Friday, December 25, 2009

Engkaulah satu cinta yg sebenarnya aku cari...



 salam semua...
aku ingin meminta maaf drpd kalian semua...
aku bukanlah ke mana..
aku sekadar ingin mencari kebenaran...hakikat..

                         
aku yg lemah ini ingin mengislahkan diri kepadaNya...
hubungan aku dgnNya sngt teruk...
jgnlah terlalu menghubungiku..

andai kata aku tiada..
maafkan segala kesalahanku...
aku ingin belajar..
dunia ini amat luas..
Dia menyimpan segala macam rahsia..



aku ingin belajar sunnah nabi..
yg mana sunnah ini ramai org terlepas pandang..
padahal inilah ibu sunnah baginda..
apa dia?


Dakwah.."""
Bukanlah lama aku pergi..
aku bukan seorang..
bersamaku lagi ada sahabat-sahabat seperjuangan...

Dan ..
aku mengajak kalian semua utk turut serta..
baiki diri..
laksanakan tugas ini..
apa dia?
berdakwah..

mungkin ada yg belum benar2 mengerti..
InsyaAllah, suatu hari nanti kalian pasti akan benar2 tahu..
sahutlah seruan ini wahai kalian sekalian..
kita satu ummah yg dibanggakan oleh Dia..
khairul ummah...

golongkanlah diri kita semua sbg khairul ummah ..
seperti yg disebut dalam Quran...

Tuesday, December 22, 2009

Muslim Youth Smart Camp....


   Agak keliru pada mulanya sebab tak terima surat utk ke kem ni. 'Mysmac 2009' nama diberi. Rupa-rupanya organisasi ' My Concern ' ini baru saja ditubuhkan. Aku ingatkan ianya sudah lama bertapak. Tak mengapa.

  Kem sebegini memang sepatutnya didedahkan buat semua insan bergelar muslimin dan muslimat khasnya remaja, belia, pemuda, pemudi, dan segala yg sewaktu dengannya. Kita sepatutnya yg mencari identiti dan kebenaran terhadap dunia yg fana' ini. Islam dan Iman itulah yg aulanya. Dia telah mengurniakan dua nikmat paling besar ini sejak kita lahir lagi. Ayah azan dan iqamahkan. Maka, daripada situ lahirlah sekecil-kecil Iman dalam diri. Terpulangkan kepada yg empunya Iman itu sama ada utk meningkatkannya, atau menghancurkannya apabila dia meningkat umur kelak.

  Tarbiah Islamiah, dakwah, dan tabligh semestinya mesti dijadikan keutamaan dalam kehidupan dalam meneruskan perjuangan yg ditinggalkan oleh baginda kepada umatnya. Apa dia?

Itulah dakwatul Islamiah. Dakwah yg mestilah dilaksanakan mengikut kaedah yg ditunjukkan oleh nabi junjungan besar kita, Nabi Muhammad s.a.w. Dakwah yg dilakukan secara tahrikat ataupun pergerakan. Seperti baginda, berdakwah dengan bergerak dari satu rumah ke satu rumah, dengan bersemuka, hikmah, sopan, dan itulah yg sebaiknya.

Kem ini mengingatkan kita supaya berukhuwah sesama Islam dan berdakwah secara berjemaah. Fikir bimbang yg serius terhadap remaja seusia kita yg masih rosak amat perlu diterapkan dalam setiap kotak pemikiran orang-orang Islam. Apabila adanya fikir, maka akan adanya pelaksanaan dalam usaha mengatasi segala yg keji dan buruk mengikut ajaran Islam kerana inilah agama fitrah dan haq. Dan cara terbaik adalah berdakwah seperti yg ditunjukkan oleh baginda.

Friday, December 18, 2009

menyesal....

Sejak beberapa hari ni asyik tertinggal solat berjemaah di masjid. Hari tu tertidur sampai terlanjak utk solat asar. Pagi tadi, terlepas solat fardhu subuh berjemaah di masjid.Umi kejut dan katanya dah hampir pukul 7 pagi. Terkejut betul. Ayah dah pun pergi masjid dan sedang mengikuti kuliah tafsir quran. Dahlah aku terlepas kelebihan berjemaah, lepas itu terlepas majlis ilmu pula tu.

nak tahu?
para sahabat akan berkabung atau bersedih jika tertinggal satu solah berjemaah selama seminggu.
mereka juga akan bersedih dan menyesal kalau tertinggal takbiratul ula dlm solah berjemaah selama tiga hari.

macam mane pula aku...
macam tak bersalah je kalau tertinggal bende-bende macam ini.
sepatutnya kita jadi macam mereka...!

ampunkanlah hambaMu ini Ya Allah..!

