Monday, July 18, 2011

sebuah tamsilan

Sesebuah syarikat itu diterajui oleh seorang bos, maka penaungnya yang tertinggi. Syarikat itu juga mempunyai anak-anak buah sebagai anak kerja syarikat.

Bayangkanlah....
Dalam syarikat ini, ada pekerja yang bersungguh-sungguh dan ada yang bersambil lewa. Ada segelintir mahupun sebahagian mahupun yang lebih besar daripada para pekerja ini yang selalu memuji dan memuja kebaikan bos mereka. "Bos nie hensemlah....", "bos nie amanahlah~..."

Tetapi peliknya, pekerja-pekerja yang sering memuji bos mereka ini tidak mahu melaksanakan tugas mahupun tanggungjawab yang diberikan oleh bos. Mereka cari alasan, curi-curi masa, lepak-lepak, tugas langsung tidak mahu dituruti. Jadi, apakah akibatnya???

Sudah pasti bos akan mengenal pasti mereka-mereka yang seperti ini dan seterusnya akan membuat keputusan untuk memecat mereka secara diam-diam. Apabila tiba masa dan saatnya, pekerja-pekerja itu hanya baru sedar bahawa mereka dipecat daripada bekerja dan dibuang syarikat. Maka, selepas daripada itu barulah mereka sedar dan insaf, tapi tidak berguna lagi.

Begitu juga....~

Begitulah juga dengan ummat Islam hari ini. Sebahagian kita sering memuji dan menyanjung tinggi pengorbanan dan kasih sayang Nabi kita Muhammad saw. Tapi mereka yang sebahagian ini tidak mahu melaksanakan apa yang diamanahkan dan apa yang diminta oleh baginda saw. Jadi, apa kesannya???

Lebih kurang sama dengan cerita tentang syarikat tadi. Maka, dalam keadaan tanpa kita sedari, baginda Muhammad saw akan membuat keputusan untuk memecat mereka daripada menjadi ummat baginda saw yang mulia. Baginda saw tidak mengaku yang segelintir ini sebagai ummat baginda saw.

Jadi sahabat-sahabat sekalian, bagaimana kita???
Berapa banyak perintah dan larangan baginda saw yang kita turuti??? Berapa banyak sunnah baginda saw yang kita amalkan dalam kehidupan seharian kita???

Fikir-fikirkanlah...~

Fikir ini saya petik daripada seorang orang tempatan yang da'wah secara infradi buat saya pada bulan lepas....









No comments:

Post a Comment