Saturday, October 24, 2009

Dakwah yg paling baik ialah berdakwah tentang Iman dan kebesaran Allah Subhanahullah Ta'ala.

Boleh saya cakap sedikit....

Allah Ta'ala, Dia Yang Maha Berkuasa...
Tiada yang berkuasa melainkan Dia...
Setiap makhluk sedikitpun tidak berkuasa....

Allah Ta'ala mentadbir, menguasai, dan mengawal semuanya....
hatta sebutir pasir di pdg pasir...
Dialah yg mengetahui, yg berkuasa, dan yg mentadbir pergerakan butir-butir pasir itu...

Ingatlah sekalian semua.....
terutamanya yg sedang belajar....
Allah Subhanahullah Ta'ala, Dialah Yg menguniakan kepandaian dan kecemerlangan....
bukannya usaha kita sebenarnya...
usaha itu ikhtiar yg Dia perintahkan..
usaha itu pun sebenarnya makhluk....

buktinya....
lihat saja kpd insan-insan yg dikurniakanNya dgn kepandaian azali lagi...
seperti adik Adi Putra..dan ramai lagi genius lain...
kepandaian mereka mengatasi orang2 bijak pandai yg bertungkus-lumus sebelumnya....
yg mengkaji siang dan malam....
Siapa yg mengajar budak-budak genius ini?
adakah mereka belajar sewaktu masih tidak mengenal huruf, nombor?
Itulah hakikatnya...
hakikat bahawa khazanah Allah Ta'ala sangat hebat dan tiada tandingan....
Oleh itu...
janganlah kita mengharapkan usaha kita sebagai pencetus sukses....
berharaplah kpd Dia serta iringan usaha 'study' yg diredhai...

Quran dan Sunnah Nabi pula...
sama sekali tidak pernah menyatakan kejayaan dalam A's..kredit..master..phd...
tetapi....
kejayaan yg hakiki adalah seperti para sahabat dan sahabiah R.A ajmai'n
di dunia lagi sudah diiktiraf redhaNya..
apatah lagi dijanjikan dgn syurgaNya...

macam mana pula dgn kita?
adakah semua orang yg pandai sudah dijanjikan syurga...?
adakah semua orang yg tidak pandai pula sbg ahli neraka..?

fikir2 kanlah berdasarkan pedoman Quran dan hadith...



Friday, October 23, 2009

ampunkan daku Ya Allah..

salam semua....
hati ini tak dapat nak tunaikan janji supaya x berblogging, ym, dan sebagainya...
tapi hati ini berazam utk tidak leka kerananya..
insan ini nak tumpu kpd 'exam' ....
tapi...
bila fikir2 balik...
x baik kalau x 'contact' kawan2...
okla...
ape2 la....
exam2 jugak...teman2 pun jgn dilupakan ye...
moga memperoleh sukses dunia dan akhirat...

Sunday, September 27, 2009

Biiznillah....

assalamualaikum...
dah lamakan rasanya saya tak menulis?
Hmm...
tak apalah,
tapi....
insyaAllah, saya akan sambung menulis dgn banyak selepas spm09 ye...
Esok...
kene balik asrama...

Thursday, September 24, 2009

ketahuilah rijal mukmin....!!


Aku masih ingat peristiwa itu.
Ketika itu aku dalam perjalanan ke surau sekolah utk solat Maghrib berjemaah. Masa itu lebih kurang pukul 6.55 petang. Aku lihat seorang 'security guard' sedang bercakap sesuatu dgn seorang pelajar tingkatan 4 dgn nada yg agak bersemangat. Aku cuba mendekati dan pak cik itu pun nampak macam nak sampaikan sesuatu padaku. Lebih kurang macam ini kata-kata pak cik itu :

"Nabi dahulu membela dan membiarkan janggut panjang atas alasan apa?" Dia bertanya. Kemudian dia terus menjawab, "hal ini kerana mereka dahulu tiada pisau dan pencukur utk memotong janggut mereka. Mereka hidup pd zaman batu.Tapi, kenapa ada orang pd hari ini yg nak membela janggut?. Mungkin mereka tak tahu".
Macam itulah kata-katanya.

Aku mula rasa nak marah dan sedih pun ada terhadap pak cik itu. Aku tidak tahu di manakah maklumat sedemikian yg dia dapat? "Kenapa pak cik itu cakap macam itu?", hati ini bermonolog sendirian.

