Sememangnya ramai org yg mempersoalkan...
banyak juga yg aku belajar..
ustazku berkata masalah saya dan seluruh umat Islam pd hari ini ialah masalah kesohihan Iman dan Yakin...
kebanyakan kita pergi kpd 'ghoirullah' (selain drpd Allah)
umat Islam sendiri yakin dgn selain drpd Allah Subhanahullah Ta'ala...
itulah masalah umat Islam pd hari ini termasuk saya yg menulis ini.
Inilah yg dimaksudkan sbg iman yg rosak.
Kita sewajibnya yakin hanya kpd Allah Ta'ala, bukan dgn makhluk(ciptaan) dan benda-benda.
Kebanyakan umat Islam pd hari ini yakin contohnya dgn duit atau harta boleh menyelesaikan masalah.
haqiqatul iman kita makin pudar.
kita telah menuju dan berharap selain drpd Dia.
inilah masalah kita.
ini yg saya belajar dan tahu sikit2...
yg memberi rezeki ialah Allah Ta'ala..bukan pekerjaan mahupun duit. Rezeki, Dia telah tetapkan ke atas seluruh makhluknya...
Firman Allah Ta'ala ...maksudnya..
"Dan tidak seluruh makhlukNya di muka bumi melainkan telah Dia jamin rezeki kesemuanya, Dia Mengetahui tempatnya dan tempat penyimpanannya, dan setiapnya termaktub dalam kitabNya yg jelas (Luh Mahfuz)"
(surah Hud : 6)
Tapi hari ini kebanyakan kita sendiri sibuk ke sana dan sini berusaha utk dunia yg yg tiada nilai ini melebihi usaha kita utk menuju keredhaan Allah Ta'ala. Bukanlah bermaksud utk tinggalkan pekerjaan dan berharap semata-mata kerana bekerja pun 'sunnatullah', tetapi apa yg Dia kehendaki adalah kita letakkan keyakinan dalam hati pd setiap masa hanya kepadaNya dan terhadapNya bukan kpd mahkluk. Apabila kita ada keyakinan yg sebegini, maka Allah akan bersama dgn kita dan akan menunaikan segala hajat kita dunia dan akhirat.
Inilah maksud semua Nabi dan Rasul dihantar oleh Allah Ta'ala ke muka bumi utk beritahu manusia akan akidah, tauhid, Iman, dan keyakinan yang sohih iaitu keyakinan yg diterima oleh Allah Ta'ala supaya manusia selamat dunia dan akhirat. Allah Ta'ala sayang kesemua hambaNya dan sebab itulah Dia tidak membiarkan hamba-hambaNya tanpa Iman yg sempurna. Tetapi ada juga yg tidak dipilih olehNya. Ini semua Dia sahaja Yang Maha Mengetahui.
Tiada seorang drpd para Nabi dan Rasul pun dihantar atas maksud utama utk wujudkan pemerintahan yg agung, ekonomi yg pesat, harta, dan segala yg berbentuk keduniaan. Tetapi, maksud utama mereka adalah utk mengislahkan tauhid dan keyakinan manusia supaya diredhai di dunia dan akhirat dan lebih menuju kpd akhirat sebenarnya.
Ulama menyatakan dunia ini langsung tidak bernilai di sisi Allah hatta walaupun sebesar sebelah sayap nyamuk. Kalau dunia ini bernilai walaupun sezarah, maka org kafir sedikitpun tidak akan diberikan nikmat walaupun setitik air. Roh dunia ini bergantung kpd asbab adanya org Islam atau org yg beriman walaupun masih tinggal seorang yg mengucapkan " Allah, Allah, Allah".
Kita hendaklah letakkan keyakinan yg sohih terus kepadaNya bukan kepada makhluk.
Yang memberi makan, minum, lapar, dahaga, kenyang, hilang dahaga, manfaat, mudharat, sihat, sakit, keadaan susah, senang, gembira, sedih, yg dtgkan masalah, yg selesaikan masalah, yg memberikan perasaan, letih, segar, dan segala-galanya adalah HANYA dgn Qudrat, Kuasa, Keizinan, dan perintah drpd Allah.
Yg mendatangkan mudharat mahupun kecelakaan ialah Allah Ta'ala bukan senjata yg hebat seperti bom, nuklear.
Yang memberikan kemenangan bukannya dgn jumlah tentera yg besar, senjata yg canggih, dan segala berbentuk makhluk dan kebendaan, tetapi semuanya dgn dgn Qudrat dan izin Allah Ta'ala.
