Monday, June 29, 2015

Assalamualaikum sahabat-sahabat blogger sekalian...saya ada buat part time meniaga sikit...inshaaAllah

JIKA ANDA...
1. TIDAK puas hati dengan Mobile SIM anda
2. INGIN cuba SIM BARU
3. Mempunyai Slot SIM Kedua yang kosong dlm HP anda
4. INGIN melanjutkan tempoh sah SIM anda
5. INGIN kadar panggilan yang lebih murah
6. INGIN tempoh data internet yang panjang dan lebih laju
7. INGIN kurangkan pembelanjaan Handphone dan beban anda
8. INGIN memulakan bisnes mini telco ( Long Term return)
boleh kekalkan nombor lama, boleh dapatkan sim kad xox daripada saya, subpengedar...call/sms 019-6017640 @ whatsapp 014-9754714


Friday, August 23, 2013

Assalamualaikum semua....dah lame x update blog. Semakin hari semakin disibukkan duniawi. Namun bisa jadi ibadat jika niat kerana Allah, untuk kerja2 agama, dan utk berkhidmat pada diri dan juga makhluk lain. Lagi dua sem lagi utk sampai ke tahun klinikal, doakan saya lulus dgn cemerlang utk 2nd professional exam....uhibbukum fillah...:)

Monday, February 18, 2013

Allah Ta'ala Maha Berkuasa... makhluk  langsung tidak boleh berbua apa-apa tanpa izinNYA.

Dia juga Yg menghidupkan dan Yg mematikan. Dia Yg menjadikan kita daripada tiada kepada ada di atas muka bumi ini.

Hidup di dunia mmg sementara, akhirat kekal abadi.

Sedih...

Baru dpt khabar seorang kawan lama telah kembali kpd Allah Ta'ala. Kami berkawan baik di sekolah rendah dahulu. Arwah seorang perempuan yg baik....kami berkawan di sekolah rendah dulu. Masa tu...masih belum kenal sngt erti ikhtilat. Moga Allah ampun~

Aku seorang ketua pengawas di sekolah rendah dulu dan arwah penolong ketua. Banyak kenangan di sekolah dulu semasa mnjalankan amanah sedaya mungkin sebagai org yg dipertanggungjawabkan.

Masuk pertandingan bahas bahasa melayu sama2.....arwah pendebat pertama....aku pendebat kedua...firdaus pendebat ketiga. Kami baik, alhamdulillah.

Maknya seorang ustazah sekolah agama rakyat, begitu juga dgn ummiku. Mereka pun berkawan rapat. Alhamdulillah...kami mmg pelajar yg agak cerdik di sekolah rendah dulu...UPSR..arwah 5A..aku 4A je....SSRA...rasenye kami berdue je dpt 4A, Allah bagi sbg ujian. Kelakar mase tu....boleh kan aku ad perasaan suka kat arwah..tapi x penah ckp pun.

Mak arwah ajar bahasa Arab....begitu juga ummiku...tapi mereka di sekolah yang berlainan. Rasenye kami je antara yg pandai bahasa arab di sekolah tp arwah lg rajin.

Apabila masuk sekolah menengah agama, arwah di SMKA utk perempuan yg baik di Melaka manakala aku di SMKA utk lelaki, pun di Melaka.

Dan lps tu....Allah bg aku faham sikit demi sedikit adab pergaulan dgn asbab ustaz dan guru2 yg baik dan aku pun belajar supaya menjaga ikhtilat di luar walaupun di sekolah dan asrama tiada pelajar perempuan.

Dan kami langsung x berhubung lps tu sbb aku mahu lebih brhati-hati dlm bab ikhtilat ni. Cuma lepas hampir 5 thn lps tu...waktu nak SPM...maka aku  msj utk doakan kejayaan masing2.

Asbab arwah meninggal....turun flight n pengsan n 4 hours later....Allah took her.

I heard from my prof by the last year about that condition which is probably caused by the problem of veins in the lower limb during prolonged sit during flight without any movement. And this can lead to death after coma due to insufficient blood supply to head. I'm still confusing about that and I have to ask from his explanation  again.

