Sunday, February 21, 2010


  • Ibnu al-Qayyim al-Jauziyah pernah berkata: "Tidak dimungkiri bahawa hati itu dapat berkarat seperti berkaratnya besi dan perak. Alat yang dapat membersihkan hati berkarat adalah zikir. Zikir dapat membersihkan hati berkarat sehingga dapat berubah menjadi bening seperti cermin yang bersih. Apabila seseorang meninggalkan zikir, hatinya akan berkarat. Dan apabila ia berzikir, hatinya akan bersih

  • Thursday, February 18, 2010

    Dari Jabir r.a katanya, dia mendengar Rasulullah s.a.w bersabda:”Siapa yang tidak mempunyai sifat ramah tamah, bererti dia tidak mempunyai kebaikan.” (Muslim)

    Wednesday, February 17, 2010




  • Muslim Yang Paling Utama> عَنْ أَبِيْ مُوْسَى رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ ، قَالُوْا ياَ رَسُوْلَ اللهِ أَيُّ اْلِإسْلاَمِ أَفْضَلُ ؟ قاَلَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : مَنْ سَلِمَ الْمُسْلِمُوْنَ مِنْ لِسَانِهِ وَيَدِهِ ( صحيح البخاري ) Para sahabat bertanya kepada Rasulullah, "Muslim manakah yang paling utama ?" Maka Rasulullah sahallallahu 'alaihi wasallam menjawab : " seseorang yang orang-orang muslim lainnya selamat dari lidah dan tangannya " ( Shahih Al Bukhari )






  • Al Imam Ibn Hajar,maksud hadis ialahorang muslim lain selamat sebab lidah dan tangannya , dengan dia mendoakan muslim lainnya dan ia mengangkat kedua tangannya bermunajat kepada Allah untuk muslimin lainnya , maka Allah selamatkan muslim lainnya dengan doanya , maka ini juga termasuk ke dalam hadits ini , inilah afdhaliyah seorang muslim



  • Tuesday, February 16, 2010

    Dosaku..

    assalamualaikum...

    aku rasa sangat bersalah.
    aku rasa belum ada kekuatan yg betul-betul lagi..
    aku rasa keimananku tandus sekali..
    sejak akhir-akhir inilah...

    seolah-olah kekuatan utkku beramal seperti dahulu berbeza sekali drpd hari ini..
    aku takut kalau aku menjadi org yg muflis sepertimana yg disabdakan oleh junjungan kasih kita Muhammad s.a.w

    aku mendengar lebih kurang maksudnya dan di sini aku menulis mengikut kefahamanku..
    ampunkan daku Ya Allah..

    di akhirat nanti akan ada hamba-hamba Allah Ta'ala yg muflis..
    mereka pada mulanya membawa amal kebajikan yg banyak sekali..
    namun, akhirnya mereka tersungkur ke neraka jahannamNya..

    nak tahu kenapa???
    mereka-mereka yg membawa dosa yg banyak dan diputuskan utk dimasukkan ke dalam neraka jahannamNya mengadu dgnNya..
    bahawa..
    org ini beramal 'begini dan begitu' tetapi dia tidak pernah mengajakku...
    dia tidak memberitahuku...
    maka, amal tertentu daripada yg tidak ditunaikan haknya kepada bakal ahli neraka itu diberikan kepadanya...
    sehinggakan..ada lagi yg yg menuntut daripadanya..

    hatta...
    segala amal kebaikan dan pahala org itu lenyap sama sekali kerana telah dibahagi-bahagikan kpd org lain yg menuntut hak-hak mereka..

    aku amat takut, risau, dan bimbang...!!!
    jika aku tergolong dalam org yg 'muflis' ini..!
    inilah muflis yg sebenar..
    bukan seperti muflis di dunia ini...
    ni sementara saja...

    aku belum ada kekuatan utk tunaikan hak org di sekelilingku dgn mengajak mereka kepadaMu Ya Allah..

    aku hanya banyak melaksanakan perintahNya dgn sendiri tanpa mengajak yg lain..
    adik-beradikku, saudara-maraku, jiran-jiranku,..dan ramai lagi..

    hatta apabila aku bekerja di gerai itu,
    aku belum mampu mengajak pekerjanya menunaikan solat bersama...
    hatta aku sendiri lalai dek kesibukan kerja duniawi yg fana' ini ..
    solatku lewat,,,
    tak macam dulu..

