Friday, February 3, 2012

Siapaka dia???

assalamualaikum...

Tak tahu nak ceritakan atau x, aku tulis jugalah.

Di marhalah aku ni hidup beberapa amalan masjid, antara yang istiqomah, ta'lim, fikir harian, gash, dan keluar 3 hari setiap bulan. 2 jam setengah terlalu mujahad. 

Macam biasa, ta'lim, pengajaran ilmu, ataupun bacaan hadith-hadith dan firman-firmanNya tentang kelebihan amal dibacakan utk semua jemaah setiap kali lepas solat Subuh berjemaah di masjid. Sekarang ni, waktu Subuh agak lewat, kira-kira jam 6 am. 

Pagi semalam aku diputus utk baca ta'lim, macam biasalah, aku taat je. Biasanya utk org awam, kami bacakan lebih kurang 5-10 minit, kadang2 lebih, utk ke arah setengah jam. Biasanya ahli jemaah masjid semuanya duduk kecuali mereka yg kadang-kadang perlu segera ke tempat kerja. Pak Imam pun biasanya akan menunggu utk sesiapa sahaja dalam jemaah utk bacakan ta'lim selepas solat Subuh, dia akan stay kat tempat dy.

Selepas baca ta'lim di hadapan jemaah semua, kami akan sambung di satu sudut belakang bahagian dewan solat utk sesiapa yang ada kelapangan utk dengar lagi utk ke arah setengah jam, biasanya karkun la. Pak Imam tu pula akan buat amal infradi baca surah Yasin di bahagian hadapan, setiap pagi, istiqomahnya dia, rasanya x pernah miss, insyaAllah. 

Tapi pagi semalam, seorang karkun tempatan minta aku utk teruskan bacaan ta'lim di belakang seorang diri kerana dia ada urusan hantar anak-anak ke sekolah memandangkan sekarang ni Subuh agak lewat. Aku pun teruskan bacaan, tapi lebih baca kumat-kamit mulut sendiri dan dalam hati. 

Dah baca dua hadith sendiri-sendiri, aku terlelap sekejap sebab mengantuk sangat, biasalah, lepas Subuh. Aku terjaga sekejap dan baca hadith yang seterusnya. Biasalah, Pak Imam memang kat depan sekali saf pertama masih tgh baca Yasin. Kemudian, terlelap lagi, hmm....kelakar. 

Tapi selepas itu, memang aku terjaga segar terus sebab aku ternampak seorang yang berjubah putih dgn jubahnya atas buku lali berjalan laju keluar drpd bahagian sebelah aku di dewan solat, aku lihat Imam masih tengah baca Yasin. Tengok jam, pukul 7.02 am. Aku rasa nak tahu siapa orang tu, jadi aku letak kitab ta'lim cepat-cepat dan menuju keluar nak lihat orang tu ada lagi ke x. Yang peliknya, tak ada sesiapapun di luar yg sedang berjalan atau menyarung selipar atau yg sedang berjalan pulang ke rumah. Bunyi motor pun xda. Aku dah pelik. Xde sesiapa yang lalu lalang masa tu. Aku nak tahu siapakah dia? sebab aku x dpt lihat muka dia. Masa terjaga tu aku sempat lihat bahagian bawah jubah yang laju bergerak keluar. Aku nak tahu mungkin dia karkun atau siapa-siapa yang ingin dgr ta'lim masa tu, rasa bersalah juga sebab mungkin dia tengok aku terlelap sekejap, jadi dia pun pergi. 

Aku pasti, sebelum tu hanya aku dan Imam dalam dewan solat dgn lampu yang menerangi. Aku pasti tiada jemaah lain sebab lampu di bahagian luar semuanya ditutup gelap selepas selesai Solat Subuh sebab pak cik-pak cik yang biasa stay utk baca quran pun pulang awal. Mungkin mereka ada urusan keperluan yg perlu diselesaikan segera. 

Jadi, aku pun balik ke rumah yang hanya 50 meter dari masjid. Macam-macam yang terfikir siapakah dia? Entahlah, hanya Allah yang Maha Mengetahui. Mungkin mengantuk sangat rasanya....waAllahu a'lam.