This is just a studying from medical course BUT the true believe and faith to Allah and His Qoda' and Qodar is absolutely pertinent for us as a muslim and mu'min.

Moga Allah tempatkan arwah di tempat org2 yg soleh dan solehah. Allah lebih sayang dia. Amin~

Wednesday, August 1, 2012

Semoga Allah menerima taubat saya dan kita semua. Semoga Allah mengampunkan dosa-dosa kita dan menjauhkan kita daripada azab nerakaNya dengan RahmatNya.

Wednesday, April 18, 2012

Gempa?

assalamualaikum...

Alhamdulillah, dapatlah kiranya 'update' blog ni seadanya dgn izinNya.

Beberapa hari yg lepas, aku mengikuti kuliyah di masjid bersama ayah dan atuk. Ustaz tersebut menyambung kuliyahnya drpd bacaan sebuah hadith yg panjang yang dibaca sebelum ini. Alhamdulillah, diberi kesempatan sempena cuti 'midterm' dgn izinNya.

Potongan hadith yg kiranya lebih kurg aku faham adalah sebegini..~ Hadith tersebut diceritakan oleh Nabi tercinta kita, Baginda Muhammad saw melalui mimpinya, yakni wahyu drpd Allah Ta'ala.

Pada hari akhirat nanti, akan dipanggil seorang hamba Allah utk diterima buku catitan amalnya. Orang itu berasa gerun dan takut utk menghadap Allah Ta'ala, Tuhan sekalian makhluk. Malangnya, dia menerima buku tersebut melalui tangan kirinya, yakni menandakan amalannya di dunia adalah buruk dan dia akan diazab. Namun demikian, sejurus saja selepas itu, asbab rasa takutnya kpd Allah semasa hidup di dunia, maka Allah Ta'ala dgn sifat RahimNya mengizinkannya menerima buku tersebut melalui tgn kanannya, maka dia selamat.

Pengajaran yang dibawa oleh ustaz tersebut adalah kita sebagai manusia dan hamba Allah hendaklah sentiasa mengamalkan perasaan takut dan gerun dgn kehebatan dan kebesaran Allah Ta'ala di samping beramal taat kpd perintahNya. Ustaz tu berkata, hari ini kebanyakan org Islam membuat silap dlm perasaan takut kpd Allah Ta'ala. Kebanyakan kita takut kpd Allah ketika waktu azab ataupun ketika azab dtg. Contoh yg paling dgn situasi sekarang adalah tentang gempa bumi di Indonesia hari tu. Sebahagian besar kita hanya benar2 mengingati dan takut kpd Allah selepas kejadian itu. Sedangkan menurut ilmu ustaz yg alim itu, perasaan takut kpd Allah oleh hamba2Nya yg soleh sebenarnya tidak mengira waktu dan situasi, sama ada susah atau senang, perasaan takut mereka kpd Allah sentiasa ada. Itulah rasa takut kpd Robb yg sebenar.

Tambahan lagi menurut ustaz itu, kebanyakan org Islam telah jatuh syirik kpd Allah. Contoh yang paling hampir sekarang adalah gempa bumi di Acheh pd hari2 yg lalu dgn kadar 8.6 dan 8.9 skala ritcher dan menurut 'saintis' yg guna akal semata-mata, tsunami tidak berlaku. Maka berlaku beberapa kali lagi gempa bumi di tempat yg sama tapi dgn hanya 'magnitude' yg rendah. Maka, orang2 Islam yang lemah Iman dan Yakinnya kpd Allah Ta'ala bisa syirik kpd Allah kerana contohnya kata mereka, "kalau gempa dgn magnitude besar x ditimpa tsunami, inikan pula gempa yg berukuran magnitude kecil". Maka mungkin segelintirnya akan mengambil enteng dan kembali membuat maksiat. Maka sebenarnya mereka telah berbuat syirik kpd Allah Ta'ala. Kita wajib yakin bahawa gempa, tsunami, mahupun apa2 keadaan sekalipun adalah makhluk Allah seperti kita, manusia dan Allah Maha Kuasa atas tiap2 mahklukNya. Tidak kira sama ada gempa bermagnitude kecil mahupun besar, Allah Maha Kuasa utk bg tsunami ataupun tidak. Itu terpulang kpd kehendakNya dgn asbab amalan2 manusia di muka bumi.


