Tuesday, May 11, 2010

Dengarkan ya!

Orang Tabligh,
Ntah sape la yg bagi nama,
Sedangkan kita sumer kan sama,
Umat Nabi SAW semuanye,
Kerja dakwah kan tanggungjawab bersama,
Nabi dah xde, kalau kita tak buat, sape pula,
x kan la keje ustaz dan ulama saja,
Yg kita nih, xkan nak goyang kaki saje2?

(menurut laporan berita Astro & mufti Perak seratus ribu Melayu murtad di Malaysia)........tersebut dengn permohonan kepada Jabatan Pendaftaran Negara. Untuk rekod; sebanyak lebih daripada 250,000 kes yang sama menanti di JPN untuk menukar agama, kenyataan & kajian Muti Perak. Permohonan sejak tahun 2000 untuk buang perkatan Islam tetapi tidak dibenarkan oleh JPN disebabkan tidak ada kebenaran dari Mahkamah Syariah yang membenarkan.)

Orang Tabligh,
Lari!!Larii! Orang Tabligh dtg,
Yg tadi ramai,sekelip mata je dah ilang,
Yg td segar bugar dah tido terlentang,
Yg sakit kaki pun bleh terjun tingkap lari lintang pukang,
Heh..betul la kata orang,
Nak ajak manusia pada Allah bukannya keje senang.

Orang Tabligh,
Ajak keluar khuruj, bukannya nanti x pulang,
Yg baru dapat gaji pun kata xde duit,nak bayar hutang,
Yg tadi sihat pun tiba2 migrain plak datang,
Yg menganggur pun buat2 sibuk bukan kepalang,
Heh, dakwah ni takat cakap je mmg la senang,
Cuba buat, mmg nak kena sabar,nak kena tenang,
Lain la kalau ajak pada dunia, bondong2 org dtg.

Orang Tabligh,
Lorong ke lorong, hati ke hati, pintu ke pintu,
Jumpe sumer orang tak pilih bulu,
Dari ustaz sampai le kutu,
Sume nak ditemu,
Nak diajak pd Allah yg satu.

Orang Tabligh,
Jalan bawak periuk belanga,
Dipandang org takat sebelah mata,
Dituduh jahil,tinggal dunia perkara biasa,
Walaupun kekadang pedih gak telinga,
Nabi dulu2 pun kan selalu kena,
Dituduh dusta, dipanggil gila,
Itu Nabi, apatah lagi kita,
Yg banyak salah,yg banyak dosa,
Takpe2, Allah kan ada,
Yg Maha Mengetahui,yg mana intan, yg mana kaca.

Orang Tabligh,
Kekadang buat silap...adat la manusia,
Mmg tgh nak belajar2 tiru sahabat(r. anhum) yg dah terbukti berjaya,
Terpancung, terlaser..sori, bukannya sengaja,
Nak dapat hikmah dlm berdakwah mmg amik masa,
Kena keluar lagi dan lagi la nampaknya.

Orang Tabligh,
Ada kat mana2,
Kat US, Afrika, kat Israel pun ada,
Dari petani, engineer, sampai la Raja,
Pelbagai adat, perangai beza2,
Tapi bleh makan dlm dulang yg sama,
Bila keluar jemaah sumer dilayan serupa,
Bila nak berpisah..isk2. .kluar plak air mata.

Orang Tabligh,
Nak hidupkan sunnah Nabi,
Janggut, jubah,seluar atas buku lali,
Kalau nak diikutkan, mmg ader byk lagi,
Kekadang tu kena gak perli,
"Kita skang kan di zaman IT"
"Tak main la sunnah2 nih!"
Jgn la mcm tu bang, kita kan nanti mati,
Kang menyesal esok, sapa yg rugi?
Kan diri sendiri..

Orang Tabligh,
Manusia biasa, ada hati,
Sedih bila diperli,sakit bila dimaki,
Bila tinggalkan rumah, rindukan famili,
Kalau nak ikutkan hati, mmg nak dok rumah, bergurau dgn bini,
Or ajak anak main lari2,
Or layan PS2 sampai pagi,
Tapi untuk mengejar kebahagiaan abadi,
Kena korban lagi dan lagi,
Yela..hidup ni kan cuma sekali,
Kalau sekang tak buat jyunbi(persiapan) , bila lagi?

