Sunday, August 16, 2009

sambungan..

Ayah dan umiku akhirnya mengizinkan aku. Petang Jumaat itu aku sampai di rumah dari asrama, kira-kira sebelum asar. Selepas itu, aku mengemas pakaian utk bertolak ke surau di mana tempat jemaah berkumpul pd malam itu juga, selepas isya'. Sebenarnya berat hati ini ingin meninggalkan ayah dan umiku buat sementara waktu ketika itu...hati ini seakan-akan tidak mahu, tapi...apakan daya...ustazku itu ikhlas. Sewaktu meninggalkan mereka di halaman...mata ini seakan-akan nak menangis...apatah tidaknya, aku baru hendak bercuti akhir tahun. Tapi, aku kuatkan semangat.


Malam itu aku dihantar oleh seorang jiranku yg sebenarnya juga terlibat dlm kerja-kerja dakwah. Sewaktu dlm keretanya, aku diberitahu olehnya bahawa sebenarnya aku telah dipilih oleh Allah semasa muda lagi...masa itu aku baru berumur 15 tahun. Banyak lagi yg dinasihatkannya. Sampai di sana, aku sembahyang sunat dan selepas itu aku mula beri'tikaf sebab hari dah hampir larut malam. Aku berasa agak senang sikit sebab ayahku yg baik hati sebelum itu meminjamkan aku 'handset' kedua yg tidak dipakainya agar aku dpt menghubungi keluargaku selama 40 hari meninggalkan mereka.



Keesokannya, kami bertolak ke Masjid Sri Petaling. Aku sama sekali tidak tahu utk apakah ke sana. Apabila aku sampai saja di sana...masyaallah..ramainya org yg mengikut sunnah nabi, berjubah,berserban,berjanggut, dan lain-lain...hampir keseluhurannya. Aku mula rasa kerdil dan hina di sisi Tuhanku. Apatah tidaknya..aku tidak macam mereka. Aku takut kalau nabi tidak mengenali atau hendak mengaku aku ini sbg umat baginda sedangkan aku ini jauh drpd sunnahya. Aku mula bertekad..


Jemaah kami dikeluarkan ke Penanti di Pulau Pinang..hmm..jauhnya. Alhamdulillah...banyak rupa-rupanya yg saya tidak tahu tentang kehidupan ini telah saya tahu juga. Hati yg kadang-kala sedih ini terubat juga dgn menghubungi umi dan ayahku. Sekali lagi aku terasa amat sedih juga apabila tak dapat berhari raya haji dgn keluarga. Bertambah sayu dgn alunan takbir di sana. Aku mula menelefon umiku..." hamdi, nanti hamdi balik nanti..umi buatkan rendang ye.." umiku berkata dalam keadaan aku dannya hampir-hampir tersedu ingin menangis.


1 atau 2 hari lagi 40 hari ini akan habis. Aku masih ingat, rupa-rupanya 'result' PMR masa itu akan keluar pada hari yg sama aku balik nanti. Jadi, aku tidak dapat bersama-sama keluargaku mengambil keputusan tersebut. Hari terakhir, 'handset' ini berbunyi...umiku menelefon, aku mula bertanya tentang keputusanku dgn perasaan yg amat mendebarkan. Umiku meminta aku meneka berapakah yg aku mampu dapat...aku kata 8A atau.....Kemudian, "hamdi dpt 9A..tahniah"..suara umiku itu jelas menunjukkan yg dia gembira.

Dalam perjalanan pulang ke Melaka, kak long menghantar 'sms' kpdku..."tahniah hamdi dapat 9A, tak nak apa-apa ke drpd umi?". Aku menjawab, "tak nak apa-apa kot". Aku berasa sangat bahagia pd hari itu. Tapi, aku tak mahu berasa tinggi drpd org lain, takut-takut niat itu terkandas...


Alhamdulillah...


No comments:

Post a Comment