Monday, February 22, 2010

assalamualaikum...
hati dan pemikiranku tersentak

Kejayaan semua manusia hanya apabila beriman dgn Allah Ta'ala, mentaati segala perintahNya, menjauhi segala laranganNya dgn hanya mengikuti cara hidup Nabi kita Muhammad s.a.w.

Kadang-kadang aku memang rasa macam nak marah. Kenapa mereka berkata aku begini dan begitu. Contohnya, "Taliban hey"....."macam al-Qaeda je". Kenapa sesetengah org Islam sendiri mengatakan yg sebegini??? Bahkan sesetengah mereka ialah org yg belajar agama tinggi-tinggi di universiti. "Setakat belajar agama je ke diorang nie?" Inilah antara persoalan aku.

Bukankah 'this beard' yg diorang sibuk nak memperkatakan ini cara hidup dan sunnah Nabi kita Muhammad s.a.w. Kenapa diorang nampak macam pelik je.? (terpaksa guna bahasa short-form). Kenapa???

even some muslim themselves said its looked mess....lousy..
ape nie..........!!!
takkan org Islam sendiri cakap macam tu. Berhati-hati dgn percakapan kita!

begitu juga dgn kaum muslimah yg berniqab(berpurdah)...sesetengah org Islam sendiri sibuk mempertikaikannya tanpa ilmu, dalil yg cukup.

Inilah keindahan Islam. Yang mukmin mengikuti cara hidup Nabi kita Muhammad s.a.w dan yg mukminah mengikuti cara hidup isteri-isteri baginda s.a.w.

kita nak ikut siapa lagi???
takkan nak cacakkan rambut, pakai rantai, gelang, tindik....

kehidupan kita di dunia utk sukakan Allah Ta'ala. KekasihNya ialah baginda Nabi Muhammad s.a.w. Jadi, kita wajib ikut cara hidup baginda s.a.w jika benar-benar ingin berusaha menjadi hamba yg disayangi dan dikasihiNya di dunia dan akhirat. Kita nak dapatkan keredhaan siapa sebenarnya? Adakah kita ingin mendapatkan perhatian daripada manusia yg sebenarnya jahil dalam menafsirkan erti kecantikan yg hakiki? Allah Ta'ala ialah Rabb, Pencipta segalanya. Dia yg menciptakan setiap sesuatu. Kita berusaha ikut rupa paras yg mirip-mirip macam baginda s.a.w walaupun ada manusia yg sesetengahnya tak suka. Tapi, siapa yg suka??? Sudah tentulah Allah Subhanahullah Ta'ala suka, sebab baginda s.a.w ialah hambaNya yg paling dikasihiNya. Kita sudah tentu inginkan supaya Dia menyayangi kita dan memberi perhatian kepada kita. Tak perlulah utk kita menarik perhatian daripada manusia yg dirinya sendiri diciptakan. Tunjukkanlah kecantikan kita kpd Dia dgn benar-benar menutup 'aurat dgn sempurna seperti yg ditunjukkan oleh baginda s.a.w, dgn rupa paras baginda s.a.w. Biarlah kita cantik di sisi Allah Ta'ala bukan di sisi manusia yg lemah. Sesungguhnya Nabi kita Muhammad s.a.w  melakukan sesuatu bukan dgn mengikut nafsunya, bahkan semuanya dgn wahyu dan petunjuk drpd Allah Ta'ala drpd rupa paras, amalan, fikiran, dan semuanya. Wanita pula mengikut rupa paras yg ditunjukkan oleh isteri-isteri Nabi kita Muhammad s.a.w dgn cara penutupan 'aurat yg sempurna. Berniqab itu ada dalilnya!!! .......

Biar kita mulia di sisiNya ..bukan di sisi mahkluk...Di syurga nanti semuanya akan diperlihatkan olehNya dgn segala kesempurnaan.....

No comments:

Post a Comment