Suatu hari si isteri berusaha mengambil maklumat tentang kedai gunting rambut yang selalu dikunjungi oleh suaminya. Akhirnya dia dapat tahu seorang tukang gunting di situ. Si isteri tadi tidak menghubungi si tukang gunting untuk menyelesaikan masalah itu tetapi berusaha menghubungi isteri si tukang gunting. Dia menyatakan masalah suaminya itu dan berusaha untuk menyelesaikannya.
Akhirnya si isteri berjumpa dengan isteri si gunting rambut. Dia merancang sesuatu. Dia meminta si isteri tukang gunting agar memberitahu suaminya (tukang gunting) supaya dinyatakan kepada si suami wanita tadi bahawa wanita itu ingin mencukur rambutnya oleh isteri si tukang gunting. Si suami kepada wanita tadi segera berjumpa dengan isterinya dan melarangnya berbuat demikian. Kata si suami, " kenapa kamu ingin cukur rambut sedangkan kamu itu wanita dan mencukur rambut bagi perempuan adalah buruk dan hodoh". Si isteri menjawab, " abang lagi teruk sebab abang cukur janggut dan jambang sedangkan ianya adalah haram dan bukannya hensem pun kalau abang buat macam tu. Lagipun, memelihara dan memanjangkan janggut adalah sunnah dan perintah Nabi Muhammad saw kepada ummat bagi orang lelaki".
Suaminya terdiam dan mengaku akan kesalahan dan kelemahannya. Selepas daripada itu, si suami tadi tidak lagi mecukur janggut dan jambangnya malah memeliharanya panjang. Lega si isteri tadi. Berkat fikir dan risaunya, maka suaminya berubah kepada yang baik.
Kisah ini adalah kisah benar. Ia diambil daripada laporan oleh jemaah masturat dari Madras yang keluar di Melaka baru-baru ini.
Pengajaran....
- Para isteri Islam kena ada kefahaman agama dalam diri.
- Hubungan ataupun ikhtilat antara lelaki dan perempuan harus dipelihara mengikut syariat. Berdasarkan kisah di atas, si isteri berusaha mencari wanita yang mempunyai hubungan dengan si tukang gunting bagi menyelesaikan masalah itu. Begitu waraknya dia. Bagaimana pula dengan wanita Islam di negara kita pada hari ini??? InsyaAllah ada.
- Lelaki sebenarnya kacak kalau ada janggut, pengakuan si isteri..... hehe...
- Sedarlah wahai muslimin sekalian, membiarkan apa yang tumbuh di bawah dagu dan bawah cuping telinga, itulah mengikut kata-kata Imam Nawawi rah.
jows la tuan ni. hehe
ReplyDeletexde josh mane pun....banyak tiru2 je...insyaAllah....mude2 nie la kene josh, kate org lame la....
ReplyDeletehehe..benar tuan!
ReplyDeleteAllah maha kuasa, makhluk takde kuasa!