw, menghidupkan amalan masjid, sanggup belajar2 berkorban tinggalkan keluarga kerana ingin tegakkan kalimah Allah di muka bumi, pujuk rayu org2 Islam supaya kembali kepada tugas asal kita sebagai (kahoirul ummah) yakni dakwah cara nabi kita, dan bersatu atas nama ummat Islam seluruh dunia, ummat Nabi Muhammad saw, tidak kira bangsa, bahasa, mahupun warna kulit. Sebab itulah mereka (orang2 yahudi, kafir) x ada rasa gentar sedikitpun terhadap gerakan2 Islam kecuali yg satu nie. Sebab mereka kata, jemaah ni buat dakwah mirip-mirip cara dan sunnah anbiya' dahulu dan cara dakwah nabi Muhammad saw. Mereka pun baca kitab asal 'bible' mereka (injil) tentang org2 seperti ini yg penampilannya  banyak mengikut sunnah dan gerakan mereka di seluruh dunia menggentarkan mereka dgn berdakwah dari rumah ke rumah, pintu ke pintu dgn menggerakkan kaki, jaga adab dan penuh dgn sunnah. Dgn janggutnya, serbannya, jubahnya, isbalnya, suginya di poket, semua ini menggentarkan hati2 mereka. Mereka (ketua2 paderi) telah berpesan kpd org2 mereka supaya jgn sekali membuat kacau mahupun menghina ahli2 jemaah nie sebab mereka kata bantuan Allah ada bersama mereka sepertimana bantuan Allah ke atas nabi2 dan sahabat. Sebab itulah pd hari ini ada 4 markaz dakwah dan Tabligh di Israel sendiri dan org2 mahupun tentera yahudi x berani dgn ahli2 jemaah ini walhal ahli2nya tiada satu senjata pun melainkan Iman, Amal, dan Sunnah.

begitulah sebelum ini di Sabah, laporan yg lebih kurang sama, bahawa dulu di Sabah ada antara menteri2nya yg merupakan paderi. Jadi mereka menghasut mufti Sabah yg dulu supaya tidak membenarkan jemaah2 ini pergi masjid2 mahupun surau dgn fitnah bahawa org2 tabligh nie pengotor, x kemas la, jijik, dan sebagainya. Tapi apa2pun alhamdulillah sebab usaha di sana sedang baru meningkat dan kebanyakan masjid dan surau sudah boleh dimasuki jemaah.

begitu juga ada seorang karkun di Sabah memberi laporan ketika mereka khuruj di Brazil, berkat usaha, ada paderi besar di sana yg peluk Islam dan Paderi tu kata dy pun ada semua senarai jemaah2 Islam di seluruh dunia tapi dy kata semuanya tertipu dan mereka (org2 yahudi dan kafir) boleh dan mampu buat apa sahaja kpd mereka kecuali jemaah dakwah dan tabligh nie. Paderi2 mereka memaklumkan bahawa jika mereka kacau jemaah yg satu nie, maka Allah akan mengazab mereka, sebab tu mereka x berani berbuat ape2.

Rupa2nya, org2 yahudi seluruh dunia ad senarai semua gerakan Islam, telitinya mereka. Sebab ad antara paderi nie yg tiru mcm jemaah ini dlm menyampaikan dakyah mereka di kampung2 seperti di Sabah dgn seperti keluar buat dakyah 3 hari 3 malam di satu2 kampung yg mereka pergi, kemudian sister2 mereka pergi berjalan rumah ke rumah, bacakan kitab bible mereka, nau'zubillah.

Moga Allah beri taufiq dan hidayah kpd saya dan tuan-tuan utk ambil iktibar dan doa minta ampun dgn Allah setiap hari, dan juga minta supaya Allah pilih kita dalam usaha yg mulia ini serta istqomah, dan doa supaya seluruh ummat Islam bangun dan bangkit dlm tugas asal kita yg ditinggalkan iaitu dakwah cara nabi, tidak kira pemerintah mahupun raja, yg pandai mahupun yg buta huruf, lelaki ke, perempuan ke, kecil ke, besar ke, semuanya sekali kena ambil tanggungjawab ini.

Wednesday, May 11, 2011

Islahkan daku

assalamualaikum...
insyaAllah, mlm lusa aku akan start i'tikaf di masjid sri petaling....

semalam aku mesej sorang kawan sebaya yg keluar 40 hari ngn aku setahun lps.....dy org Sabah...dy nak keluar 4 bulan...mnx aku turut mendoakan....

ak agak sedih..nak taw nape?...ialah pasal ramai yg lebih kurang umur cm ak nie dipilih utk keluar 4 bulan....kesiannye aku...

tp xpe....moga Allah maqbul doa aku.....
tp ade risau sikit....
pasal laporan drpd blog ustaz hambali alostari....usaha lps 2 tahun nie akan tersangat2 mujahadah (laporan drpd jemaah dari india)

moga Allah pilih aku dlm kalangan orang2 yg disukaiNya...family, sedara mare, org kampung, rakan2 blogger, dan seluruh umat Islam....

Mungkin ini entry terakhir sebelum aku belajar tambah pengorbanan. Jika aku x menulis lagi dlm blog ni, bermakna Allah terima aku....doakan aku...maafkan segala silap dan salahku yg bnyk berdosa ini....

Islahkanlah Iman dan Amalku Ya Allah...supaya Engkau terima aku.....berilah aku ilmu agama dan kefahamannya yg hakiki....amin~

Saturday, May 7, 2011

Alhamdulillah...

kali nie xtaw nak tulis ape...
tp, semalam ad sikit peristiwa yg nak kate lawak pun x...kesian la org kata...

dari umah nenek kt pernu smlm....ummi suh g kedai beli brg2 dapur sikit. Kat market tu pun bagus sebab ad jual mcm2 sumber2 agama mcm buku solusi, minyak2 atar, kayu sugi n mcm2 lg selain barang2 dapur. Mase aku nak bayar, ad sorang kakak nie dia belek2 kayu sugi, pastu dia tanye casher.."bende ape nie kak?"....casher tu pun jawab..."kayu sugi~..."hmm, dlm hati aku, nak tergelak pun ad pasal kayu sugi pun dia xtaw, tapi aku kene kesian ngn dy la pasal ramai jgk org2 melayu kita nie yg x berape taw alat2 sunnah.....  

13 Mei 2011....

hmm...insyaAllah pd tarikh nie aku akan bergerak ke sri petaling, utk persiapan keluar di india bersama jemaah pelajar2 Usim....doakan aku...

pada tarikh nie jugak, hari jadi adik aku yg 2nd last, yg ke 8 tahun, Muhammad Hafizuddin bin Husin....
"semoga jadi hamba Allah yg benar2 beriman abg doakan, jgn leka main game je...hmm..."

Hari tu ad pak cik dari serdang dtg melaka mnjemput sedare mare kt sini utk walimatul urus anak dy, sepupu aku awal bulan 6 nie....aku memang x dpt hadir, dy dah pesan kt aku mase tu..."jgn keluar dulu ye...tlg jge air"...hmm...aku pun x trckp ape...cume insyaAllah saje....tp aku kene taat ape yg diputuskan dlm mesyuarat....

InsyaAllah...doakan saye....

Thursday, May 5, 2011

sambungan laporan

Alhamdulillah...

Syeikh Arab Palestin yg aku bual dgn dia nie ...yg Wasil tu...rupa2nya...hmm...masyaAllah..
Dia pun sebenarnye antare org2 Arab palestin yg baru diberi hidayah oleh Allah utk buat usaha agama yg mulia nie...Dia mulakan ceritakan dlm bahase arab...alhamdulillah...Allah bagi aku faham...

macam nie....

   Dia pada awalnya ialah antare org2 palestin yg kaya dan dikurniakan oleh Allah dgn harta yg banyak. Dia ada sebuah 'company' besar kt palestin sane yg diusahakan dgn adik-beradiknya. Bagi dia, kejayaan dan kebahagiaan hidup pd mase tu hanyalah dlm kekayaan dan wang ringgit. Dia pernah melancong ke Eropah bersama-sama isteri dan anak-anaknya. Dia beritahu, boleh kata semua permainan yg org2 kaya kat Eropah sane main...mereka dan pernah cuba kt sane....mcm jet ski....dan mcm2 lagi, sehinggakan aku pn x berape tahu namenya.

Kemudian, dia dan anak-beranaknya pergi menghabiskan wang ringgit kt 'shopping2 complex' yg mahal di eropah. Dia kata bahawa dia rasa gembira dgn perkara tu kerana menganggap itulah kebahagiaan (assa'adah) dlm hidup baginya...katanya. Dia kata, bila x tenang, dia makan ubat mcm2...hmm..dia agak mengeluh...