    masa sangat pantas berlalu..
    kadang-kadang aku berusaha utk solat awal waktu dgn berjemaah di tempat kerja..
    tapi kebanyakkannya memang aku tak berdaya..
    tengok jam...
    sangat pantas berlalu..

    apatah lagi selama ini aku seorang diri utk ke tempat solat..
    apakah aku tidak rasa bersalah kerna tidak mengajak yg lain...
    ampunkan aku ya Allah..
    berikan aku kekuatan ya Rabb...

    aku juga sering terlajak utk solat Subuh pd awal waktu di surau....
    namun, aku tak berdaya..
    manakan tidaknya..
    balik dr tempat kerja hampir-hampir jam dua pagi..dan kadang-kadang lebih!
    tu asbab je..tiada kuasa..
    Allah Ta'ala sahaja Yg Maha Berkuasa atas tiap-tiap sesuatu....setiapnya..!!!

    laungan azan Subuh singgah di telingaku..
    namun, aku terkesan dgn kata-kata syaitan...
    aku tidur balik..
    aku memang ingin solat Subuh berjemaah di surau tu..
    keazaman memang seringkali wujud benar di hatiku..

    lebih-lebih lagi nafsu pula tu..
    Dia tidak pilih aku ketika itu..
    tapi ini dah beberapa kali berlaku pada diriku..

    bukan Subuh saja...
    waktu lain-lain pun kadang-kadang macam tu..

    pilihlah aku ya Rabb...

    berilah aku kekuatan juga utk mengajak yg lain juga...
    aku tidak mahu dituntut oleh mereka nanti..
    aku takut ya Allah...
    aku risau..
    tak tahu macam mana..
    kadang-kadang aku hanya mampu berdoa...
    terimalah doaku ya Rabb..
    ya Rohman...ya Rohim....

    Thursday, February 11, 2010

    Bukan sekadar renungan....

    Salam...

    Kalau usaha Nabi itu berasaskan politik seperti tanggapan manusia kat malaysia hari ini... dah tentu Nabi s.a.w selama berapa tahun Nabi s.a.w kat Mekah, nabi akan berusaha mengambil hati pemimpin kafir quraish.

    Tapi Nabi s.a.w buat sebaliknya. Baginda reject semua usaha pemimpin kafir quraish nak berkompromi.Baginda usaha ke arah membina iman para sahabat. Biar Nabi s.a.w  hilang segala kuasa, bersama dgn org2 miskin dan dhaif (kbanyakan sahabat masa tu), Nabi s.a.w x kesah.

    Sebab apa Nabi s.a.w tahu tiada apa lagi penting dari hati manusia. Kuasa pemerintahan tu sementara je. Itu akan datang kemudian. Nabi s.a.w hari2 fokus nak didik hati sahabat. Kesan dia, jauh lagi baik daripada kalau Nabi s.a.w. awal2 dulu fokus nak 'bermain politik'.

    Benar usaha nabi dah tentu ada kaitan dgn politik. Bila berurusan dgn manusia ni, politik la tu. Tapi bkn politik mcm org skrg kata, pegi mengundi, pastu abis.

    Ada satu artikel surat khabar baru2 ni gak. Dia laporkan kes Aids atau kes pelacur (sy x igt yg mana satu) kat kelantan adalah paling tinggi kat Msia.

    Walhal Kelantan negeri 'politik islam'. Kenapa jadi mcm ni?

    Sebabnya wlaupun kerajaan kelantan dapat undi penduduknya, tp dia x berusha ke atas hati penduduknya.

    Igt, surah Makkiyah menekankan keatas iman dan hati manusia bertahun-tahun... baru lepas tu turun surah2 berkaitan undang2 etc. Kita harini nak buat hukum hudud saja... tapi hati rakyat kita x usaha kearah iman. Mcm mana nak berjaya? Kalau rakyat msia sume telah diusahakan imannya, sy percaya semua org akan tak sabar2 nak jalankan hudud.






    Pendapat sy yg hina saja. kalau salah betulkan. wallahua'alam..






    Petikan drpd iLuvislam.com...

    sanada_yukimura

    Wednesday, February 10, 2010

    maafkanlah.....

