Thursday, July 28, 2011

Kerisauan seorang isteri

Terdapat seorang wanita Islam di India yang solehah. Pada suatu hari, dia sedang berfikir. Dia berfikir dengan risau sekali kerana suaminya sering mencukur jambang dan janggut. Sebagai isteri yang ada fikir agama dalam kehidupan, maka dia ingin mencari jalan bagaimana si suami tadi tidak lagi mencukur janggut dan memeliharanya panjang.

Suatu hari si isteri berusaha mengambil maklumat tentang kedai gunting rambut yang selalu dikunjungi oleh suaminya. Akhirnya dia dapat tahu seorang tukang gunting di situ. Si isteri tadi tidak menghubungi si tukang gunting untuk menyelesaikan masalah itu tetapi berusaha menghubungi isteri si tukang gunting. Dia menyatakan masalah suaminya itu dan berusaha untuk menyelesaikannya.

Akhirnya si isteri berjumpa dengan isteri si gunting rambut. Dia merancang sesuatu. Dia meminta si isteri tukang gunting agar memberitahu suaminya (tukang gunting) supaya dinyatakan kepada si suami wanita tadi bahawa wanita itu ingin mencukur rambutnya oleh isteri si tukang gunting. Si suami kepada wanita tadi segera berjumpa dengan isterinya dan melarangnya berbuat demikian. Kata si suami, " kenapa kamu ingin cukur rambut sedangkan kamu itu wanita dan mencukur rambut bagi perempuan adalah buruk dan hodoh". Si isteri menjawab, " abang lagi teruk sebab abang cukur janggut dan jambang sedangkan ianya adalah haram dan bukannya hensem pun kalau abang buat macam tu. Lagipun, memelihara dan memanjangkan janggut adalah sunnah dan perintah Nabi Muhammad saw kepada ummat bagi orang lelaki".

Suaminya terdiam dan mengaku akan kesalahan dan kelemahannya. Selepas daripada itu, si suami tadi tidak lagi mecukur janggut dan jambangnya malah memeliharanya panjang. Lega si isteri tadi. Berkat fikir dan risaunya, maka suaminya berubah kepada yang baik.

Kisah ini adalah kisah benar. Ia diambil daripada laporan oleh jemaah masturat dari Madras yang keluar di Melaka baru-baru ini.

Pengajaran....


  • Para isteri Islam kena ada kefahaman agama dalam diri.
  • Hubungan ataupun ikhtilat antara lelaki dan perempuan harus dipelihara mengikut syariat. Berdasarkan kisah di atas, si isteri berusaha mencari wanita yang mempunyai hubungan dengan si tukang gunting bagi menyelesaikan masalah itu. Begitu waraknya dia. Bagaimana pula dengan wanita Islam di negara kita pada hari ini??? InsyaAllah ada.
  • Lelaki sebenarnya kacak kalau ada janggut, pengakuan si isteri..... hehe...
  • Sedarlah wahai muslimin sekalian, membiarkan apa yang tumbuh di bawah dagu dan bawah cuping telinga, itulah mengikut kata-kata Imam Nawawi rah.

Tuesday, July 26, 2011

Report....

Assalamualaikum.

Hari ini aku ingin sertakan laporan (karkuzari) daripada satu jemaah masthurat Melaka yang baru tangguh keluar 2 bulan di USA. Alhamdulillah.

Jemaah ini adalah jemaah kedua yang khuruj ke USA dari Melaka sejak 17 tahun dulu.

Laporan:

Di USA, ada 55 buah markaz dakwah dan tabligh. Kalau nak tahu, di negara kita Malaysia hanya ada 29 buah markaz ini. Di bandar New York sahaja ada lebih daripada 300 buah masjid dan jemaah yang datang solah berjemaah 5 waktu sehari semalam di masjid-masjid ini melebihi ahli-ahli jemaah di Malaysia. MasyaAllah.

Laporan daripada jemaah masturat Madras, India:

Ahlia salah seorang ahli jemaah atau seorang masturat di India (saya lupa) bertanya kepada ahlia Maulana Saad bahawa sudah berapa lama beliau (Maulana Saad) tidak pulang ke rumah? Maka jawabnya, "hampir 4 bulan", walaupun rumahnya hanyalah bersebelahan masjid Nizamuddin kerana sibuknya beliau dengan urusan ilmu dan da'wah.