Aku ingin membantah. Tapi, apakan daya dia dah tua dan tidak sesuai pd ketika itu utk aku bertengkam lidah. Aku bertekad utk berjumpa dgnnya selepas kelas 'prep' iaitu lepas solat Isya'. Aku berazam ingin membetulkan kata-katanya. Bukan bermaksud aku lebih pandai daripadanya. Tapi, aku tahu sedikit sebanyak ilmu tentang perkara ini. Kasihan pak cik itu, dia jahil.

Tapi, aku tidak berdaya dan tidak berjaya utk berjumpa dgnnya. Entahlah mengapa? Namun, aku berharap Allah Ta'ala akan mengurniakannya hidayat dan hakikat. Aku juga berharap agar dia tidak lagi menyebarkan idea dan pemikiran sebegitu kpd pelajar dan orang lain.

Sebenarnya, semua perkara mestilah berpandukan al-Quran dan sunnah NabiNya. Janganlah berkata-kata dan bertindak mengikut akal pemikiran semata-mata. Jika tidak, kita akan sesat!

Ingatlah, wahai muslimin dan mukminin....!

Aku pernah terbaca dan mendengar hadith lebih kurang sebegini dibacakan.

# Daripada Aisyah R.A. meriwayatkan drpd Nabi s.a.w. bersabda bahawa kecantikan lelaki ialah pada janggutnya manakala kecantikan perempuan ( sbg isteri dan mahram ) ialah pada rambutnya.

kalau salah, tolong betulkan..

Aku juga pernah mendengar dlm 1 hadith bahawa  Nabi s.a.w melarang muslimin janggut dipotong atau dicabut walaupun sehelai.

# Nabi s.a.w juga diriwayatkan mempunyai janggut yg tebal dan panjang hingga ke paras dadanya.
# Nabi s.a.w menyuruh muslimin membiarkan janggutnya panjang dan menipiskan atau mencukur misai (kalau salah, tolong betulkan)

Melalui sebuah hadith juga, ulama' ada berpendapat bahawa janggut bermula drpd tengah cuping telinga hingga ke bawah dagu.

Namun, tidak salah utk merapikannya, tapi bukan memotong, mencabut, atau mencukurnya.

Cuba kita lihat, janggut ialah antara sunnah Nabi yg kekal yg dpt menjadi bukti cinta kita terhadap baginda dan bukti kita mengamalkan sunnah baginda s.a.w agar memperoleh syafaat drpd baginda kelak.

Kalau salah, tolong tegur dan betulkan saya yg lemah ini.....

# Dalam al-Quran juga Allah Subhanahullah Ta'ala ada berfirman:

Katakanlah wahai Muhammad, jika kamu cintakan Allah maka ikutilah aku, maka Dia akan mengasihimu....

 Renung-renungkanlah...............

Monday, September 21, 2009

hish, susah juga ya!

Baru petang tadi aku dan keluarga menziarahi Mak Ngah selepas Mak Long. Hah, best jugak. Tengok anak buah bermain-main, hmm...seronok nak kacau dia orang. Meriah juga sebab tak sangka seorang pelajar sekolahku juga ada di sana. Ialah, rumah Imam Telok Mas...sesiapa pun nak ziarah.

Dapat juga bersalam dengan Amar, artis nasyid yg agak top tu. Dia berkahwin dgn sepupu saya pd thn lepas, hehe. Lepas itu, dengarlah pula perbualan family dgn saudara mara. Mereka cakap pasal 'course' yg kakak sye ambil, biomedik..

Abang saudara ini seorang pensyarah, pandai dan bijak berkata-kata. Rupa-rupanya dia dulu bercita-cita nak jadi doktor, tapi apakan daya tiada rezeki kerana kurang cemerlang. Dia cakap macam tu la. Dia kata ramai kawan dia yg jadi doktor, tapi memang susah rupanya. Ada kawannya yg mengadu macam-macam apabila bekerja sebagai doktor. Kawannya cakap, kalau dulu cita-cita nak tolong orang, tapi sebenarnya mereka yg doktor ini sepatutnya ditolong oleh orang lain. Manakan tidaknya, orang lain berhari raya...dia orang kena jaga pesakitlah, 'call emergency', tidur kadang-kadang 2 jam sahaja, dan macam-macam lagi.

