Hari ini rasanya memang macam letih sekali. Kenduri kahwin ada lebih kurang 3 rumah. Ayahku memang biasanya ajak aku ke majlis-majlis kenduri macam ni. Sampai je di rumah nenek, aku nampak bantal dan terus rebah di atasnya. Alhamdulillah, masa tu dah pun bersolat zohor. Lena juga rasanya. Terbangun dalam jam 3.40 ptg, aku basuh muka dan menjamah sedikit nasi minyak. Perut mula lapar balik. Maklumlah, pergi 'feast' tiga rumah, yg aku jamah rumah pertama je.
Lepas itu, aku buat 'milo ais' sebab matahari masih lagi gagah menyinar. Umi dan adik sedang tengok tv. Cerita Narnia, macam tu la, 'best' juga rupanya. Sambil 'join' sekali, aku teguk air tadi sikit-sikit. Leka aku dibuatnya. Lepas itu, si Faris, adik saudara datang kepadaku dan minta, "abg hamdi, skit air". Aku pun bagilah. Dia cakap, "abg hamdi, ade semut!". Aik, terkejut aku. Tengok balik dlm 'cup' tu. "Memang ada la", hati je yg terkata-kata. Aku cakap dgn dia, "ok2 abg buangkan semut ni," ada tiga ekor rupanya. Oleh sebab dia nak minum sangat, aku bagilah.Lagipun dah nak habis dah masa tu.
"Rasanya tadi masa buat air nie takde pape pun, camne ade semut plak nie", macam biasa hati saja yg mampu bermonolog. Kalau ikutkan, memang dah tak boleh lagi minum air tu sebab ikut kajian sains pun memang tak baik sebab ada sejenis bhn kimia drpd semut yg boleh mengganggu keberkesanan otak. Lepas tu teringat balik ada seorang pak cik ni dulu, katanya yg beri 'side affect' bukan semut tu, tapi semuanya dgn keizinan drpd Allah. Yakinlah aku.
Tapi, kalau ikutkan memang aku terlupa nak ikut sunnah minum air waktu tu. Mengikut sunnah, baginda saw menyuruh kita melihat air tu sebelum dan semasa minum. Ternyata aku tak buat waktu tu. Itulah padahnya, dtg pula semut.
Pengajarannya, apa-apa hal pun, kejayaan hanya dlm mengikuti sunnah Nabi Muhammad saw......
No comments:
Post a Comment