Orang Tabligh,
Malam2 doa hidayat,
Fikir risau,camne nak selamatkan umat,
Supaya di akhirat suk semua selamat,
Orang skang ingat hidayat bleh senang2 dapat,
Tak perlu susah2,tak perlu keringat,
N tak mau plak jumpe masyarakat,
Just bz buat ibadat,
Kalau camtu xde la kita ni "The Best Ummat".

Orang Tabligh,
"Apsal la ulama India yg jadik ikutan??"
Mmmm...kan Nabi dulu dah pesan,
Sape saja yg bawak kebenaran,
Tak kisah la orang Arab ke bukan,
Sume kena bagi sokongan,
Yg Allah pandang bukan luaran tapi kan Iman,
Bab mazhab jgn bimbang still sendiri punye pegangan,
So x jadik masalah la kan?

Orang Tabligh,
Ajak keluar 3 hari,
"I can't go..sorry!"
Yg dah kawin tak nak berenggang dgn isteri,
Yg si isteri mati2 tak nak suami dia pergi,
Berderai2 air mata keluar mcm air pili,
"Kalau abg nak gi jugak, antar saya blik kampung esok pagi!!"
Heh, org laki mmg lemah bab air mata nih,
Si suami pun letak balik beg,tak jadik pergi,
Yg td josh(bersemangat) tak ingat pon, jadik lemah seluruh sendi,
Kes2 camni mmg byk terjadi,
Bleh tgk dgn mata kepala sendiri,
Tp kalau bab dunia(cth:kursus naik pangkat),""no prob.,anytime kami
ready!"
Si isteri lambai pemergian suami dgn wajah berseri2,
Hey, of course la, nanti husband I dpt naik gaji,
Wife mana la yg tak happy,
Heh..ni la realiti,
Bab dunia, tak yah diajak pun semua pakat2 reti,
Bab akhirat, masing2 buat x kesah,x amik peduli,
Ya Allah selamatkan lah kami!

Orang Tabligh,
Bukan nak takhta, harta, ataupun kuasa,
Atau nak berlagak mcm dah tera,
Tak jugak nak kafirkan sape2,
Atau sibuk2 pergi mintak derma,
Cuma nak amalkan agama yg sempurna,
Dgn korbankan sendiri punya diri,duit dan masa,
Nak selamatkan manusia kesemuanya,
Dari kena masuk neraka,
Nak supaya Allah redha,masukkan kita dlm syurgaNya,
Itu saja...

Orang tabligh,
Seluruh dunia...naik kapalterbang. ..
pakai selipar jepun sahaje...
Ikhlas,..no sponsor....no subsidy.....
passport penuh cop many countries..
Ade yang kerja tukang kebun sahaja...
nak tanya nafkah batin?
Balik dari keluar, macam pengantin baru...
sama seperti balik dari fardhu haji........ ..
Sayangkan bini tingal-tinggalkan. ..
sayangkan anak...rotan digantungkan. .....sunnah nabi...
bukan untuk mendera...speed limit sahaja...
kenapa sibuk dakwah orang..keluarga, anak isteri belum betul lagi..
Nabi Nuh A.S. , anak isteri tak mau ikut...kalau Nabi Nuh ikut teori
tersebut, tak naik bahteralah jadiknye...
Abu Jahal bapa saudara Nabi Muhammad SAW tak mau ikut..
Kalau Nabi Muhammad SAW ikut teori tersebut...
tak buat dakwahlah Nabi....tak sampailah Islam ke M'sia ni...

Orang Tabligh,
Selekehkah, tak de ilmu,compang camping kah, berbaulah..
itu mungkin segelintir & cerita lama agaknya.
You can't blame the teachers. You have to blame the distortions and
ignorance of their followers.
Balighuanni walau ayah...Saidina Abu Bakar
received the first kalimat terus buat dakwah...if he waits tunggu complete
ilmu, he will not be top performers after Nabi Muhammad SAW.
Global politic & economy with no borders & chauvinism,
M'sian, New Yorkers & Palestinians
duduk makan satu talam in Nizamuddin.. ...

