Thursday, September 24, 2009

ketahuilah rijal mukmin....!!


Aku masih ingat peristiwa itu.
Ketika itu aku dalam perjalanan ke surau sekolah utk solat Maghrib berjemaah. Masa itu lebih kurang pukul 6.55 petang. Aku lihat seorang 'security guard' sedang bercakap sesuatu dgn seorang pelajar tingkatan 4 dgn nada yg agak bersemangat. Aku cuba mendekati dan pak cik itu pun nampak macam nak sampaikan sesuatu padaku. Lebih kurang macam ini kata-kata pak cik itu :

"Nabi dahulu membela dan membiarkan janggut panjang atas alasan apa?" Dia bertanya. Kemudian dia terus menjawab, "hal ini kerana mereka dahulu tiada pisau dan pencukur utk memotong janggut mereka. Mereka hidup pd zaman batu.Tapi, kenapa ada orang pd hari ini yg nak membela janggut?. Mungkin mereka tak tahu".
Macam itulah kata-katanya.

Aku mula rasa nak marah dan sedih pun ada terhadap pak cik itu. Aku tidak tahu di manakah maklumat sedemikian yg dia dapat? "Kenapa pak cik itu cakap macam itu?", hati ini bermonolog sendirian.

Aku ingin membantah. Tapi, apakan daya dia dah tua dan tidak sesuai pd ketika itu utk aku bertengkam lidah. Aku bertekad utk berjumpa dgnnya selepas kelas 'prep' iaitu lepas solat Isya'. Aku berazam ingin membetulkan kata-katanya. Bukan bermaksud aku lebih pandai daripadanya. Tapi, aku tahu sedikit sebanyak ilmu tentang perkara ini. Kasihan pak cik itu, dia jahil.

Tapi, aku tidak berdaya dan tidak berjaya utk berjumpa dgnnya. Entahlah mengapa? Namun, aku berharap Allah Ta'ala akan mengurniakannya hidayat dan hakikat. Aku juga berharap agar dia tidak lagi menyebarkan idea dan pemikiran sebegitu kpd pelajar dan orang lain.

Sebenarnya, semua perkara mestilah berpandukan al-Quran dan sunnah NabiNya. Janganlah berkata-kata dan bertindak mengikut akal pemikiran semata-mata. Jika tidak, kita akan sesat!

Ingatlah, wahai muslimin dan mukminin....!

Aku pernah terbaca dan mendengar hadith lebih kurang sebegini dibacakan.

# Daripada Aisyah R.A. meriwayatkan drpd Nabi s.a.w. bersabda bahawa kecantikan lelaki ialah pada janggutnya manakala kecantikan perempuan ( sbg isteri dan mahram ) ialah pada rambutnya.

kalau salah, tolong betulkan..

Aku juga pernah mendengar dlm 1 hadith bahawa  Nabi s.a.w melarang muslimin janggut dipotong atau dicabut walaupun sehelai.

# Nabi s.a.w juga diriwayatkan mempunyai janggut yg tebal dan panjang hingga ke paras dadanya.
# Nabi s.a.w menyuruh muslimin membiarkan janggutnya panjang dan menipiskan atau mencukur misai (kalau salah, tolong betulkan)

Melalui sebuah hadith juga, ulama' ada berpendapat bahawa janggut bermula drpd tengah cuping telinga hingga ke bawah dagu.

Namun, tidak salah utk merapikannya, tapi bukan memotong, mencabut, atau mencukurnya.

Cuba kita lihat, janggut ialah antara sunnah Nabi yg kekal yg dpt menjadi bukti cinta kita terhadap baginda dan bukti kita mengamalkan sunnah baginda s.a.w agar memperoleh syafaat drpd baginda kelak.

Kalau salah, tolong tegur dan betulkan saya yg lemah ini.....

# Dalam al-Quran juga Allah Subhanahullah Ta'ala ada berfirman:

Katakanlah wahai Muhammad, jika kamu cintakan Allah maka ikutilah aku, maka Dia akan mengasihimu....

 Renung-renungkanlah...............

No comments:

Post a Comment