Friday, December 31, 2010

Alhamdulillah, dgn izin Allah Jumaat nie cuti asbab Malaysia menang 'soccer'. Hmm. Aku pn minat jge tonton bola nie, x sangke. Itulah pengaruh tv, antara fitnah terbesar akhir zaman. Aku mohon Allah agar ampunkan. Dah sebulan x balik kg, minggu nie balik kejap, jenguk2 family.

Study kt U nie mmg banyak dugaan. Banyak ujian yg Dia berikan. Semester 2 nie lg mencabar sebenarnya. Contohnya, utk English, ade drama. Kiteorg kne buat drama by small group dan masalah besar yg aku hadapi....apa dia????terpaksa berhadapan dgn perempuan. Susah betul ~ acting pun dgn perempuan. Maklumlah, masa tutorial BI pun kne duduk dlm group kecil yg dlmnya mesti ada perempuan, kononnya Mdm kate supaye dpt adapt mingle around utk akan dtg. Susah utk terangkan kpd yg kurg faham. Akhirnya, kat U nie ak terpaksa biasekan diri dan menjadi kewajipan ke atasku supaye selalu beristighfar kpdNya.  Tapi ada syariat dariNya.

Banyak lg fitnah sebenarnya. Asyik2 dipandang. Terutamanya muslimah. Aku belajar utk tundukkan pandangan, akan tetapi aku kerap kali gagal. Panahan syaitan tetap berjaya. Rasa serba salah dan kadang2 rasa diri seolah-olah lebih sempurna dan berupa paras baik dari orang lain. Tu yg aku takut dan bimbang. Takut aku berasa sedikit tinggi dan takabbur drpd org lain. Yep, sbg lelaki, aku pun ada keinginan utk lihat wanita yg cantik dan sempurna, tapi itu bukan tujuan dan maksud hidupku. Friends said I'm cute, handsome and so on, but I try not to show it off. Yes, kalau tgk kt cermin pandang mmg cantik, tapi ingatlah Allah Yang Maha Cantik dan Dia Yg Menciptakan kita dgn pelbagai rupa. Tapi ingat, ini bukan hakikat, hakikatnya bila dah mati, masuk kubur, bermulalah hakikat kita. Kalau saya 'cute' camne pun org kate, tapi kalau iman dan amal saye rosak, sudah tentu yg dianggap cantik di dunia akan ranap sama sekali. 

Biarlah jika ditakdirkan kita x cantik di mata manusia, akan tetapi kita cantik pada penelitian Allah kerana penelitian Dia merungkai segala kebuntuan apabila kembali kpdNya. Malah, Dia sendiri Maha Berkuasa mencantikkan kita di akhirat dan syurgaNya. Contohnya seorang sahabat r.a, Bilal ibni Rabah, bangsa Habsyi yg berkulit hitam tetapi menjadi teruna yg sangat cantik di syurga kerana dia berjaya menambat penelitian dan kasih sayang dari Allah. Malah, Allah Ta'ala sendiri menjadikan kulitnya yg gelap umpama tahi lalat manis di sebelah bibir bidadari2 nya. Malah Bilal ra ini juga menjadi sangat cantik, putih melepak org kate dan digila2i sang bidadari2.

Jadi, jom kite usaha lagi atas Iman dan amal sehingga Allah berikan kita ilmu dan kefahaman Islam yg benar mengikut cara Nabi Muhammad saw.