Kemudian balik dari eropah ke palestin, dia terasa diri kehausan Iman kerana merasakan kehidupannya penuh dgn berfoya-foya, x solat, x puasa, x mengaji Quran, xde zikir, kesian. Kemudian, terdetik dlm hatinya inginkan Iman. So, dia tanya kawan dia, kwn dia kata senang je, ...mcm nie kata dia.."kau bukak internet dan bukak laman2 web sekian, sekian...Dia buat semua tu. Dia penat mencari dlm internet, dia kata...."no way' .."xde Iman pun dlm internet.

Kemudian, ada seorang hamba Allah ajak (tasykil) dia keluar 3 hari, 40 hari. Dia kata, bermula sejurus selepas tu baru dia kenal agama Allah yg mulia nie cmne...Dia mula jaga solat fardhu berjemaah di masjid, baca quran, zikir...alhamdulillah, berkat usaha nie, Allah bg dia kekuatan utk mentaati perintahNya dan menjauhi laranganNya. Dia menyesal atas perbuatan2 dia sebelum nie. Kemudian dia ajak isteri dy sama2 keluar di jalan Allah 40 hari, alhamdulillah, dgn izin Allah, isteri dia telah bersungguh dlm mujahadah usaha agama ini dan istiqamah tutup aurat dgn sempurna, berjubah hitam dan berniqob atau berpurdah sempurna serta menjaga amalan2 agama dalam kehidupannya.

Alhamdulillah, katanya, sekarang semua adik-beradiknya yg mengusahakan sama syarikat tu telah kesemuanya keluar di jalan Allah, semuanya buat usaha agama yg mulia ni. Berkat usaha ni, semua adik-beradiknya baik lelaki mahupun perempuan telah dpt jaga amal dan melaksanakan sunnah dlm kehidupan, yg lelaki dpt mengamalkan sunnah Nabi Muhammad saw sedikit sebanyak dalam kehidupan baik zahir mahupun amal, yg perempuan berniqob, tutup aurat sempurna. Berkat usaha mereka lagi, kini boleh kata kesemua kaum kerabat mereka dpt jaga amal dan tutup aurat sempurna, baik anak2 perempuan mahupun ibu2nya...semuanya berpurdah, yg mane sebelum nie gagal nak tutup aurat dgn sempurna.

Apabila 2 org adik-beradiknya keluar di jalan Allah, selebihnya akan meneruskan usaha keperluan di syarikat tu, begitulah selepas mereka tangguh, yg belum keluar, akan terus keluar...itulah rutin keluarga saudara nie sekarang nie...masyaAllah...

Pentingkan utk saudara kita baik lelaki mahupun wanita utk turut serta dlm usaha agama yg mulia nie.!...

Sekarang  nie baru dia tahu yg kejayaan hanya dlm agama Allah. Dia telah banyak berkorban hatta sehingga ada suatu ketika di telah dapat keluar setahun sempurna, dgn keluar 4 bulan sikit, kemudian terus 40 hari....dan seterusnya sehingga setahun sempurna. MasyaAllah....

Allah Maha Kuasa, mahluk sikit pun X berkuasa.


Moga Allah tambahkan hidayah buatku. Moga Dia turut pilih ayah, ummi, abg, akak, dan adik2 semuanya dlm usaha ini. Moga dia kurniakan aku nanti isteri yg suka dan berkeinginan dalam usaha agama ini, yg dpt membawa aku utk tambah cinta kpdNya, yd jd asbab anak2 dtg hadir utk mencintaiNya serta megikut RasulNya yg mulia. ...Moga Allah sebarkan hidayah kpd seluruh ummat Islam dan ummat manusia semuanya. Moga Allah ampunkan seluruh ummat Islam...amin~

Tuesday, May 3, 2011

manfaat cuti nie...

Alhamdulillah, syukur kpd Allah, Tuhan Semesta Alam.

Hari last paper exam hari tu aku 'call' ckgu Abd Razzaq, saje tanye khabar. Aku dapat makluman drpd dia yg kat Melaka ada 1 jemaah dari Palestin sedang keluar 40 hari di sini. Dia minta aku 'nusrah' (bekerjasama dlm prgram) dgn jemaah tu, begitu jg ad 1 lg jemaah pelajar2 dari UITM Puncak Alam yg baru habis semestar sebelum cuti panjang, mereka pun keluar 40 hari di Melaka. Allah Yg hantar mereka.