Laporan-laporan ini aku ambil daripada mesyuarat halaqah yang lepas-lepas. Moga Allah terima kita dan seluruh ummat.

Tuesday, July 19, 2011

wanita vs lelaki

Allah Maha Hebat dan ciptaanNya tiada tandingan. Allah Ta'ala menciptakan manusia sebagai makhluk terbaik. Dia jadikan lelaki dan perempuan. Maka Maha Hebatnya Allah menjadikan lelaki dan wanita itu berlainan sama sekali demi menunjukkan kehebatan dan kebesaranNya.

Entry kali ini ingin saya tulis berkenaan mukmin dan mukminah yang perlu dibedakan mengikut syariat agama yang mulia ini. Ini saya dapati daripada seorang senior saya yang belajar alim semasa muzakarah dengannya ketika keluar di kawasan Nilai yang lepas.

Mengikut sunnah.....

lelaki berjanggut dan nipis misainya, manakala perempuan tiada berjanggut mahupun bermisai.

lelaki menutup kepala dengan kopiah, manakala perempuan bertudung hingga menutupi bawah dada.

lelaki membiarkan muka terdedah, manakala perempuan sunnahnya dengan menutupi wajah dengan jilbab mahupun niqob.

lelaki sunnahnya bejubah putih mahupun yang cerah warnanya, manakala perempuan berjubah hitam mahupun yang gelap warnanya.

lelaki mengamalkan isbal (bahagian bawah jubah berparas atas buku lali), manakala perempuan sebaliknya, berstokin gelap dan bahagian bawah jubahnya labuh sehingga mencecah lantai mahupun tanah)

lelaki sunnahnya tidur mengiring mahupun menelentang, manakala perempuan tidurnya adalah dengan meniarap.

lelaki bersifat tegas tetapi penyayang, manakala perempuan memang sentiasa berlemah lembut orangnya.

lelaki apabila menguap, sunnahnya menutup mulut dengan tangan kiri dengan bahagian atas (bukan bahagian tapak tangan), manakala perempuan apabila menguap, sunnahnya adalah dengan menutup mulut melalui tangan kanan bahagian tapak tangannya.

Banyak lagi sebenarnya yang Nabi kita Muhammad saw ajarkan kepada ummat baginda agar kita semua berjaya di dunia dan akhirat. Yakinlah dengan sunnah Nabi kerana ianya termasuk dengan rukun Iman. Banyak lagi yang boleh dimuzakarahkan dan ini sebahagian saja yang saya ingat. Kalau ada perkongsian lagi, silakan.

WaAllahu a'lam.

Monday, July 18, 2011

sebuah tamsilan

Sesebuah syarikat itu diterajui oleh seorang bos, maka penaungnya yang tertinggi. Syarikat itu juga mempunyai anak-anak buah sebagai anak kerja syarikat.

Bayangkanlah....
Dalam syarikat ini, ada pekerja yang bersungguh-sungguh dan ada yang bersambil lewa. Ada segelintir mahupun sebahagian mahupun yang lebih besar daripada para pekerja ini yang selalu memuji dan memuja kebaikan bos mereka. "Bos nie hensemlah....", "bos nie amanahlah~..."

Tetapi peliknya, pekerja-pekerja yang sering memuji bos mereka ini tidak mahu melaksanakan tugas mahupun tanggungjawab yang diberikan oleh bos. Mereka cari alasan, curi-curi masa, lepak-lepak, tugas langsung tidak mahu dituruti. Jadi, apakah akibatnya???

Sudah pasti bos akan mengenal pasti mereka-mereka yang seperti ini dan seterusnya akan membuat keputusan untuk memecat mereka secara diam-diam. Apabila tiba masa dan saatnya, pekerja-pekerja itu hanya baru sedar bahawa mereka dipecat daripada bekerja dan dibuang syarikat. Maka, selepas daripada itu barulah mereka sedar dan insaf, tapi tidak berguna lagi.

Begitu juga....~

Begitulah juga dengan ummat Islam hari ini. Sebahagian kita sering memuji dan menyanjung tinggi pengorbanan dan kasih sayang Nabi kita Muhammad saw. Tapi mereka yang sebahagian ini tidak mahu melaksanakan apa yang diamanahkan dan apa yang diminta oleh baginda saw. Jadi, apa kesannya???

