Friday, July 15, 2011

tv???

Assalamualaikum....

Dah lama sebenarnya nak tulis pasal tv ataupun televisyen. Tapi kadang-kadang takut tersalah khabar pula.

Sebenarnya tv ini memang mempunyai pengaruh yang amat luar biasa dengan izin Allah Ta'ala. Sesiapa yang mempunyai tv di rumah dan selalu menontonnya pasti menyokong pendapat saya yang lemah ini. Anda semua pasti sokong jika saya mengatakan bahawa tv mempunyai pengaruh negatif yang lebih ketara berbanding yang positif. Saya percaya yang anda semua tahu bagaimana ianya mempengaruhi kita.

Percaya ataupun tak mahu tidak, tv memang menyebabkan kita banyak membuang masa dan menambah dosa. Nak percaya ataupun tidak, terpulang.

Saya sendiri tahu bagaimana keadaannya apabila di rumah saya sendiri ada tv serta astro lagi. Bagi saya, mereka-mereka yang tiada tv di rumah telah membuat keputusan yang tepat. Bukanlah kita tak mahu ambil tahu isu-isu semasa, akan tetapi pengaruh buruknya amat membahayakan.

Semasa saya khuruj di sabah yg lepas, saya lihat di kawasan pedalaman, rumah-rumah di di kawasan yang amat jauh dari bandar dan sangat terpencil pun dah dimasuki tv dan astro. Saya terfikir, berapa banyak rumah pula yang sudah dimasuki dengan ta'lim atau pengajaran agama atau bacaan ayat-ayat Quran hadith atau muzakarah Iman dan Amal atau muzakarah adab-adab sunnah harian? Tuan-tuan sendiri boleh fikirkan.

Memang hari ini kita hidup dalam suasana fitnah dan ujian yang sangat membahayakan. Hanya Allah Yang Maha Mengetahui dengan menghidupkan kita sebagai ummat Nabi Muhammad saw dan ummat akhir zaman. Kita akan berjaya jika dapat hadapi ujian ini dengan mengikut kehendak syariat Allah dan Rasul.

Dengan kita tidak banyak masa di luar rumah pun kita bisa melakukan banyak perkara yang bisa merosakkan Iman dengan hanya adanya tv di rumah kita. Setujukah???bukan sahaja tv, internet ini, radio, hah~ bagaimana?Bukanlah apa, cuma dalam tv terdapat banyak rancangan yang melalaikan dan melekakan berbanding yang lebih bermanfaat. Setujukah??? Kalau kita buat bancian penggunaan rancangan-rancangan tv utk penduduk di negara kita saja, berapa peratuskah rancangan 'tanyalah ustaz' mendapat tempat??? Tuan-tuan fikirlah sendiri.

Sukan, hiburan, dan dan macam-macam lagi program di tv kebanyakan telah pun disusun oleh yahudi untuk merosakkan Iman kita orang Islam. Percayakah?? Ini saya sendiri dengar daripada seorang yang thiqoh. Rancangan tv masyarakat kita terlalu mengikut trend mereka, itulah yang boleh merosakkan kita. Cukup kita meniru cara mereka, mereka gembira sekali.

Itulah sebenarnya bagi sesetengah para ustaz yang warak, mereka biasanya tidak memiliki tv di rumah dan sibuk dengan dakwah dan pengajaran ilmu agama di pondok mahupun madrasah. Saya pernah terbaca bahawa ada majlis fatwa di Indonesia yang mengharamkan tv kerana setelah dikaji, ianya banyak yang negatif. Ya, kerana mereka ingin memelihara diri mereka. Jangan katakan hindustan, cerita Indonesia dalam tv pun dah cukup melalaikan kita. Aktres-aktres yang cantik dan kacak ditayangkan, maka akan timbul masalah dan penyakit hati. Aurat pelakon yang terdedah menambahkan kelemahan Iman si penonton jika dianya seorang Islam.

Pengalaman saya semasa khuruj di Perak dua tahun lepas.

Seorang abang itu rupanya macam mamak 'speaking english' dia memang fluent macam mat saleh betul. Dia salah seorang dai'e atau karkun di sana. Dia cerita, semasa lepas berkahwin, bagi pasangan suami isteri biasanya inginkan kelengkapan rumah seperti tv. Maka dia cerita, selepas beberapa tahun bernikah dan ada tv di rumah, maka dia kata, banyak kesan buruk bagi dia dan isterinya. Anaknya masih kecil ketika itu, dia kata. Mereka suami isteri gemar sangat menonton filem hindustan terutamanya, sehinggakan boleh mengalirkan air mata kalau sedutan filem tu sedih sangat.