Wednesday, January 18, 2012

Alhamdulillah,...

Semalam baru habis exam sem 1, tunggu je la result insyaAllah.

Hari ni nak balik Melake, insyaAllah.

Nasihat untuk saya dan kalian semua....

Takutilah akan Allah Ta'ala. Please,....
Apabila kita takut akan Allah, setiap perbuatan kita dan amal kita tidak kira secara bersendirian mahupun di majmak masyarakat, akan mengikut perintahNya. Hari ini saya dan sebahagian daripada antum mungkin kurang sedar. Kadang-kadang dan mungkin selalu kita menzalimi diri sendiri. Contoh yang mungkin kita tak sedar, apabila kita tidak menggunakan masa sebaik-baiknya. Ye lah, kalau yang lelaki macam aku atau saya ni, mudah sangat x gunakan masa sebaiknya. Selalu sangat dgn video games kat komputer or kalau yang ada  iphone, dgn iphone dia, yang ada ipad, dgn ipad dia. Ada sesiapa yang setuju dgn ana atau aku ni x bahawa teknologi saban hari bisa sangat-sangat membuatkan kita jauh dan lalai daripada mengingatiNya setiap masa dan keadaan?

Jadi, cuti kali ini azam nak gunakan masa sebaik-baik, azam nak keluar beberapa hari, kalau x pun, kena libatkan diri dgn amal masjid, insyaAllah. Kat rumah pula, kenalah tolong ummi ngn ayah uruskan rumah, tolong hantar n amik adik-adik yang comel ke dan dari sekolah, insyaAllah. Azam nie, insyaAllah.

Jagalah pandangan mata, hati, pendengaran telinga, dan semuanya insyaAllah...

Ampunkan kami yang banyak lalai dan berdosa ini ya Allah....~

Saturday, January 7, 2012

Exam corner...insyaAllah...Allahumma yassir wala tua'ssir

Saturday, October 15, 2011

Assalamualaikum...'

We all know that we we'll leave this temporary world by one day, but we still strive as thought we will live forever.

In Koran, Allah has fixed our death but not our bachelor, degree, master, or PhD. But why we're still work hardly for the only purpose to get that trivial things? hah. Lets think about that.

Allah has never say in Koran that He will guarantee our marrying, having children, getting rich, or etc but He has guarantee our death. We will never know that scared moment. May Allah accept us.

So, don't work for the only purpose of properties, status, and whatever so, but make it as one of your paths to grab His Blessings and please make sure your struggles in performing da'wah, solah are better than what your are searching for in this world.

Hereafter is the fundamental purpose but the world is just its obstacle to go through.

Sunday, September 25, 2011

assalamualaikum....

dah lame betul x update nie...
alhamdulillah, ade kesempatan sikit nie bolehla...biiznillah. Kehidupan kat KL ni mmg agak mencabar berbanding  di N9 dan Melake. Tapi xpelah, ini semua dugaan drpd Allah. Kondominium yg terlalu selesa pun sebenarnya ujian utk diri ini. Apatah lagi dgn subjek2 yang mencabar minda dan imunisasi, pelik~....anatomy, physiology, biochem serta ditambah lagi dgn hafazan Quran, bahasa Arab, English, tamadun Islam, ICT, behavourial science,  dan ad 1 lg. xingat name dy. wah, masyaAllah....banyak nye...

Baru tadi rakan2 seusaha dari USIM kampus Nilai dtg ziarah aku tadi. Siap ikram minum dan bagi buah tangan lagi tu. Teruja dan terkesan sekali. Hmm...Jazakumullahu khoiran kathiran. Mereka drpd Sri Petaling, mlm markaz. Aku x hadir, asbabnye...bnyaklah...ampun aku ya Allah.