    Diriwayatkan suatu ketika para sahabat r.anhum bersama-sama baginda Rasulullah s.a.w. Kemudian, lalu seorang sahabat r.a. Lantas baginda Rasulullah s.a.w mengatakan bahawa dia ialah ahli syurga. Seorang sahabat bertanya kpd seorang sahabat r.a yg lain apakah amalan beliau sehingga baginda Rasulullah s.a.w sendiri menyatakan bahawa beliau ialah ahli syurga. Sahabat r.a itu tidak mengetahui dan lantas menyuruh sahabat r.a itu menyiasat tentangnya sendiri.

    Sahabat r.a yg tidak berpuas hati itu memerhatikan perlakuan dan amalan seorang sahabat r.a yg dijamin sbg ahli syurga itu seharian. Dalam pemerhatiannya, tiada suatu amalan yg istimewa pun yg ada pd beliau(sahabat r.a yg dijamin syurga itu). Maka lantas beliau bertemu dgn Rasulullah s.a.w dan baginda s.a.w menyatakan bahawa sahabat r.a itu akan memaafkan segala kesalahan org lain terhadapnya pd setiap hari sebelum tidur.


    Khulasahnya,
    saya dan antum semua mestilah bersedia memaafkan kesalahan org lain terhadap kita walaupun kesalahan itu sungguh berat utk diterima. Bersedialah, insyaAllah saya bersedia.

    Kadang-kadang kesalahan mereka berkaitan hati, pemikiran, penglihatan, pendengaran, percakapan dan hatta penterjemahan dalam bentuk penulisan sekalipun dan semuanyalah.
    Kadang-kadang mereka bersalah dgn kita, namun kesalahan itu tak disengajakan atau kadang-kadang memang disengajakan.
    Kadang-kadang kesalahan itu diketahui dan kadang-kadang tidak diketahui oleh mereka.
    Hati, perasaan, dan pemikiran kadang-kala sering bersalah lebih-lebih lagi kpdNya. Dan, kpd manusia yg lain juga kerna ia tidak bisa dibaca ataupun ditafsir sendiri. Aku juga tidak menafikan kerana hal ini juga berlaku pada diriku.

    So, kita maafkan sajalah kesalahan semua yg lain terhadap kita supaya Dia merahmati kita semua.

    Monday, February 8, 2010

    salam..
    kalau nak wish pun..jgn terlalu sangat..

    x sedih ke..?
    kita semua tahu tarikh lahir...

    tarikh mati bile..???
    x tahu kan...

    so..berpada-padalah...

    Sunday, February 7, 2010

    Perkongsian yg penting sebenarnya...

    Sememangnya ramai org yg mempersoalkan...

    banyak juga yg aku belajar..
    ustazku berkata masalah saya dan seluruh umat Islam pd hari ini ialah masalah kesohihan Iman dan Yakin...
    kebanyakan kita pergi kpd 'ghoirullah' (selain drpd Allah)
    umat Islam sendiri yakin dgn selain drpd Allah Subhanahullah Ta'ala...
    itulah masalah umat Islam pd hari ini termasuk saya yg menulis ini.
    Inilah yg dimaksudkan sbg iman yg rosak.

    Kita sewajibnya yakin hanya kpd Allah Ta'ala, bukan dgn makhluk(ciptaan) dan benda-benda.
    Kebanyakan umat Islam pd hari ini yakin contohnya dgn duit atau harta boleh menyelesaikan masalah.
    haqiqatul iman kita makin pudar.
    kita telah menuju dan berharap selain drpd Dia.
    inilah masalah kita.

    ini yg saya belajar dan tahu sikit2...
    yg memberi rezeki ialah Allah Ta'ala..bukan pekerjaan mahupun duit. Rezeki, Dia telah tetapkan ke atas seluruh makhluknya...
    Firman Allah Ta'ala ...maksudnya..

    "Dan tidak seluruh makhlukNya di muka bumi melainkan telah Dia jamin rezeki kesemuanya, Dia Mengetahui tempatnya dan tempat penyimpanannya, dan setiapnya termaktub dalam kitabNya yg jelas (Luh Mahfuz)"
                                                                                                                                              (surah Hud : 6)

    Tapi hari ini kebanyakan kita sendiri sibuk ke sana dan sini berusaha utk dunia yg yg tiada nilai ini melebihi usaha kita utk menuju keredhaan Allah Ta'ala. Bukanlah bermaksud utk tinggalkan pekerjaan dan berharap semata-mata kerana bekerja pun 'sunnatullah', tetapi apa yg Dia kehendaki adalah kita letakkan keyakinan dalam hati pd setiap masa hanya kepadaNya dan terhadapNya bukan kpd mahkluk. Apabila kita ada keyakinan yg sebegini, maka Allah akan bersama dgn kita dan akan menunaikan segala hajat kita dunia dan akhirat.

