Wednesday, January 18, 2012

Alhamdulillah,...

Semalam baru habis exam sem 1, tunggu je la result insyaAllah.

Hari ni nak balik Melake, insyaAllah.

Nasihat untuk saya dan kalian semua....

Takutilah akan Allah Ta'ala. Please,....
Apabila kita takut akan Allah, setiap perbuatan kita dan amal kita tidak kira secara bersendirian mahupun di majmak masyarakat, akan mengikut perintahNya. Hari ini saya dan sebahagian daripada antum mungkin kurang sedar. Kadang-kadang dan mungkin selalu kita menzalimi diri sendiri. Contoh yang mungkin kita tak sedar, apabila kita tidak menggunakan masa sebaik-baiknya. Ye lah, kalau yang lelaki macam aku atau saya ni, mudah sangat x gunakan masa sebaiknya. Selalu sangat dgn video games kat komputer or kalau yang ada  iphone, dgn iphone dia, yang ada ipad, dgn ipad dia. Ada sesiapa yang setuju dgn ana atau aku ni x bahawa teknologi saban hari bisa sangat-sangat membuatkan kita jauh dan lalai daripada mengingatiNya setiap masa dan keadaan?

Jadi, cuti kali ini azam nak gunakan masa sebaik-baik, azam nak keluar beberapa hari, kalau x pun, kena libatkan diri dgn amal masjid, insyaAllah. Kat rumah pula, kenalah tolong ummi ngn ayah uruskan rumah, tolong hantar n amik adik-adik yang comel ke dan dari sekolah, insyaAllah. Azam nie, insyaAllah.

Jagalah pandangan mata, hati, pendengaran telinga, dan semuanya insyaAllah...

Ampunkan kami yang banyak lalai dan berdosa ini ya Allah....~

Saturday, January 7, 2012

Exam corner...insyaAllah...Allahumma yassir wala tua'ssir