(tidak tahu siapa penulis-penulis asal, semoga beliau dirahmati Allah.)

Tuesday, May 4, 2010

Pejuang2 agama....nasihatkan utk saya!

Semuanya berlaku hanya dgn kuasa dan izin Allah Ta'ala. Begitulah kehidupan ini. Betapa hebatnya Allah Ta'ala. Pengalaman 'khuruj fisabilillah' mmg sejak di sekolah menengah. Ini sememangnya usaha bagi semua umat Islam, tidak kira mukmin, mukminat, semuanya mesti. Aku merasakan kekuatan utk menjaga amal ketika keluar di jalan Allah, ketika berada di masjid atau di surau di mana2 tempat. Namun, sekarang aku berasa kelemahan yg amat sangat. Maklumlah aku bukannya daripada keluarga yg melibatkan diri dalam usaha dakwah ini. Keluargaku belum ahli karkun (org yg buat usaha tabligh) lagi. Bacaan ta'lim (bacaan quran dan hadith) di rumah sangat tandus sekali. Hanya apabila aku wujud di rumah, aku sajalah yg membaca. Jika tidak, tiada org yg akan membacanya. Pada mulanya ummi dan beberapa org adik-beradikku duduk dalam halaqah ini. Ayahku juga pernah.

Namun sekarang seolah-olah keadaannya pudar atau hilang sama sekali. Bacaan Quran dan Hadith mesti diperdengarkan di setiap rumah org2 Islam agar di situ kembali sepertimana rumah para sahabat r.anhum dahulu. Selesai saja sabdaan baginda s.a.w di mana2 sahaja, maka para sahabat r.anhum akan terus sampaikan kpd keluarga mereka sebaik sahaja pulang ke rumah masing-masing.

Banyak yg aku tidak dapat lakukan. Hubungan dgn markaz langsung tiada. Mesyuarat pun tak pergi. Teruk, aku teruk!Ampunkanku Ya Allah.

Aku mesti berdamping selalu dgn mereka yg istiqomah. Nasihat yg diperlukan setiap hari.

Kebesaran Allah mesti setiap hari dipercakapkan dgn ahli keluarga dan sesama org Islam agar Allah memperbaiki keyakinan kita. Berdakwah mesti setiap hari. Namun, aku x buat. Dosa kan!..

Pergi ke masjid atau surau utk solat berjemaah sendiri2. Tak ajak org lain, jiran2 yg sebaya dgn kita atau saudara-mara kita. Itulah aku~..teruk! Apa yg akan aku jwb nanti di mahkamah yg langsung x sama dgn mahkamah di dunia ini. Mereka pasti akan mempersoalkan. Iman paling tandus sekalipun...adakah aku fikir risau atas mereka. Doakan utk mereka juga. Adakah aku buat? atau adakah kita buat??..tepuk dada tanya iman.

Ya Allah, ampunkan daku dan seluruh umat Islam...kerana belum lakukan dakwah sebetulnya

Apabila masuk universiti nanti, dugaan lg banyak. Aku perlukan amalan yg istiqomah. Secebis amalan walau bagaimanapun..itu aku mesti teruskan..

Tolong komen utk saya...nasihat utk saya...saya perlukan bimbingan...!..

Tuesday, April 27, 2010

assalamualaikum...
to the followers or whoever visits this blog, please open this blog. There's something that we must know. Its for our ummah's sharing....

Monday, April 26, 2010

alhamdulillah...
laporan jemaah..
ustazku berkata, semua 260 negara telah dimasuki jemaah. Dan aku tak sangka bahawa di Israel sendiri pun dah ada satu 'markaz'. Jemaah yg bergerak di sana aman. Tentera Israel sendiri tidak berani mengacukan senapang mahupun pistol atau menganggu jemaah dakwah yg sedang bergerak di sana. Namun, hanya rakyat beberapa buah negara yg dibenarkan masuk di sana. Contohnya, Singapura. Ustazku berkata, warganegara Singapura yg 'khuruj fisabilillah' di sana yg memberikan laporan. Mereka berkata 'markaz' itu terletak di Tel Aviv kalau tak silap.