Sama2 lah kita usahakan Iman dan Yakin kita kpd Allah Ta'ala dan sunnah NabiNya. Amin~

Wednesday, March 28, 2012

Assalamualaikum...menjenguk sebentar.....Allahumma yassir wala tu'assir...:)

Wednesday, March 7, 2012

assalamualaikum...rasa mcm dah lama x update....

by the way, thanks for coming to my blog...

I hope this blog will be filled with beneficial information soon...insyaAllah

I hope no more sharing about myself here, but much for our ummah...amin~

Friday, February 3, 2012

Siapaka dia???

assalamualaikum...

Tak tahu nak ceritakan atau x, aku tulis jugalah.

Di marhalah aku ni hidup beberapa amalan masjid, antara yang istiqomah, ta'lim, fikir harian, gash, dan keluar 3 hari setiap bulan. 2 jam setengah terlalu mujahad. 

Macam biasa, ta'lim, pengajaran ilmu, ataupun bacaan hadith-hadith dan firman-firmanNya tentang kelebihan amal dibacakan utk semua jemaah setiap kali lepas solat Subuh berjemaah di masjid. Sekarang ni, waktu Subuh agak lewat, kira-kira jam 6 am. 

Pagi semalam aku diputus utk baca ta'lim, macam biasalah, aku taat je. Biasanya utk org awam, kami bacakan lebih kurang 5-10 minit, kadang2 lebih, utk ke arah setengah jam. Biasanya ahli jemaah masjid semuanya duduk kecuali mereka yg kadang-kadang perlu segera ke tempat kerja. Pak Imam pun biasanya akan menunggu utk sesiapa sahaja dalam jemaah utk bacakan ta'lim selepas solat Subuh, dia akan stay kat tempat dy.

Selepas baca ta'lim di hadapan jemaah semua, kami akan sambung di satu sudut belakang bahagian dewan solat utk sesiapa yang ada kelapangan utk dengar lagi utk ke arah setengah jam, biasanya karkun la. Pak Imam tu pula akan buat amal infradi baca surah Yasin di bahagian hadapan, setiap pagi, istiqomahnya dia, rasanya x pernah miss, insyaAllah. 

Tapi pagi semalam, seorang karkun tempatan minta aku utk teruskan bacaan ta'lim di belakang seorang diri kerana dia ada urusan hantar anak-anak ke sekolah memandangkan sekarang ni Subuh agak lewat. Aku pun teruskan bacaan, tapi lebih baca kumat-kamit mulut sendiri dan dalam hati. 

Dah baca dua hadith sendiri-sendiri, aku terlelap sekejap sebab mengantuk sangat, biasalah, lepas Subuh. Aku terjaga sekejap dan baca hadith yang seterusnya. Biasalah, Pak Imam memang kat depan sekali saf pertama masih tgh baca Yasin. Kemudian, terlelap lagi, hmm....kelakar. 

Tapi selepas itu, memang aku terjaga segar terus sebab aku ternampak seorang yang berjubah putih dgn jubahnya atas buku lali berjalan laju keluar drpd bahagian sebelah aku di dewan solat, aku lihat Imam masih tengah baca Yasin. Tengok jam, pukul 7.02 am. Aku rasa nak tahu siapa orang tu, jadi aku letak kitab ta'lim cepat-cepat dan menuju keluar nak lihat orang tu ada lagi ke x. Yang peliknya, tak ada sesiapapun di luar yg sedang berjalan atau menyarung selipar atau yg sedang berjalan pulang ke rumah. Bunyi motor pun xda. Aku dah pelik. Xde sesiapa yang lalu lalang masa tu. Aku nak tahu siapakah dia? sebab aku x dpt lihat muka dia. Masa terjaga tu aku sempat lihat bahagian bawah jubah yang laju bergerak keluar. Aku nak tahu mungkin dia karkun atau siapa-siapa yang ingin dgr ta'lim masa tu, rasa bersalah juga sebab mungkin dia tengok aku terlelap sekejap, jadi dia pun pergi. 

