Friday, November 19, 2010

just a sharing

Alhamdulillah, syukur lagi dan lagi kita semua mesti panjatkan kpdNya.

Hari dan masa berlalu cepat sekali rasanya. Tu yg aku rasa cuti ni teramat singkat, tapi terlalu banyak perkara yg kurang ataupun tidak berfaedah langsung yg telah aku lakukan. Moga Allah ampun.

Sebelum solat maghrib malam tadi di masjid, aku bersalam dgn pak cik Ismail, saja2 nak tanya khabar, lagipun dah lama x berbual dgn dia sbb percakapan dia tentang agama menyebabkan aku tertarik sebelum ni. Lps tu dtg seorang berbangsa Bangladesh yg sudah lama berhijrah di sini utk asbab rezeki. Dgn penampilan aku yg berusaha mengikuti sunnah baginda saw, maka dia menyangka aku seorang al-hafiz dan alim. Dia pun agak terkejut apabila pak cik Ismail tu beritahu yg aku nie bukan hafiz dan bukan juga alim tapi ada belajar sikit2 ilmu agama kat sekolah dulu. Pak cik Bangladesh tu kata, kat negara dia ada 'madrasah alia' utk belajar hafiz dan alim. Pak cik Ismail tu kata kat dia yg aku ni belajar doktor. Hmm...aku agak tak berapa nak sedia jwb jawapan tu.

Lepas tu, pak cik bangladesh beritahu bahawa sebahagian doktor2 di Malaysia nie kurang pandai dan kurang cekap dan masih teragak-agak utk menentukan rawatan pesakit. Ini adalah pemerhatian dan pandangan dia apabila dah tinggal agak lama di Malaysia. Dia kata lagi bahawa doktor2 di Bangladesh yg Islam semuanya pandai2 berbanding kat negara kita dan lebih-lebih lagi doktor2 yg buat usaha agama yg haq ini atau mereka yg org kat luar sane tu panggil tabligh.

Kemudian pak cik Ismail pun menyampuk, "memanglah, kat bangladesh asbab ada banyak mayat utk dibuat pengajian kedoktoran, tapi kat Malaysia sekarang dah susah sebab kena beli mayat dari luar mcm dari India dan Bangladesh dgn harga yg mahal dan lebih-lebih lagi sekarang nie dah ada banyak agensi swasta di sana yg mengambil mayat2 yg tidak dikenali supaya tidak dijual.

Aku agak mengeluh dalam hati. Kemudian pak cik Ismail beritahu aku bahawa org2 Islam di Bangladesh kebanyakannya berusaha menjadikan anak2 mereka sebagai hafiz atau hafizah pada usia muda dan kemudian belajar alim (ilmu2 agama yg setaraf ulama'). Kemudian, barulah mereka memberi pilihan kpd anak2 mereka sama ada ingin atau tidak mengambil apa2 jurusan keduniaan seperti doktor, lawyer, dan sebagainya.

Bagi aku, asbab itulah mereka ni belajar doktor ke, lawyer ke mudah sangat je bg dyorg, mcm air je org kata, asbab 30 juzuk dah ada dlm dada yg menjadi asbab hati mereka suci dan dipenuhi nur ma'rifah dan mudah sangat nak belajar ilmu2 keduniaan yg tiada nilai pun di sisi Allah. Hal ini mirip seperti ulama' dahulu seperti Ibnu Sina, Ibnu Khaldun, dan ramai lagi. Mereka dididik utk kesempurnaan Iman dan amal serta menjadi hafiz al-Quran dahulu dan kemudiaan utk kemahiran keduniaan ini.

Ustazku memberitahu bahawa ulama' menyatakan bahawa medik, lawyer, saintis, fizik dan sebagainya adalah bukan kategori ilmu, akan tetapi ianya hanyalah kemahiran yg menjadi keperluan di dunia ini. Ilmu yg sebenarnya adalah ilmu agama yg menambahkan ketakutan kpd Allah dan mendekatkan diri kpdNya.

Aku rasa amat hina drpd org lain dan cemburu lebih2 lagi kpd mereka yg dari kecil sudah menghafaz al-Quran dan xdelah sangat sekarang ni aku nak jeles dgn org2 yg hebat2 dlm subjek dunia.

Moga Allah ampun.

No comments:

Post a Comment