Thursday, May 5, 2011

sambungan laporan

Alhamdulillah...

Syeikh Arab Palestin yg aku bual dgn dia nie ...yg Wasil tu...rupa2nya...hmm...masyaAllah..
Dia pun sebenarnye antare org2 Arab palestin yg baru diberi hidayah oleh Allah utk buat usaha agama yg mulia nie...Dia mulakan ceritakan dlm bahase arab...alhamdulillah...Allah bagi aku faham...

macam nie....

   Dia pada awalnya ialah antare org2 palestin yg kaya dan dikurniakan oleh Allah dgn harta yg banyak. Dia ada sebuah 'company' besar kt palestin sane yg diusahakan dgn adik-beradiknya. Bagi dia, kejayaan dan kebahagiaan hidup pd mase tu hanyalah dlm kekayaan dan wang ringgit. Dia pernah melancong ke Eropah bersama-sama isteri dan anak-anaknya. Dia beritahu, boleh kata semua permainan yg org2 kaya kat Eropah sane main...mereka dan pernah cuba kt sane....mcm jet ski....dan mcm2 lagi, sehinggakan aku pn x berape tahu namenya.

Kemudian, dia dan anak-beranaknya pergi menghabiskan wang ringgit kt 'shopping2 complex' yg mahal di eropah. Dia kata bahawa dia rasa gembira dgn perkara tu kerana menganggap itulah kebahagiaan (assa'adah) dlm hidup baginya...katanya. Dia kata, bila x tenang, dia makan ubat mcm2...hmm..dia agak mengeluh...

Kemudian balik dari eropah ke palestin, dia terasa diri kehausan Iman kerana merasakan kehidupannya penuh dgn berfoya-foya, x solat, x puasa, x mengaji Quran, xde zikir, kesian. Kemudian, terdetik dlm hatinya inginkan Iman. So, dia tanya kawan dia, kwn dia kata senang je, ...mcm nie kata dia.."kau bukak internet dan bukak laman2 web sekian, sekian...Dia buat semua tu. Dia penat mencari dlm internet, dia kata...."no way' .."xde Iman pun dlm internet.

Kemudian, ada seorang hamba Allah ajak (tasykil) dia keluar 3 hari, 40 hari. Dia kata, bermula sejurus selepas tu baru dia kenal agama Allah yg mulia nie cmne...Dia mula jaga solat fardhu berjemaah di masjid, baca quran, zikir...alhamdulillah, berkat usaha nie, Allah bg dia kekuatan utk mentaati perintahNya dan menjauhi laranganNya. Dia menyesal atas perbuatan2 dia sebelum nie. Kemudian dia ajak isteri dy sama2 keluar di jalan Allah 40 hari, alhamdulillah, dgn izin Allah, isteri dia telah bersungguh dlm mujahadah usaha agama ini dan istiqamah tutup aurat dgn sempurna, berjubah hitam dan berniqob atau berpurdah sempurna serta menjaga amalan2 agama dalam kehidupannya.

Alhamdulillah, katanya, sekarang semua adik-beradiknya yg mengusahakan sama syarikat tu telah kesemuanya keluar di jalan Allah, semuanya buat usaha agama yg mulia ni. Berkat usaha ni, semua adik-beradiknya baik lelaki mahupun perempuan telah dpt jaga amal dan melaksanakan sunnah dlm kehidupan, yg lelaki dpt mengamalkan sunnah Nabi Muhammad saw sedikit sebanyak dalam kehidupan baik zahir mahupun amal, yg perempuan berniqob, tutup aurat sempurna. Berkat usaha mereka lagi, kini boleh kata kesemua kaum kerabat mereka dpt jaga amal dan tutup aurat sempurna, baik anak2 perempuan mahupun ibu2nya...semuanya berpurdah, yg mane sebelum nie gagal nak tutup aurat dgn sempurna.

Apabila 2 org adik-beradiknya keluar di jalan Allah, selebihnya akan meneruskan usaha keperluan di syarikat tu, begitulah selepas mereka tangguh, yg belum keluar, akan terus keluar...itulah rutin keluarga saudara nie sekarang nie...masyaAllah...

Pentingkan utk saudara kita baik lelaki mahupun wanita utk turut serta dlm usaha agama yg mulia nie.!...

Sekarang  nie baru dia tahu yg kejayaan hanya dlm agama Allah. Dia telah banyak berkorban hatta sehingga ada suatu ketika di telah dapat keluar setahun sempurna, dgn keluar 4 bulan sikit, kemudian terus 40 hari....dan seterusnya sehingga setahun sempurna. MasyaAllah....

Allah Maha Kuasa, mahluk sikit pun X berkuasa.


Moga Allah tambahkan hidayah buatku. Moga Dia turut pilih ayah, ummi, abg, akak, dan adik2 semuanya dlm usaha ini. Moga dia kurniakan aku nanti isteri yg suka dan berkeinginan dalam usaha agama ini, yg dpt membawa aku utk tambah cinta kpdNya, yd jd asbab anak2 dtg hadir utk mencintaiNya serta megikut RasulNya yg mulia. ...Moga Allah sebarkan hidayah kpd seluruh ummat Islam dan ummat manusia semuanya. Moga Allah ampunkan seluruh ummat Islam...amin~

2 comments: