Sunday, November 21, 2010

I just make myself like nothing to be but sometimes deemed so crazy might be. Thinking myself is better than others is really stupid seemed to be.


puzzling............~

just ignore that..........

I'm trying to be a sincerer but sometimes....????
yes, I'm not the best...
but I don't intend to hurt anyone in this life....
Nonetheless I know I was wrong and regard it as trivial as nothing ...
I should be blamed and exactly supposed to be with......

Notions and perceptions are really show His Tremendous.
Allah, The Most Merciful and The Most Forgiveness to His slaves.
I'm always expecting from His Forgiveness and Lovings.

Akhirat is my destination, the real home for all human beings, ummah, my family and me....
trying to rectify the situations and opinions ...........
but, yes..
its not as easy as come from  words....

We can't see the actual mission of life until we come to death....
and...
such millions..... maybe billions.....or trillions of regrets ....and exactly we couldn't be able to count it
if we take the wrong steps in this really short of tricky life......
we don't know...~
just hoping for the best......

Allah, The Most Powerful at anythings, can do everything without anything.....makhluq will never to be...........






 

Friday, November 19, 2010

bacalah........

Sunday, April 12, 2009Akar politik eropah kepada dunia

PERBINCANGAN mengenai politik selalunya mendapat sambutan hangat di negara ini. Maka tidak hairan jika ada pihak yang tidak berminat terhadap politik maka ia seolah-olah tidak dapat diterima masyarakat walhal sikap itu bukanlah menyalahi undang-undang negara, waima undang-undang Islam sekali pun.

Begitupun, perlu lah kita sedar bahawa bukan bermakna orang yang tidak berminat terhadap politik, tidak tahu menahu soal politik. Justeru, posting kali ini menyentuh soal asal usul ideologi politik masakini dan dari mana asalnya ia datang.

Secara umumnya, politik atau siasah di sesebuah negara dicorakkan oleh ideologi politiknya dan di kebanyakan negara khususnya negara yang pernah dijajah, permikiran politiknya adalah seperti yang dipupuk oleh penjajah.

Disebabkan itu, kebanyakan negara serasi menggunakan ideologi politik yang susur galurnya berakar dari idea tokoh pemikir eropah moden, kerana negara eropah banyak menjadi penjajah.

Sebagaimana manusia, otaknya yakni fikirannya akan mencorakkan pergerakan dan tindakan badannya, begitu juga pemikiran atau ideologi politik ini mencorakkan apa yang diamalkan kebanyakan negara.

Maka berbincang mengenai ideologi politik kebanyakan negara masakini tidak lengkap jika tidak menyebut mengenai ideologi politik barat yang dihasilkan pada zaman eropah moden. [Eropah moden adalah zaman selepas eropah keluar dari zaman gelap. Maka eropah moden di sini dirujuk kepada zaman pencerahan (enlightenment) dan zaman kebangkitan (renaissance).]

Menyorot asal usul ideologi politik yang dilahirkan oleh tokoh-tokoh pemikir barat juga boleh membuka ruang untuk kita berlapang dada terhadap gerakan atau jemaah Islam yang bersikap berkecuali dalam politik.

Di eropah, sejak dari zaman Greek hingga ke eropah moden, manusia menggunakan akalnya untuk menjadi formula terbaik mentadbir dan menguruskan politik serta negara hingga melahirkan pelbagai pemikiran, ideologi atau ism.

Walaupun gagasan idea golongan cendekiawan dan falsafah barat itu dianggap besar namun tiada satu pun yang benar-benar berjaya, kerana ia bersandarkan kepada akal semata-mata.

Dari Plato, Socrates hingga ke Karl Mark dan Stalin - ideologi rekaan manusia antaranya ialah demokrasi, sosialism, komunism, kapitalism, fasism, secularism dan sebagainya namun idea yang paling kita kenali ialah demokrasi. Ini termasuk idea social contract yang pertama kali diperkenalkan oleh Jean Jacques Rousseau (Perancis), kini tiba-tiba begitu popular di tanah air tercinta.

Secara umumnya idea asal mereka tidak dibimbing oleh agama kerana agama yang diamalkan oleh masyarakat eropah waktu itu iaitu kristian ternyata dipandang serong masyarakatnya kerana dirasakan tidak sempurna untuk perkara tersebut.

Ideologi berasaskan agama menerusi gagasan 'Kingdom of God' yang dipelopori oleh golongan agama seperti St. Aquinas dan St. Agustine menyebabkan dogma dalam masyarakat akibat kejumudan dokrine yang dipaksakan. Akhirnya ia ditolak oleh rakyat, lebih-lebih lagi masyarakat mendapati ia tidak masuk akal atau tidak rasional menyebabkannya tidak diterima masyarakat.

