Monday, September 21, 2009

hish, susah juga ya!

Baru petang tadi aku dan keluarga menziarahi Mak Ngah selepas Mak Long. Hah, best jugak. Tengok anak buah bermain-main, hmm...seronok nak kacau dia orang. Meriah juga sebab tak sangka seorang pelajar sekolahku juga ada di sana. Ialah, rumah Imam Telok Mas...sesiapa pun nak ziarah.

Dapat juga bersalam dengan Amar, artis nasyid yg agak top tu. Dia berkahwin dgn sepupu saya pd thn lepas, hehe. Lepas itu, dengarlah pula perbualan family dgn saudara mara. Mereka cakap pasal 'course' yg kakak sye ambil, biomedik..

Abang saudara ini seorang pensyarah, pandai dan bijak berkata-kata. Rupa-rupanya dia dulu bercita-cita nak jadi doktor, tapi apakan daya tiada rezeki kerana kurang cemerlang. Dia cakap macam tu la. Dia kata ramai kawan dia yg jadi doktor, tapi memang susah rupanya. Ada kawannya yg mengadu macam-macam apabila bekerja sebagai doktor. Kawannya cakap, kalau dulu cita-cita nak tolong orang, tapi sebenarnya mereka yg doktor ini sepatutnya ditolong oleh orang lain. Manakan tidaknya, orang lain berhari raya...dia orang kena jaga pesakitlah, 'call emergency', tidur kadang-kadang 2 jam sahaja, dan macam-macam lagi.

Susah rupanya jadi doktor ni...perlukan kekuatan dari semua aspek Saya mula rasa cuak pun ada. Tanya pula kak long, "macam mana pula kalau doktor gigi". Dia cakap, ok je, tapi berat juga. Doktor gigi ini tak ramai pesakit sebab ramai org malu nak jumpa doktor 'checking' gigi dan sebagainya.

Hah tak tahu lagi macam mana.....
Ya Allah, bantulah aku...

No comments:

Post a Comment