Ustaz Abdul Razzaq bercerita...
Nabi Nuh a.s telah berdakwah selama lebih 950 tahun. Namun, hanya lebih kurang 83 orang sahaja yg beriman. Maka Allah Ta'ala memberitahu baginda supaya bersedia membuat kapal kerana banjir yg besar dan dahsyat akan Dia timpakan ke atas golongan yg tak mahu menerima. Baginda juga masih sempat berdakwah lagi bersungguh-sungguh tanpa putus asa sebelum azab itu ditimpakan ke atas kaumnya.
Namun, hatta isteri dan anaknya tidak mendapat hidayah. Semasa berdakwah pada ketika itu, baginda 'tasykil' atau mengajak supaya kaumnya ikut menaiki kapal tersebut. Terdapat seorang perempuan tua menyatakan niatnya utk ikut sama sebelum banjir tersebut berlaku.
Namun, Nabi Nuh a.s telah lupa akan perihal perempuan ini. Maka, banjir telah pun berlaku. Hanya setelah banjir itu, barulah baginda teringat akan perempuan itu. Baginda mula risau dan terus menjejaki rumah perempuan itu. Rupa-rupanya tiada apa-apa yg ditimpa ke atasnya. Dia terselamat drpd banjir. Ketika baginda menemuinya, perempuan itu menyatakan "bilakah wahai Nuh banjir itu akan berlaku?". Lantas baginda menjawab bahawa banjir itu telah pun berlaku dan dgn izin Allah Ta'ala perempuan itu selamat kerana niat ikhlas dan azamnya utk ikut sama kpd Nabi Nuh a.s...
Oleh itu, marilah kita sama-sama pasang niat dan azam utk fisabilillah......
No comments:
Post a Comment