Thursday, August 11, 2011

الله اختم لنا بحسن الخاتمة

Baru tadi sebelum isyak aku menerima panggilan daripada seorang sahabatku, Hasbullah. Innalillah, itulah yang sempat aku ucapkan kerana khabaran seorang kawanku yang baru sahaja kembali ke rahmatullah Subuh tadi dalam perjalanan untuk Solah Subuh berjemaah di masjid asbab dilanggar sebuah van. Arwah Mohamad Afez. Kalau kalian ingin lihat post arwah yang kedua terakhir dalam facebooknya, ini 'linknya' http://www.facebook.com/profile.php?id=1479111384&sk=wall . Memang seakan-akan dia tahu yang dia akan pergi. Moga Allah meluaskan kuburmu seluas mata memandang dengan rahmatNya. ...Amin~ Berkat Ramadhan ini, moga Allah merahmatimu dan meredhoimu.

Itulah hakikat kematian. Tiada seorang manusia pun yang bisa tahu tarikh, hari, umur, saat, ketika, mahupun keadaan yang dia akan kembali kepada Allah.

Semoga Allah menjadikan kita sentiasa dalam usaha mendapatkan redhoNya dan semoga Dia mematikan kita dalam keadaan Dia ampunkan kita dan merahmati kita. Amin~

Laporan:

Ada satu jemaah dari Yaman keluar di Melaka. Sekarang di halaqah Umbai. Beberapa hari selepas ini di halaqah kami, Banda Hilir. Dalam jemaah itu ada dua orang anak-beranak warga USA yang baru memeluk Islam sama-sama keluar di jalan Allah.

1 comment: