Wednesday, February 24, 2010

utk semua org..

salam...
ramai sekarang sibuk nak memperkatakan tentang keputusan spm 2009 yg bakal keluar. Kalau nak ikutkan, memang tak nak difikir-fikrkan sangat.

Allah Subhanahullah Ta'ala Maha Adil. Dia tidak menjanjikan kejayaan manusia dalam pemerintahan, pangkat, harta, pelajaran, dan segala yg ada di dunia ini. Dia meletakkan kejayaan seluruh manusia hanya dalam agamaNya. Hanya apabila manusia itu benar-benar beriman, taat seluruh perintahNya, menjauhi segala laranganNya dengan mengikut cara yg ditunjukkan oleh baginda Nabi Muhammad s.a.w.

Aku teringat kata-kata ustazku di sekolah dahulu...
lebih kurang begini..

" kalau jaminan kejayaan manusia itu dalam pemerintahan, maka Firaun dan Namrud ialah yg paling berjaya. Tapi, mereka sama sekali orang yg gagal. Gagal kerana kufur kpd Allah Ta'ala dan ini dirakamkan dalam Quran. Firaun ditenggelamkan dan Namrud mati hina dgn asbab seekor nyamuk kecil yg dihantar oleh Allah Ta'ala.

" kalau jaminan kejayaan manusia itu dalam harta yg banyak, maka Qorun ialah manusia yg paling berjaya. Namun, sama sekali dia gagal. Gagal kerana kufur kpd Allah Ta'ala. Pada mulanya sebelum dia dikurniakan oleh Allah dgn harta yg banyak, dia ialah seorang kaum Nabi Musa yg beriman. Dengan perantaraan doa Nabi Musa yg dipinta daripadanya kpd Allah Ta'ala, maka dia beroleh harta yg banyak. Namun, dia kufur apabila Allah Ta'ala memerintahkan agar sebahagian hartanya diinfakkan. Dia sama sekali kufur! Sehinggakan Allah Ta'ala menghinakan dia dgn mati tenggelam ke dalam bumi bersama-sama dgn hartanya. Ada orang kata sehinggakan apabila kita terjumpa harta di dalam bumi atau tanah, kita panggil 'harta karun'. Macam tu sekali.

Aku juga masih ingat ustazku pernah berkata-kata di surau di sekolah dulu...
begini lebih kurang bunyinya....

" Kaum Nabi Musa a.s ramai yg Allah Ta'ala jadikan hebat dan pakar dalam ilmu sihir. Namun, Allah Ta'ala Maha Hebat menghantar baginda nabi Musa a.s sebagai utusan utk menyampaikan kebenaran kpd kaumnya dgn mukjizat umpama sihir yg lebih hebat. Iaitu, tongkatnya menjadi ular besar dgn izin dan perintah Allah.

"  Kaum Nabi Isa a.s pula ramai yg dikurniakan Allah Ta'ala dgn ilmu perubatan yg hebat-hebat. Namun, Allah Ta'ala dgn kekuasaanNya ingin menunjukkan kpd kaumnya yg ingkar dgn utusan Nabi Isa a.s yg dikurniakan mukjizat lebih hebat dalam ilmu perubatan sehinggakan mampu menghidupkan orang yg sudah mati dgn izinNya.

Dan ustazku juga berkata....
Umat akhir zaman sekarang berlumba-lumba nak tunjukkan kehebatan dalam akademik dan pencapaian pelajaran masing-masing. Tengoklah, apabila yg dapat 'straight A', dibanggakan, keluar muka dalam surat khabar. Ibu bapa pula sibuk nak tanya, " anak kamu dapat berapa? Tengok! Anak yg belajar di 'oversea' apabila ditanya orang, mesti ada rasa bangga sikit-sikit. Perkara-perkara macam ini pun sebenarnya boleh merosakkan hati. Inilah antara penyakit hati. Bahaya!

Ada yg apabila gagal atau kurang cemerlang, ada yg putus asa. Ada yg sanggup bunuh diri. Masya-Allah. Tiada janji kejayaan dalam akademik.

KEJAYAAN SEBENAR....
beriman kpd Allah, taat segala perintahNya, jauhi segala laranganNya hanya dgn cara yg ditunjukkan
 oleh baginda Muhammad s.a.w.
Dalam Quran....
Allah Ta'ala menyatakan manusia yg memasuki syurga nanti, merekalah orang yg berjaya. Inilah sebenar-benar kejayaan sebab kebahagiaan di sana adalah selama-lamanya dan tiada penghujungnya bukan seperti dunia ini....jauh sekali!
Dalam Quran disebut orang-orang yg memasuki syurga nanti dgn ucapan " fauzan a'zima" yakni "itulah kejayaan yg sebenar dan paling besar"

Tiada langsung jaminan kejayaan dalam dunia ini hatta 'performance' kita dalam pengajian. Allah Ta'ala sudahpun menyatakan dalam Quran bahawa dunia ini olok-olok, permainan....tipu daya semata-mata.

Ustazku berkata...
umat Islam akhir zaman ini dikurniakan oleh Allah Ta'ala dgn tugas dan kerja dakwah, inilah kemuliaan kita. Ilmu dakwah. Kemuliaan dalam berdakwah, bukan dalam pelajaran. Sama sekali!

Inilah sedikit sebanyak yg ingin saya kongsikan bersama. Utk peringatan buat diri ini..

No comments:

Post a Comment