Sunday, August 30, 2009

Mari beriman sebentar!

Allah Subhanahullah Ta'ala Maha Berkuasa..
Selain daripada Allah, semuanya makhluk dan langsung tidak sedikitpun berkuasa..
Allah, Dialah yang meciptakan tujuh petala langit dan tujuh petala bumi....
Allah, Dia sedikitpun tidak berhajat kepada mahkluk..
Tapi..semua mahkluk berhajat sentiasa kepada Allah Ta'ala..

Malam tadi selepas Isya' dan sebelum tarawih, aku rasa itulah kali pertamanya aku melihat sendiri pengkebumian seorang jenazah pada malam hari. Arwah bernama Abu Hanifah..baru berusia 25 tahun, hanya 8 tahun lebih tua daripadaku. Meninggal asbab kemalangan, tapi semuanya telah ditetapkan olehNya sejak azali lagi. Walaupun aku tidak mengenalinya, namun arwah dikatakan seorang pemuda giat dalam usaha dakwah, sering kali beri'tikaf di masjid atau surau..dan banyak lagi. Alhamdulillah...tapi aku tidak tahu lagi bagaimana pula dgn diriku...apakah keaadanku apabila didatangi malaikat apabila berada dalam kubur nanti, sesungguhnya aku belum bersedia...Tapi, mati itu tidak mengenal usia, ya Allah matikanlah aku dalam Iman dan kalimah Lailahaillah...


Saturday, August 29, 2009

Jangan berdusta & berlawak!

Pada pagi Sabtu yg indah ini aku terlewat sedikit utk bersahur. Namun, alhamdulillah...aku dpt bersahur utk mendapatkan keberkatan sunnah. Hukum solat berjemaah bagi orang lelaki sememangnya banyak pendapat daripada ulama'. 


Selepas solat Subuh berjemaah di masjid pada hari ini, aku mendengar beberapa buah hadith drpd seorang insan yg biasa membacakannya di masjid.

Nabi Muhammad s.a.w bersabda: "Sesiapa yg berbohong utk membuatkan orang lain ketawa, maka malaikat akan menjauhkan diri daripadanya sejauh satu batu". (lebih kurang maksudnya)


Baginda juga ada bersabda: "Sesiapa yg berkata-kata sesuatu supaya org lain ketawa, maka dia akan masuk ke neraka antara langit dan bumi besarnya". (lebih kurang maksudnya)

Kalau salah..tolong betulkan..

Barulah aku faham betapa bergurau supaya org lain ketawa pun dilarang sama sekali. Sebenarnya, aku memang seorang yg ceria yang suka bergurau dgn kawan-kawanku. Banyak lagi sebenarnya hadith tegasan keras drpd Nabi kita tentang perkara ini. Namun, sekarang aku bertekad mengamalkan hadith tersebut dan menyampaikan kpd sesiapa...InsyaAllah..

Thursday, August 27, 2009

Fadhilat Romadhon

Drpd Hazrat 'Ubadah bin Samit r.a., sesungguhnya Rasulullah s.a.w. telah bersabda pada satu hari sedangkan Romadhon telah dtg kpd kami: " Telah datang kepada kamu Romadhon, bulan yg diberkati. Allah Ta'ala akan menumpukan perhatianNya kepadamu di dalamnya, lalu Dia akan menurunkan rahmat dan akan menggugurkan dosa-dosa dan menerima doa, Dia akan memerhatikan perlumbaan kamu di dalamnya dan Dia akan membangga-banggakan kamu kpd para malaikatNya. Maka perlihatkanlah kepada Allah akan kebaikan. Sesungguhnya orang yg celaka ialah dia yg telah diharamkan dari rahmat Allah Ta'ala pada bulan ini.

Monday, August 24, 2009

Wahai adikku...




Inilah dua org adik kecilku. Seorang berusia 6 tahun dan seorang lagi akan masuk 4 tahun.Entahlah..kadang-kadang melihat gelagat mereka berdua mengingatkan aku akan hubunganku dgn abangku dahulu. Kadang-kadang bergurau, bergembira, dan kadang-kadang bergaduh..hmm. Hafizuddin yg si abang kepada Hazim nie...hari pertama Ramadhon bersemangat nak berpuasa...bagus..alhamdulillah. Hari kedua pula..hai..dah tak nak berpuasa..Tak mengapa...itu hanya latihan wahai adikku!

Wahai adikku,
Aku mengharapkan kamu akhyar minni,
Walaupun kadang-kala fi'ilmu merisaukan aku,
Tapi aku yakin kamu bisa,
Merangkul erti kesolehan yang hakiki,
Yang mendapat pandangan dari Allah.....

Saturday, August 22, 2009

What the actual SPM...!


I still remember that brother. He came to the mosque with a group he joined. If I'm not mistaken, there were also fewer arabian that together with the group. They all exactly mukmin who involve in invitation deeds. They come to Malacca for 'Fi Sabilillah' about almost fourty days. It also a brother who older than me about some mere a year. Nevertheless, he looked matured and lanky than me.