Dgn izin Allah, aku dpt berkhidmat semampu yg boleh dgn jemaah arab nie. Alhamdulillah, Allah kurniakan kpdku kemampuan utk bertutur dlm bahasa arab sejak form 5 dulu, semampu yg boleh tapi xde fasih sangat.

Kat Melaka sini pun dah ramai yg mampu jd penterjemah bahasa Arab, mcm biasa, yg fasih, ustazku, Ustaz Hasbullah, dan ade lagi beberapa org hafiz dan alim, lepasan daripada madrasah. Aku boleh sikit2 je pun. Teringat dlu kat sekolah, ad 1 hari ckgu razzaq bawa beberape org drpd jemaah Palestin dan aku kene jd 'mutarjim'. Mula2 aku x nak, tapi sebab ustaz hasbullah xde mase tu, aku kene je la terima. Alhamdulillah, Allah mudahkan aku menterjemah, tapi mana yg mampu dan yg dpt ditangkap mudah.

Dalam jemaah Palestin ni ada 6 org, 5 orang dah agak berumur, sorang muda. Rupa2nya mereka ni Allah kurniakan keperluan yg bagus2 di mata dunia. Antara mereka nie, ade doktor gigi, 'engineer', kontraktor bangunan tinggi, bussinessman, arkitek (yg muda tu). MasyaAllah.

Khamis mlm Jumaat yg lps, selepas solat Isya', aku diputus dlm mesyuarat utk bawa seorang drpd ahli jemaah utk 'khususi' (ziarah) abgku memandangkan abgku pun boleh berbahase arab tp dia belum pernah khuruj 3 hari atau 40 hari pun. Abangku pun akan ke Mesir nanti utk sambung pengajian 'qiraat' kt sane, insyaAllah.

Nama saudara arab yg aku bawa nie name dia 'Wasil' sebab dia cerita, dia dilahirkan ketika mak dia sampai (wasola) di Namlus, Palestin.

Semasa pertuturannya bersama abg dan aku, dia bercerita tentang pentingnya usaha da'wah dlm diri setiap org Islam. Dia cerita, pd suatu hari, dia dan isterinya sdg keluar 40 hari di jalan Allah. Maka ketika itu tentera yahudi mengeledah rumah2 org Islam di tempat dia tinggal dan menghalau mereka. Kemudian tentera2 yahudi nie berlaku kejam mengebom rumah2 nie. Tapi, yg peliknya, rumah dia je yg x dpt diletupkan. Alhamdulillah, tiada yg ajaib, ini janji Allah, bila kita bantu agama Allah, Dia pasti akan tolong kita. Bila dia dan isterinya pulang dr keluar 40 hari tu, jiran2 semua pelik dan tanye, " ya wasil, cmne rumah ko je yg x meletup?".....dia jawab...."ketika tu, aku dan isteriku khuruj fisabilillah 40 hari, aku belajar tawajjuh kpd Allah dan sebelum keluar dr rumah, aku baca doa mcmnie......(panjang doa tu dn aku x berape nk dpt tngkp). MasyaAllah, untungnya bagi mereka yg tahu tentang usaha da'wah nie.

Allah Maha Kuasa...makhluk sikit pun x berkuasa..

Wednesday, April 13, 2011

InsyaAllah....
Exam final bermula 18 April nie....
moga Allah permudahkan ....

Allah Maha Kuasa , makhluk sikitpun X berkuasa

Sunday, March 27, 2011

Moga Allah ampun......

Alhamdulillah, baru tangguh khuruj 1 hari 1/2 di surau Kg Kubang, Nilai, NS. Allah Maha Kuasa, makhluk sedikitpun xd kuase..................

Minggu ni aku ad banyak kuiz dan test. Hanye tinggal lebih kurang 3 ke 4 minggu utk tamatkan asasi kat USIM nie.......Moga Allah mudahkan urusanku kerana aku disibukkan dgn chapter2 yg terlalu banyak utk dihabiskan dlm mase yg terdekat nie.....

Dlm akhir bulan dpn, insyaAllah, tamat. Cuti terlalu lame hingga bulan 9 nanti sebelum masuk degree. jadi, ape yg perlu aku buat...???enjoy?....JANGAN..>!!!