Jadi, seperti biasa, dia akan bacakan ta'lim atau bacaan hadith dan ayat quran buat dirinya, isterinya dan anaknya di rumah. Apabila dia tiada di rumah atau ketika berada di masjid atau ketika sedang keluar khuruj, isterinya akan bacakan di rumah bersama anak-anak. Abang ini cerita dengan saya, apabila dia balik dari masjid selepas selesai solat dan sebagainya, maka dia akan tanya isteri tentang apa yang isterinya baca dan kadang-kala dia akan tanya nama sahabat atau sahabiah yang dia baca dalam buku bab kisah-kisah para sahabat. Namun, malang sekali apabila isterinya gagal mengingati hadith seeloknya menerusi mafhum hadith atau nama sahabat yang dibaca. Jadi dia merasakan mungkin tabiat suka menonton tv selalu bersama isteri menyebabkan kekuatan ingatan isterinya merundum teruk. Jadi satu hari, dia menyatakan perkara ini kepada isterinya. Jadi, mereka cuba untuk kurangkan menonton tv, tapi akhirnya tidak menjadi juga.

Jadi akhirnya, satu hari dia tutup tv dan duduk di hadapan tv dan baca surah yassin dan istighfar banyak kali sehingga mengalirkan air mata kerana menyesal, gara-gara tv, ingatannya tentang berita akhirat merundum. Kemudian dia berdoa memohon supaya Allah menghindarkan diri mereka daripada menonton tv. Akhirnya selepas itu dia suami isteri tidak lagi menonton tv dan membiarkannya disingkapi dengan kain. Kesannya, selepas daripada itu, ingatan isterinya tentang hadith dan kisah para sahabat begitu hebat sekali dengan izin Allah. Dia hampir-hampir dapat mengingati semuanya. MasyaAllah!

Apabila anak-anak saudaranya datang ke rumah dan tanya tentang tv, maka dia minta anak saudaranya pergi ke bilik belakang main video games komputer saja.

Hmmmm,,,

Sebenarnya bukan saja tv ada kesan buruk, malah internet, radio, surat khabar dan banyak lagi. Moga saya dan pembaca sekalian ambil iktibar. Berusahalah kita buat yang terbaik untuk kita.

Moga Allah mengampunkan dosa-dosa kita dengan RahmatNya. Amin~.....Berusahalah kita menghindari diri daripada perkara yang melalaikan dengan memperbanyak perkara-perkara bermanfaat seperti ilmu agama. Amin~

8 comments:

  1. Alhamdulillah...kami berjaya tidak membeli tv setakat ini (setelah hampir 7 bulan mendirikan rumah tangga). Tapi...laptop di rumah ada 2..huhuu. InsyaAllah, azam usaha kurangkan melayari internet untuk perkara yang sia-sia..

    ReplyDelete
  2. laptop tu kira ok lagi....rumah saya...2 tv....laptop bagi yg dh masuk u...wireless internet ada lagi....radio lagi....hmmm...saya lagi kena banyak istighfar dan usaha utk kurangkan...tapi banyak kali gagal...

    saya masih lemah...moga Allah ampunkan....

    insyaAllah, azam yg terbaik...~

    ReplyDelete
  3. jangan kata tv jah...radio pun sama...xde radio dengar lagu dlm handset...pernah gak cuba tinggal kan dgr lagu nih...walaupun lagu nasyid... kak ti pesan jgn dengar lagu nasyid... bila try xdengarkan... memang byk benda la ingat...mudah hafal ayat quran... tapi kan.... kalah jugak.... duk asrama... hehehe dgr jugak...kuang2...tv kurang tengok...klu tengok pun citer kartoon...hehehehe... tuh baru duk asrama...

    ReplyDelete
  4. yep...bila di kolej kediaman atau hostel, bleh je kita kurangkan..insyaAllah...

    ada seorang senior sya kata, tv sebenar kita ialah isi kandungan quran dan hadith2 nabi saw

    ReplyDelete
  5. terasa buat diri saya yg menulis ni terutamanya...

    ReplyDelete
  6. subhanAllah,,,moga Allah mudahkan kita semua,,,post ni mmg menarik,,,,sy dulu pon berthan dlm 2-3 thun gak tanpa tv,,,pastu terus ada tv yg besau,,,hihi,,,ayah beli atas pmintaan adik2,,,n ayah nk tengok berita,,,:-),,,insyaAllah

    ReplyDelete
  7. abu zarim....salam ziarah..org melaka ye..same le kite...tv besau ye...baguslah 2-3 thn x tgk tv...alhamdulillah...

    ReplyDelete