Walaupun pada mulanya ia diterima segelintir masyarakat ekoran kesan penolakkan sistem feudal raja, tetapi kemudiannya gereja ditewaskan dalam soal perebutan kuasa.

Disebabkan itu, bila berlaku konflik antara istana dan gereja dalam perebutan kuasa muncul idea-idea yang bertujuan membebaskan masyarakat daripada gereja dalam secularism yang memisahkan agama dalam politik.

Machiavelli yang dipenjarakan raja, menulis buku 'The Prince' untuk membodek raja yang antara lain menjelaskan kenapa kuasa sepatutnya diberikan kepada raja dan bukannya kepada gereja. Akhirnya raja suka kepadanya dan dia dibebaskan, namun kelicikan idea 'the ends justify the means' terus popular di pentas politik.

Namun tokoh pemikir barat dan masyarakat tidak juga dapat menerima urusan negara diserahkan kepada raja bulat-bulat disebabkan cengkaman kuku besi raja dalam sistem feudalism, kelemahan kepimpinan dinasti dan sebagainya. Ini menyebabkan rakyat

memberontak dan tokoh-tokoh politik serta rakyat berpendapat rakyat perlu diberikan kuasa dalam memerintah negara.

France Revolution (1789–1799) misalnya mengorbankan institusi raja dan peristiwa The storming of the Bastille (14 July 1789) antara kemuncak rakyat menolak raja.

Penjara Bestille tempat dihumban penjenayah yang benar-benar jahat dan tahanan politik yang bukan penjenayah. Kesalahan tahanan politik hanya kerana melawan raja. Tetapi apabila penjara itu dirempuh gelombang rakyat, maka kesemua yang dalam penjara itu sama ada tahanan politik atau orang jahat menjadi bebas. Perancis menjadi kacau dan sejarahnya agak menarik hingga ke Napoleon Bonaparte.

Jika kuasa diberikan kepada rakyat, maka timbul pula bagaimana ia perlu dilaksanakan?

Dalam hubungan ini, sejajar dengan perkembangan sains yang meledak telah melonjakkan industri di eropah, lebih-lebih lagi negara eropah telah mendapat (merompak) banyak bahan mentah dari negara-negara yang dijajah untuk digunakan di negara sendiri.

Maka terjadi industrial revolution dengan rata-rata rakyat adalah menjadi pekerja.

Pada waktu ini timbul idea seperti socialism yang mendapat sambutan kerana memperjuangkan golongan pekerja dan memastikan agihan ekonomi, kuasa dan apa-apa sahaja berkaitan negara perlu dipusatkan kepada kerajaan bagi faedah rakyat secara samarata. Impian socialism adalah negara yang dinamakan utopian-state, tetapi realiti yang terjadi ialah pemerintahan kuku besi.

Socialism yang ditafsir Karl Mark menjadi communism yang dikembangkan di Soviet dan China. Socialism adalah ibu manakala komunisme adalah anaknya dan komunisme di Rusia berbeza dengan di China. Socialism juga melahirkan anak seterusnya iaitu National Socialism atau singkatannya Nazism (Jerman), Fasism (Italy) yang hanya berkehendakkan negara mengawal segala-galanya - iaitu secara autocracy, kukubesi dan diktator.

Dalam senarai ideologi barat - wajah komunis, fasis dan nazi nyata adalah paling terburuk dan hodoh. (Syukur lah kita kerana di Malaysia tiada lagi komunis).

Pada masa yang hampir sama, disebelah pihak muncul sosial demokrasi yang wajahnya berbeza yang dianggap lebih bertimbang rasa, memberi kebebasan, bersuara, lebih liberal, persaingan pasaran, kapitalism dan pemimpin ditentukan oleh undi rakyat melalui pilihan raya.

Pertembungan antara dua pihak yang berideologi berbeza antara negara-negara penganutnya menyebabkan perperangan dunia pertama dan kedua yang berteraskan isu ekonomi, penjajahan dan kuasa. Turki masuk ke kumpulan yang salah itu kumpulan yang kalah pada perang dunia pertama.

Pada perang dunia kedua, Jepun pula masuk ke dalam kumpulan yang salah iaitu kumpulan yang kalah.

Negara-negara sosial demokrasi seperti Britain, Amerika menang dalam perang. Negara ini terus memastikan komunis tidak berkembang hingga terjadi perang dingin dan perang Vietnam. Akhirnya komunis berkubur, USSR runtuh, demokrasi menjadi dominan dan Amerika adalah pendokongnya. Hari ini Jepun masuk kumpulan yang betul menjadi

sekutu kuat Amerika.

Pada zaman penjajahan, negara-negara penjajah telah merompak, memperkosa dan menodai hasil mahsul bumi negara-negara dijajah dan apabila penjajah meninggalkan negara itu, mereka meninggalkan benih demokrasi dan nilai-nilai politik barat untuk diwariskan dalam pemerintahan.