Lebih kurang sama dengan cerita tentang syarikat tadi. Maka, dalam keadaan tanpa kita sedari, baginda Muhammad saw akan membuat keputusan untuk memecat mereka daripada menjadi ummat baginda saw yang mulia. Baginda saw tidak mengaku yang segelintir ini sebagai ummat baginda saw.

Jadi sahabat-sahabat sekalian, bagaimana kita???
Berapa banyak perintah dan larangan baginda saw yang kita turuti??? Berapa banyak sunnah baginda saw yang kita amalkan dalam kehidupan seharian kita???

Fikir-fikirkanlah...~

Fikir ini saya petik daripada seorang orang tempatan yang da'wah secara infradi buat saya pada bulan lepas....









Sunday, July 17, 2011

gigi??



Post kali ini bukan masalah sakit gigi atau sebagainya. Tapi cuma ...entah. Alhamdulillah, saya dapat tawaran sambung sarjana muda dalam 'dental'. Medik tidak dapat, asbab result kurang mencapai. Boleh juga nak ambil medik tapi kena buat rayuan dan 'interview'. Tak usahlah, leceh sikit. Apa-apapun kita mesti yakin bahawa Allah Ta'ala dah buat keputusan sejak azali lagi. Jom top up Iman kita~

Friday, July 15, 2011

tv???

Assalamualaikum....

Dah lama sebenarnya nak tulis pasal tv ataupun televisyen. Tapi kadang-kadang takut tersalah khabar pula.

Sebenarnya tv ini memang mempunyai pengaruh yang amat luar biasa dengan izin Allah Ta'ala. Sesiapa yang mempunyai tv di rumah dan selalu menontonnya pasti menyokong pendapat saya yang lemah ini. Anda semua pasti sokong jika saya mengatakan bahawa tv mempunyai pengaruh negatif yang lebih ketara berbanding yang positif. Saya percaya yang anda semua tahu bagaimana ianya mempengaruhi kita.

Percaya ataupun tak mahu tidak, tv memang menyebabkan kita banyak membuang masa dan menambah dosa. Nak percaya ataupun tidak, terpulang.

Saya sendiri tahu bagaimana keadaannya apabila di rumah saya sendiri ada tv serta astro lagi. Bagi saya, mereka-mereka yang tiada tv di rumah telah membuat keputusan yang tepat. Bukanlah kita tak mahu ambil tahu isu-isu semasa, akan tetapi pengaruh buruknya amat membahayakan.

Semasa saya khuruj di sabah yg lepas, saya lihat di kawasan pedalaman, rumah-rumah di di kawasan yang amat jauh dari bandar dan sangat terpencil pun dah dimasuki tv dan astro. Saya terfikir, berapa banyak rumah pula yang sudah dimasuki dengan ta'lim atau pengajaran agama atau bacaan ayat-ayat Quran hadith atau muzakarah Iman dan Amal atau muzakarah adab-adab sunnah harian? Tuan-tuan sendiri boleh fikirkan.

Memang hari ini kita hidup dalam suasana fitnah dan ujian yang sangat membahayakan. Hanya Allah Yang Maha Mengetahui dengan menghidupkan kita sebagai ummat Nabi Muhammad saw dan ummat akhir zaman. Kita akan berjaya jika dapat hadapi ujian ini dengan mengikut kehendak syariat Allah dan Rasul.

Dengan kita tidak banyak masa di luar rumah pun kita bisa melakukan banyak perkara yang bisa merosakkan Iman dengan hanya adanya tv di rumah kita. Setujukah???bukan sahaja tv, internet ini, radio, hah~ bagaimana?Bukanlah apa, cuma dalam tv terdapat banyak rancangan yang melalaikan dan melekakan berbanding yang lebih bermanfaat. Setujukah??? Kalau kita buat bancian penggunaan rancangan-rancangan tv utk penduduk di negara kita saja, berapa peratuskah rancangan 'tanyalah ustaz' mendapat tempat??? Tuan-tuan fikirlah sendiri.

Sukan, hiburan, dan dan macam-macam lagi program di tv kebanyakan telah pun disusun oleh yahudi untuk merosakkan Iman kita orang Islam. Percayakah?? Ini saya sendiri dengar daripada seorang yang thiqoh. Rancangan tv masyarakat kita terlalu mengikut trend mereka, itulah yang boleh merosakkan kita. Cukup kita meniru cara mereka, mereka gembira sekali.