Yakinlah dgn usaha ini. Allah bersama kita. 

muslimin dan mukminin...keluarlah jemaah..'khuruj fisabilillah'

amin~..
we are not as what we're thinking about. Sometimes we believe that is the best we had done. We believe that the result will come brightly as how the best we answered it before. Don't think its really contented you. Remember Him, our Creator. Its really happened to me. We believe that we are among the scorer who will return with the triumph and glorious result.

But, please believe it. Allah knows what is the best for us. Perhaps it will come truthly in the next stage. As a human being, we are so weak and could not be able to guess well. It's actually a test.

But, as what I had mentioned before, this is not the destination, it still the the long journey. I have to accept it. 

i seek from your forgiveness ya Allah....

Friday, April 23, 2010

assalamualaikum...
to readers..
I'm suggest you to open this blog and grab such many Islamic and Sunnah knowledges...insyaAllah..its may help us to improve ourselves...amin~
....

Wednesday, April 14, 2010

Fahamilah...

assalamualaikum...alhamdulillah, kembali menulis sikit-sikit.

Mesti yg mengenali diri ini bertanya kenapa aku 'join' jemaah Islam yg ini?

Sebenarnya aku juga tidak mengenali atau mengetahui apa-apa saja tentang perkara ini di sekolah rendah. Melangkah sahaja di alam sekolah menengah, alhamdulillah dgn taufiq dan hidayah Allah fikiran dan kefahamanku semakin bertambah. Melalui beberapa orang guru dan senior di sekolah ini, maka aku belajar. Belajar apa? Aku belajar utk mengenaliNya dgn cara mendengar cerita-cerita kebesaranNya yg sering diperkatakan oleh beberapa orang guru dan senior ini. Aku suka. Aku semakin rasa inilah yg aku cari selama ini. Aku perlukan keimanan dan keyakinan yg utuh dan sohih, tidak mahu sekali-kali syirik kepadaNya.

Suasana ini sebenarnya kebanyakannya di surau al-islah di sekolahku. Dgn dorongan dan kesungguhan guru-guru dan senior yg boleh digelar dai'e ini maka aku mula belajar cari pengalaman ' khuruj fi sabilillah ' ( keluar di jalan Allah ) Utk apa? Pada mulanya aku pun tak tahu, sehinggalah aku sendiri berada dalam suasana pengalaman. Aku dapat rasakan apa yg diajar dan yg diketengahkan dalam jemaah ini membuatkan keyakinanku dpt diperbaiki sedikit demi sedikit. Walaupun ada masyarakat Islam kita sendiri yg mencemuh jemaah ini, maka janganlah terburu-buru. Anda mesti berada dan merasai sendiri dalam suasana jemaah ini dahulu dan barulah anda akan faham. Macam buah durian. Kita tak dpt nak menilai rasa buahnya tanpa kita sendiri berusaha membukanya dan merasai sendiri kelazatan buahnya.

'khuruj' 3 hari, 40 hari, dan 4 bulan, itu bukan permasalahannya. Itu satu bentuk kaedah dan tertib serta latihan. Sebenarnya guruku berkata, berdakwah perlu setiap hari sebagaimana makan dan minum perlu kpd setiap hari kerana kitalah umat yg dipilih Allah. Namun, aku bukanlah sebaiknya. Terlalu banyak yg aku tak mampu. Sekadar walaupun secebis yg aku mampu, aku cuba istiqamahkan.

Apabila kita keluar di jalanNya, kita belajar utk tinggalkan sementara keluarga yg kita cintai, ini membuatkan kita sering teringat keluarga kita apabila khuruj dan membuatkan kita sering mendoakan mereka dgn sungguh-sungguh, hidayah utk mereka, supaya perlindungan dan keselamatan dari Allah buat mereka yg ditinggalkan. Daripada sini, kita belajar bertawakkal dan megharapkanNya semata-mata. Maka, kita akan dapat tarbiah utk mendapatkan 'halawatul iman'. Belajar berkorban demi Allah dan Rasul. Kita belajar tundukkan nafsu kita dgn pelbagai kelalaian dan kesibukan duniawi di rumah, tempat kerja, dan sebagainya. Kita belajar utk tinggalkan sementara rumah kita, televisyen kita, permainan 'game' kita, internet kita, keseronokan kita di rumah, dan lain-lain. Maka, pada waktu ini kita mula tempatkan suasana diri kita dalam suasana utk dekatkan diri kita kepadaNya dan tumpuan yg lebih dan lebih lagi kepadaNya daripada sebelumnya yg kadangkala amat tandus sekali taqarrub kita kepadaNya. Ini tidak bermakna kita tinggalkan segalanya. Tidak sama sekali. Jemaah ini tidak mengajar sama sekali utk tinggalkan keperluan dunia.