Apabila negara-negara penjajah sudah tidak tertanggung untuk mentadbir wilayah dijajah dan kebangkitan perjuangan kemerdekaan, maka penjajah memerdekakan negara-negara itu kepada pemimpin yang mereka percaya.

Negara-negara ini dipecahkan sempadan sebagaimana dasar pecah perintah yang sebelum itu diamalkan dalam wilayah kecil.

Misalnya, India dipecahkan kepada Pakistan, Bangladesh dan lain-lain (boleh fikir sendiri nama negara lain) yang kesemuanya disuburkan demokrasi.

Kesan perang dunia kedua ialah negara demokrasi menjadi dominan dan Amerika muncul sebagai pendokong demokrasi bersama Britain untuk menekan negara-negara berideologi politik berlainan dalam perang dingin.

Selepas komunis jatuh, tokoh barat misalnya Samuel Huntington (dalam bukunya Clash of Civilization and Remaking New World Order) yang diidolakan barat, bersungguh-sungguh menyatakan barat perlu mencari musuh baru - dan musuh itu adalah tamadun Islam kerana wujud perbezaan ketara pemikiran iaitu ideologi. Selain itu, katanya, perang-perang sempadan dan di rantau-rantau adalah penting untuk manfaat penjualan senjata negara barat.

Walaupun demokrasi dianggap yang paling baik berbanding ideologi rekaan manusia lain, namun hakikatnya, kisah curang demokrasi juga terlalu banyak, ini boleh dilihat dalam tindakan negara pendokongnya sendiri seperti dasar luar Amerika terhadap negara lain (afghanistan, palestin, iraq, cuba, ... etc).

Idealogi itu juga gagal mencapai sasarannya kerana walaupun, wajahnya manis contohnya rakyat boleh mengundi tetapi pelbagai kekurangan sering berlaku pada bila-bila masa dan di mana sahaja.

Antaranya ialah demokrasi melahirkan cengkaman secara tersusun golongan elit, rasuah politik, penyalahgunaan kuasa, peranan lobi yahudi, sistem kapitalis berat sebelah memiskinkan yang miskin mengkayakan yang kaya, boleh menjurus kepada elemen diktator dalam tindakan unilateral, penipuan undi, menipu rakyat, kekayaan berlegar dalam kelompok sendiri, sistem riba, memecahbelahkan rakyat, menghasut, memburukkan lawan.

Pemimpin demokrasi yang menjadi johan biasanya adalah mereka yang mempunyai pelbagai wajah dan pandai bermuka-muka kerana demokrasi tidak mampu mengekang sifat buruk manusia seperti tamak, haloba, rakus, pecah amanah, pentingkan diri sendiri dan sebagainya.

Contoh hipokrasi mudah yang boleh dilihat ialah apabila parti yang sah menang di Palestin melalui pilihan raya yang sah tetapi dinafikan kuasa, sebaliknya parti yang kalah tetapi bersekongkol dengan Israel dan Amerika, diberi kuasa. Rakyat Gaza

Gaza dibedil, Amerika yang menjunjung hak asasi manusia hanya membisu. Demikian lah sikap demokrasi yang bermuka-muka dan oppurtunis.

Demokrasi kepartian juga bergantung kepada sejauh mana kepimpinannya rasional. Untuk untuk rasional, apakah yang digunakan sebagai rujukan?. Contohnya negara barat, undang-undang membenarkan homoseksual diluluskan. Ini kerana apa yang penting ialah kehendak majoriti rakyat semata-mata dan bukan dari segi agama kerana nilai-nilai itu adalah sesuatu terpencil dan hak peribadi sahaja.

Adalah dipersetujui oleh pemimpin-pemimpin tersohor bahawa tiada mana-mana ideologi politik rekaan manusia ini yang terbaik. Misalnya, Tun Dr. Mahathir (semasa masih Perdana Menteri) ketika merasmikan persidangan negara-negara berkecuali (NAM) di Kuala Lumpur, turut mengatakan tiada mana-mana ideologi politik itu yang terbaik. Kata-kata Tun adalah benar.

Sementara itu, dalam kelambu demokrasi ada bantal empuk - sistem kapitalis yang dipelopori yahudi. Hari ini sistem itu mulai runtuh apabila berlaku krisis ekonomi Amerika yang seterusnya memberi kesan kepada ekonomi dunia (kerana sistem ini menguasai dunia). Selepas sistem itu gagal ia kini cuba diselamatkan oleh kerajaan Amerika seolah-olah negara itu kini tidak lagi mengamalkan democratic capitalism yang sepatutnya membiarkan pasaran mengatasinya.