Mase mude aku dan seluruh orang Islam yg lain akan ditanye oleh Allah........
Dlm satu tazkirah yg aku dgr di surau kg nenek yg lps, sorg ustaz ni beritahu bahawa di hadapan Allah nanti, kita kene ceritakan seluruh kehidupan kita dari mula2 lahir sampai mati.

Tu satu perkara, ad lagi....
Khas peristiwa kita ketika muda remaja pun akan diminta oleh Allah utk diceritakan....Allahu Akbar!....
Bayangkan betapa pentingnya waktu muda ini utk agama Allah....apa yg kita dah laksanakan utk diri kita,....utk org Islam yg lain.......utk agamaNya.....

KITA AKAN DIPERSOALKAN.................................

dahlah kita kene cerita semua yg kita lakukan seumur hidup.....dah lps tu kene ceritakan tentang waktu muda sahaja....mcm mne nie....???
Jadi, kawan2....kita kene manfaatkan sebaik2nya....

Sebab tu saya azam buat keputusan utk khuruj di jalan Allah lagi dan lagi sehingga saya tiada lagi....amin~
Doakan saya....40 hari India.....22/5/2011.....

Nikah???
Mase keluar semalam, ustaz tu beritahu, lps habis belajar, terus keluar 4 bulan, pastu kahwin. Penting buat usaha agama dgn ahliah....

Haha...aku pun muda lagi....baru 19....tapi aku tanye jugak la....kalau kawin mase belajar...ok x???
Dia jawab...." boleh je....lagi bagus, insyaAllah dpt elak fitnah besar,......tapi susah sikit nak adapt waktu belajar dan sebagainya....

Aku saje2 tanye cmtu sebab ad trpikir juga nak kahwin mase belajar sebab aku dgr agak ramai jugak abang2 degree medik kat USIM ni yg nikah ketika thn 3 or 4 gitu...tapi sesame fakulti ....so agak terancang....

tapi, aku terpikir kalau kawin dgn pelajar kat sini, susahla sikit sebab kat sini perempuan xleh pakai purdah...and 1 lagi....aku dinasihati supaye kawin dgn wanita yg x bekerja dan x berkarier sebab karier mereka yg sebenar adalah utk jaga anak dan tarbiah mereka sehingga jadi anak soleh solehah, hafiz hafizah, alim alimah............entahlah....Allah saje Yg Tahu.

Rase mcm dunia nie dah x lame...tu yg rase nak nikah awal....takut banyak buat dosa bile x kawin lagi nie...mata saje dh cukup banyak melihat wanita bukan mahram....maklumlah kt kampus, majoriti perempuan...
Sebab, antare kelebihan nikah awal, utaz tu kate, dpt elak ribuan fitnah...

soal rezeki...makan minum anak isteri...???
Hah, tu kene usaha lagi atas iman, yakin,dan amal kita....baru kita faham...

entahlah siape jodoh aku...nak nikah dgn karkunah (perempuan yg buat usaha agama)....x kenal sape2 pun...
Tapi aku muda lagi, tapi ad orang kate aku ni dh mcm org yg dah kahwin, maklumlah,dah berjanggut. Kalau dgn wanita yg lebih tua sikit, biau aku fikir2 kan....WaAllahu A'lam

Saturday, March 19, 2011

Moga Allah sebarkan hidayah

APA YANG DIBUAT JEMAAH TABLIGH KETIKA MEREKA KELUAR DI JALAN ALLAH

Mereka menghidupkan amalan Nabi secara menyeluruh yakni Dakwah, Taklim wa Ta’allum, dan Tazkiyyah. Sesuai ayat : "Ya Tuhan kami, utuslah seorang Rasul ditengah-tengah mereka yang berasal dari diri mereka sendiri (yang tugasnya) membacakan ayat-ayat Engkau (DAKWAH), mengajarkan kepada mereka ALKITAB dan ALHIKMAH (Taklim wa Ta’allum) dan Tazkiyyah (Dzikir Ibadah dan Khidmat), Sesungguhnya Engkau Maha Gagah dan Maha Bijaksana (AL Baqarah : 129)

Doa di atas adalah doa Nabi Ibrahim ketika selesai membangun Ka’bah
sehingga mereka katakan : Inilah amalan masjid yang diinginkan Ibrahim as.
Mereka membagi waktu khuruj dengan tertib sebagai berikut :