    Inilah maksud semua Nabi dan Rasul dihantar oleh Allah Ta'ala ke muka bumi utk beritahu manusia akan akidah, tauhid, Iman, dan keyakinan yang sohih iaitu keyakinan yg diterima oleh Allah Ta'ala supaya manusia selamat dunia dan akhirat. Allah Ta'ala sayang kesemua hambaNya dan sebab itulah Dia tidak membiarkan hamba-hambaNya tanpa Iman yg sempurna. Tetapi ada juga yg tidak dipilih olehNya. Ini semua Dia sahaja Yang Maha Mengetahui.

    Tiada seorang drpd para Nabi dan Rasul pun dihantar atas maksud utama utk wujudkan pemerintahan yg agung, ekonomi yg pesat, harta, dan segala yg berbentuk keduniaan. Tetapi, maksud utama mereka adalah utk mengislahkan tauhid dan keyakinan manusia supaya diredhai di dunia dan akhirat dan lebih menuju kpd akhirat sebenarnya.

    Ulama menyatakan dunia ini langsung tidak bernilai di sisi Allah hatta walaupun sebesar sebelah sayap nyamuk.  Kalau dunia ini bernilai walaupun sezarah, maka org kafir sedikitpun tidak akan diberikan nikmat walaupun setitik air. Roh dunia ini bergantung kpd asbab adanya org Islam atau org yg beriman walaupun masih tinggal seorang yg mengucapkan " Allah, Allah, Allah".

    Kita hendaklah letakkan keyakinan yg sohih terus kepadaNya bukan kepada makhluk.
    Yang memberi makan, minum, lapar, dahaga, kenyang, hilang dahaga, manfaat, mudharat, sihat, sakit, keadaan susah, senang, gembira, sedih, yg dtgkan masalah, yg selesaikan masalah, yg memberikan perasaan, letih, segar, dan segala-galanya adalah HANYA dgn Qudrat, Kuasa, Keizinan, dan perintah drpd Allah.

    Yg mendatangkan mudharat mahupun kecelakaan ialah Allah Ta'ala bukan senjata yg hebat seperti bom, nuklear.
    Yang memberikan kemenangan bukannya dgn jumlah tentera yg besar, senjata yg canggih, dan segala berbentuk makhluk dan kebendaan, tetapi semuanya dgn dgn Qudrat dan izin Allah Ta'ala.

    Seperti Allah Ta'ala membantu para sahabat R.A ketika perang Badar...umat Islam yg sedikit mengalahkan kaum kafir musyrikin yg ramai dan dgn senjata yg nampak hebat di sisi keduniaan, bahkan umat Islam ketika itu hanya berbekalkan pelepah-pelepah tamar utk dibuat lembing, dan hanya beberapa ekor unta, bukannya kuda yg pantas. Allah Ta'ala bersama dgn org Islam yg benar-benar yakin dgn kekuasaan Allah seperti sahabat-sahabat R.A dan sikit pun tidak yakin kpd mahkluk. Allahu Akbar!!!

    Tetapi pd hari ini sesetengah org Islam sendiri yakin bahawa dgn kemajuan senjata canggih, bom, bangunan yg megah-megah itulah kekuatan dan kejayaan. Bukanlah tidak boleh, bahkan ini adalah antara perintah Allah Ta'ala kpd umat Islam, tetapi kita mestilah mengutamakan keyakinan yg sohih kpdNya.

    Ulama beritahu utk dptkan Iman seperti ini, kita mesti bermujahadah. Dakwah tentang keyakinan dan kebesaran Allah kpd org2 Islam. Inilah dakwah yg haq, beritahu dan sedarkan umat Islam dari rumah ke rumah, lorong ke lorong seperti yg dilakukan oleh Nabi Muhammad s.a.w. Kejayaan dalam dakwah hanya apabila kita ikut cara berdakwah yg sebena-benar mirip dgn cara Baginda tunjukkan.....bukan dgn akal kita sendiri ....Carilah..

    Ada org Islam sendiri kata berdakwah sekarang ini mestilah ikut zaman, kemajuan, teknologi, dan sebagainya. Mereka kata cara dulu (zaman Rasulullah s.a.w.) tidak sesuai dgn zaman sekarang. Ingatlah, Imam Malik pernah memberitahu lebih kurang maksudnya....