Angkara sub-prima, pajak gadai dan insuran dengan sistem riba melumpuhkan kewangan Amerika maka kini berjuta rakyatnya menganggur, kilang ditutup dan masalah itu merebak ke seluruh dunia termasuk Singapura, China dan sebagainya. Hillary Clinton yang berkunjung ke China tanpa segan silu menyuruh China membeli toxic loan, hutang beracun institusi kewangan Amerika.

Maka langkah yang diambil syarikat ialah mengurangkan kerja lebih masa, pemberhentian sukarela, pemberhentian sementara dan membuang terus pekerja. Ini berlaku di mana-mana termasuk Malaysia khususnya bagi sektor perkilangan tekstil, kimia dan perabot.

Banyak lagi contoh bahawa demokratik capitalism gagal dan krisis kali ini dijangka yang terburuk dan terpanjang dalam sejarah manusia menghadapi kegawatan ekonomi.

Dalam lipatan sejarah hingga hari ini walaupun jelas, ideologi demokrasi bukanlah jawapan kepada kesejahteraan rakyat secara total namun majoriti penduduk dunia mengakui bahawa demokrasi adalah pilihan terbaik berbanding yang lain.

Bahkan para ulama juga berbeza pendapat mengenai perkara ini dan atas faktor semasa sebahagiannya bersetuju dengan penyertaan umat Islam dalam sistem demokrasi kerana ia kurang mudarat dan lebih menghampiri kepada keadilan. Lebih-lebih lagi ia memberi kebebasan kehendak rakyat sesuatu negara untuk memelihara agama, ketuanan sesuatu bangsa, institusi raja, bahasa dan sebagainya.

Mereka berpendapat elemen-elemen negatif dalam demokrasi itu boleh dikurangkan lagi jika para pemimpinnya berpegang ajaran agama. Maka terjun lah ulama-ulama dalam politik kepartian yang wujud dalam sistem demokrasi. Tetapi pada masa yang sama terdapat juga ulama yang tidak terjun dalam politik rekaan manusia ini kerana bagi ulama ini masih terdapat banyak pilihan lain yang jauh lebih baik dan menepati kehendak al-Quran dan Sunnah. Asas untuk menolak sistem rekaan manusia ini ialah kerana ia tidak dilakukan oleh Nabi s.a.w, para sahabat. Dan al-Quran berkehendakkan sistem syura. Sistem syura jauh berbeza dengan demokrasi.

Misalnya, 1) demokrasi mengutamakan kehendak rakyat, tetapi syura mengutamakan kehendak Allah dan rasul-Nya.

2) Keputusan dalam demokrasi ditentukan oleh majoriti, tetapi sistem syura, ia tidak semestinya majoriti.

3) Sistem syura mahu pemimpin sebagai khalifah dilantik ialah orang bertakwa tetapi dalam demokrasi pemimpin yang paling popular untuk mendapat undi boleh diangkat sebagai ketua (sama ada popular kerana wang dan sebagainya tidak menjadi hal).

4) Ulama yang terjun dalam politik kepartian rata-rata berpendapat perlu mendapatkan kuasa melalui sistem tersebut walaupun sistem itu kotor kerana bila kuasa itu diperolehi maka Islam boleh ditegakkan. Sebaliknya, sebahagian ulama pula berpendapat, Islam tidak bergantung kepada kuasa semata-mata untuk ditegakkan, bahkan tanpa kuasa pun Islam boleh ditegakkan, maka tidak perlu mencari kuasa itu kerana Islam boleh ditegakkan juga. Ini kerana Allah boleh menegakkan Islam walaupun manusia itu tiada kuasa. Antaranya, semasa awal zaman pengembangan Islam di Mekah, Nabi Muhammad s.a.w pernah ditawarkan kuasa, harta, wanita oleh pemimpin Quraish, tetapi Nabi tidak mengambilnya kerana usaha dakwah boleh diteruskan juga tanpa kuasa dan akhirnya Islam berkembang.

5) Apakah kehendak Nabi s.a.w? Adakah baginda berkehendakkan kuasa? Sebaliknya fikir risau baginda ialah bagaimana semua manusia dapat taat perintah Allah, semua manusia dapat menjauhi larangan Allah, semua manusia dapat masuk syurga Allah dan jauhi neraka. Bukan kuasa menjadi matlamat, tetapi sebahagian umat Islam menjadikan kuasa sebagai matlamat.

5) Point-point perbezaan antara demokrasi dan syura terlalu banyak hingga mustahil untuk dituliskan semuanya di sini. Sebagai rujukan sebahagiannya boleh dibaca di Al-Alorstari



Kesimpulannya.