Seperti Allah Ta'ala membantu para sahabat R.A ketika perang Badar...umat Islam yg sedikit mengalahkan kaum kafir musyrikin yg ramai dan dgn senjata yg nampak hebat di sisi keduniaan, bahkan umat Islam ketika itu hanya berbekalkan pelepah-pelepah tamar utk dibuat lembing, dan hanya beberapa ekor unta, bukannya kuda yg pantas. Allah Ta'ala bersama dgn org Islam yg benar-benar yakin dgn kekuasaan Allah seperti sahabat-sahabat R.A dan sikit pun tidak yakin kpd mahkluk. Allahu Akbar!!!
Tetapi pd hari ini sesetengah org Islam sendiri yakin bahawa dgn kemajuan senjata canggih, bom, bangunan yg megah-megah itulah kekuatan dan kejayaan. Bukanlah tidak boleh, bahkan ini adalah antara perintah Allah Ta'ala kpd umat Islam, tetapi kita mestilah mengutamakan keyakinan yg sohih kpdNya.
Ulama beritahu utk dptkan Iman seperti ini, kita mesti bermujahadah. Dakwah tentang keyakinan dan kebesaran Allah kpd org2 Islam. Inilah dakwah yg haq, beritahu dan sedarkan umat Islam dari rumah ke rumah, lorong ke lorong seperti yg dilakukan oleh Nabi Muhammad s.a.w. Kejayaan dalam dakwah hanya apabila kita ikut cara berdakwah yg sebena-benar mirip dgn cara Baginda tunjukkan.....bukan dgn akal kita sendiri ....Carilah..
Ada org Islam sendiri kata berdakwah sekarang ini mestilah ikut zaman, kemajuan, teknologi, dan sebagainya. Mereka kata cara dulu (zaman Rasulullah s.a.w.) tidak sesuai dgn zaman sekarang. Ingatlah, Imam Malik pernah memberitahu lebih kurang maksudnya....
"Umat akhir zaman tidak akan dapat diislahkan(diperbaiki) melainkan mereka kembali seperti bagaimana umat terdahulu diperbaiki" (iaitu zaman ketika bagaimana Rasulullah s.a.w berdakwah kpd kaum jahiliah yg sangat teruk akhlaknya).
Ingatlah,
Nabi Muhammad s.a.w ialah manusia paling mulia yg diciptakan olehNya daripada antara dulu, sekarang, mahupun yg akan datang sehingga Kiamat.
Baginda s.a.w ialah 'habibullah' (kekasih Allah) lebih tinggi drpd semua nabi yg lain seperti Nabi Ibrahim a.s sbg 'khalilullah', Musa a.s sbg 'kalimullah'.
Hatta sebelum Nabi Adam a.s diciptakan, nama baginda Muhammad s.a.w sudahpun tertulis di Arash Allah Ta'ala bersebelahan pula dgn kalimah Allah Ta'ala.
Setiap umat Islam mesti meletakkan Iman dan Yakin sohih seperti ini. Maka dgn ini Allah Ta'ala akan akan bersama dgn kita umat Islam dan menolong kita. Tiada satu benda pun yg susah bagi Allah Ta'ala. " Allah can do everything without anything " , Allah berkuasa membuat segalanya tanpa bantuan mahupun dgn perantaraan makhluk.
Allah Maha Berkuasa dan selain daripada Allah yakni segala makhluk langsung sedikitpun tidak berkuasa.
Allah Ta'ala langsung tidak berhajat kpd mahkluk, tetapi semua dan setiap makhluk drpd sekecil-kecil mahkluk sehinggalah sebesar-besar makhluk berhajat kpdNya.
Allah berkuasa membuat apa-apa sahaja sama ada dgn asbab, tanpa asbab, dan bertentangan dgn asbab.
Kita jgn syirikkan Allah Ta'ala. Selagi mana kita yakin bahawa makhluk sedikitpun tidak mendatangkan kesan dan bekas. Yang membuat segala-galanya adalah Allah Ta'ala.
Ingatlah, menulis dalam blog utk berdakwah ini pun tidak mendatangkan kesan yg besar kerana inipun bukan cara Nabi Muhammad s.a.w yg sebenar. Apabila kita cuba melaksanakan sesuatu terutamanya kewajipan berdakwah ini mengikut cara yg hampir mirip-mirip dgn cara baginda s.a.w, maka ulama' beritahu bahawa Allah Ta'ala akan sayang kita dan menerima doa kita dan di sinilah tandanya berjayanya usaha kita dalam dakwah.
jika aku tersilap, ampunkanlah aku Ya Allah..Ya Rohman, Ya Rohim
No comments:
Post a Comment