Susah rupanya jadi doktor ni...perlukan kekuatan dari semua aspek Saya mula rasa cuak pun ada. Tanya pula kak long, "macam mana pula kalau doktor gigi". Dia cakap, ok je, tapi berat juga. Doktor gigi ini tak ramai pesakit sebab ramai org malu nak jumpa doktor 'checking' gigi dan sebagainya.

Hah tak tahu lagi macam mana.....
Ya Allah, bantulah aku...

Macam mana ye?


Cuba anda perhatikan gambar nie...
adakah fikrah anda sama dgn saya...
saya ingin lihat gadis-gadis Islam semuanya berhijab..

Bagus...
Menteri Besar Kelantan pernah buat kempen tentangnya...
saya suka..

tapi..
pemimpin Melayu Islam lain tak nak buat...
nape ar..

malaslah nak kutuk....
minta maaf semua..

Sunday, September 20, 2009

luahan hati..








Hati ini memang suka melihat kehebatan Islam dan umatnya. Keindahan dan keajaibannya bukanlah pada nama semata-mata tapi pada fi'il umatnya yg mendapat perhatian bagi mereka yg masih belum memperoleh Hidayah dari Allah Ta'ala.


Tengok umatnya dari aspek berpakaian yg menutup aurat cukup menonjolkan kesusilaannya. Hati ini terus terang menyatakan suka melihat nisa' yg bertudung labuh apatah lagi mereka yg mampu berniqab. Memanglah, hati ini diciptaNya sebagai seorang lelaki muslim, lebih kurang macam itulah.


Sejuk mata memandang mereka yg berniqab ini, tampak seolah-olah mereka sangat cantik. Entah.,..


Ustaz kepada tuan hati ini pernah memberitahu bahawa berniqab bagi miratun @ nisa' ini kalau mengikut mazhab Syafi'e, memang wajib. Takpelah...banyak sangat pendapat.

Rupa-rupanya mereka yg berniqab ini dikatakan akan memperoleh lebih kurang 7 ke 17 'special gift' dari Allah, hmm lupa. Maklumat ini diperoleh seseorang, waAllahua'lam.


Tapi,  mereka memang nampak cantik sekali.
Semoga Allah merahmati mereka dan semua wanita Islam....

Jangan leka!...


Kalau bulan Ramadhan dulu, kita selalu qiam utk  ganjaran pahala dan maqbuliyat dari Allah Ta'ala.
Tapi, macam mana pula utk bulan-bulan lain.

Sebelum balik cuti hari raya pada hari itu, sempat pula seorang ustazku menasihati rakan-rakan dan aku.
Dia berkata Nabi s.a.w pernah bersabda lebih kurang maksudnya macam ini: 
jangan tinggalkan qiam pada 2 malam ini iaitu malam 'Idilfitri dan 'Idiladha. 

Dia berkata bangun qiam pada kedua-dua malam ini sangat penting kerana ada ganjaran khas dari Allah Ta'ala.

marilah sama-sama kita rebutkan...
jangan terlalu nak beraya...hehe..

Friday, September 18, 2009

try dulu....

Alhamdulillah....
Baru sekejap tadi aku dapat jawab soalan add maths yg dianggap susah bangat dlm trial hari itu. Tengok, betapa aku dapat ingat setiap inci soalan itu. Manakan taknya, itulah antara soalan yg aku bingung utk jawab dlm exam hari tu, soalan GP dan 'circlenya' dan gitu-gitulah. Hmm...tapi soalan yg 'cosec' tu...peh. Langsung  aku tak jawab sebab tengok formula, aik...lain macam je, waduh..

Tapi, rupa-rupanya soalan GP tu takdelah susah sangat. Aku tanya kakakku yg dh success dlm spm dulu, hehe..dia kurang ingat. Tapi, dia suruh cuba dulu dan akhirnya aku yg berjaya menyelesaikannya dgn izin Allah Ta'ala.

Tapi, soalan prove 'cosec' tu belum lagi. Aku mengharapkan add maths kali ni lebih baik dan kalau boleh nak dapat sekurang-kurangnya A2 sebelum aku dapat A1 dlm spm 09 nanti. Hah, itulah keazamanku.

But Hamdi, don't forget other subjects!