1-Adalah tidak menyalahi undang-undang negara dan syariah jika mana-mana individu tidak menyertai politik kepartian dalam sistem demokrasi. Dari segi intelektual dan pelajaran sains politik juga, mereka yang bersikap neutral atau berkecuali dalam politik kepartian juga mempunyai kebijakkan.



2-Ulama berbeza pendapat, maka umat Islam perlu berlapang dada dan menerima mana-mana pihak yang bersikap memilih politik kepartian dan berlapang dada juga kepada mana-mana pihak yang berkecuali dan tidak mahu terlibat.



3-Adalah amat dangkal jika menganggap orang yang tidak mahu terlibat dengan politik kepartian sebagai tidak berilmu.



4-Dalam sejarah tiada satu pun ideologi politik barat yang terbukti berjaya, tetapi ajaran Islam satu-satunya cara hidup menyeluruh yang telah membuktikan kejayaan iaitu pada zaman Nabi Muhammad s.a.w. dan zaman sahabat r.hum.



5-Takrif politik tidak boleh disempitkan kepada struggle for power semata-mata (takrif itu adalah untuk politik kepartian). Politik juga boleh ditakrifkan kepada 'the art to get what, who and how' iaitu politik juga bersabit soal mengurus, memimpin dan mentadbir. Dalam hal ini, dalam dunia ada satu sahaja jemaah (gerakan, kumpulan) orang Islam yang memimpin dan mentadbir gerakan dakwah begitu meluas hingga ke merata pelusok dunia hingga ke 7 benua. Dakwah bergerak lancar dengan bantuan Allah sama ada di negara Islam atau bukan Islam. Jemaah terus menerus dihantar menjadi asbab hidayat merubah manusia supaya kenal akan Allah dan beriman dan bertaqwa kepada Allah. Jemaah dakwah tidak mencari kuasa kerana hanya mencari keredhaan Allah. Tanpa ada kuasa pun, gerakan ini mampu mengubah perompak kepada tok wali, pemabuk kepada hafiz, penzina kepada orang alim, ustaz kepada mufti maulana dan sebagainya dan dengan sasaran manusia dibawa kepada Allah. Jadi, jika tanpa kuasa pun Allah boleh beri demikian, jadi nak buat apa dapatkan kuasa?

Dalam mesyuarat usaha dakwah peringkat dunia di Nizamuddin hampir setiap negara menghantar wakil untuk bermesyuarat dan janji Allah adalah benar bahawa Dia letakkan orang yang beriman dan bertaqwa sebagai khalifah muka bumi.

-Di Malaysia, orang panggil gerakan dakwah ini sebagai tabligh dan beberapa tempat di luar negara dipanggil six points men dan walau apapun nama diberi oleh orang tetapi ia adalah usaha iman dan amal iaitu usaha dakwah yang ditunjukkan oleh baginda Nabi Muhammad s.a.w. Usaha yang terus menerus hingga hari kiamat kerana selepas Nabi Muhammad s.a.w wafat, maka tiada lagi nabi dihantar. Umat ini adalah umat dakwah yang bertanggungjawab untuk meneruskan usaha dakwah hingga hari kiamat. Di belakangnya ada pertolongan Allah dan khabar gembira di dunia dan akhirat.



**Tulisan ini tidak menyentuh soal hukum hakam dan tidak juga mewakili mana-mana pihak atau kumpulan kerana tiada mana-mana kumpulan pun yang pernah melantik saya untuk menjadi jurucakap mereka dalam dunia internet ini. Ini adalah pendapat saya sendiri, dan sebahagiannya mungkin dari segi sains politik. Wallahualam bissawab.
 
saya copy dari blog seorang ustaz.......

just a sharing

Alhamdulillah, syukur lagi dan lagi kita semua mesti panjatkan kpdNya.

Hari dan masa berlalu cepat sekali rasanya. Tu yg aku rasa cuti ni teramat singkat, tapi terlalu banyak perkara yg kurang ataupun tidak berfaedah langsung yg telah aku lakukan. Moga Allah ampun.

Sebelum solat maghrib malam tadi di masjid, aku bersalam dgn pak cik Ismail, saja2 nak tanya khabar, lagipun dah lama x berbual dgn dia sbb percakapan dia tentang agama menyebabkan aku tertarik sebelum ni. Lps tu dtg seorang berbangsa Bangladesh yg sudah lama berhijrah di sini utk asbab rezeki. Dgn penampilan aku yg berusaha mengikuti sunnah baginda saw, maka dia menyangka aku seorang al-hafiz dan alim. Dia pun agak terkejut apabila pak cik Ismail tu beritahu yg aku nie bukan hafiz dan bukan juga alim tapi ada belajar sikit2 ilmu agama kat sekolah dulu. Pak cik Bangladesh tu kata, kat negara dia ada 'madrasah alia' utk belajar hafiz dan alim. Pak cik Ismail tu kata kat dia yg aku ni belajar doktor. Hmm...aku agak tak berapa nak sedia jwb jawapan tu.

