Saturday, June 25, 2011

بسم الله الحمن الرحيم

Aku baru saja tangguh 40 hari. Tapi kali ni hajat kami utk khuruj di India x kesampaian, Allah x pilih kami. Kami dihantar ke Beufort, Sabah usaha selama 40 hari. Kami dihantar kat kawasan pedalaman, di kawasan Tenom dan Keningau. Macam-macam pengalaman, Allah sahaja Yg Maha Mengetahui.

Sebelum keluar, aku ada jumpa sorang brother nie, senyum lebar pandang aku, aku agak pelik sebab dy tengok aku nie mcm kawan dy yg dah lame kenal. Jumpa dy kat Masjid Sri Petaling. Sampai sekali tu Allah pilih aku utk makan sedulang (setalam) dgn dy ngn kawan2 dy. Mase tu dy pun cerita pengalaman cmne dpt usaha nie. Dy dalam usaha nak khuruj 4 bulan masa tu ngn kawan dy.

Nak jadikan cerite, sorang kawan dy tu keluar ngn kami pasal dy ada hal keluarga sikit. Rupanya yg nak 4 bulan tu ialah empunya blog 'egghead', kawan dy cite kat aku. Rupanya yg senyum lebar kat aku tu ialah saudara 'egghead'. Aku x tahu pun, sehinggalah bile aku keluar ngn kawan dy tu. Si egghead tu ckp ngn kawan dy yg dy nie mcm penah tengok aku, aku trtanye-tanye pasal x penah kenal dy pun sebelum nie. Rupanya dy kenal aku melalui blog nie. Sebab aku ad letak gmbar, kelakar, sepatutnya x yah letak gambar pun xpe.

Ada karkuzari (laporan) sikit yg aku nak kongsi.

1. Seorang senior aku nie mmg antara penterjemah jemaah arab yg dtg ke Negeri Sembilan. Dy pernah nusrah (gotong-royong dlm usaha dakwah) salah satu jemaah dari Palestin yg dtg buat usaha di sini. Dalam jemaah tu ada seorang syeikh. Syeikh tu beri laporan lebih kurang bunyinya....

" Paderi-paderi di Israel memaklumkan bahawa mereka ada semua senarai jemaah2 dan gerakan2 Islam di seluruh dunia. Tak kira la Hizbullah ke, ikhwanul Muslimin ke, yg kat Malaysia nie pun ad, Pas, Arqam, Abim, dan semuanya di seluruh dunia. Tapi dia kata bahawa semua jemaah Islam mengharapkan mahkluk seperti pemerintahan, ekonomi, tentera dan sebagainya dgn kononnya utk bangunkan khilafah Islam  KECUALI ada satu jemaah nie. Mereka kata inilah jemaahnya, jemaah dakwah dan tabligh. Mereka pada mulanya x tahu ape sebenarnya tujuan sebenar gerakan ini. Mereka x nampak pun yg jemaah ini nakkan harta ke, kuasa pemerintahan ke....dan akhirnya setelah diselidiki oleh mereka, mereka buat kesimpulan bahawa orang2 Islam dalam usaha agama ini inginkan redha Allah, inginkan orang2 Islam kembali taat perintah2 Allah dan jauhi larangan2Nya mengikut cara dan sunnah Nabi kita Muhammad saw, menghidupkan amalan masjid, sanggup belajar2 berkorban tinggalkan keluarga kerana ingin tegakkan kalimah Allah di muka bumi, pujuk rayu org2 Islam supaya kembali kepada tugas asal kita sebagai (kahoirul ummah) yakni dakwah cara nabi kita, dan bersatu atas nama ummat Islam seluruh dunia, ummat Nabi Muhammad saw, tidak kira bangsa, bahasa, mahupun warna kulit. Sebab itulah mereka (orang2 yahudi, kafir) x ada rasa gentar sedikitpun terhadap gerakan2 Islam kecuali yg satu nie. Sebab mereka kata, jemaah ni buat dakwah mirip-mirip cara dan sunnah anbiya' dahulu dan cara dakwah nabi Muhammad saw. Mereka pun baca kitab asal 'bible' mereka (injil) tentang org2 seperti ini yg penampilannya  banyak mengikut sunnah dan gerakan mereka di seluruh dunia menggentarkan mereka dgn berdakwah dari rumah ke rumah, pintu ke pintu dgn menggerakkan kaki, jaga adab dan penuh dgn sunnah. Dgn janggutnya, serbannya, jubahnya, isbalnya, suginya di poket, semua ini menggentarkan hati2 mereka. Mereka (ketua2 paderi) telah berpesan kpd org2 mereka supaya jgn sekali membuat kacau mahupun menghina ahli2 jemaah nie sebab mereka kata bantuan Allah ada bersama mereka sepertimana bantuan Allah ke atas nabi2 dan sahabat. Sebab itulah pd hari ini ada 4 markaz dakwah dan Tabligh di Israel sendiri dan org2 mahupun tentera yahudi x berani dgn ahli2 jemaah ini walhal ahli2nya tiada satu senjata pun melainkan Iman, Amal, dan Sunnah.