Thursday, December 17, 2009

ucaplah terima kasih..

thanks my friends...
korang memang baik dgn aku kan?

aku susah sikit, antum semua sedia menghulurkan bantuan...
tapi, sebenarnya hanya Dia yg menolongku,
antum ni kira perantaraan je...

Ok Zharif,
terima kasih sedekahkan aku sikit duit buat tambang bas..
kau macam tahu2 je duit aku masa tu hampir pokai habis.!

Haha...syukran kathiron wa jazilan...

Saturday, December 12, 2009

cuai betul...

Hari ini rasanya memang macam letih sekali. Kenduri kahwin ada lebih kurang 3 rumah. Ayahku memang biasanya ajak aku ke majlis-majlis kenduri macam ni. Sampai je di rumah nenek, aku nampak bantal dan terus rebah di atasnya. Alhamdulillah, masa tu dah pun bersolat zohor. Lena juga rasanya. Terbangun dalam jam 3.40 ptg, aku basuh muka dan menjamah sedikit nasi minyak. Perut mula lapar balik. Maklumlah, pergi 'feast' tiga rumah, yg aku jamah rumah pertama je.

Lepas itu, aku buat 'milo ais' sebab matahari masih lagi gagah menyinar. Umi dan adik sedang tengok tv. Cerita Narnia, macam tu la, 'best' juga rupanya. Sambil 'join' sekali, aku teguk air tadi sikit-sikit. Leka aku dibuatnya. Lepas itu, si Faris, adik saudara datang kepadaku dan minta, "abg hamdi, skit air". Aku pun bagilah. Dia cakap, "abg hamdi, ade semut!". Aik, terkejut aku. Tengok balik dlm 'cup' tu. "Memang ada la", hati je yg terkata-kata. Aku cakap dgn dia, "ok2 abg buangkan semut ni," ada tiga ekor rupanya. Oleh sebab dia nak minum sangat, aku bagilah.Lagipun dah nak habis dah masa tu.

"Rasanya tadi masa buat air nie takde pape pun, camne ade semut plak nie", macam biasa hati saja yg mampu bermonolog. Kalau ikutkan, memang dah tak boleh lagi minum air tu sebab ikut kajian sains pun memang tak baik sebab ada sejenis bhn kimia drpd semut yg boleh mengganggu keberkesanan otak. Lepas tu teringat balik ada seorang pak cik ni dulu, katanya yg beri 'side affect' bukan semut tu, tapi semuanya dgn keizinan drpd Allah. Yakinlah aku.

Tapi, kalau ikutkan memang aku terlupa nak ikut sunnah minum air waktu tu. Mengikut sunnah, baginda saw menyuruh kita melihat air tu sebelum dan semasa minum. Ternyata aku tak buat waktu tu. Itulah padahnya, dtg pula semut.

Pengajarannya, apa-apa hal pun, kejayaan hanya dlm mengikuti sunnah Nabi Muhammad saw......

Friday, December 11, 2009

Alhamdulillah...
tersentak aku ptg nie...


Syukur aku panjatkan kepadaMu Ya Allah...
Selama ini mungkin aku rasa diri aku je yg betul. Barulah aku tahu aku mungkin banyak tersilap sebelum ini. Selesai saja solat asar, pak cik tu salam aku. Lepas itu, dia macam nak peluk aku.
Rupa-rupanya dia ingin membisikkan sesuatu kepadaku. Dia tegur secara hikmah bahawa cara aku sujud salah. Tangan aku salah. 

Dia kata mungkin ada ilmunya yg tiada pdku dan mungkin ilmu yg aku ada tiada pdnya. Jadi, sama-samalah kongsi. Aku rasa mula-mula macam nak bidas balik sebab aku rasa aku tak pernah sujud macam tu. Tak mengapalah, aku terima seadanya. Aku yakin Dia ingin membetulkanku drpd terus tersilap.



igfir zunubi....Ya Rohim!

