Nak menangis pun ada, sebak pun ada. Walaupun aku x berapa rapat dengan arwah, tapi aku terasa sayu mendengar berita kematiannya. Arwah baik, berakhlak mulia. Aku dapat rasakan walaupun hanya beberapa tika dan waktu aku bersamanya.
Ya Allah...~
Hati ini terasa sangat sedih dan risau akan kematian diri. Dia (arwah) muda, sebaya denganku, 19 tahun. Inilah yaqin yang mesti ada dalam setiap diri orang yang beriman. Dah bersediakah aku???jika tika inilah Raja Segala Raja mengembalikan daku padaNya. Banyak kali aku terfikir, bagaimana jika kita mati tika itu...tika ini???
Dah rasa baguskah diri kita pada sisiNya? Iman dah sempurnakah dalam diri nak balik bertemu Allah Yang Maha Pengasih? Amalan dah cukupkah sebagai asbab pelindung di kubur yang gelap? Ahh...sebak ...sebak sangat pabila memikirkannya. DAh cukup yakinkah kita bahawa amalan kita diterimaNya? Solat??? kadang-kadang lambat pula tu. Dah dengar azan boleh kata "jap lagi la...sikit lagi, sikit lagi....aduh~ bodohnya diri pabila mengikut nafsu. Ya Allah....ampunkan aku ya Allah....ampunkan aku...banyak dosa dalam diri ini.~Kawan-kawan, saya sebak.....kawan-kawan, dah berapa lame kita x menitiskan air mata utk mengenangkan dosa dan kerna takut kepadaNya. Kawan-kawan, maafkanlah diri ini. Kawan-kawan, halalkanlah segalanya, yang sengaja mahupun tidak, diketahui ataupun tidak...~diri terlalu alpa~ ahhhhhhhhhhhhhh...............
Ayah, ummi, kak long, abang, adik-adik....maafkan aku, tolong maafkan aku kerana ajal itu tidak mengenal usia dan tika. .....
No comments:
Post a Comment