Buat seniorku yang belajar akaun kemudian terus berhenti sebelum habis graduate demi kerana utk belajar a'lim, aku ucapkan bittaufiq wannajah di Mesir sana. Semoga Allah merahmatimu. Keputusanmu sebenarnye drpd Allah, kefahamanmu melebihi yg lain, Dia bagi. Tahniah~ Ampunkan aku ya Allah yang belajar akademik ini, tp bukanlah semata2 akademik. Ampunkan daku, walaupun ku tahu kehidupan di kampus dan kolej yg benar2 mencabar. Masa, pengurusan, prof, doktor2, pensyarah2, pelajar2 lelaki dan perempuan, tu sume benar2 ujian yang terus menusuk jiwa dan fizikal. Semua dari Allah. Dari Allah, bukan drpd asbab2 nie, bukan dr itu dan ini.

Doakan aku dapat buat usaha di sini sebaiknya. Study is the first, but da'wah is exactly the first. Once u miss da'wah, u miss to concern with studying.

Tuesday, September 6, 2011

InsyaAllah, Rabu ini aku akan memulakan pendaftaran. Jadi di sini aku sertakan mohon ampun dan maaf zahir batin bukan semata-mata sempena hari raya saja.

So, aku ingin meminta khidmat siapa-siapa saja rakan blogger yang ada kenalan orang tanggungjawab di masjid2 mahupun surau2 berdekatan Pandan Indah, KL....boleh bagi no contact mereka...jazakaAllah..

boleh contact ana/aku/saye pada email tertera di profile k...

jazakumullahu khoiron kathiron.............

Tuesday, August 23, 2011

suka-suka

Alhamdulillah...

Khuruj yang lepas hanyalah 3 hari. Tapi jemaah halaqah kami sambung hingga 10 hari sampai malam raya, insyaAllah. InsyaAllah, aku akan cuba utk 'attach' lagi. Walaupun di kala ini, ada keperluan sikit utk persiapan masuk kampus.

Terkejut...~

Bukan apa, cuma aku telah ditukarkan tawaran daripada kos 'dental' kepada 'medik'. Aku baru terima surat itu pada minggu lepas melalui pos laju. Melalui mesyuarat Senat USIM yang lepas, mereka bersetuju utk mengambil  aku utk belajar dalam perubatan. Walhal, aku tak buat rayuan pun sebab aku dah bersyukur sangat2 bila dapat pergigian. Kalau kos pergigian, 5 tahun je, ini medik 6 tahun. Hmm, lame tu. Beritahu ummi n ayah, dyorang pun terkejut. Kos pergigian tu mereka dah batalkan, jadi aku tak boleh buat ape2. Allahu Akbar..

Bila aku beritahu ummi yang kos tu lame tu, hehe. Ummi tanye, "nape? nak kawin awal ke?". Senang je aku jawab, "a'ah ummi", jawabku selambe dan berbaur gurauan, tapi memang serius taw. Aku tahu, pertanyaan ummi tu pun gurauan. Aku memang tahu perangai dia, dia suka sangat bergurau, macam aku juga, hehe. Ummi tanye, "dah ade ke?", kalau dah ade, xpelah juga". Aku jawab, "xdelah, ummi...."

Tapi aku nie muda lagi. umur 19 kira dah besar la tu, kalau 21 or 22 or 23 ok x kalau aku kawin? Tapi ketika itu aku masih belajar la. Dulu ada satu ketika sebelum berbuka, ummi bukak soal kawin pulak. Tanye abang, dia x kesah ummi carikan atau dia cari sendiri. Pastu tiba2 ummi tanye aku, "hamdi mesti nak yang pakai purdah kan?"..haha...aku terdiam malu, tanda setuju la tu kot. Ummi aku tu memang suka gurau dan dia memang prihatin kalau bab nak pilih menantu ni walaupun belum ada adik-beradik aku yg bernikah. Lebih-lebih lagi anak-anaknya nie ramai hero-hero, 5 hero, 2 heroin. Dia x nak menantunya lebih-lebih yang perempuan kurang menyenangkan sebab ini dah berlaku pada kakak ipar dan adik ipar dia.

Ummi aku dulu pun bernikah semase berumur 19 tahun, ketika tu ayah aku 27 tahun. Mereka x pernah bercinta pun sebelum tu, satu kampung pula tu. Percintaan mereka adalah selepas kahwin, bahagia kan? Jadi, kalau hari raye, x jadi masalah pun.