Aku pasti, sebelum tu hanya aku dan Imam dalam dewan solat dgn lampu yang menerangi. Aku pasti tiada jemaah lain sebab lampu di bahagian luar semuanya ditutup gelap selepas selesai Solat Subuh sebab pak cik-pak cik yang biasa stay utk baca quran pun pulang awal. Mungkin mereka ada urusan keperluan yg perlu diselesaikan segera. 

Jadi, aku pun balik ke rumah yang hanya 50 meter dari masjid. Macam-macam yang terfikir siapakah dia? Entahlah, hanya Allah yang Maha Mengetahui. Mungkin mengantuk sangat rasanya....waAllahu a'lam.

Wednesday, January 18, 2012

Alhamdulillah,...

Semalam baru habis exam sem 1, tunggu je la result insyaAllah.

Hari ni nak balik Melake, insyaAllah.

Nasihat untuk saya dan kalian semua....

Takutilah akan Allah Ta'ala. Please,....
Apabila kita takut akan Allah, setiap perbuatan kita dan amal kita tidak kira secara bersendirian mahupun di majmak masyarakat, akan mengikut perintahNya. Hari ini saya dan sebahagian daripada antum mungkin kurang sedar. Kadang-kadang dan mungkin selalu kita menzalimi diri sendiri. Contoh yang mungkin kita tak sedar, apabila kita tidak menggunakan masa sebaik-baiknya. Ye lah, kalau yang lelaki macam aku atau saya ni, mudah sangat x gunakan masa sebaiknya. Selalu sangat dgn video games kat komputer or kalau yang ada  iphone, dgn iphone dia, yang ada ipad, dgn ipad dia. Ada sesiapa yang setuju dgn ana atau aku ni x bahawa teknologi saban hari bisa sangat-sangat membuatkan kita jauh dan lalai daripada mengingatiNya setiap masa dan keadaan?

Jadi, cuti kali ini azam nak gunakan masa sebaik-baik, azam nak keluar beberapa hari, kalau x pun, kena libatkan diri dgn amal masjid, insyaAllah. Kat rumah pula, kenalah tolong ummi ngn ayah uruskan rumah, tolong hantar n amik adik-adik yang comel ke dan dari sekolah, insyaAllah. Azam nie, insyaAllah.

Jagalah pandangan mata, hati, pendengaran telinga, dan semuanya insyaAllah...

Ampunkan kami yang banyak lalai dan berdosa ini ya Allah....~

Saturday, January 7, 2012

Exam corner...insyaAllah...Allahumma yassir wala tua'ssir

Saturday, October 15, 2011

Assalamualaikum...'

We all know that we we'll leave this temporary world by one day, but we still strive as thought we will live forever.

In Koran, Allah has fixed our death but not our bachelor, degree, master, or PhD. But why we're still work hardly for the only purpose to get that trivial things? hah. Lets think about that.

Allah has never say in Koran that He will guarantee our marrying, having children, getting rich, or etc but He has guarantee our death. We will never know that scared moment. May Allah accept us.

So, don't work for the only purpose of properties, status, and whatever so, but make it as one of your paths to grab His Blessings and please make sure your struggles in performing da'wah, solah are better than what your are searching for in this world.

Hereafter is the fundamental purpose but the world is just its obstacle to go through.

Sunday, September 25, 2011

assalamualaikum....

dah lame betul x update nie...
alhamdulillah, ade kesempatan sikit nie bolehla...biiznillah. Kehidupan kat KL ni mmg agak mencabar berbanding  di N9 dan Melake. Tapi xpelah, ini semua dugaan drpd Allah. Kondominium yg terlalu selesa pun sebenarnya ujian utk diri ini. Apatah lagi dgn subjek2 yang mencabar minda dan imunisasi, pelik~....anatomy, physiology, biochem serta ditambah lagi dgn hafazan Quran, bahasa Arab, English, tamadun Islam, ICT, behavourial science,  dan ad 1 lg. xingat name dy. wah, masyaAllah....banyak nye...