Itulah sebenarnya bagi sesetengah para ustaz yang warak, mereka biasanya tidak memiliki tv di rumah dan sibuk dengan dakwah dan pengajaran ilmu agama di pondok mahupun madrasah. Saya pernah terbaca bahawa ada majlis fatwa di Indonesia yang mengharamkan tv kerana setelah dikaji, ianya banyak yang negatif. Ya, kerana mereka ingin memelihara diri mereka. Jangan katakan hindustan, cerita Indonesia dalam tv pun dah cukup melalaikan kita. Aktres-aktres yang cantik dan kacak ditayangkan, maka akan timbul masalah dan penyakit hati. Aurat pelakon yang terdedah menambahkan kelemahan Iman si penonton jika dianya seorang Islam.

Pengalaman saya semasa khuruj di Perak dua tahun lepas.

Seorang abang itu rupanya macam mamak 'speaking english' dia memang fluent macam mat saleh betul. Dia salah seorang dai'e atau karkun di sana. Dia cerita, semasa lepas berkahwin, bagi pasangan suami isteri biasanya inginkan kelengkapan rumah seperti tv. Maka dia cerita, selepas beberapa tahun bernikah dan ada tv di rumah, maka dia kata, banyak kesan buruk bagi dia dan isterinya. Anaknya masih kecil ketika itu, dia kata. Mereka suami isteri gemar sangat menonton filem hindustan terutamanya, sehinggakan boleh mengalirkan air mata kalau sedutan filem tu sedih sangat.

Jadi, seperti biasa, dia akan bacakan ta'lim atau bacaan hadith dan ayat quran buat dirinya, isterinya dan anaknya di rumah. Apabila dia tiada di rumah atau ketika berada di masjid atau ketika sedang keluar khuruj, isterinya akan bacakan di rumah bersama anak-anak. Abang ini cerita dengan saya, apabila dia balik dari masjid selepas selesai solat dan sebagainya, maka dia akan tanya isteri tentang apa yang isterinya baca dan kadang-kala dia akan tanya nama sahabat atau sahabiah yang dia baca dalam buku bab kisah-kisah para sahabat. Namun, malang sekali apabila isterinya gagal mengingati hadith seeloknya menerusi mafhum hadith atau nama sahabat yang dibaca. Jadi dia merasakan mungkin tabiat suka menonton tv selalu bersama isteri menyebabkan kekuatan ingatan isterinya merundum teruk. Jadi satu hari, dia menyatakan perkara ini kepada isterinya. Jadi, mereka cuba untuk kurangkan menonton tv, tapi akhirnya tidak menjadi juga.

Jadi akhirnya, satu hari dia tutup tv dan duduk di hadapan tv dan baca surah yassin dan istighfar banyak kali sehingga mengalirkan air mata kerana menyesal, gara-gara tv, ingatannya tentang berita akhirat merundum. Kemudian dia berdoa memohon supaya Allah menghindarkan diri mereka daripada menonton tv. Akhirnya selepas itu dia suami isteri tidak lagi menonton tv dan membiarkannya disingkapi dengan kain. Kesannya, selepas daripada itu, ingatan isterinya tentang hadith dan kisah para sahabat begitu hebat sekali dengan izin Allah. Dia hampir-hampir dapat mengingati semuanya. MasyaAllah!

Apabila anak-anak saudaranya datang ke rumah dan tanya tentang tv, maka dia minta anak saudaranya pergi ke bilik belakang main video games komputer saja.

Hmmmm,,,

Sebenarnya bukan saja tv ada kesan buruk, malah internet, radio, surat khabar dan banyak lagi. Moga saya dan pembaca sekalian ambil iktibar. Berusahalah kita buat yang terbaik untuk kita.

Moga Allah mengampunkan dosa-dosa kita dengan RahmatNya. Amin~.....Berusahalah kita menghindari diri daripada perkara yang melalaikan dengan memperbanyak perkara-perkara bermanfaat seperti ilmu agama. Amin~

Wednesday, July 13, 2011

Hidup di dunia ini ternyata sekali sementara. Semua perkara bersifat sementara dan berubah-ubah. Dulu kita tiada  di dunia ini, kemudian Dia ciptakan kita dalam jasad bernama manusia. Dulu kita kecil-kecil sebagai bayi, kita comel, semua orang sayang kepada kita dan nak peluk-peluk kita, sekarang kita kadang-kadang kena menyendiri kerana sering perbuatan keramaian itu merundumkan Iman.

Dulu kita kecil dan orang panggil kita budak, sekarang apabila kita meningkat remaja dan dewasa, mak cik-mak cik panggil "dah besar panjang ye kau nak".

Macam-macam lagi perkara kan. Semuanya sementara.

Ah, di syurgaNya saja kita bisa kekal selamanya. Cantik, cantik selamanya. Sihat, sihat selamanya. Muda, muda selamanya. Gembira, gembira selamanya.

Hmmm....tulis memang pandai kan...~

Ingat mudah ke nak peroleh syurgaNya itu kalau kita jadikan dunia macam syurga kita bukan seperti penjara. Simpanlah keazamanmu wahai manusia untuk memperolehnya. Harapkanlah keredoanNya, itulah kuncinya. Ditambah pula amalan soleh sebagai pengikatnya....

amin~

Monday, July 11, 2011

jgn leka!!!!

assalamualaikum....

  Biasanya hari minggu bermula hari jumaat, sabtu, dan ahad...aku sibuk sikit tolong khidmat mak dan ayah aku memesin air tebu kat restoran ikan bakar, umbai, melaka. Kedai pak ngah aku, memang sedare mare agak ramai keje kat situ.

Teruk kan. Kadang2 bila malam minggu, xdpt g malam markaz. Kadang2 pergi, tapi x i'tikaf sane. Jadi, sekarang nie aku kene wat jadual, sekurang-kurangnya sebulan sekali ke malam markaz.

      Ta'lim masjid         : lepas Subuh
      Ta'lim rumah          : lepas isya'
      Mesyuarat marhalah : lepas ta'lim masjid
      Sabtu malam Ahad : Malam markaz
      Ahad                      : Ta'lim masturat (sedang diusahakan){bawa adik dan kakak tau)
      Isnin malam Selasa  : DTI (dakwah, ta'lim, istiqbal) kat surau pengkalan jajar, alai
      Selasa malam Rabu : mesyuarat markaz
      Rabu malam Khamis : gash 1 dan mesyuarat halaqah (lepas isya')
      Khamis malam jumaat : sebahagian pergi dgn jemaah masjid utk baca yasin dan kuliyah tajwid Quran dan
                                          sebahagian lagi pergi khususi
      Jumaat malam Sabtu : gash 2 di surau bakar batu, Kandang, Melaka.

#####

lps raye nanti dah masuk kampus, hmm....cabaran lagi..Allahu Akbar~. Aku pelik tgk kak long, semangat betul nak sambung belajar. Ye la, orang perempuan. Aku ni biase la, orang laki2, ada masa semangat betul, ada masa lepak2 je..hihi. xleh3.....study kerana Allah wahai budak bernama hamdi.....caiyok!

****

kasihanilah tuhan....ibu yg telah melahirkanku......ummi...sayang sey....tapi malu nak ckp dpn2....syg family semua.   Yg paling penting sayang ummat, macam mane nabi kita tunjukkan....

Saturday, July 2, 2011

nusrah jemaah masthurat

Alhamdulillah...

Baru selesai khidmat 'transport' jemaah masthurat madras dari sebatu, merlimau dan dibawa ke marhalah aku tadi. Tak pernah aku khidmat pengangkutan utk jemaah masthurat sebelum nie.

Allah pilih juga beberapa org tempatan yg sedia. Asbabnya beberapa brothers tempatan ada sibuk sikit hari nie cari keperluan, urusan family dan sebagainya. Memandangkan aku free sikit sebelum masuk u balik nnt, jadi aku sedia khidmat. Apa2 pun, urusan agama, dakwah kena kehadapankan, yakni kena utamakan. Mereka semua ada 5 pasang. Mereka keluar 2 bulan di Malaysia.

Petang ni aku kena bwk kak long g sana, ade bayan (penerangan) atau tazkirah utk para wanita. Sahabat2 sekalian, wanita2 Islam sebenarnya mereka mulia di sisi Allah bilamana mereka mengikut kehendak Allah dan Rasul.

Wanita sebenarnya permata paling berharga di rumah2 mereka bila mereka dpt bawa amalan agama dalam kehidupan. Mereka yg benar2 hampir dgn Allah sebenarnya lebih baik daripada puluhan lelaki yg tersangat soleh. MasyaAllah~