4 Jam untuk Dakwah, yang terdiri dari :
Jaulah Umumi, yakni jumpa seluruh orang kampung
Jaulah Khususi, yakni jumpa orang perorang sebagaimana kedudukan orang yang didatangi, misalnya : ulama atau umara.
Jaulah Taklimi, yakni mereka berkeliling untuk ajak orang kampung duduk di majlis taklim fadhilah amal yang mereka buat.
Jaulah Tasykili, yakni mereka datang ke tempat orang yang ada simpati setelah mendengar bayan-bayan (penjelasan) mereka.
Jaulah Ushuli, yakni mereka datang kepada orang yang niat keluar bersamaan dengan kepindahan mereka ke kampung lain.

4 Jam mereka gunakan untuk Taklim, yang terdiri dari :
Taklim Kitabi
Taklim Halaqah Al Quran
Taklim Enam Sifat
Mudzakarah Adab-Adab Sunah Sehari-hari
Taklim Infiradi, yakni membaca buku yang mereka bawa di luar amalan ijtima’i

4 Jam Mereka gunakan untuk Dzikir Ibadah, yang terdiri dari :
Sholat berjamaah
Sholat-sholat sunnah
Dzikir Pagi Petang
Sholat Tahajud dan Doa Hidayah dimalam hari
Tilawah Al Quran
Doa-doa masnunah

4 Jam mereka gunakan untuk Khidmat, yang terdiri dari :
Khidmat kepada Amir
Khidmat kepada Jemaah
Khidmat kepada orang kampung
Khidmat kepada diri sendiri
Semuanya menyita waktu 16 Jam. Sedangkan sisanya digunakan 6 jam untuk tidur
dan 2 jam untuk MCK dan keperluan pribadi lainnya. Apabila mereka keluar ikut tertib dengan iktu kepada amalan ijtima’I secara full, maka biasanya dengan izin Allah mereka mendapat Ishlah setelah pulang. Bisa jaga shalat berjamaah dan muamalah dan mu’asyarahnya
menjadi lebih baik.

Kegagalan orang keluar di jalan Allah disebabkan mereka tidak ikut tertib sehingga tak ada Ishlah dan setelah itu sulit diperbaiki lagi dan jadi HIJAB bagi manusia lain untuk dapat Hidayah.

3 Perkara yang menyebabkan seorang sukses keluar di jalan Allah :
Keluar dengan mentaati Amir
Keluar dengan tertib di dalam Ijtimaiyyat
Keluar semata karena Allah SWT

Apabila orang keluar dengan 3 hal tersebut maka Allah akan beri kepada mereka 2
perkara :
Dicabut sifat binatang dari diri mereka
Doa mereka akan dikabulkan sebagaimana doa Nabi-Nabi.
Telah banyak bukti perubahan yang terjadi pada orang yang keluar di jalan Allah, mereka yang sebelumnya orang yang rusak agamanya atau sampah masyarakat. Preman, Koruptor, Bandar Narkoba, Artist Pejabat, Anak Menteri, Polisi, Tentara, dsb yang sebelumnya jauh dari agama, mereka
kini menjadi Pendakwah, bukan hanya diri mereka baik tapi mereka juga fikir orang lain untuk menjadi baik. Sehingga ketika Amir mereka Syaikh Maulana Muhammad Yusuf Al Kandahlawi Rah A
dikritik orang katanya Jemaah Tabligh hanya Amar Makruf saja tak ada
Nahi mungkar. Maka Beliau katakan : Hadits yang menyebutkan : “Jika
kamu lihat kemungkaran maka ‘Fal Yughayyir’ yakni rubahlah bukan hancurkanlah maka lihatlah oleh kalian !! Perubahan hidup mereka dari
maksiat kepada taat.

ENAM SIFAT JEMAAH TABLIGH
Yang menarik dari Enam Sifat Jemaah Tabligh merupakan ciri kas mereka yang tidak dimiliki oleh Harokah lain. Bahkan Enam Sifat seperti kode untuk membedakan mereka dengan yang lain. Untuk masuk Negara Israel misalnya kebanyakan gerakan Islam tidak boleh tetapi Jemaah Tabligh tak bisa dibendung kehadirannya di Israel karena mereka gunakan Jemaah yang berasal dari negeri yang ada hubungan Diplomatik dengan Israel yakni
Singpura, Australia, dsb.