Kita belajar sunnah baginda s.a.w. Kita berjalan dari rumah ke rumah cuba menghidupkan kembali sepertimana yg terdahulu. Alhamdulillah, daripada ini, maka kita dapat belajar sifat sabar apabila dimarahi dan dicemuh oleh org lain. Kita juga belajar utk menyayangi org Islam yg lain dgn mengajak mereka utk ' khuruj fisabillah ' dan memperbaiki diri sama-sama. Kita juga belajar utk mendoakan diri kita dan org Islam yg lain dan seluruh umat utk hidayah. Kita belajar bermacam-macam sunnah yg boleh kata 99% aku tak tahu. Sunnah ini menyebabkan kita seolah-olah 'tawadduk'. Namun, ia perlukan istiqamah dan ikhlas. Aku masih lalai lagi.

Kita belajar utk melakukan adab sebelum tidur dan belajar utk qiam malam. Sewaktu aku 'khuruj fi sabilillah' kadangkala apabila terbangun malam, aku terlihat ustazku qiam malam dan dia selalu menangis teresak-esak dalam doanya. Dia megajar kami yg 'khuruj' supaya belajar berdoa menangis-nangis sampai keluar air mata utk mancapai rahmatNya. Sedikit demi sedikit, kita belajar dan mesti sungguh-sungguh.

Aku merasakan inilah jemaah Islam yg sebenarnya kerana jemaah ini menyatupadukan umat Islam seluruh dunia tidak kira bangsa dan warna kulit. Kita satu ummat. Ustazku berkata, di mana-mana sahaja negara seluruh dunia, di situlah jemaah ini ada. Boleh kata semua negara mempunyai 'markaz'. Aku memilih jemaah ini kerana ia tidak berpihak kpd mana-mana pihak dan tidak memecahkan umat Islam sendiri yg kadangkala bertelagah sesama sendiri utk menegakkan pendirian dan perjuangan masing-masing macam dalam Malaysia sendiri. Maaf kalau ada yg tersinggung. Ingatlah, kita satu umat Islam. Dan aku tidak bermaksud utk menafikan jemaah Islam yg lain.


Sekadar perkongsian.

Tuesday, March 9, 2010

Hukum Facebook
May 26th, 2009
Goto comments Leave a comment

Assalamu ‘alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Semoga ustadz beserta keluarganya senantiasa dirahmati Alloh SWT berkat ilmu yang disampaikan kepada pembaca warna islam khususnya dan umumnya kepada umat islam .

Pada Jumat, 22 Mei 2009 , Saya membaca berita NU Online bahwa

Ulama Jatim Akan Fatwakan tentang Facebook,

Yang mau saya tanyakan ke ustadz adalah bagaimana sih sebenarnya hukum face book itu sendiri menurut syariah islam ?

Mohon Penjelasannya

Terima kasih atas jawaban ustadz

Wassalamu ‘alaikum warahmatullahi wabarakatuh
udien

Jawaban

Assalamu ‘alaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Facebook memang sebuah fenomena tersendiri di zaman sekarang ini. Konon dari 235 juta penduduk Indonesia, 813 orang di antaranya menggunakan Facebook. Ini bukan saya yang bilang, tetapi data ini diungkapkan oleh Palo Alto California, pihak pengelola situs jejaring sosial tersebut.

Melejitnya jumlah pengguna Facebook di Indonesia ini ternyata menarik perhatian para ulama dan kiyai di negeri ini. Setidaknya sekitar 700 ulama se-Jawa Timur sempat berkumpul untuk membahas hukum penggunaan facebook.

