Semuanya berlaku hanya dgn kuasa dan izin Allah Ta'ala. Begitulah kehidupan ini. Betapa hebatnya Allah Ta'ala. Pengalaman 'khuruj fisabilillah' mmg sejak di sekolah menengah. Ini sememangnya usaha bagi semua umat Islam, tidak kira mukmin, mukminat, semuanya mesti. Aku merasakan kekuatan utk menjaga amal ketika keluar di jalan Allah, ketika berada di masjid atau di surau di mana2 tempat. Namun, sekarang aku berasa kelemahan yg amat sangat. Maklumlah aku bukannya daripada keluarga yg melibatkan diri dalam usaha dakwah ini. Keluargaku belum ahli karkun (org yg buat usaha tabligh) lagi. Bacaan ta'lim (bacaan quran dan hadith) di rumah sangat tandus sekali. Hanya apabila aku wujud di rumah, aku sajalah yg membaca. Jika tidak, tiada org yg akan membacanya. Pada mulanya ummi dan beberapa org adik-beradikku duduk dalam halaqah ini. Ayahku juga pernah.
Namun sekarang seolah-olah keadaannya pudar atau hilang sama sekali. Bacaan Quran dan Hadith mesti diperdengarkan di setiap rumah org2 Islam agar di situ kembali sepertimana rumah para sahabat r.anhum dahulu. Selesai saja sabdaan baginda s.a.w di mana2 sahaja, maka para sahabat r.anhum akan terus sampaikan kpd keluarga mereka sebaik sahaja pulang ke rumah masing-masing.
Banyak yg aku tidak dapat lakukan. Hubungan dgn markaz langsung tiada. Mesyuarat pun tak pergi. Teruk, aku teruk!Ampunkanku Ya Allah.
Aku mesti berdamping selalu dgn mereka yg istiqomah. Nasihat yg diperlukan setiap hari.
Kebesaran Allah mesti setiap hari dipercakapkan dgn ahli keluarga dan sesama org Islam agar Allah memperbaiki keyakinan kita. Berdakwah mesti setiap hari. Namun, aku x buat. Dosa kan!..
Pergi ke masjid atau surau utk solat berjemaah sendiri2. Tak ajak org lain, jiran2 yg sebaya dgn kita atau saudara-mara kita. Itulah aku~..teruk! Apa yg akan aku jwb nanti di mahkamah yg langsung x sama dgn mahkamah di dunia ini. Mereka pasti akan mempersoalkan. Iman paling tandus sekalipun...adakah aku fikir risau atas mereka. Doakan utk mereka juga. Adakah aku buat? atau adakah kita buat??..tepuk dada tanya iman.
Ya Allah, ampunkan daku dan seluruh umat Islam...kerana belum lakukan dakwah sebetulnya
Apabila masuk universiti nanti, dugaan lg banyak. Aku perlukan amalan yg istiqomah. Secebis amalan walau bagaimanapun..itu aku mesti teruskan..
Tolong komen utk saya...nasihat utk saya...saya perlukan bimbingan...!..
Salam Hamdi,
ReplyDeleteBaru dpt kesempatan nk komen blog ni...
Takpe kita mula sorg2 insyaAllah lama2 nanti kuarga akan turut serta. Nabi SAW pun mula buat usaha sorg2 juga...Ingat Nabi Ibrahim as semasa nak dibakar Namrud, Jibril dtg nk beri pertolongan pun, apa kata dia, hasbiyallah! cukup Allah!...kawan atau lawan tak bole beri manfaat tanpa izin Allah...kuarga pun tak bole beri manfaat atau mudharat tanpa izin Allah...
Kita usaha dan doa mlm2 menangis...Ummi dulu pun sorg2 dlm kuarga buat usaha, alhamdulillah sekarang ada juga adikberadik yg jadi karkun. Mak abah pun dah ikut keluar...cuma skrg ni ada sejuk sikit, mgkin ummi kurang ikram mereka...
O ye, awk org melaka kan? Tgl kat mana? Bole juga saya ziarah rumah jumpa umi awak...mana tahu dgn usaha yg sedikit, Allah terima keluarga awak untuk kerja agama ni...
Nothing is impossible for Allah...
wasalam..alhamdulillah..
ReplyDeletesye tggal di tmn permatang pasir, alai...hmm
jazakillah kerana nasihatkan saye...tp sye sendiri pun masih lemah. Terlalu lemah. Moga Allah terima sye dan keluarga...dan seluruh umat.