Monday, May 17, 2010

Alhamdulillah...segala puji bagi Allah..
Baru pulang 2 hari khuruj fisabilillah...x dpt full time...selalu sahaja macam tu. Masyaqqah yg x dpt dielakkan, tapi kadang-kadang itu hanyalah perkara kecil tapi sibuk2 nk diperbesarkan.

Macam-macam nak cerita mase 'khuruj' di sini. Rasa seronok masa keluar semakin bertambah. Best! Ada seorang kawan ni x dpt ikut. Biasalah macam-macam masalah yg x dpt dielakkan. Ada seorang lg telefon pd pagi Sabtu. Dia tinggal di Taman Maju, Jasin. Katanya ada seorang pak cik ajak dia keluar 3 hari. Dia tanya pendapat aku. Dia belum pernah keluar walaupun sebelum ini dia sudah banyak kali bg azam ketika di sekolah dulu apabila ada bayan. Aku hanya berkata kalau x mampu, mulakan 1 hari dulu. Alhamdulillah.

Di surau Bukit Bakar, Kandang, kawan yg seorang ni hntr mesej ..."hamdi cantik, mmg cantik hamdi"...macam tu la...Aku balas.."ape dy ..?..Dia balas..."sedap ar hamdi keluar ni..". Lepas itu aku balas dgn gembira dan minta supaya dy contact balik lps Zohor sebab sdg dgr ta'lim masa tu. Bleh main mesej lg masa ta'lim...huh...kne istighfar banyak2.

Lepas makan tengahari, dia telefon. Pada mulanya emak dia tidak mengizinkan. Dgn izin Allah, maknya telefon pak cik yg tasykil(ajak) dia tu. Akhirnya mak dia izinkan, begitu juga dgn ayahnya. Ayahnya knl dgn pak cik itu sebab dia selalu buat gash(ziarah) di situ. Dia keluar 1 hari sahaja tetapi sebenarnya itupun sudah suatu pengorbanan yg besar.

Dgn izin Allah. Jemaah ini ada terdiri drpd anak-beranak, seorang anak, ayah, dan bapa saudara. Mereka daripada Masjid Banda Hilir. Seronok betul lihat dlm kalangan keluarga sendiri keluar di jalan Allah sama2. Best!. Abg tu mmg macam pelajar alim tp dgr2 macam belajar di KUIS. Best btol dgr penerangan dia tentang 6 sifat sahabat. Dia menerangkan dgn panjang lebar maksud 'suroh' dan 'hakikat' dgn dalil sekali. Hanya sempat menerangkan maksud sifat pertama sahabat ' yakin dgn kalimah Toyyibah '. Maklumlah masa sangat cepat berlalu. Best! tgk dia pakai serban, rasa macam nak amalkan semula macam masa keluar dulu.

Macam-macam yg kita tahu dan alami masa 'khuruj' ni. Amir Saf (ketua jemaah) pula rupa-rupanya nanti akan menjadi pensyarah di universiti yg aku akan pergi nanti. Semuanya Allah tentukan...Allah Maha Kuasa, mahluk langsung tak berkuasa.

Semoga Allah pilih lagi dan lagi sampai dunia tiada lagi...~

No comments:

Post a Comment