Rupanya para tokoh Islam sedikit khawatir bahwa meluasnya jejaring sosial tersebut juga dapat berdampak negatif. Misalnya mereka takut kalau digunakan untuk transaksi negatif seperti seks terselubung.

Padahal sebenarnya facebook nyaris punya kemiripan dengan berbagai media elektronik lain, seperti televisi, radio, telepon serta internet. Semua itu pada dasarnya bebas nilai, kecuali setelah diisi dengan berbagai konten. Kalau kontennya bermuatan positif, tentu hukumnya halal. Sebaliknya, kalau kontennya bermuatan negatif, tentu saja hukumnya menjadi menjadi haram atau setidaknya menjadi makruh.

Ada beberapa ulama yang mengharamkan televisi, lantaran beranggapan bahwa televisi punya pengaruh yang negatif. Dan rasanya alasan mereka tidak terlalu salah, kalau kita melihat madharat yang ditimbulkan oleh konten yang dimuat oleh stasiun TV. Bahkan kalangan pemerhati dan pendidik pun sepakat bahwa TV punya banyak madharat.

Tetapi kedudukan pesawat TV sebagai sebuah sarana teknologi, tentu tidak ada yang mengharamkannya. Karena sebagai alat, TV adalah benda yang bebas nilai.

Demikian juga dengan fenomena facebook, banyak pihak yang merasa keberadaannya menghawatirkan, karena adanya penyalahgunaan. Diantaranya untuk sarana bermesum-ria, atau juga untuk bergosip, berhasad, berjunjing, atau menyebarkan berita bohong. Dan beberapa kasus, memang hal itu terjadi.

Walau pun rasanya bukan pada tempatnya untuk mengatakan bahwa semua pengguna facebook pasti melakukan kemaksiatan dan kemungkaran seperti disebutkan. Banyak manfaat yang bisa disebutkan untuk tekonolgi facebook, bahkan bisa digunakan juga untuk berdakwah.

Tidak ada salahnya kalau saya kutipkan beberapa pendapat yang sempat berkembang tentang masalah facebook ini.

Forum Musyawarah Pondok Pesantren Putri (FMP3)

Salah satu hasil fatwa tentang facebook telah dikeluarkan oleh Forum Musyawarah Pondok Pesantren Putri (FMP3) se-Jatim di Pondok Pesantren Putri Hidayatul Mubtadien Lirboyo, Kecamatan Mojoroto, Kota Kediri.

Pertemuan yang dilaksanakan sejak Rabu mengharamkan komunikasi dua orang berlainan jenis yang bukan muhrim baik melalui Facebook. Dan sebenarnya medianya bukan terbatas pada facebook saja, tetapi termasuk di dalamnya Friendster maupun SMS. Dengan syarat bila semua dilakukan secara berlebihan.

“Larangan ini kami keluarkan sesuai aturan agama,” kata seorang anggota perumus Komisi C FMP3, Masruhan. Namun jika komunikasi tersebut terkait keinginan untuk menikah, menurut Masruhan, tetap diperbolehkan.

Kiyai Nabil Lirboyo?

Kiyai Nabil Haroen sebagai juru bicara Pondok Pesantren Lirboyo Jawa Timur sempat berkomentar begini, “Para tokoh muslim atau imam di Indonesia berpandangan sebaiknya ada fatwa atau batasan mengenai jejaring sosial maya, di mana dalam pandangan mereka pergaulan terbuka mampu mengundang birahi atau hasrat yang di dalam ajaran Islam diharamkan,”.

Namun demikian, beliau tidak mengharamkan facebook secara gebyah uyah. Pesantren Lirboyo, menurut Nabil, masih memperbolehkan santrinya menggunakan Facebook asal tidak mengarah ke hal-hal yang berbau porno atau mengundang birahi.

Nabil meminta bantuan Majelis Ulama Indonesia (MUI) agar untuk menyosialisasikan hukum haram berhubungan dengan lawan jenis via HP, 3G, Facebook, Friendster.