Untuk bedakan Jemaah Tabligh atau bukan maka orang Israel uji mereka di Bandara
dan Perbatasan dengan SIX POINT / ENAM SIFAT.

Yang menakjubkan banyak ahli Jemaah mereka yang orang-orang Arab, Yordan,
Yaman yang sebelumnya menganut WAHABI yakni yang tak mau menerima
sesuatu yang tidak ada tuntunan dari AL Quran dan As Sunnah, ketika
salah seorang ditanya kenapa terima Enam Sifat ? Mereka katakan bahwa
Enam Sifat ada dalam Surat Thaha yakni pesan Allah SWT kepada Nabi Musa
as sebelum dakwah kepada Fir’aun, Samiri, Hamman, Baslam, Qorun.
Sesungguhnya Aku Allah tiada Tuhan selain Aku maka sembahlah Aku
Dirikan Sholat untuk iangat Aku
Pergilah kamu dan saudaramu (Harun as) dengan ayat-ayat Ku dan jangan lupa untuk ingat Aku.
Berkatalah kepada Firaun dengan lemah lembut
Aku pilih engkau untuk diri Ku
Pergilah kamu kepada Firaun karena dia telah melampaui batas

ENAM SIFAT
Yakin terhadap hakikat kalimah La ilaha illa Allah
Shalat Khusyu’ wal Khudu’
Ilmu ma’a Dzikir
Ikramul Muslimin (Akhlaq terhadap orang Islam dan Adil terhadap orang Kafir seperti ucapan lemah lembut kepada Firaun)
Tashhiihunniyah (Amal Semata karena Allah)
Dakwah dan Tabligh
Lihatlah tuan-tuan point enam sifat di atas adakah yang ikhtilaf dengan Al
Quran dan Hadits???

JEMAAH TABLIGH SELESAIKAN MASALAH UMMAT DENGAN AMALAN MASJID hakikatnya Allah Ta'ala Yg Melakukan Segala2nya

Dari Surat Al Baqarah 129 terlihat doa Nabi Ibrahim di Ka’bah / di masjid

memohon amal Nabi yakni : Dakwah, Taklim, dan Tazkiyyah. Hal ini untuk
menghilangkan panyakit asal manusia yakni :
Takut kepada selain Allah karena ketika manusia hadir di dunia langsung berhubungan dengan kekuatan makhluk, sedangkan Allah menyempurnakan diri untuk uiji hambaNya.
Hidup dengan cara kebiasaan sendiri, karena untuk atasi keadaan hidup yang keras mereka usaha bagaimana bisa bertahan sehingga ketika berhasil maka diyakini sebagai cara hidup yang baik (adat).
Memakai hukum selain yang diturunkan Allah SWT, karena berhasil mengatasi persoalan hidup, maka dibuatlah menjadi suatu undang-undang.

Amalan Nabi berfungsi untuk :
DAKWAH untuk memasukkan Iman Yakin kepada manusia sehingga keluar kebesaran makhluk dan masuk kebesaran Allah SWT.
TAKLIM untuk mengenalkan cara hidup anbiyasehingga merubah cara hidup adat menjadi cara hidup secara Sunnah.
TAZKIYAH mensucikan kehidupan manusia dari dosa ketika jumpa dengan Allah. Di zaman Nabi, penzina, pencuri, pemabuk datang kepada hukum Islam untuk minta disucikan. Sehingga hukum tegak bukan cari pelaku maksiat tetapi orang datang kepada hukum untuk tazkiyah.

Syaikh Ilyas Rah A katakan amalan masjid / amalan Nabi yakni :
Dakwah Ilallah
Taklim wa Ta’allum
Dzikir Ibadah
Khidmat

4 Penyakit yang menjangkiti Umat :
Hubbuddunya (Cinta Dunia)
Bodoh dalam agama (Tidak tahu hukum)
Maksiat kepada Allah Ijtima’i (bersama-sama)
Senang berpecah belah.
Cara Pengobatannya :
Jadikan dakwah sebagai maksud hidup umat
Taklim wa Ta’allum
Dzikir Ibadah (Sholat mencegah Fahsya dan Mungkar)
Khidmat kepada orang Islam

PROGRAM JAULAH

Jaulah adalah tulang punggung Dakwah,karena semua anbiya’ mengadakan jaulah /
keliling jumpa manusia. Jaulah merupakan kumpulan usaha / amal Nabi
yang dikerjakan dalam waktu bersamaan, yakni : Dakwah, Taklim, Dzikir Ibadah, dan Khidmat.
Jaulah dibagi menjadi 2 bagian yakni : Di luar dan di dalam.