begitulah sebelum ini di Sabah, laporan yg lebih kurang sama, bahawa dulu di Sabah ada antara menteri2nya yg merupakan paderi. Jadi mereka menghasut mufti Sabah yg dulu supaya tidak membenarkan jemaah2 ini pergi masjid2 mahupun surau dgn fitnah bahawa org2 tabligh nie pengotor, x kemas la, jijik, dan sebagainya. Tapi apa2pun alhamdulillah sebab usaha di sana sedang baru meningkat dan kebanyakan masjid dan surau sudah boleh dimasuki jemaah.

begitu juga ada seorang karkun di Sabah memberi laporan ketika mereka khuruj di Brazil, berkat usaha, ada paderi besar di sana yg peluk Islam dan Paderi tu kata dy pun ada semua senarai jemaah2 Islam di seluruh dunia tapi dy kata semuanya tertipu dan mereka (org2 yahudi dan kafir) boleh dan mampu buat apa sahaja kpd mereka kecuali jemaah dakwah dan tabligh nie. Paderi2 mereka memaklumkan bahawa jika mereka kacau jemaah yg satu nie, maka Allah akan mengazab mereka, sebab tu mereka x berani berbuat ape2.

Rupa2nya, org2 yahudi seluruh dunia ad senarai semua gerakan Islam, telitinya mereka. Sebab ad antara paderi nie yg tiru mcm jemaah ini dlm menyampaikan dakyah mereka di kampung2 seperti di Sabah dgn seperti keluar buat dakyah 3 hari 3 malam di satu2 kampung yg mereka pergi, kemudian sister2 mereka pergi berjalan rumah ke rumah, bacakan kitab bible mereka, nau'zubillah.

Moga Allah beri taufiq dan hidayah kpd saya dan tuan-tuan utk ambil iktibar dan doa minta ampun dgn Allah setiap hari, dan juga minta supaya Allah pilih kita dalam usaha yg mulia ini serta istqomah, dan doa supaya seluruh ummat Islam bangun dan bangkit dlm tugas asal kita yg ditinggalkan iaitu dakwah cara nabi, tidak kira pemerintah mahupun raja, yg pandai mahupun yg buta huruf, lelaki ke, perempuan ke, kecil ke, besar ke, semuanya sekali kena ambil tanggungjawab ini.

1 comment:

  1. SALAM,TUAN HAMDI.APA KABAR....LAMA X DGR KABAR?....MCM MANA IMAN ADA MENINGKAT TAK...MAAF LA ARI TU JUST SENYUM LEBAR KAT AWAK...SBB SEGAN SANGAT NAK TEGUR AWAK....SAPA LA SAYA NIE KAN..HANYA HAMBA YG DAIF LG HINA....AMIR KAWAN SAYA TU ADA CITER YG AWAK "JOSH" MASA KELUAR KAT SABAH....MCM USTAZ DA...HEHEHE...OK LA JGN LUPA DOA TUK SAYA OK.....SKRNG DA TUKAR NAMA DA ABDUL JABBAR...

    ReplyDelete