Lepas tu, pak cik bangladesh beritahu bahawa sebahagian doktor2 di Malaysia nie kurang pandai dan kurang cekap dan masih teragak-agak utk menentukan rawatan pesakit. Ini adalah pemerhatian dan pandangan dia apabila dah tinggal agak lama di Malaysia. Dia kata lagi bahawa doktor2 di Bangladesh yg Islam semuanya pandai2 berbanding kat negara kita dan lebih-lebih lagi doktor2 yg buat usaha agama yg haq ini atau mereka yg org kat luar sane tu panggil tabligh.

Kemudian pak cik Ismail pun menyampuk, "memanglah, kat bangladesh asbab ada banyak mayat utk dibuat pengajian kedoktoran, tapi kat Malaysia sekarang dah susah sebab kena beli mayat dari luar mcm dari India dan Bangladesh dgn harga yg mahal dan lebih-lebih lagi sekarang nie dah ada banyak agensi swasta di sana yg mengambil mayat2 yg tidak dikenali supaya tidak dijual.

Aku agak mengeluh dalam hati. Kemudian pak cik Ismail beritahu aku bahawa org2 Islam di Bangladesh kebanyakannya berusaha menjadikan anak2 mereka sebagai hafiz atau hafizah pada usia muda dan kemudian belajar alim (ilmu2 agama yg setaraf ulama'). Kemudian, barulah mereka memberi pilihan kpd anak2 mereka sama ada ingin atau tidak mengambil apa2 jurusan keduniaan seperti doktor, lawyer, dan sebagainya.

Bagi aku, asbab itulah mereka ni belajar doktor ke, lawyer ke mudah sangat je bg dyorg, mcm air je org kata, asbab 30 juzuk dah ada dlm dada yg menjadi asbab hati mereka suci dan dipenuhi nur ma'rifah dan mudah sangat nak belajar ilmu2 keduniaan yg tiada nilai pun di sisi Allah. Hal ini mirip seperti ulama' dahulu seperti Ibnu Sina, Ibnu Khaldun, dan ramai lagi. Mereka dididik utk kesempurnaan Iman dan amal serta menjadi hafiz al-Quran dahulu dan kemudiaan utk kemahiran keduniaan ini.

Ustazku memberitahu bahawa ulama' menyatakan bahawa medik, lawyer, saintis, fizik dan sebagainya adalah bukan kategori ilmu, akan tetapi ianya hanyalah kemahiran yg menjadi keperluan di dunia ini. Ilmu yg sebenarnya adalah ilmu agama yg menambahkan ketakutan kpd Allah dan mendekatkan diri kpdNya.

Aku rasa amat hina drpd org lain dan cemburu lebih2 lagi kpd mereka yg dari kecil sudah menghafaz al-Quran dan xdelah sangat sekarang ni aku nak jeles dgn org2 yg hebat2 dlm subjek dunia.

Moga Allah ampun.

Friday, November 12, 2010

Terima kami Ya Robb...

Alhamdulillah...
moga Allah permudahkan mereka2 yg khuruj di jalan Allah 40 hari cuti sekolah yg akan dtg nie. Moga Allah permudahkan urusan org kg, abg Zubir yg akan keluar 40 masthurat, ustaz di sekolah lama, beberapa pelajar F6 smkasm, Muhammad bin Idris, Muhd Wafiy, dan Muhammad Aizat, begitu juga Amri yg ada keinginan yg sungguh2 tapi skrg nie ade masalah mak n ayah, moga Allah buka hati mereka. Permudahkanlah juga semua jemaah yg sdg bergerak atau yg akan bergerak di seluruh dunia utk usaha yg Haq ini....

amin ya Allah, Ya Rohman, Ya Rohim...............

Tuesday, November 9, 2010

Sekadar saje2

Dlm rumah aku di Camelia Court nie, ade 3 bilik. Mula2 aku masuk, aku cuba berkenalan dgn kwn2 serumah. Mula2 jumpe, "oh, dr kelantan". Jumpe yg lain, "oh, kelantan jgk". Akhirnya 'roomate' aku sebenarnye ade 4 org kelantan, sorg kedah, sorg lg KL, dan aku......melaka. Mmg blur jgk mule2 nak biasekan diri. Maklumlah, dah ramai sangat org kelate, maka loghatnye yg mendominasi rumah ini agak membuntukan aku. Kdg2 dyorg kecek ape kt aku pun aku x paham. Dyorg gelak, aku pun gelak. Haha, mmg blur. Tp skrg ni, so orhe kelate dan so lg orhe kedah dh mai pindah kt maktab sbb rupa2nye dyorg nak jd cikgu.