Thursday, December 10, 2009

Muslimin.....Mukminin!!!

hal antum ta'rifun...

Solat berjemaah pd awal waktu di mana azan dilaungkan...
Itu mesti kan bg muslimin dan mukminin???

kita belajar di sekolah, penulis buku menyatakan sunat muakkad...
tahukan sunat muakkad tu apa?
sunat yg dituntut kan?

tapi, adakah kita lihat pendapat ulama yg lain-lain...'
Some of them said this is compulsory for muslim...
wajib...fardhu...

Nabi Muhammad Sallahu Alaihi Wasallam,
diriwayatkan tidak pernah meninggalkan solat fardhu berjemaah di masjid....
renunglah....insaflah...menangislah...
kita cinta kpd baginda kan...???

nak tahu...???
hatta ketika baginda ditimpa sakit sebelum ajal menjemput,
baginda saw meminta beberapa sahabat utk memapah baginda pergi ke masjid....
kerana baginda tidak mahu sama sekali meninggalkan solat berjemaah...

hatta kaki baginda diseret atas pdg pasir yg gebu....
pd tika itu...
Saidina Abu Bakar selaku imam....
atas permintaan baginda...

aduh...!
betapa kita mukminin termasuk aku ini...
lupakah kita akan antara sunnah baginda yg hebat ini....

lihat saja di masjid-masjid, surau-surau....
siapakah yg biasanya mengi'marahkannya...
sedih....!
pak cik-pak cik tu, atuk-atuk tu....

takde org lain ke...
pemuda sepertiku....mana???

bukan bererti aku ini sering ke masjid...
bukan kerana u'jub, sum'ah ...
tapi aku tahu perkara nie....
dan aku berusaha mengamalkannya...

ada yg kata sembahyang di rumah pun boleh...
berjemaah di rumah pun boleh....
memang boleh!
tapi......

ada riwayat menyatakan...
yg bersembahyang di rumah hanyalah terlepas drpd kefardhuan...
and at the sametime...
tiada pahala buat mereka...dosa pun tiada...

takkan nak macam tu je...
baginda hanya bersolat sunat di rumah baginda...
solat fardhu 5 waktu setiap hari, di masjid!!!

hadith...

Ada riwayat...lebih kurang maksudnya...

solat berjemaah afdal 27 kali ganda drpd solat infradi...

jika tiada yg menunaikan solat berjemaah di sesuatu 'qaryah' itu, nescaya berdosalah keseluruhan org kg tersebut...

nescaya kufur, nifaq, bg yg mendengar azan tetapi tidak menyahut dan menunaikan solat berjemaah di mana azan itu dilaumgkan...

Ayat Quran..
maksudnya : sesungguhnya siapa yg mengi'marahkan masjid-masjid Allah maka merekalah yg beriman dgn     Allah dan hari akhirat........

walaupun ada hadith yg dhoif, namun kita masih boleh beramal dgnnya...
sebab ianya fadhail a'mal...
tiada alasan...

ayat Quran pun jelas...
apa lagi..???

nasyid arab....
zahabal masjidu lil ummah..
ya ummati aina shababi...'
from "Ikim Fm"

wahai shabab, mari kita kembali
faham kan??
kan bahasa melayu ni...

Cuba fikirkan...
jika masjid-masjid dipenuhi dan dii'marahkan pd setiap waktu..
org kafir yg jahat pun takut kan...?

masjidlah tempat paling baik dan selamat..
pasar pula tempat yg buruk....

pelbagai simbolik Dia telah tunjukkan....
contohnya, tsunami ...

berjemaah di masjid adalah utk semua muslimin pd awal waktu....
segera bersolat apabila masuk waktunya adalah utk semua muslimah di rumah...

bangkitlah........

Wednesday, December 9, 2009

renungkanlah...

Tak rasa risau ke kita semua! Entah..makin teruk rasanya. Kalau tengok anak-anak perempuan di kampung-kampung kita sudah cukup. Ada yang tu baru setahun jagung dah pandai bergaya, berfesyen, dan ada juga yg berlagak macam budak lelaki bawa motor. Hmm...

