Friday, May 14, 2010

Mesti kena Istiqomah...

Allah Maha Kuasa, makhluk sedikitpun tak berkuasa....

Ketika Form 4 dan Form 5 dulu, aku memang ingin ke 'markaz' pd setiap malam Ahad jika balik ke kampung pd mana2 mggu dari asrama. Ustazku dan ramai juga berkata, kita perlu ke sana utk mendengar nasihat dan penerangan daripada mukmin yg telah banyak berkorban dalam usaha agama ini. Ini penting supaya kita sentiasa ada fikir risau akan kesempurnaan agama yg ada pd diri kita, keluarga, dan seluruh umat.

Namun, sangat sedih. Boleh kata aku langsung tiada ke sana sepanjang 2 tahun yg lepas hingga sekarang. Kecuali pd ketika aku hendak 'khuruj', barulah aku berpeluang ke sana dgn dibawa oleh org lain. Aku tak pernah pergi sendiri atau bersama ahli keluarga. Setiap kali apabila aku balik ke rumah pg hujung minggu ketika waktu balik ke kampung, aku tak berpeluang. Setiap kali Sabtu malam Ahad, ayah akan membawaku ke pengajian Ustaz Abd Rahman di surau Bukit Ketapang, Pernu. Dan bermula pd tahun lepas, ayah membawaku ke pengajian Ustaz Ismal al-Hafiz di masjid Pernu. Beliau pula merupakan saudara pd kedua-dua belah ummi dan ayahku.

Ayah dan atukku merupakan orang yg suka menuntut ilmu di banyak tempat pengajian di masjid atau surau di kampung-kampung terdekat. Maklumlah pula kerana atukku juga tinggal berdekatan, iaitu di Kampung Pernu sahaja. Dia sering kali menasihati ayahku dan cucunya utk mengikuti banyak majlis pengajian ilmu. Dia boleh dianggap 'warak' juga kerana penampilan dia yg akan memakai serban ke mana2 sahaja.

Aku pernah memberitahu ustaz bahawa aku sering dibawa ke majlis-majlis ilmu oleh ayahku pd waktu yg sama dgn malam 'markaz'. Ustaz menasihati aku supaya cuba mengajak ayah ke markaz bersama-sama. Namun, aku tak berani. Tak tahu nak cakap macam mana. Aku tak mahu ayahku kecil hati. Aku menurut kata-kata dia.

Namun, ayahku juga memahami kerana aku ada juga beberapa kali ikut 'khuruj' 1 atau 2 hari bersama dgn orang kampungku, Abg Zubir aku panggil. Ayahku tidak berapa kisah, namun kadang-kadang agak susah juga utk memahamkannya. Ayahku hanya faham aku ikut tabligh. Allah Yg Memberikan Kefahaman. Ingin aku katakan utk mengislahkan diri atau utk memperbaiki diri, namun aku malu dan tidak terkata-kata. Apabila aku ingin keluar di jalanNya, aku akan beritahu..."ayah, hamdi nak ikut abg Zubir kat surau sekian dan sekian....". Baru pagi tadi pula aku beritahu ummi..."Ummi, esok nak nk keluar 3 hari atau 2 hari ke kat Taman Bukit Ketapang atau Bukit Tembakau". Ummi balas..." nanti hamdi ada jalan pergi rumah ke rumah orang camtu ke..?"..Aku terkelu, tak tahu nak ckp macam mana...aku jwb prlahan... "tak..ntah.." urm...ummiku belum faham lagi.


Habis sahaja SPM yg lepas, aku keluar 40 hari. Malam tu juga aku harus ke markaz. Masa tu, sume ahli keluargaku ada. Ummi, ayah, dan beberapa orang adik-beradikku baru pulang dari rumah mak saudara di Bangi, Selangor kerana majlis pertunangan sepupuku. Aku tidak hadir kerana ingin membuat persiapan 'khuruj'. Aku agak berat pd malam itu. Ditambah pula Ummi cakap pd masa tu..."kalau boleh ummi nak ini yg trakhir Hamdi keluar 40 hari, lepas nie tak ada lagi...". Aku baru 2 kali keluar 40 hari. Aku sangat tekelu dan diam pd ketika itu. Abangku pula berkata, "kalau 3 hari xpe jgk...nie 40 hari...lame tu.." Aku hanya diam membisu. Ayah tiada komen dan dia menghulurkanku RM 50 sbg belanja dan begitu juga Ummiku menghulurkan lebih kurg RM20. Aku tak minta pun. Allah Maha Kuasa, makhluk tak berkuasa.

Aku harap agar Allah pilih aku, keluargaku, dan seluruh umat utk usaha dakwah ini sampai kita dimatikan dalam keadaan dalam usaha agama ini. Biar mati dalam Iman, itulah paling berharga.

Membaca tanda-tanda org yg dh trkeluar dalam usaha agama ini daripada kata2 seorang maulana, maka ada antara tanda2 itu pada diriku. Aku takut jika Allah x pilih aku lg.

Pilihlah aku dan seluruh umat....Ya Rabb...sehingga dunia tiada lagi..

2 comments:

  1. Aslm,
    InsyaAllah jor kaw selatan di merlimau tak lama lagi bolehlah suruh karkun setempat dgn awak ajak ayah pegi nanti...baru nak suggest nama Zubir rupanya mmg awak kenal...Ustaz Azmi Padang Temu tu sepupu pakcik, kenal? Nanti kalu ada jmh masturat btau zubir bawa ahliah dia ajak ummi awak nusrah...doalah semoga the ice will break insyaAllah hidayat akan mencurah2...doa siang malam untuk mereka dan seluruh ummat...

    ReplyDelete
  2. wslm..
    Ustz Azmi, kenal..baru keluar ngn jemaah dy smlm..brgabung..morhalah sye x ckup org...
    urm...malu nk ckp...ummi sye xtaw pape psal jemaah masturat nie...
    masa jor tu sye xde...bru masuk U...hrp2 ayh sye p...sbb abg Zubir target 100 org dr morhalah sye utk dibawa ke jor...amin~

    ReplyDelete