Tuesday, December 22, 2009

Muslim Youth Smart Camp....


   Agak keliru pada mulanya sebab tak terima surat utk ke kem ni. 'Mysmac 2009' nama diberi. Rupa-rupanya organisasi ' My Concern ' ini baru saja ditubuhkan. Aku ingatkan ianya sudah lama bertapak. Tak mengapa.

  Kem sebegini memang sepatutnya didedahkan buat semua insan bergelar muslimin dan muslimat khasnya remaja, belia, pemuda, pemudi, dan segala yg sewaktu dengannya. Kita sepatutnya yg mencari identiti dan kebenaran terhadap dunia yg fana' ini. Islam dan Iman itulah yg aulanya. Dia telah mengurniakan dua nikmat paling besar ini sejak kita lahir lagi. Ayah azan dan iqamahkan. Maka, daripada situ lahirlah sekecil-kecil Iman dalam diri. Terpulangkan kepada yg empunya Iman itu sama ada utk meningkatkannya, atau menghancurkannya apabila dia meningkat umur kelak.

  Tarbiah Islamiah, dakwah, dan tabligh semestinya mesti dijadikan keutamaan dalam kehidupan dalam meneruskan perjuangan yg ditinggalkan oleh baginda kepada umatnya. Apa dia?

Itulah dakwatul Islamiah. Dakwah yg mestilah dilaksanakan mengikut kaedah yg ditunjukkan oleh nabi junjungan besar kita, Nabi Muhammad s.a.w. Dakwah yg dilakukan secara tahrikat ataupun pergerakan. Seperti baginda, berdakwah dengan bergerak dari satu rumah ke satu rumah, dengan bersemuka, hikmah, sopan, dan itulah yg sebaiknya.

Kem ini mengingatkan kita supaya berukhuwah sesama Islam dan berdakwah secara berjemaah. Fikir bimbang yg serius terhadap remaja seusia kita yg masih rosak amat perlu diterapkan dalam setiap kotak pemikiran orang-orang Islam. Apabila adanya fikir, maka akan adanya pelaksanaan dalam usaha mengatasi segala yg keji dan buruk mengikut ajaran Islam kerana inilah agama fitrah dan haq. Dan cara terbaik adalah berdakwah seperti yg ditunjukkan oleh baginda.

No comments:

Post a Comment