Baru tadi rakan2 seusaha dari USIM kampus Nilai dtg ziarah aku tadi. Siap ikram minum dan bagi buah tangan lagi tu. Teruja dan terkesan sekali. Hmm...Jazakumullahu khoiran kathiran. Mereka drpd Sri Petaling, mlm markaz. Aku x hadir, asbabnye...bnyaklah...ampun aku ya Allah.

Buat seniorku yang belajar akaun kemudian terus berhenti sebelum habis graduate demi kerana utk belajar a'lim, aku ucapkan bittaufiq wannajah di Mesir sana. Semoga Allah merahmatimu. Keputusanmu sebenarnye drpd Allah, kefahamanmu melebihi yg lain, Dia bagi. Tahniah~ Ampunkan aku ya Allah yang belajar akademik ini, tp bukanlah semata2 akademik. Ampunkan daku, walaupun ku tahu kehidupan di kampus dan kolej yg benar2 mencabar. Masa, pengurusan, prof, doktor2, pensyarah2, pelajar2 lelaki dan perempuan, tu sume benar2 ujian yang terus menusuk jiwa dan fizikal. Semua dari Allah. Dari Allah, bukan drpd asbab2 nie, bukan dr itu dan ini.

Doakan aku dapat buat usaha di sini sebaiknya. Study is the first, but da'wah is exactly the first. Once u miss da'wah, u miss to concern with studying.

Tuesday, September 6, 2011

InsyaAllah, Rabu ini aku akan memulakan pendaftaran. Jadi di sini aku sertakan mohon ampun dan maaf zahir batin bukan semata-mata sempena hari raya saja.

So, aku ingin meminta khidmat siapa-siapa saja rakan blogger yang ada kenalan orang tanggungjawab di masjid2 mahupun surau2 berdekatan Pandan Indah, KL....boleh bagi no contact mereka...jazakaAllah..

boleh contact ana/aku/saye pada email tertera di profile k...

jazakumullahu khoiron kathiron.............

Tuesday, August 23, 2011

suka-suka

Alhamdulillah...

Khuruj yang lepas hanyalah 3 hari. Tapi jemaah halaqah kami sambung hingga 10 hari sampai malam raya, insyaAllah. InsyaAllah, aku akan cuba utk 'attach' lagi. Walaupun di kala ini, ada keperluan sikit utk persiapan masuk kampus.

Terkejut...~

Bukan apa, cuma aku telah ditukarkan tawaran daripada kos 'dental' kepada 'medik'. Aku baru terima surat itu pada minggu lepas melalui pos laju. Melalui mesyuarat Senat USIM yang lepas, mereka bersetuju utk mengambil  aku utk belajar dalam perubatan. Walhal, aku tak buat rayuan pun sebab aku dah bersyukur sangat2 bila dapat pergigian. Kalau kos pergigian, 5 tahun je, ini medik 6 tahun. Hmm, lame tu. Beritahu ummi n ayah, dyorang pun terkejut. Kos pergigian tu mereka dah batalkan, jadi aku tak boleh buat ape2. Allahu Akbar..

Bila aku beritahu ummi yang kos tu lame tu, hehe. Ummi tanye, "nape? nak kawin awal ke?". Senang je aku jawab, "a'ah ummi", jawabku selambe dan berbaur gurauan, tapi memang serius taw. Aku tahu, pertanyaan ummi tu pun gurauan. Aku memang tahu perangai dia, dia suka sangat bergurau, macam aku juga, hehe. Ummi tanye, "dah ade ke?", kalau dah ade, xpelah juga". Aku jawab, "xdelah, ummi...."

Tapi aku nie muda lagi. umur 19 kira dah besar la tu, kalau 21 or 22 or 23 ok x kalau aku kawin? Tapi ketika itu aku masih belajar la. Dulu ada satu ketika sebelum berbuka, ummi bukak soal kawin pulak. Tanye abang, dia x kesah ummi carikan atau dia cari sendiri. Pastu tiba2 ummi tanye aku, "hamdi mesti nak yang pakai purdah kan?"..haha...aku terdiam malu, tanda setuju la tu kot. Ummi aku tu memang suka gurau dan dia memang prihatin kalau bab nak pilih menantu ni walaupun belum ada adik-beradik aku yg bernikah. Lebih-lebih lagi anak-anaknya nie ramai hero-hero, 5 hero, 2 heroin. Dia x nak menantunya lebih-lebih yang perempuan kurang menyenangkan sebab ini dah berlaku pada kakak ipar dan adik ipar dia.

