assalamualaikum...
sebenarnya banyak lagi perkara dan cerita semasa 'khuruj' 2 hari yg lepas. Seorang abang yg aku ceritakan sebelum ini tampak mmg benar-benar memiliki ilmu yg mantap. Dia memberi penerangan semasa muzakarah 6 sifat utama sahabat r.anhum. Dia menjelaskan bagaimana kalimah 'lailahaillah muhammadurrasulullah' dari segi erti dan maksudnya. Di sini aku kongsikan sekadar yg aku tahu.
Kalimah 'lailahaillah' ertinya adalah 'tiada tuhan yg berhak disembah melainkan Allah'. Maksudnya pula bagaimana kita benar2 yakin bahawa hanya Allah Ta'ala sahaja Yg Berkuasa dan selain daripadanya langsung tak berkuasa. Kalimah 'la' bermaksud 'menafikan secara bulat dan yakin'. Kalimah 'ilah' pula bemaksud 'segala yg berbentuk ketuhanan dan keyakinan'. 'illaAllah' bermaksud kecuali, hanya Allah Ta'ala. Jika kita menjadikan keyakinan kita kepada duit, harta,kekayaan, pangkat, dan sebagainya yg selain daripada Allah, bermakna kita syirik. Kita hanya wajib yakin hanya Allah Yg Maha Kuasa, selain Allah langsung tak berkuasa. Selain daripada Allah iaitu 'makhluk' seperti kekayaan, pangkat serta apa yg ada dalam dunia ini langsung tidak boleh memberi manfaat dan mudarat. Allah sahaja Yg Maha Kuasa.
Kalimah 'muhammadurrasulullah' pula mempunyai erti bahawa Nabi Muhammad s.a.w itu pesuruh Allah. Maksudnya pula adalah bahawa kita wajib yakin hanya cara kehidupan yg ditunjukkan baginda Nabi Muhammad s.a.w itu sahajalah yg membawa kejayaan dunia dan akhirat. Jika kita ikut cara selain baginda Nabi Muhamma s.a.w, maka kita sebenarnya gagal dunia dan akhirat. Allah Ta'ala mencipta baginda Nabi Muhammad s.a.w sebagai rahmat dan ikutan serta contoh terbaik di muka bumi ini. Tiada yg lain. Dalam semua perkara dalam kehidupan ini mesti ikut cara baginda Muhammad s.a.w. Kita tidak boleh mengambil katakan....ekonomi ikut cara Nabi s.a.w, dan ini tak boleh dan yg ini boleh dan sebagainya. Abg tu beritahu, semua perkara mesti ikut cara baginda s.a.w, mesti dalamsemua aspek kehidupan ini. tiada alasan begitu dan begini, kerana zaman dah berubah lah..begitu dan begini. Jika inginkan kejayaan hakiki, mesti ikut cara Nabi Muhammad s.a.w termasuk dakwah. Dakwah pun mesti mengikut cara baginda s.a.w. Walaupun orang kata mesti ikut teknologi terkini dan sebagainya, tapi sebenarnya kita silap. Hanya dgn cara baginda s.a.w, Allah Ta'ala redho dan terima. Dakwah baginda Nabi Muhammad s.a.w hanya utk membawa keyakinan dan iman yg sohih kepada Allah Ta'ala. Bukannya kepada kuasa pemerintahan, ekonomi, autoriti dan sebagainya. Jadi utk itu, kita mesti ikut cara dakwah yg benar mirip-mirip dgn cara baginda Nabi Muhammad s.a.w.
Nak cerita sikit. 2 hari semasa 'khuruj', 2 hari berturut-turut aku ikut ziarah(gash) rumah ke rumah. Malu rasanya. Tapi baginda s.a.w dahulu lagi teruk dikenakan. Kita hari ini tiada masalah utk berjumpa dgn orang. Orang sekarang semuanya suka. Yg tak suka itu, sedikit sangat.
Ada pergi rumah pak cik sorang ni. Ketika bersalaman terus dia tanya, "dah kahwin?". Terus aku jawab perlahan, "belum". Dia terus jawab mcm perli je bunyi, ntahlah...."kesian...".Aku diam je. Dalam hati aku cakap, "aku baru 18 tahun, hmm..". Masa dah nak tangguh iaitu semasa salam sekali lagi, dia tanya lagi soalan yg sama. "dah kahwin?."Aku jawab perlahan, ..."sye 'student lg pak cik". Pak cik itu balas.."student, student juga....kahwin, kahwin juga'. Aku malu dan terus nak balik ke surau. Dia tanya lagi, "ke dah ada???". Aku cakap, "belum, pak cik....mne ade..". Lega sikit pak cik dalam jemaah yg sorang pula tegur pak cik yg tanya aku nie...."nape???ade ke nak carikan?"..Pak cik tu jawab.."ade je...tapi dia dh tak toleh belakang...(aku menghadap ke tempat lain utk jalan balik, malu pun ada tentang soalan pak cik tu....waduh!..dh x tawajuh....lari fikir...malas nk layan rasanya)
Belum tiba masanya. Lama lagi. Bidadari yg Allah sediakan lagi hebat. Yg penting kita cari redho dan rahmat Allah.
tu saja...salam.................~
No comments:
Post a Comment