Alkisahnye skrg, dah banyak juga loghat kelate yg aku belajar, sehinggakan aku skrg nie bile kt kampus ngn kt apartmen, aku bnyk kecek kelate. Suasane mempengaruhi. Skrg ni kalo dyorg oyak ape2 pun, insyaAllah aku dh bleh paham.

Teringat masa Sem 1 yg lepas. Aku dan beberape 'roomate' dan sorang 'roomate' sebelah study same2. Tapi biasalah, kalau study group x dibuat dgn betul2, maka kdg2 berbual kosong la nampaknya, huh. Moga Allah ampun.

Tapi ade satu hr nie brborak pasal pompuan plak. Aku pun x ingat sape yg mulekan. Dia yg mulakan tu ckp dy nak kawin umo sekian....dan sekian, ckp dah ad yg berkenan la. Aku pun agk malas nk layan. Pastu, sorg member nie kecek kat aku cmnie...

" hamdi, isteri ko nanti mesti berpurdah kan?". Aku sikit terdiam malu dan akhirnye trpakse juga keluarkan pendapat. Aku tanye dy, " mcm mane ko bleh taw?". Dia kate kt aku, " aku tengokmu je dh tahu". Maklumlah, aku dlm proses nk belajar amal sunnah Nabiku, Muhammad saw. Aku diam tande setuju dan agk suke dan mhon dlm hati dimaqbul oleh Allah utk dikurniakan zaujah yg mencintaiNya sebegitu. Slps tu, sorg lg kwnku yg agk periang mengusik, " hamdi, ko tabligh, isteri ko mesti tablighiah". Aku senyum je. Aku ckp kite sume tabligh sbb kite semua brtanggungjawab utk sampai-sampaikan yg haq.

Dan kemudian aku tringat ade 1 hadith yg pernah aku bace di blog sape ntah, lupe. Lebih kurg maksud hadith, perempuan yg baik ialah perempuan yg tidak dilihat oleh lelaki yg bukan muhrim. Next aku pun sebut mafhum hadith tu kt kwn2. Kemudian sorg lg kwn, dia nie al-hafiz. Dia ckp ade mafhum hadith, lebih kurg maksudnya, perempuan yg baik ialah perempuan yg tidak disebut namanya oleh lelaki yg bukan mahram.


Moga Allah bagi hidayah kpd aku dan kwn2ku utk usaha yg haq. amin~.

Friday, November 5, 2010

Alhamdulillah..saya suka baca 'entry' nie...boleh kongsi ilmu....baca sampai habis....

z i a r a h 7 6

Thursday, November 4, 2010

keazaman...

Ya Allah....ampunkan aku...~

Betul ke aku ni nak amik medik.....?
kenapa aku nak jadi doktor...?
kenapa dgn aku nie...?

Inilah antara persoalannya walaupun aku dalam usaha agama...?

Aku tahu nilai agama itu lebih mulia drpd segalanya....
Kenapa dulu aku takde keinginan utk jadi seorang hafiz dan belajar alim...? kenapa..?

Tapi aku pernah berkeinginan seperti itu...
ampunkan aku...Ya Robb....Yg Maha Penyayang...

berbual dgn Haji Ehsan semasa khuruj di PD...
aku terasa diriku kerdil dan hina di sisiNya...
anak perempuannya seorang hafizah, alimah....
anak lelakinya seorang hafiz, alim....
tapi aku?

Dgn berkat dan asbab usaha agama ini...
aku berazam utk jadikan 'my future family' like that...

amien....~

azam nak pergi markaz mlm Ahad ini....dan seterusnya...
aku x nak sia-siakan cuti ni...
syaitan dah banyak tipu aku....
apatah lagi nafsu turut sama mengekang kesolehanku...

aku perlu letakkan lagi suasana bagi diriku dlm suasana hidayat dan rahmatNya....
nak cas iman lagi...
nak buat ta'lim betul2 di rumah...
moga adik-adikku suka...
aku nak ceritakan kebesaranNya kpd adik2ku...
aku syg dyorg...
syg sngt...

aku syg ummi dan ayah...
teringin sangat lihat dyorg buat usaha agama mcm org lain...
mesti best...

aku juga teringin akak dan adik perempuanku turut sama...
abgku yg telah menjadi hafiz....moga Allah pilihNya...
kesilapanku....

senang cerita....
aku inginkan satu family aku dipilihNya...

jadikanlah aku asbab hidayat buat mereka ya Robb..

Tuesday, November 2, 2010

Jom fikir...........