Ummi aku dulu pun bernikah semase berumur 19 tahun, ketika tu ayah aku 27 tahun. Mereka x pernah bercinta pun sebelum tu, satu kampung pula tu. Percintaan mereka adalah selepas kahwin, bahagia kan? Jadi, kalau hari raye, x jadi masalah pun.

Tapi aku malu juga sebab raye yang lepas, pergi rumah salah seorang sedare ummi ni. Pastu mak cik tu tanye kat ummi, "anak kau ye?dah kawin hey?" Ummi cakap, "eh, xdelah, belum lagi"..dia nampak aku macam dah kawin, yelah kite ni kan sedang amalkan sunnah ye mak cik..berjanggut tu penting...aduh, segan sangat sebab mase tu kak long, abang, adik2 sume dgr, dyorang tergelak. Yelah, xpe2....

Ok la, diri ini masih belum berpunya tapi terlalu muda pada kiraan manusia. Silakan bagi siapa2 yang mahu menerima...haha....serius berbaur gurauan. Kalau sesiapa yang boleh terima saye dan ketika itu aku masih belajar, silakan, tapi harap2 khuruj 40 hari beberape kali tu boleh jadi mas kawin kot, hehe. 4 bulan khuruj, insyaAllah doakan.

Ada orang kate, "ko nak kawin awal? ko nak bagi anak bini ko makan ape kalau kau belum bekerja?" Ceh, kalau iman aku kuat, aku akan jawab, "Allah yang bagi makan, pak cik"...Asbab solat, masalah selesai. Betulkan???

Aku akan sambung belajar di USIM dlm medik, tapi kampus aku di Pandan Indah, KL. Senang-senang cari jodoh kat sane je ye...insyaAllah.

Monday, August 15, 2011

Assalamualaikum...

Pagi tadi mesyuarat bulanan negeri Melaka. Ada beberapa jemaah dari dalam mahupun luar negara telah berkumpul sejak semalam untuk memberi laporan kerja.


Laporan/Karkuzari

Jemaah Yaman menyatakan bahawa akan ada banyak lagi jemaah dari negara-negara arab akan dihantar ke Malaysia. Kerana apa?
Kerana Maulana Saad rah. memberitahu bahawa mereka perlu keluar/khuruj di negara kita untuk belajar sifat daripada orang Malaysia kerana menurut Maulana, orang-orang Malaysia berhati lembut. Oleh itu orang-orang Arab yang kita sedar akan kekerasannya diminta untuk khuruj di negara kita supaya dapat belajar sifat daripada orang malaysia....

Saturday, August 13, 2011

Nak menangis pun ada, sebak pun ada. Walaupun aku x berapa rapat dengan arwah, tapi aku terasa sayu mendengar berita kematiannya. Arwah baik, berakhlak mulia. Aku dapat rasakan walaupun hanya beberapa tika dan waktu aku bersamanya.

Ya Allah...~

Hati ini terasa sangat sedih dan risau akan kematian diri. Dia (arwah) muda, sebaya denganku, 19 tahun. Inilah yaqin yang mesti ada dalam setiap diri orang yang beriman. Dah bersediakah aku???jika tika inilah Raja Segala Raja mengembalikan daku padaNya. Banyak kali aku terfikir, bagaimana jika kita mati tika itu...tika ini???

