Tuesday, July 19, 2011

wanita vs lelaki

Allah Maha Hebat dan ciptaanNya tiada tandingan. Allah Ta'ala menciptakan manusia sebagai makhluk terbaik. Dia jadikan lelaki dan perempuan. Maka Maha Hebatnya Allah menjadikan lelaki dan wanita itu berlainan sama sekali demi menunjukkan kehebatan dan kebesaranNya.

Entry kali ini ingin saya tulis berkenaan mukmin dan mukminah yang perlu dibedakan mengikut syariat agama yang mulia ini. Ini saya dapati daripada seorang senior saya yang belajar alim semasa muzakarah dengannya ketika keluar di kawasan Nilai yang lepas.

Mengikut sunnah.....

lelaki berjanggut dan nipis misainya, manakala perempuan tiada berjanggut mahupun bermisai.

lelaki menutup kepala dengan kopiah, manakala perempuan bertudung hingga menutupi bawah dada.

lelaki membiarkan muka terdedah, manakala perempuan sunnahnya dengan menutupi wajah dengan jilbab mahupun niqob.

lelaki sunnahnya bejubah putih mahupun yang cerah warnanya, manakala perempuan berjubah hitam mahupun yang gelap warnanya.

lelaki mengamalkan isbal (bahagian bawah jubah berparas atas buku lali), manakala perempuan sebaliknya, berstokin gelap dan bahagian bawah jubahnya labuh sehingga mencecah lantai mahupun tanah)

lelaki sunnahnya tidur mengiring mahupun menelentang, manakala perempuan tidurnya adalah dengan meniarap.

lelaki bersifat tegas tetapi penyayang, manakala perempuan memang sentiasa berlemah lembut orangnya.

lelaki apabila menguap, sunnahnya menutup mulut dengan tangan kiri dengan bahagian atas (bukan bahagian tapak tangan), manakala perempuan apabila menguap, sunnahnya adalah dengan menutup mulut melalui tangan kanan bahagian tapak tangannya.

Banyak lagi sebenarnya yang Nabi kita Muhammad saw ajarkan kepada ummat baginda agar kita semua berjaya di dunia dan akhirat. Yakinlah dengan sunnah Nabi kerana ianya termasuk dengan rukun Iman. Banyak lagi yang boleh dimuzakarahkan dan ini sebahagian saja yang saya ingat. Kalau ada perkongsian lagi, silakan.

WaAllahu a'lam.

No comments:

Post a Comment