Alhamdulillah....
Dia pilih aku utk tambah korban, tapi yg aku mampu hanya 3 hari di surau Tmn Politeknik, PD. Mereka senior2 seminggu. Ampunkan daku Ya Robb...............~

Moga ummat Islam bangkit atas kerja dakwah cara Nabi kecintaan kita, Muhammad saw yg mana dgn perantaraannya Allah swt akan islahkan hal ehwal dan masalah ummat hari ini.

Amir saf sampaikan bahawa kalau kita banyak berdebat, hati akan gelap. Moga Allah pelihara kita.

Nabi Muhammad saw diutus utk satukan ummat daripada bersifat assabiyah puak, kaum, parti dan sebagainya kpd satu ummat yg benar2 beriman dan yakin dgn sohih dan amal yg soleh utk selamat daripada api neraka Allah dan masuk ke syurgaNya.

Tapi, masih kasihan kpd ada antara segelintir ummat yg kurg faham dgn meletakkan parti sbg matlamat utk hidupkan Islam. Wahai yg membaca...., adakah maksud para anbiya' as diutus utk pemerintahan dunia yg mana dgnnya boleh amalkan Islam...? fikirkanlah....hanya, senya cara baginda Muhammad saw, itulah kejayaan dunia dan akhirat......pemerintahan Islam dtg selepas semua sudah benar2 beriman sepertimana  usaha atas iman dijalankan di Mekah selama 13 thn, kemudian barulah Allah dtgkan pemerintahan Islam di Madinah yg mana bukan utk dunia tapi akhirat. Bukan dgn pemerintahan Islam dpt mengislahkan ummat, akan tetapi usaha atas iman dgn mujahadah yg dijalankan oleh setiap org Islam itu sendiri menjadi asbab utk pengislahan amal bagi dirinya. Sebab apa? sebab saya dan ummat Islam pada zaman ini sendiri ada penyakit iman kerana ada yakin selain daripada Allah, contoh yakin yg SALAH: yakin kerja bagi rezeki, kalau x kerja, x dpt makan, padahal yg beri makan dan minum ialah Allah. Padahal yg menyelesaikan masalah kita ialah Allah. Bukan bermaksud utk tolak bulat2 dunia dan tak ambil mahkluk, tetapi bagaimana kita berusaha buang dan hapuskan daripada hati kita bulat2 keyakinan kpd benda2 atau makhluk ini.

Mari islah iman kita dgn memperkatakan tentang kebesaran, kehebatan, dan keyakinan yg sohih tentang Allah swt melalui cara yg ditunjukkan oleh manusia kesayangan kita, Muhammad saw. Bagaimana? Dgn jumpa manusia dari lorong ke lorong, pintu ke pintu utk beritahu mereka tentang iman yg sohih agar dgn perantaraannya, Allah kuatkan iman kita dan perbaiki amal syariat kita kpdNya mengikut cara Nabi Muhammad saw.

Mari hidupkan kembali cara kehidupan suci murni baginda Rasulullah saw yakni sunnah baginda saw dgn sungguh-sungguh walaupun org x suka, tapi ingat, Allah suka. Cara hidup yahudi, nasrani dan kafirun langsung xda kejayaan di sisiNya, malah membawa kpd kebinasaan hatta kalau cara atau adat kehidupan Melayu sendiri bertentangan dgn cara baginda Muhammad saw, kita mesti menolaknya.

Kehidupan ummat Islam hari ini Allah sendiri yg menderitakannya kerana ramai antara kita yg jauh daripada sunnah walaupun belajar agama di universiti2 dan bagi yg lelaki, marilah kita berwajah dgn wajah baginda Muhammad saw dan berpakaian seperti pakaian baginda saw supaya org beriman dan kafir itu jelas dpt dibedakan. Kasihan kpd ummat hari ini yg ada antaranya bersemangat dan sibuk utk memperjuangkan Islam, tetapi dirinya sendiri jauh sekali daripada sunnah.

Yg wanita, berpakaianlah seperti pakaian ummul mukminat dan para sahabiah, moga dgnnya Allah memelihara maruah kalian.

Utk ini, tiada jalan mahupun manhaj lain melainkan kita islahkan diri kita dgn melapang dan mengorbankan diri, harta, dan masa di jalan Allah, dan jumpa manusia utk beritahu yg haq. Dan inilah sahaja usaha yg sebenar dan mirip dgn usaha nabi Muhammad saw dan sahabat RA dalam tugasan dakwah kerana ulama' yg berpegang teguh dgn sunnah telah membentangkan fikir dan kerja yg mirip dgn cara baginda Muhammad saw.

Banyakkan berdoa semoga Allah tunjukkan yg sebenar.

Sebenarnya, aku seringkali bermimpi tentang jemaah ini,.....tiada jemaah lain, dan itulah yg menyebabkan aku yakin dgn keputusanku dan malah aku harap Dia berikan lagi hidayah dan petunjuk.