Sayangnya, berita ini kemudian dibantah oleh pemimpin Pondok Lirboyo, Kiai Idris. Beliau tegas membantah kenal dengan orang yang mengatasnamakan juru bicara Ponpes Lirboyo, Nabil Haroen. “Tidak ada itu, saya bahkan tidak kenal dengan Nabil,” .

Kiai Idris mengaku memang ada pertemuan ulama se-Jatim dengan agenda membahas persoalan umat kontemporer. Namun pertemuan itu sama sekali tidak menyinggung tentang hukum Facebook. “Tadi malam pertemuannya selesai, tapi tidak ada bahas itu,” ungkapnya. Tentu kabar ini menjadi simpang siur, betulkah ada fatwa sedemikian dari pondok Lirboyo.

Majelis Ulama Indonesia (MUI)

Bagaimana dengan Majelis Ulama Indonesia? Sepanjang yang saya ketahui, MUI belum berniat membahas Facebook. Anggota MUI Amidhan bahkan menyatakan belum mendengar rencana ulama seJatim tersebut. Kalaupun ulama di Jatim membahasnya, menurut Amidhan, itu semacam keprihatinan.

Secara pribadi, Amidhan menilai situs pertemanan itu tidak melulu berdampak negatif. “Kalau digunakan murni untuk kebaikan, saya kira tidak ada masalah. Tapi kalau menimbulkan hal-hal tidak baik, ya harus ditindak,” tuturnya.

Contoh Positif dan Negatif

Dalam pandangan saya, facebook itu sebuah penemuan besar yang bisa menuai manfaat, sekaligus juga punya potensi dimanfaatkan secara negatif.

Namun saya sendiri malah tidak tertarik untuk membuat facebook, meski tiap hari menerima undangan di email untuk menjadi anggota facebook. Saya lebih tertarik untuk membuat situs pribadi, www.ustsarwat.com. Di situs itu saya merasa lebih bebas untuk mengaturnya, tanpa dikomentari orang dengan berbagai macam kata.

Contoh positif dan negatifnya begini, kemarin ada seorang lulusan santriwati yang bercerita kepada saya, bahwa dirinya bisa bersilaturahim dengan teman sesama lulusan santriwati yang jumlahnya ratusan bahkan ribuan. Dirinya senang sekali karena bisa tahu kabar mereka, bahkan bisa saling kontak.

Tapi di sela kegembiraannya, ada juga kesedihannya. Dia bercerita bahwa dari sekian banyak temannya sesama lulusan pesantren dulu, ternyata ada belasan orang yang di facebooknya berpose tidak pakai jilbab. Bahkan berfoto dengan pacarnya, malah ada yang pacarnya bule segala.

Padahal, lanjutnya, mereka itu dulunya adalah santri yang sangat taat dalam agama. Sama sekali tidak menyangka kalau ternyata sekarang mereka berani tampil di facebook dengan membuka aurat.

Kemudian, dia mengatakan bahwa dialog yang termuat di facebook itu kadang memang agak negatif. Sering menyerempet masalah yang tabu buat kalangan santri. Minimal kurang pantas untuk dimuat, karena berbau seks atau hal-hal negati lain.

Maka kesimpulan saya dalam masalah facebook ini, selama bisa dimanfaatkan secara positif, jauh dari hal-hal yang berbau seksual dan negatif, atau fitnah serta menjelek-jelekknya orang lain atau pihak lain, maka silahkan saja ber-facebook ria.

Wallahu a’lam bishshawab, wassalamu ‘alaikum warahmatullahi wabarakatuh,
www.ustsarwat.com
 
copy lagi..

Ragu-ragu lagi tentang hukum Facebook?

>> 6.3.10



latest text share at 6.30 p.m




Ustaz Zaharuddin telah pun menjelaskan hukum berkenaan Facebook di web beliau, di surat khabar mahupun di majalah solusi. Saya berpendapat solusi yang dibuat oleh beliau sangat tepat sekali, malah saya juga ada membaca blog saiful islam berkenaan isu ini, pendapat mereka sama.

Dalam menentukan keputusan dan hukum penyertaan facebook, menurutnya ada beberapa isu yang perlu diperhatikan seperti:

Bolehkah menggunakan produk ciptaan yahudi?