Tapi aku malu juga sebab raye yang lepas, pergi rumah salah seorang sedare ummi ni. Pastu mak cik tu tanye kat ummi, "anak kau ye?dah kawin hey?" Ummi cakap, "eh, xdelah, belum lagi"..dia nampak aku macam dah kawin, yelah kite ni kan sedang amalkan sunnah ye mak cik..berjanggut tu penting...aduh, segan sangat sebab mase tu kak long, abang, adik2 sume dgr, dyorang tergelak. Yelah, xpe2....

Ok la, diri ini masih belum berpunya tapi terlalu muda pada kiraan manusia. Silakan bagi siapa2 yang mahu menerima...haha....serius berbaur gurauan. Kalau sesiapa yang boleh terima saye dan ketika itu aku masih belajar, silakan, tapi harap2 khuruj 40 hari beberape kali tu boleh jadi mas kawin kot, hehe. 4 bulan khuruj, insyaAllah doakan.

Ada orang kate, "ko nak kawin awal? ko nak bagi anak bini ko makan ape kalau kau belum bekerja?" Ceh, kalau iman aku kuat, aku akan jawab, "Allah yang bagi makan, pak cik"...Asbab solat, masalah selesai. Betulkan???

Aku akan sambung belajar di USIM dlm medik, tapi kampus aku di Pandan Indah, KL. Senang-senang cari jodoh kat sane je ye...insyaAllah.

Monday, August 15, 2011

Assalamualaikum...

Pagi tadi mesyuarat bulanan negeri Melaka. Ada beberapa jemaah dari dalam mahupun luar negara telah berkumpul sejak semalam untuk memberi laporan kerja.


Laporan/Karkuzari

Jemaah Yaman menyatakan bahawa akan ada banyak lagi jemaah dari negara-negara arab akan dihantar ke Malaysia. Kerana apa?
Kerana Maulana Saad rah. memberitahu bahawa mereka perlu keluar/khuruj di negara kita untuk belajar sifat daripada orang Malaysia kerana menurut Maulana, orang-orang Malaysia berhati lembut. Oleh itu orang-orang Arab yang kita sedar akan kekerasannya diminta untuk khuruj di negara kita supaya dapat belajar sifat daripada orang malaysia....

Saturday, August 13, 2011

Nak menangis pun ada, sebak pun ada. Walaupun aku x berapa rapat dengan arwah, tapi aku terasa sayu mendengar berita kematiannya. Arwah baik, berakhlak mulia. Aku dapat rasakan walaupun hanya beberapa tika dan waktu aku bersamanya.

Ya Allah...~

Hati ini terasa sangat sedih dan risau akan kematian diri. Dia (arwah) muda, sebaya denganku, 19 tahun. Inilah yaqin yang mesti ada dalam setiap diri orang yang beriman. Dah bersediakah aku???jika tika inilah Raja Segala Raja mengembalikan daku padaNya. Banyak kali aku terfikir, bagaimana jika kita mati tika itu...tika ini???

Dah rasa baguskah diri kita pada sisiNya? Iman dah sempurnakah dalam diri nak balik bertemu Allah Yang Maha Pengasih? Amalan dah cukupkah sebagai asbab pelindung di kubur yang gelap? Ahh...sebak ...sebak sangat pabila memikirkannya. DAh cukup yakinkah kita bahawa amalan kita diterimaNya? Solat??? kadang-kadang lambat pula tu. Dah dengar azan boleh kata "jap lagi la...sikit lagi, sikit lagi....aduh~ bodohnya diri pabila mengikut nafsu. Ya Allah....ampunkan aku ya Allah....ampunkan aku...banyak dosa dalam diri ini.~Kawan-kawan, saya sebak.....kawan-kawan, dah berapa lame kita x menitiskan air mata utk mengenangkan dosa dan kerna takut kepadaNya. Kawan-kawan, maafkanlah diri ini. Kawan-kawan, halalkanlah segalanya, yang sengaja mahupun tidak, diketahui ataupun tidak...~diri terlalu alpa~ ahhhhhhhhhhhhhh...............

Ayah, ummi, kak long, abang, adik-adik....maafkan aku, tolong maafkan aku kerana ajal itu tidak mengenal usia dan tika. .....