Dah rasa baguskah diri kita pada sisiNya? Iman dah sempurnakah dalam diri nak balik bertemu Allah Yang Maha Pengasih? Amalan dah cukupkah sebagai asbab pelindung di kubur yang gelap? Ahh...sebak ...sebak sangat pabila memikirkannya. DAh cukup yakinkah kita bahawa amalan kita diterimaNya? Solat??? kadang-kadang lambat pula tu. Dah dengar azan boleh kata "jap lagi la...sikit lagi, sikit lagi....aduh~ bodohnya diri pabila mengikut nafsu. Ya Allah....ampunkan aku ya Allah....ampunkan aku...banyak dosa dalam diri ini.~Kawan-kawan, saya sebak.....kawan-kawan, dah berapa lame kita x menitiskan air mata utk mengenangkan dosa dan kerna takut kepadaNya. Kawan-kawan, maafkanlah diri ini. Kawan-kawan, halalkanlah segalanya, yang sengaja mahupun tidak, diketahui ataupun tidak...~diri terlalu alpa~ ahhhhhhhhhhhhhh...............

Ayah, ummi, kak long, abang, adik-adik....maafkan aku, tolong maafkan aku kerana ajal itu tidak mengenal usia dan tika. .....

Thursday, August 11, 2011

الله اختم لنا بحسن الخاتمة

Baru tadi sebelum isyak aku menerima panggilan daripada seorang sahabatku, Hasbullah. Innalillah, itulah yang sempat aku ucapkan kerana khabaran seorang kawanku yang baru sahaja kembali ke rahmatullah Subuh tadi dalam perjalanan untuk Solah Subuh berjemaah di masjid asbab dilanggar sebuah van. Arwah Mohamad Afez. Kalau kalian ingin lihat post arwah yang kedua terakhir dalam facebooknya, ini 'linknya' http://www.facebook.com/profile.php?id=1479111384&sk=wall . Memang seakan-akan dia tahu yang dia akan pergi. Moga Allah meluaskan kuburmu seluas mata memandang dengan rahmatNya. ...Amin~ Berkat Ramadhan ini, moga Allah merahmatimu dan meredhoimu.

Itulah hakikat kematian. Tiada seorang manusia pun yang bisa tahu tarikh, hari, umur, saat, ketika, mahupun keadaan yang dia akan kembali kepada Allah.

Semoga Allah menjadikan kita sentiasa dalam usaha mendapatkan redhoNya dan semoga Dia mematikan kita dalam keadaan Dia ampunkan kita dan merahmati kita. Amin~

Laporan:

Ada satu jemaah dari Yaman keluar di Melaka. Sekarang di halaqah Umbai. Beberapa hari selepas ini di halaqah kami, Banda Hilir. Dalam jemaah itu ada dua orang anak-beranak warga USA yang baru memeluk Islam sama-sama keluar di jalan Allah.

Sunday, August 7, 2011

Assalamualaikum....

Sudah beberapa hari tak menulis. Bukan apa, cuma asbab pengurusan masa yang kurang tersusun.

Ujian / dugaan

Ramadhan kali ini aku diuji lagi. Bukanlah kita tak diuji setiap hari sebagai manusia, namun bagi aku ujian ini jarang dan belum pernah rasanya berlaku sebelum ini. Ramadhan yang lepas, aku hadapi 'road accident', tapi tiada apa-apa kecederaan pada diri ini, kereta pun xda. Yang kena, kereta akak tu.

Kali ini, handphone dikebas orang ketika khuruj 3 hari. Cara ianya begitu tangkas dan halus sekali, berlaku dalam surau tu. Baru aku tahu hari tu, rupa-rupanya di kawasa tu memang ada beberapa orang anak muda yang suka merayau dan buat perkara macam ini. Allah dah buat keputusan, kita kena sabar dan redho.

Bukan apa, cuma dalam handphone dan simcard tu ada banyak no. kawan-kawan, sedare-mare dan ramai lagi. Aku pula tak simpan number-number tu kat tempat lain macam dalam komputer ke, buku ke. Hmm...silap aku juga. Untuk itu kawan-kawan, jangan simpan number phone dalam handphone je~....ingat!

Allah Maha Kuasa, makhluk sikit pun X berkuasa.

Thursday, July 28, 2011

Kerisauan seorang isteri

Terdapat seorang wanita Islam di India yang solehah. Pada suatu hari, dia sedang berfikir. Dia berfikir dengan risau sekali kerana suaminya sering mencukur jambang dan janggut. Sebagai isteri yang ada fikir agama dalam kehidupan, maka dia ingin mencari jalan bagaimana si suami tadi tidak lagi mencukur janggut dan memeliharanya panjang.

