Diriwayatkan suatu ketika para sahabat r.anhum bersama-sama baginda Rasulullah s.a.w. Kemudian, lalu seorang sahabat r.a. Lantas baginda Rasulullah s.a.w mengatakan bahawa dia ialah ahli syurga. Seorang sahabat bertanya kpd seorang sahabat r.a yg lain apakah amalan beliau sehingga baginda Rasulullah s.a.w sendiri menyatakan bahawa beliau ialah ahli syurga. Sahabat r.a itu tidak mengetahui dan lantas menyuruh sahabat r.a itu menyiasat tentangnya sendiri.
Sahabat r.a yg tidak berpuas hati itu memerhatikan perlakuan dan amalan seorang sahabat r.a yg dijamin sbg ahli syurga itu seharian. Dalam pemerhatiannya, tiada suatu amalan yg istimewa pun yg ada pd beliau(sahabat r.a yg dijamin syurga itu). Maka lantas beliau bertemu dgn Rasulullah s.a.w dan baginda s.a.w menyatakan bahawa sahabat r.a itu akan memaafkan segala kesalahan org lain terhadapnya pd setiap hari sebelum tidur.
Khulasahnya,
saya dan antum semua mestilah bersedia memaafkan kesalahan org lain terhadap kita walaupun kesalahan itu sungguh berat utk diterima. Bersedialah, insyaAllah saya bersedia.
Kadang-kadang kesalahan mereka berkaitan hati, pemikiran, penglihatan, pendengaran, percakapan dan hatta penterjemahan dalam bentuk penulisan sekalipun dan semuanyalah.
Kadang-kadang mereka bersalah dgn kita, namun kesalahan itu tak disengajakan atau kadang-kadang memang disengajakan.
Kadang-kadang kesalahan itu diketahui dan kadang-kadang tidak diketahui oleh mereka.
Hati, perasaan, dan pemikiran kadang-kala sering bersalah lebih-lebih lagi kpdNya. Dan, kpd manusia yg lain juga kerna ia tidak bisa dibaca ataupun ditafsir sendiri. Aku juga tidak menafikan kerana hal ini juga berlaku pada diriku.
So, kita maafkan sajalah kesalahan semua yg lain terhadap kita supaya Dia merahmati kita semua.
No comments:
Post a Comment