    "Umat akhir zaman tidak akan dapat diislahkan(diperbaiki) melainkan mereka kembali seperti bagaimana umat terdahulu diperbaiki" (iaitu zaman ketika bagaimana Rasulullah s.a.w berdakwah kpd kaum jahiliah yg sangat teruk akhlaknya).

    Ingatlah,
    Nabi Muhammad s.a.w ialah manusia paling mulia yg diciptakan olehNya daripada antara dulu, sekarang, mahupun yg akan datang sehingga Kiamat.

    Baginda s.a.w ialah 'habibullah' (kekasih Allah) lebih tinggi drpd semua nabi yg lain seperti Nabi Ibrahim a.s sbg 'khalilullah', Musa a.s sbg 'kalimullah'.

    Hatta sebelum Nabi Adam a.s diciptakan, nama baginda Muhammad s.a.w sudahpun tertulis di Arash Allah Ta'ala bersebelahan pula dgn kalimah Allah Ta'ala.

    Setiap umat Islam mesti meletakkan Iman dan Yakin sohih seperti ini. Maka dgn ini Allah Ta'ala akan akan bersama dgn kita umat Islam dan menolong kita. Tiada satu benda pun yg susah bagi Allah Ta'ala. " Allah can do everything without anything " , Allah berkuasa membuat segalanya tanpa bantuan mahupun dgn perantaraan makhluk.
    Allah Maha Berkuasa dan selain daripada Allah yakni segala makhluk langsung sedikitpun tidak berkuasa.
    Allah Ta'ala langsung tidak berhajat kpd mahkluk, tetapi semua dan setiap makhluk drpd sekecil-kecil mahkluk sehinggalah sebesar-besar makhluk berhajat kpdNya.

    Allah berkuasa membuat apa-apa sahaja sama ada dgn asbab, tanpa asbab, dan bertentangan dgn asbab.
    Kita jgn syirikkan Allah Ta'ala. Selagi mana kita yakin bahawa makhluk sedikitpun tidak mendatangkan kesan dan bekas. Yang membuat segala-galanya adalah Allah Ta'ala.

    Ingatlah, menulis dalam blog utk berdakwah ini pun tidak mendatangkan kesan yg besar kerana inipun bukan cara Nabi Muhammad s.a.w yg sebenar. Apabila kita cuba melaksanakan sesuatu terutamanya kewajipan berdakwah ini mengikut cara yg hampir mirip-mirip dgn cara baginda s.a.w, maka ulama' beritahu bahawa Allah Ta'ala akan sayang kita dan menerima doa kita dan di sinilah tandanya berjayanya usaha kita dalam dakwah.


    jika aku tersilap, ampunkanlah aku Ya Allah..Ya Rohman, Ya Rohim

    Friday, December 25, 2009

    Engkaulah satu cinta yg sebenarnya aku cari...



     salam semua...
    aku ingin meminta maaf drpd kalian semua...
    aku bukanlah ke mana..
    aku sekadar ingin mencari kebenaran...hakikat..

                             
    aku yg lemah ini ingin mengislahkan diri kepadaNya...
    hubungan aku dgnNya sngt teruk...
    jgnlah terlalu menghubungiku..

    andai kata aku tiada..
    maafkan segala kesalahanku...
    aku ingin belajar..
    dunia ini amat luas..
    Dia menyimpan segala macam rahsia..



    aku ingin belajar sunnah nabi..
    yg mana sunnah ini ramai org terlepas pandang..
    padahal inilah ibu sunnah baginda..
    apa dia?


    Dakwah.."""
    Bukanlah lama aku pergi..
    aku bukan seorang..
    bersamaku lagi ada sahabat-sahabat seperjuangan...

    Dan ..
    aku mengajak kalian semua utk turut serta..
    baiki diri..
    laksanakan tugas ini..
    apa dia?
    berdakwah..

    mungkin ada yg belum benar2 mengerti..
    InsyaAllah, suatu hari nanti kalian pasti akan benar2 tahu..
    sahutlah seruan ini wahai kalian sekalian..
    kita satu ummah yg dibanggakan oleh Dia..
    khairul ummah...

    golongkanlah diri kita semua sbg khairul ummah ..
    seperti yg disebut dalam Quran...