Suatu hari si isteri berusaha mengambil maklumat tentang kedai gunting rambut yang selalu dikunjungi oleh suaminya. Akhirnya dia dapat tahu seorang tukang gunting di situ. Si isteri tadi tidak menghubungi si tukang gunting untuk menyelesaikan masalah itu tetapi berusaha menghubungi isteri si tukang gunting. Dia menyatakan masalah suaminya itu dan berusaha untuk menyelesaikannya.

Akhirnya si isteri berjumpa dengan isteri si gunting rambut. Dia merancang sesuatu. Dia meminta si isteri tukang gunting agar memberitahu suaminya (tukang gunting) supaya dinyatakan kepada si suami wanita tadi bahawa wanita itu ingin mencukur rambutnya oleh isteri si tukang gunting. Si suami kepada wanita tadi segera berjumpa dengan isterinya dan melarangnya berbuat demikian. Kata si suami, " kenapa kamu ingin cukur rambut sedangkan kamu itu wanita dan mencukur rambut bagi perempuan adalah buruk dan hodoh". Si isteri menjawab, " abang lagi teruk sebab abang cukur janggut dan jambang sedangkan ianya adalah haram dan bukannya hensem pun kalau abang buat macam tu. Lagipun, memelihara dan memanjangkan janggut adalah sunnah dan perintah Nabi Muhammad saw kepada ummat bagi orang lelaki".

Suaminya terdiam dan mengaku akan kesalahan dan kelemahannya. Selepas daripada itu, si suami tadi tidak lagi mecukur janggut dan jambangnya malah memeliharanya panjang. Lega si isteri tadi. Berkat fikir dan risaunya, maka suaminya berubah kepada yang baik.

Kisah ini adalah kisah benar. Ia diambil daripada laporan oleh jemaah masturat dari Madras yang keluar di Melaka baru-baru ini.

Pengajaran....


  • Para isteri Islam kena ada kefahaman agama dalam diri.
  • Hubungan ataupun ikhtilat antara lelaki dan perempuan harus dipelihara mengikut syariat. Berdasarkan kisah di atas, si isteri berusaha mencari wanita yang mempunyai hubungan dengan si tukang gunting bagi menyelesaikan masalah itu. Begitu waraknya dia. Bagaimana pula dengan wanita Islam di negara kita pada hari ini??? InsyaAllah ada.
  • Lelaki sebenarnya kacak kalau ada janggut, pengakuan si isteri..... hehe...
  • Sedarlah wahai muslimin sekalian, membiarkan apa yang tumbuh di bawah dagu dan bawah cuping telinga, itulah mengikut kata-kata Imam Nawawi rah.

Tuesday, July 26, 2011

Report....

Assalamualaikum.

Hari ini aku ingin sertakan laporan (karkuzari) daripada satu jemaah masthurat Melaka yang baru tangguh keluar 2 bulan di USA. Alhamdulillah.

Jemaah ini adalah jemaah kedua yang khuruj ke USA dari Melaka sejak 17 tahun dulu.

Laporan:

Di USA, ada 55 buah markaz dakwah dan tabligh. Kalau nak tahu, di negara kita Malaysia hanya ada 29 buah markaz ini. Di bandar New York sahaja ada lebih daripada 300 buah masjid dan jemaah yang datang solah berjemaah 5 waktu sehari semalam di masjid-masjid ini melebihi ahli-ahli jemaah di Malaysia. MasyaAllah.

Laporan daripada jemaah masturat Madras, India:

Ahlia salah seorang ahli jemaah atau seorang masturat di India (saya lupa) bertanya kepada ahlia Maulana Saad bahawa sudah berapa lama beliau (Maulana Saad) tidak pulang ke rumah? Maka jawabnya, "hampir 4 bulan", walaupun rumahnya hanyalah bersebelahan masjid Nizamuddin kerana sibuknya beliau dengan urusan ilmu dan da'wah.

Laporan-laporan ini aku ambil daripada mesyuarat halaqah yang lepas-lepas. Moga Allah terima kita dan seluruh ummat.