Yg lelaki pun sama. Ada yg lagi makin membimbangkan. Dengan fesyen rambut dia, baju metalik dia, aduh risau rasanya! Pakai seluar pendek..macam tak rasa apa-apa. Apsal ye?
Hampir kiamat rasanya. Tapi, kita sbg umat yg dimuliakan dgn tanggungjawab dakwah, takkan nak tengok je?
Ini satu kefardhuan kita semua. Ada yg kata ni fardhu kifayah, orang lain buat kita tak payah! Wah, macam tu pula.
hisy!

Ada satu kisah...drpd hadith qudsi kalau tak silap...
ada seorang a'bid di sesebuah kampung. Dia beribadat dan berzikir kpd Allah Ta'ala siang dan malam. Tapi, orang-orang di sekelilingnya bergelumang dgn maksiat seperti arak, zina. Namun, sedikit pun tidak terdetik di hati dan fikir a'bid ini utk berdakwah. Dia hanya memikirkan dirinya sendiri.

Maka, sampai satu ketika Allah Ta'ala ingin menimpakan azab kepada kaum ini dgn memerintahkan tugasan tersebut kpd malaikat. Sedang malaikat itu hendak menimpakan azab, dia melihat seorang a'bid ini sedang sibuk beribadat. Maka, malaikat ini kembali kpd Allah Ta'ala menanyakan sama ada ingin menjalankan tugasan tersebut atau tidak sedangkan terdapat seorang hamba yg mengingatinya.

Maka Allah Subhanahullah Ta'ala memerintahkan malaikat itu supaya menimpakan azab yg pedih itu ke atas a'bid itu dahulu.
Sebab apa?. Sebab dia langsung tidak risau akan org di sekelilingnya yg berdosa. Maka, dia pun akan menanggung azab..

Ya Rohim, ampunkanlah kami semua umat ini.....

Saturday, December 5, 2009

موضوع: قصة الفتاة التي خاطبها الجن عبر الماسنجر





بسم الله الرحمن الرحيم
كيفكم ؟
جبتلكم قصه حقيقيه ومخيفه بعض الشيئ إلي يخاف لايقراها
أخليكم مع القصه


