Tuesday, November 2, 2010

Jom fikir...........

Alhamdulillah....
Dia pilih aku utk tambah korban, tapi yg aku mampu hanya 3 hari di surau Tmn Politeknik, PD. Mereka senior2 seminggu. Ampunkan daku Ya Robb...............~

Moga ummat Islam bangkit atas kerja dakwah cara Nabi kecintaan kita, Muhammad saw yg mana dgn perantaraannya Allah swt akan islahkan hal ehwal dan masalah ummat hari ini.

Amir saf sampaikan bahawa kalau kita banyak berdebat, hati akan gelap. Moga Allah pelihara kita.

Nabi Muhammad saw diutus utk satukan ummat daripada bersifat assabiyah puak, kaum, parti dan sebagainya kpd satu ummat yg benar2 beriman dan yakin dgn sohih dan amal yg soleh utk selamat daripada api neraka Allah dan masuk ke syurgaNya.

Tapi, masih kasihan kpd ada antara segelintir ummat yg kurg faham dgn meletakkan parti sbg matlamat utk hidupkan Islam. Wahai yg membaca...., adakah maksud para anbiya' as diutus utk pemerintahan dunia yg mana dgnnya boleh amalkan Islam...? fikirkanlah....hanya, senya cara baginda Muhammad saw, itulah kejayaan dunia dan akhirat......pemerintahan Islam dtg selepas semua sudah benar2 beriman sepertimana  usaha atas iman dijalankan di Mekah selama 13 thn, kemudian barulah Allah dtgkan pemerintahan Islam di Madinah yg mana bukan utk dunia tapi akhirat. Bukan dgn pemerintahan Islam dpt mengislahkan ummat, akan tetapi usaha atas iman dgn mujahadah yg dijalankan oleh setiap org Islam itu sendiri menjadi asbab utk pengislahan amal bagi dirinya. Sebab apa? sebab saya dan ummat Islam pada zaman ini sendiri ada penyakit iman kerana ada yakin selain daripada Allah, contoh yakin yg SALAH: yakin kerja bagi rezeki, kalau x kerja, x dpt makan, padahal yg beri makan dan minum ialah Allah. Padahal yg menyelesaikan masalah kita ialah Allah. Bukan bermaksud utk tolak bulat2 dunia dan tak ambil mahkluk, tetapi bagaimana kita berusaha buang dan hapuskan daripada hati kita bulat2 keyakinan kpd benda2 atau makhluk ini.

Mari islah iman kita dgn memperkatakan tentang kebesaran, kehebatan, dan keyakinan yg sohih tentang Allah swt melalui cara yg ditunjukkan oleh manusia kesayangan kita, Muhammad saw. Bagaimana? Dgn jumpa manusia dari lorong ke lorong, pintu ke pintu utk beritahu mereka tentang iman yg sohih agar dgn perantaraannya, Allah kuatkan iman kita dan perbaiki amal syariat kita kpdNya mengikut cara Nabi Muhammad saw.

Mari hidupkan kembali cara kehidupan suci murni baginda Rasulullah saw yakni sunnah baginda saw dgn sungguh-sungguh walaupun org x suka, tapi ingat, Allah suka. Cara hidup yahudi, nasrani dan kafirun langsung xda kejayaan di sisiNya, malah membawa kpd kebinasaan hatta kalau cara atau adat kehidupan Melayu sendiri bertentangan dgn cara baginda Muhammad saw, kita mesti menolaknya.

Kehidupan ummat Islam hari ini Allah sendiri yg menderitakannya kerana ramai antara kita yg jauh daripada sunnah walaupun belajar agama di universiti2 dan bagi yg lelaki, marilah kita berwajah dgn wajah baginda Muhammad saw dan berpakaian seperti pakaian baginda saw supaya org beriman dan kafir itu jelas dpt dibedakan. Kasihan kpd ummat hari ini yg ada antaranya bersemangat dan sibuk utk memperjuangkan Islam, tetapi dirinya sendiri jauh sekali daripada sunnah.

Yg wanita, berpakaianlah seperti pakaian ummul mukminat dan para sahabiah, moga dgnnya Allah memelihara maruah kalian.

Utk ini, tiada jalan mahupun manhaj lain melainkan kita islahkan diri kita dgn melapang dan mengorbankan diri, harta, dan masa di jalan Allah, dan jumpa manusia utk beritahu yg haq. Dan inilah sahaja usaha yg sebenar dan mirip dgn usaha nabi Muhammad saw dan sahabat RA dalam tugasan dakwah kerana ulama' yg berpegang teguh dgn sunnah telah membentangkan fikir dan kerja yg mirip dgn cara baginda Muhammad saw.

Banyakkan berdoa semoga Allah tunjukkan yg sebenar.

Sebenarnya, aku seringkali bermimpi tentang jemaah ini,.....tiada jemaah lain, dan itulah yg menyebabkan aku yakin dgn keputusanku dan malah aku harap Dia berikan lagi hidayah dan petunjuk.

No comments:

Post a Comment