Didalam masjid hidupkan amalan : Taklim dengan cara taqrir (menulang-ulang pentingnya amal agama dan kerja agama), Dzikir dikerjakan oleh seorang atau lebih mudzakir, dan khidmat dikerjakan oleh seorang atau lebih istiqbal.

Bagian yang di luar : Dalam surat Yasin diceritakan tentang jaulah Habb Annajar dimana beliau disyahidkan saat buat jaulah. Tatkala Kami utus dua orang(Mutakallim dan Amir) QS Yasin : 14
Maka Kami kuatkan dengan yang ketiga(makmur) QS Yasin : 14 Dan datanglah seseorang dari pinggiran kota dengan tergesa-gesa(Dalil) QS Yasin : 20
Dengan dalil yang kuat serta adab-adab yang tinggi maka jaulah merupakan asbab
hidayah bagi manusia, banyak orang yang terkesan dengan cara jaulah
ini. Mereka datangi para pemabuk, rumah orang kaya, orang miskin, orang
sakit, orang lapar, dll tak kesan dengan keadaan mad’u nya. Adakah
cara dakwah yang lebih haq, lebih hebat dari ini. Suatu cara dakwah yang sudah teruji di Al Quran menghantarkan Habib Annajar menjadi
Mukromin. Bukan dakwah uji coba !!

Kebodohan seorang ustadz ketika menghujat Jemaah Tabligh, ia katakan : Maulana
Ilyas Rah A kerja dakwah pertama kali di India dimana negeri yang mayoritas Hindu. Pendeta mereka di sana biasa datangi umatnya dengan
datang ke rumah-rumah, maka Maulana Ilyas Rah A ikut-ikutan cara
pendeta Hindu datangi orang dari rumah ke rumah. Anehkan? Ada ustadz tidak tahu kalau Nabinya Dakwah datangi manusia dari rumah ke rumah.

Source :

www.usahadakwah.com
www.imanyakin.wordpress.com
www.aldjo.wordpress.com
www.hidayahku.com
www.mualaf.com.
www.Fakta.cjb.net

Saturday, March 12, 2011

Assalamualaikum...

Pg tadi pak cik aku, Abd  Aziz bin Said telah kembali ke Rahmatullah. Asbab sakit. Moga Allah ampunkan dia, moga Allah terima dia, Moga Allah redho atas dia.

Allah Maha Kuasa, mahkluk sikitpun X berkuasa.

Proses pengurusan jenazah sebenarnye menambahkan kerisauan dan kebimbangan kite terhadap kehidupan selepas mati. Xde sape pun dalam kubur sbg teman, hanya Iman dan amal. Allah Maha Besar.

Nak ke x nak, semua manusia akan mati, hatta dunia ini pun satu hari nanti habis musnah sama sekali. Apa persediaan saya, sahabat2 sekalian, tuan2....mari kita fikir. Bukan satu kehidupan yg pendek dlm kubur~.....

Dunia ini yg sebenarnye amat dan sangat pendek hayatnye. Bukan tu je.....tipu daya, khayalan, malah permainan semata-mata.

Tapi kehidupan dunia ni penting kan~....kenape???
Utk enjoy ke....??? Utk foya2 ke...??? Utk suke2 ke...???

Eh, X LAH.....sume tu salah....

Dunia ini penting utk kite usaha atas diri kite, hati kite, amal kite........
tapi belum cukup tu.....
kite jgk kene ajak orang lain utk same2 usaha atas diri dia, hati dia, amal dia...........
supaye Allah kasih kita, Allah redhoi kita, sehingga.........
Allah buat keputusan utk matikan kita dalam Iman dan Islam.....di samping kalimah Toyyibah di bibir kita bisa diungkap seikhlas mungkin....amin..~

InsyaAllah....
Ada 2 jemaah dari USIM akan khuruj 40 hari di India pertengahan bulan 5 nie...amin~ minx doa drpd tuan2.....
Aku juga tersenarai..........moga Allah permudahkan urusanku....masyoqqah ku.........amin~