نسيم المحبة هو أسمها المستعار في عالم الانترنت لم تتخلى عنه لا في منتدى ولا في دردشة
ولا حتى في مقال تكتبه
لمجلة هي مدمنه إن صح التعبير على الانترنت فهي تجلس عليه بالساعات الطوال المتواصل تعرفت
على فلانة وفلان
حتى أتي اليوم الذي تعرفت فيه على شخص متميز في نظرها أسرها بسعة إطلاعه وحفظه لنصوص الأدبية وكلامه
المعسول وكان يلقب بــ ((المدهش))..............
هو من طلب التواصل معها عبر الماسنجر وأخبرها أنه أضافها لديه علت وجهها الدهشة وسألته كيف عرفت بريد
قال
أنا متمكن في برامج التطفل ((الهكر)) بدأ الخوف يدب في كيانها من أن يتطفل على بريدها
وجهازها قالت له أنا لا أضيف
شباب لدي في الماسنجر أخبرها أنه يعلم أن في الماسنجر لديها الكثير من الشباب كما أن لا خيار لها
فهو قد أضافها وقبلت
هي الإضافة قالت مستغربة كيف قبلت أضافتك وأنا لم أضف إلى ماسنجري أحد من ما يقارب
الشهر قال أنا أضفتك وأنا
قبلت أضافتك وأنا الآن أستطيع أصف لك ما تلبسين وما تأكلين قالت بعناد مشوب بالخوف
أتحداك قال أنت تلبسين كذا
وكذا وأنت كنت تشربين ........ تلفتت نسيم المحبة يمين ويسار تبحث في غرفتها قامت مفزوعة
توجهت نحو الباب
فوجدته مقفول توجهت نحو الشباك فوجدته محكم الإقفال والستائر مسدله عليه فما زاد رعبها
أنها غيرت ملابسها منذ
وقت قصير قبل أن تشغل حاسبها الآلي ولم يرها أحد من أهلها في لبسها الجديد فكيف عرف
هذا ما تلبس نظرت برعب
نحو الشاشة وقد امتلأ صفحة الدردشة الخاصة بابتسامات متنوعة وكأنها تسمع ضحكة شيطانية من حولها ..............
توجهت نسيم المحبة نحو حاسبها تريد أن تطفئه لكن الحاسب لا يستجيب لها بدأت تحذيرات
المدهش تكتب على
صفحات الدردشة لا تحاولِ الهروب
فأنا من يسيطر على جهازك الآن بدأ الاتصال بالماسنجر يعمل تسمرت نسيم المحبة في مكانها
من الخوف بالفعل
كان المدهش مضاف لديها بدأت المحادثة الخاصة تعمل نظرت إلى الصورة الجانبية
التي وضعها المدهش فإذا به
شاب وسيم تغيرت الصورة لتحل مكانها صورتها امتلأ وجه نسيم المحبة بالذعر فهي لا تملك كاميرة
ولم تضع لها أي
صورة في جهازها كما أنها على يقين أن لم تتصور أبدا بهذه الملابس نسيم المحبة أم أناديك بــ..........
صعقت كيف
عرف اسمها تغلبت نسيم على ذعرها وبدأت تكتب وتسأل من أنت وكيف تعرف كل ذلك عني وكيف
استطعت التحكم
بجهازي قال لها أنا...........................
تغلبت نسيم على ذعرها وبدأت تكتب وتسأل من أنت وكيف تعرف كل ذلك عني وكيف استطعت
التحكم بجهازي قال لها
أنا كيان قريب منك حتى أني أستطيع أن استنشق عبير عطرك ولو أردت أن أتمثل أمامك الآن
فسأتمثل أن مغرم بك
منذ أن سكنتم في بيتي وحللتم ضيوفا علي
زاد ذعر نسيم وشلت يداها قامت مسرعة نحو باب غرفتها وهي تصرخ بأعلى صوتها ومن خلفها علت ضحكة شيطانية !!!!!
بالتأكيد علمتم أن من كان يخاطب نسيم المحبة ليس من البشر بل من الجن وقد يكون من مردة الشياطين
لا تعجبوا
فالجن استوطنوا الأرض قبل الأنس بألف عام ولديهم من العلم ما ليس لدى الأنس كما أن الله خصهم
بصفات لم تكن
للأنس فهم يرونا من حيث لا نراهم كما أنهم قد يتلبسون بالأنس ويسيطرون عليه فلم تعجبون ؟؟؟؟؟؟؟
وقد يخاطبونكم
الآن في هذا المنتدى عبر أسماء مستعارة فحذروا
تحذير ورد في كتب العلماء المتخصصين في علوم الجن أن الجن يحبون أن يستمعون
لسيرتهم ويتلذذون بذلك فحذر قد يكون من خلفك أحدهم يقرا معك هذا الموضوع
وإذا كانت به شجاعة فسوف يلفت نظرك بضجيج أو نحوه فلا تفزع ـــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــ
قولو لي هل اعجبتكم القصة
copy je..

Friday, December 4, 2009

Keazaman itu mesti

Ustaz Abdul Razzaq bercerita...

Nabi Nuh a.s telah berdakwah selama lebih 950 tahun. Namun, hanya lebih kurang 83 orang sahaja yg beriman. Maka Allah Ta'ala memberitahu baginda supaya bersedia membuat kapal kerana banjir yg besar dan dahsyat akan Dia timpakan ke atas golongan yg tak mahu menerima. Baginda juga masih sempat berdakwah lagi bersungguh-sungguh tanpa putus asa sebelum azab itu ditimpakan ke atas kaumnya.

Namun, hatta isteri dan anaknya tidak mendapat hidayah. Semasa berdakwah pada ketika itu, baginda 'tasykil' atau mengajak supaya kaumnya ikut menaiki kapal tersebut. Terdapat seorang perempuan tua menyatakan niatnya utk ikut sama sebelum banjir tersebut berlaku.

Namun, Nabi Nuh a.s telah lupa akan perihal perempuan ini. Maka, banjir telah pun berlaku. Hanya setelah banjir itu, barulah baginda teringat akan perempuan itu. Baginda mula risau dan terus menjejaki rumah perempuan itu. Rupa-rupanya tiada apa-apa yg ditimpa ke atasnya. Dia terselamat drpd banjir. Ketika baginda menemuinya, perempuan itu menyatakan "bilakah wahai Nuh banjir itu akan berlaku?". Lantas baginda menjawab bahawa banjir itu telah pun berlaku dan dgn izin Allah Ta'ala perempuan itu selamat kerana niat ikhlas dan azamnya utk ikut sama kpd Nabi Nuh a.s...

Oleh itu, marilah kita sama-sama pasang niat dan azam utk fisabilillah......