Umat islam dibenarkan untuk membeli, menjual, mengguna pakai porduk ciptaan bukan islam termasuk yahudi selagi perkara itu dalam ruang lingkup yang halal.

Nabi Muhammad s.a.w sendiri seperti yang diriwayatkan dalam hadis yang sahih telah berurusan dan membuat transaksi jual beli dan cagaran(al-rahn) dengan seorang Yahudi, Aisyah r.a berkata:” sesungguhnya Nabi s.a.w membeli makanan daripada seorang yahudi dengan pembayaran secara bertangguh dan mencagarkan baju besi baginda s.a.w (riwayat al-bukhari no 2326,2/841)

Apa pula maksud mereka dengan ayat “menyumbang kepada bangsa yahudi atau keganasan yahudi?

Jual beli Muslim dengan seorang Yahudi hingga memberikan keuntungan kewangan kepada si penjual yahudi juga adalah sebahagian bentuk sumbangan kewangan kepada yahudi namun tidak bermasalah sama sekali di sisi islam, malah Rasulullah s.a.w dan para sahabat ramai yang berjual beli dengan Yahudi di Madinah. Tak semua jenis sumbangan kewangan kepada yahudi boleh dikategorikan sebagai dosa dan haram seperti jual beli di atas.

Kita masih tidak punya bukti yang jelas adakah sumbangan itu akan menyumbang kepada keganasan Yahudi Zionis. Dakwaan itu tidak boleh dipercayai semudah itu tanpa sebarang bukti yang jelas dan hanya bersandarkan kepada latar belakang peribadi si pengganas.

Dana untuk yahudi?

Sesuatu transaksi jual beli yang memberi keuntungan pada organisasi yahudi yang mana hasil pendapatannya digunakan untuk proses penjajahan haram, keganasan dan serangan ke atas umat islam, jadi barulah hukum harus berubah menjadi haram

Ustaz Zaharuddin telah membuat kajian dan mencari bukti-bukti itu sebelum memberi pandangan berkenaan status hukum berkenaan facebook dan beliau gagal mendapati sebarang bukti untuk menyokong andaian-andaian pihak yang membuat andaian. Selagi tidak mampu dihadirkan bukti bertulis selagi itulah hukumnya harus untuk berjual beli dengan penjual atau syarikat milik Yahudi. Jika jual beli dibenarkan apatah lagi sekadar membuka akau facebook.

Untuk maklumat yang lebih lanjut bukalah blog ustaz Zaharuddin di http://www.zaharuddin.net/ atau baca malajah solusi keluaran terbaru.



Tip-tip Pengguna Facebook

Walaupun harus, ustaz Zaharuddin ada juga menasihatkan agar menggunakan facebook mengambil langkah dengan sikap berhati-hati:

  1. Gunakan Facebook untuk manfaat Islam melebihi kepentingan peribadi.
  2. Tidak memasukkan perincian peribadi yang sensitive seperti akaun bank taraf kesihatan dan etc.
  3. Tidak berkongsi terlalu banyak gambar peribadi(khususnya bagi wanita) tanpa kawalan ia bakal membawa mudarat berbanding manfaat. Perlu ingat ia akan kekal di facebook orang yang dikongsi dan juga syarikat facebook.
  4. Jaga aurat dan pandangan mata. Jangan muat turun gambar yang tidak lengkap menutupi aurat.
  5. Elakkan ghibah(mengumpat) dalam facebook.
  6. Hadkan dan kurangkan perbincangan soal remeh-temeh peribadi yang membuang masa diri sendiri dan orang lain. Tak perlu setiap perincian aktiviti yang dibuat dalam harian atau perasaan di hebahkan di dalam facebook.
  7. Tidak terlibat dengan permainan-permainan dan aplikasi yang dijangka bercanggah dengan islam seperti kuiz ramalan nasib. Samada atas dasar suka-suka atau sebaliknya.
  8. Tidak mempercayai aplikasi tilik moden seperti rahsia tarikh lahir dan sepertinya samada atas dasar suka-suka atau sebaliknya.
  9. Menyedari maklumat kita di facebook boleh menjadi database pihak asing untuk memantau kehidupan dan informasi kita jika tidak terkawal.

Copy from other blog