Tuesday, September 7, 2010

Musibah yg tersemat di zihniku atas muka bumi ini............

Allahu Akbar!
rasa macam mimpi....
aku rasa banyak ujian dan dugaan serta musibah yg Allah beri kpd aku Romadhon tahun ini. Perlu ke aku 'list' kan di sini. x perlu kot.

Aku ditimpa 'road accident' lebih kurang pukul 2.30 petang tadi. Aku macam tak percaya. Tapi aku yakin bahawa ini ketetapan dari Allah. Macam mana nak mulakan cerita ye...?hmmm.........

Aku mula memandu balik setelah beberapa bulan di U. Kereta tu kereta lama ayahku. Sebelum ni, kereta tu ada kat rumah nenek sebab pak cik pakai. So, aku pun g amik balik kereta tu nak pinjam utk wat beli baju raya dan singgah juga 'library' sebab 'homework' n 'assignment' still banyak. Aku cari baju kurta sepasang utk raya tahun ini, tapi x jumpa kt situ. Nak jadikan cerita, aku pergi 'library'...study skit2 ape yg patut. Jumpa lah member2 junior yg nak amik spm tahun ni. Selesai Solat Zohor kat sana, hatiku tergerak nak cari kurta sepasang sampai jumpa. Akhirnya, aku jumpa di Kg Jawa(tempat shopping complex). Parking kat situ berkupon, jadi terpaksalah aku membeli kupon secara segera yg boleh.

 Alhamdulillah, selesai. Akhirnya aku jumpa kurta sepasang, tapi x berkolar seperti yg dikehendaki. Aku pun takut2 juga sebab tahun ni 'first time' aku nak beraya pakai kurta. Tak tahulah apa pula saudara-mara aku cakap nanti. Sebelum ni, aku dah pernah dikatakan Taliban, jiran pun dah cakap camtu bila dia nampak aku bersolat tarawih di masjid pakai serban serta berjubah ditambah pula jambang dan janggutku yg agak lebat dan panjang sehinggakan kawan2 tegur suruh kemaskan, g trim. Tapi aku x nak. Aku tahu 'trim' janggut itu melanggar sunnah dan melanggar perintah baginda saw. Nak tahu sunnah Nabi Muhammad saw berjanggut, lihatlah ulama' yg berpegang teguh dgn Quran dan Sunnah. tak tahu pula dyorg akan ckp ape nanti. Tapi aku nampak kurta nie. Lawa. Warna biru tua, tapi bukan sepasang. Akhirnya aku pilih yg itu. Kemudian aku pergi ada lagi satu kedai lebih kurang 100 meter dari situ, aku lihat lagi banyak pilihan kurta yg cantik dan pelbagai warna, lagi cantik pula tu. Murah lagi pula tu! Yg aku beli tadi RM45....yg nie RM35 je....lagi untung kalau bali kat sini je. tapi xpelah...aku anggap tu rezeki pak cik tadi. Tapi yg murah nie aku x jadi beli, so, aku wat keputusan nak beli baju melayu raihan yg sepasang di tempat awal2 aku pergi tengahari tadi. 

Dalam perjalanan 'driving' ke sana, aku nampak satu spectacles yg lawa dlm kereta tu. Aku pun 'try' dgn kopiah yg aku pakai. Segak juga. Namun, musibah Allah timpakan kpdku selepas itu. Ketika aku hampir sampai di pasar raya tu, dalam simpang tu, brek 'lost'. Allah, aku hanya mampu sebut Allah, hati juga demikian. Kereta di depan sedang berhenti sebab sesak. Dari jauh aku dah tekan brek, namun 'disfunction'. Sebolehnya aku mengalihkan 'stereng sekuat mungkin utk mengelakkan drpd trlanggar kereta tadi, namun aku kurang berjaya. Akhirnya aku langgar dan redah pembahagi jalan, alhamdulillah, tak kene tiang elektrik. Dua pembahagi jalan terpaksa aku redah. Aku rasakan macam dalam filem. Allah, takut, jantung aku berdegup laju. Banyak kereta dan motor yg hampir aku langgar, aku kurang pasti sama ada kereta yg satu lagi kena atau x. Aku mula bimbang. Masa tu aku hanya berharap pd Allah agar masalahku selesai. 
'Bumper' depan keretaku terlanggar sikit kereta org tu, terkena 'bumper' belakang kereta org tu. 

Kereta akak tu kereta Pesona. Baru pula tu. Alhamdulillah, di situ ada beberapa org awam yg menyaksikan kejadian membantuku utk bawa kereta keluar dari pembahagi jalan tu. Alhamdulilah ...seorang org kampungku turut ada di sana. Alhamdulillah, dtg seorang abg yg memang baik, mungkin dy bekerja sebagai peronda jalan. Mujur x report polis, sebab xde kecederaan. Aku terkejut dan agak trauma sikit sebab tu 1st time. Akak tu pun same, dia kena 1st time. Allah...~

Aku telefon ayah yg ada kt pejabat pelajaran, alhamdulillah, x jauh dari tempat kejadian. Ummi pun aku telefon, rupanya ummi pun tertanya-tanya tentang aku. MasyaAllah, seorang ibu yg seolah-olah atau seakan-akan mengetahui perihal anaknya, hatinya tertanya-tanya ketika itu. 

Akhirnya apabila dah runding baik2, dy mintak RM200 sebab bengkel kata nak repair yg calar tu RM200. Ayahku nampak tenang, sikit pun dia x marah kat aku. Aku sayang dia!.Keretaku tiada apa2 kerosakan atau kecelakaan, alhamdulillah. Pastu, ayah pergi 'check', rupa2nya asbab minyak brek dah kering. Aku x 'check' langsung sebelum keluar tadi. Kesalahan aku. Kesal sikit, tapi aku tahu itu daripada Allah.

Ayah aku dgn tenang ajak aku beli minyak brek dan minyak hitam di kedai berdekatan. Kemudian ayah dgn susah payah isi minyak tu pd kereta tadi dan aku cuba bermain-main dgn pedal minyak supaya ia baik balik. Kemudian ayah aku cuba, pedal brek tu memang hampir2 lost, ayah cakap camtu. Akhirnya, alhamdulillah dah elok sikit. Ayah minta aku bawa perlahan2 dari bandar Melaka sampai ke kampung nenekku. Aku kembalikan kereta tu kt pak cik aku. Dia dah pesan supaya tgk2 brek ngn minyak dia, tapi aku degil. 

Sekarang aku belajar daripada pengalaman dan akan berusaha supaya berhati-hati selepas ni. Allah masih selamatkan aku. Aku rasa ini mungkin sebab dosa2ku yg terlalu banyak. 
Ampunkan aku ya Robb....


No comments:

Post a Comment