assalamualaikum...
aku rasa sangat bersalah.
aku rasa belum ada kekuatan yg betul-betul lagi..
aku rasa keimananku tandus sekali..
sejak akhir-akhir inilah...
seolah-olah kekuatan utkku beramal seperti dahulu berbeza sekali drpd hari ini..
aku takut kalau aku menjadi org yg muflis sepertimana yg disabdakan oleh junjungan kasih kita Muhammad s.a.w
aku mendengar lebih kurang maksudnya dan di sini aku menulis mengikut kefahamanku..
ampunkan daku Ya Allah..
di akhirat nanti akan ada hamba-hamba Allah Ta'ala yg muflis..
mereka pada mulanya membawa amal kebajikan yg banyak sekali..
namun, akhirnya mereka tersungkur ke neraka jahannamNya..
nak tahu kenapa???
mereka-mereka yg membawa dosa yg banyak dan diputuskan utk dimasukkan ke dalam neraka jahannamNya mengadu dgnNya..
bahawa..
org ini beramal 'begini dan begitu' tetapi dia tidak pernah mengajakku...
dia tidak memberitahuku...
maka, amal tertentu daripada yg tidak ditunaikan haknya kepada bakal ahli neraka itu diberikan kepadanya...
sehinggakan..ada lagi yg yg menuntut daripadanya..
hatta...
segala amal kebaikan dan pahala org itu lenyap sama sekali kerana telah dibahagi-bahagikan kpd org lain yg menuntut hak-hak mereka..
aku amat takut, risau, dan bimbang...!!!
jika aku tergolong dalam org yg 'muflis' ini..!
inilah muflis yg sebenar..
bukan seperti muflis di dunia ini...
ni sementara saja...
aku belum ada kekuatan utk tunaikan hak org di sekelilingku dgn mengajak mereka kepadaMu Ya Allah..
aku hanya banyak melaksanakan perintahNya dgn sendiri tanpa mengajak yg lain..
adik-beradikku, saudara-maraku, jiran-jiranku,..dan ramai lagi..
hatta apabila aku bekerja di gerai itu,
aku belum mampu mengajak pekerjanya menunaikan solat bersama...
hatta aku sendiri lalai dek kesibukan kerja duniawi yg fana' ini ..
solatku lewat,,,
tak macam dulu..
masa sangat pantas berlalu..
kadang-kadang aku berusaha utk solat awal waktu dgn berjemaah di tempat kerja..
tapi kebanyakkannya memang aku tak berdaya..
tengok jam...
sangat pantas berlalu..
apatah lagi selama ini aku seorang diri utk ke tempat solat..
apakah aku tidak rasa bersalah kerna tidak mengajak yg lain...
ampunkan aku ya Allah..
berikan aku kekuatan ya Rabb...
aku juga sering terlajak utk solat Subuh pd awal waktu di surau....
namun, aku tak berdaya..
manakan tidaknya..
balik dr tempat kerja hampir-hampir jam dua pagi..dan kadang-kadang lebih!
tu asbab je..tiada kuasa..
Allah Ta'ala sahaja Yg Maha Berkuasa atas tiap-tiap sesuatu....setiapnya..!!!
laungan azan Subuh singgah di telingaku..
namun, aku terkesan dgn kata-kata syaitan...
aku tidur balik..
aku memang ingin solat Subuh berjemaah di surau tu..
keazaman memang seringkali wujud benar di hatiku..
lebih-lebih lagi nafsu pula tu..
Dia tidak pilih aku ketika itu..
tapi ini dah beberapa kali berlaku pada diriku..
bukan Subuh saja...
waktu lain-lain pun kadang-kadang macam tu..
pilihlah aku ya Rabb...
berilah aku kekuatan juga utk mengajak yg lain juga...
aku tidak mahu dituntut oleh mereka nanti..
aku takut ya Allah...
aku risau..
tak tahu macam mana..
kadang-kadang aku hanya mampu berdoa...
terimalah doaku ya Rabb..
ya Rohman...ya Rohim....
No comments:
Post a Comment