After Zohor 'berjemaah' an arabian greeted me. He smiled at me. He said that I'm looked like an Egyptian. I was felt some surprised. Then, the first mention brother introduced himself to me. We had a bit of conversation. He was exactly just ended of sittting SPM. So, I told him I'm also wonder to face it in this year.
He said and adviced me that the SPM examination is just on paper and do not sustained till the world after. "It is not the actual and the truth success even though you get straight A's, its just on paper and if you fail, you could repeat it again,isn't it?" he asked me? "Of course, I replied him. "How about our actual SPM, Sijil Padang Mahsyar or Sijil Panggilan Maut," he asked me again. I just nodded for his words. I'm really aware about that.


Thats why he come for fourty days in case to have training to learn more about the significant of 'dakwah' that left by Nabi s.a.w to us as his ummah. He also said that it's the training to know more about us as human being and what are the responsibility that headed to us. We must learn how to know and recognise Allah, our God even more depthly. We have to do this not only within fourty days, but it's our actual duty in this world as ummah....
After that, when we get the tough and strong faith its will be easier for us to complete all Allah and Rasul's insructions. But, all this need efforts mainly 'dakwah' to keep it forever and ever.

Friday, August 21, 2009

Selamat menempuh bulan kesabaran


Allahumma bariklana fi rojaba wa sya'ban wa balligna romadhon....

Sunday, August 16, 2009

sambungan..

Ayah dan umiku akhirnya mengizinkan aku. Petang Jumaat itu aku sampai di rumah dari asrama, kira-kira sebelum asar. Selepas itu, aku mengemas pakaian utk bertolak ke surau di mana tempat jemaah berkumpul pd malam itu juga, selepas isya'. Sebenarnya berat hati ini ingin meninggalkan ayah dan umiku buat sementara waktu ketika itu...hati ini seakan-akan tidak mahu, tapi...apakan daya...ustazku itu ikhlas. Sewaktu meninggalkan mereka di halaman...mata ini seakan-akan nak menangis...apatah tidaknya, aku baru hendak bercuti akhir tahun. Tapi, aku kuatkan semangat.


Malam itu aku dihantar oleh seorang jiranku yg sebenarnya juga terlibat dlm kerja-kerja dakwah. Sewaktu dlm keretanya, aku diberitahu olehnya bahawa sebenarnya aku telah dipilih oleh Allah semasa muda lagi...masa itu aku baru berumur 15 tahun. Banyak lagi yg dinasihatkannya. Sampai di sana, aku sembahyang sunat dan selepas itu aku mula beri'tikaf sebab hari dah hampir larut malam. Aku berasa agak senang sikit sebab ayahku yg baik hati sebelum itu meminjamkan aku 'handset' kedua yg tidak dipakainya agar aku dpt menghubungi keluargaku selama 40 hari meninggalkan mereka.



Keesokannya, kami bertolak ke Masjid Sri Petaling. Aku sama sekali tidak tahu utk apakah ke sana. Apabila aku sampai saja di sana...masyaallah..ramainya org yg mengikut sunnah nabi, berjubah,berserban,berjanggut, dan lain-lain...hampir keseluhurannya. Aku mula rasa kerdil dan hina di sisi Tuhanku. Apatah tidaknya..aku tidak macam mereka. Aku takut kalau nabi tidak mengenali atau hendak mengaku aku ini sbg umat baginda sedangkan aku ini jauh drpd sunnahya. Aku mula bertekad..


Jemaah kami dikeluarkan ke Penanti di Pulau Pinang..hmm..jauhnya. Alhamdulillah...banyak rupa-rupanya yg saya tidak tahu tentang kehidupan ini telah saya tahu juga. Hati yg kadang-kala sedih ini terubat juga dgn menghubungi umi dan ayahku. Sekali lagi aku terasa amat sedih juga apabila tak dapat berhari raya haji dgn keluarga. Bertambah sayu dgn alunan takbir di sana. Aku mula menelefon umiku..." hamdi, nanti hamdi balik nanti..umi buatkan rendang ye.." umiku berkata dalam keadaan aku dannya hampir-hampir tersedu ingin menangis.


1 atau 2 hari lagi 40 hari ini akan habis. Aku masih ingat, rupa-rupanya 'result' PMR masa itu akan keluar pada hari yg sama aku balik nanti. Jadi, aku tidak dapat bersama-sama keluargaku mengambil keputusan tersebut. Hari terakhir, 'handset' ini berbunyi...umiku menelefon, aku mula bertanya tentang keputusanku dgn perasaan yg amat mendebarkan. Umiku meminta aku meneka berapakah yg aku mampu dapat...aku kata 8A atau.....Kemudian, "hamdi dpt 9A..tahniah"..suara umiku itu jelas menunjukkan yg dia gembira.

Dalam perjalanan pulang ke Melaka, kak long menghantar 'sms' kpdku..."tahniah hamdi dapat 9A, tak nak apa-apa ke drpd umi?". Aku menjawab, "tak nak apa-apa kot". Aku berasa sangat bahagia pd hari itu. Tapi, aku tak mahu berasa tinggi drpd org lain, takut-takut niat itu terkandas...


Alhamdulillah...


Saturday, August 15, 2009

semoga terus!!!


bersama sahabat badar yg dikasihi.........

Syukran yg tak terhingga

Terima kasih kpd akak jie kerana menasihati saya utk memperbaiki bahasa dlm blog saya. Itulah yg bagusnya kalau ada link..bolehlah ada org yg tegur. Pada mulanya mmg saya dah agak yg mesti ada org yg akan tegur..alhamdulillah...